Aku dengan kawan dalam perjalanan ke pasar malam. Di satu simpang tetibe kawan aku ni brek mengejut. Aku tanya kenapa, dan dia tunjuk ke arah sebijik van putih buruk yang melintasi kami. "Eh! Van tu gerak sendiri?", aku cuba jenguk keluar tingkap. Rupanye van tu di pandu oleh seorang budak yang baru berusia 9-10tahun dan di sebelah pemandu cilik tu abang dia yang baru berusia 15 tahun, agak-agak aku lah. Van tu dipandu agak laju menuju ke arah kami dan nasib baik ada ruang kosong untuk kami mengelak, dan aku sangat ngeri bile tengok van tu bengkang bengkok menuju kearah padang bola yang terdapat ramai kanak-kanak sedang bermain di situ.
Aku taktau sama ada budak tu curi kunci van dari makbapak dia atau pun makbapak dia yang dengan sukarela bagi kunci tu kat dorang untuk tunjukkan kat orang ramai bahawa anak dia yang baru setahun jagung dah pandai pandu van buruk. Kalau ade kemalangan terjadi petang tu aku taktau sapa yang harus dipersalahkan nanti sebab mengikut kata budak2 yang kenal dengan keluarga budak yang pandu van, dorang dah selalu tengok makbapak budak tu yang bagi dorang pandu van buruk yang entah ade roadtax atau pun tidak.
Aku tak paham dengan makbapak yang berperangai camni,kalo dah terjadi sesuatu yang tak diingini baru nak menyesal agaknyer. Kalo anak dia je kena takpe, di buatnyer dia langgar anak orang, tak ke jadi kes lain, sungguh aku tak paham.
seriau la kalo bdk br nak idup bawak van...apa ke hal ngan mak pak diorg..uiii..ngeri2
ReplyDeleteLilies,
ReplyDeleteAku dah siap mengucap ngko tau tak,ngeri sungguh.
Inilah langkah-langkah menambahkan jumlah bilangan orang yang mati katak ni...geramnya ckLah...anak sapppppaaa nih???
ReplyDeleteIsk, isk, isk, astaghfirullah ... bengong ke apa mak bapak budak-budak tu boleh bagi anak-anak bawah umur bawa van camtu! Adoii ...
ReplyDeleteSalam dan selamat berhujung minggu :)
ni nanti....bila ank dia eksiden mulalah menyalahkan org lain...aku tak paham tol ngan mentaliti mak bapak camnih.....suker harapkan org jaga anak dia!
ReplyDeleteaku rasa tindakan yang paling elok.. buat report polis jek.. itu jek jalan yang tinggal.. kalau buat tak tahu lagi emm entah lah xtau apa yg jadi nnti
ReplyDeletedalam gambaq tu ada pompuan cekak pinggang. Mak dia kut?..
ReplyDeleteeii...bahaya la...kalau ada apa-apa accident kan susah...nak nak lagi kalau anak orang lain dilanggar oleh budak tu, tak ke naya namanya...palis... palis...
ReplyDeleteisyy...memang bahaya tu. orang yg tenguk van tu pun boleh sakit jantung masa memandu. ingat hantu!
ReplyDeletebila aku baca tajuk entry ni, aku ingat mmg la van tu bawak hantu... manala tau kan...
ReplyDeletehehehehehehe... rupanya hantu yg bawak van... syabas mak pak budak tu... berjaya meng"hantu"kan anak mereka...
cklah,
ReplyDeletekalo dia srg mati katak takpe, jgn libatkan org lain yer.
bungarampai,
mmg bengong.
CK,
sakit mental agaknyer.
iina,
btl tu.
cikguoden,
mak dia ker? :D
yani,
aku btl ngeri
cikguzue,
mmg tak nampak sgt muka drivernyer.
KTS,
marilah kita ramai2 jadi antoo fiter.
Kat mana tempatnya tu? Saya nak pegi tengok.
ReplyDelete