Monday, March 28, 2011

Ikutlah resmi padi...







Nama saya Azeem. Tapi acik saya suka panggil saya Ajim.Hari ni umur saya genap 2 tahun, kiranya hari ni hari lahir sayalah. Tapi Ummi dan abah saya dah cakap awal-awal lagi yang dorang tak sempat nak beli kek ngan belon untuk saya sebab dorang sibuk. Orang dewasa memang selalu sibukkan.

Acik saya cakap dia nak beli hadiah tapi semalam dia cakap kat saya dia pokai kalau hujung bulan camni. Saya taktau pokai tu apa tapi saya angguk je.

Petang nanti acik nak bawak saya pusing-pusing ngan skuter dia. Eh! tu bukan skuter acik, tapi atuk punya sebenarnya. Tapi atuk bagi kat acik sebab atuk tau acik suka skuter. Acik saya baik sebab dia suka dukung saya dan cium pipi saya.

 Acik cakap saya montel macam pisang montel. Saya belum pernah makan pisang montel sebab Ummi tak bagi saya makan pisang. Kalau makan pisang saya sakit perut, lepas tu saya menangis. Ummi letak minyak Yuyee baru perut saya rasa lega.

Saya tak sabar nak tengok hadiah apa yang acik nak beli untuk saya. Janganlah acik pokai hari ni.

Friday, March 25, 2011

Keras Lidah

Cerita 1

"We have our ANG house", kata dia sambil senyum lebar pada aku.

Aku pikir, bagaimanakah rupa ANG house itu. Dan seperti dapat membaca fikiran aku dia menunjukkan rumahnya kepadaku.

"We have our ANG house now", kata dia sambil tangannya menunjukkan kearah sebuah rumah teres yang baru siap dibina. "We also have our ANG ka".

Aku kebingungan. Dan dia terus bercakap tanpa henti menunjukkan kegembiraannya. Setelah perkataan ANG disebut berulangkali, barulah otak aku dapat menafsir.

ANG itu rupanya OWN,haihhh


Cerita 2

"Saya beli ini barang dekat itu OSEI, manyak mulah",kata dia dengan bangganya.

OSEI? Tempat apakah itu? Kedai Jepunkah? Kedai Koreakah?

Tiba-tiba kawan cuit bahu aku dan bisik, "Kedai WHOLESALE".

Haihhhhh....

Friday, March 18, 2011

Luar Ditutup, Dalam Ternganga.

2 hari lepas dia isi minyak kereta kancil. Dan semalam dia pegi isi minyak kereta kancil itu lagi.
Terkejutnya dia bila tengok penutup minyak yang didalam tu dah takada.

Dia tepuk-tepuk dahi. Baru teringat, 2 hari lepas dia isi minyak dan dia terlupa nak tutup yang dalam, hanya tutup yang luar saja.

Dia tanya pekerja disitu kalau ada terjumpa dan simpan penutup minyak dia, tapi semuanya geleng kepala.

Dia dah mula risau. Pergi ke pusat servis Perodua, mereka kata kena buat pesanan dulu dan harganya RM100++. Dia cuba nasib di bengkel-bengkel kereta lain, mereka kata harganya sama.

Dia termenung dalam kereta, dan tiba-tiba teringat seorang kawan yang ada bengkel kereta. Dia pergi jumpa kawan, cerita serba sedikit. Kawan masuk dalam bengkel, kawan keluar bawak satu penutup minyak, kawan cuba masukkan, dan saiznya sama.

Dia tanya kawan berapa, kawan tepuk-tepuk bahu dan cakap kawan belanja saja.

Dia rasa lega, kalau tidak melayanglah RM100+++. Harap lain kali dia takkan lupa.

Thursday, March 17, 2011

Beli Bela Beli Bela Beli Bela...mati...



Beli ikan, bela, 3 minggu mati.
Beli ikan lagi, bela, 2 bulan mati.

Beli ikan lagi, mati lagi.
Beli ikan lagi dan lagi, mati lagi dan lagi.

Akhirnya, ambik keputusan, baik bela pokok keladi.
Tak payah beli, dan susah nak mati.

Wednesday, March 16, 2011

Sentuh,belai dan sayangi dia

Bawa anak buah ke Taman Burung.
Nak bawa anak sendiri belum ada lagi.

Tau di mana letaknya Taman Burung?

Malu bertanya sesat jalan :D
Nasib baik tak sesat sebab dah selalu pergi ke Tasik Perdana.

Dating kat Tasik Perdana?
Tidaklah.
Kat Tasik Perdana kan ada Taman Rusa, taman permainan kanak2, boleh kayuh sampan.


Taktau berapa harga tiket sebab aku di taja oleh seseorang :D




Kalau rasa berani boleh saja bermesra dengan burung-burung yang berada di luar kurungan ni.



Ikan yang jinak dalam kolam, nak tangkap sekor masuk beg pun boleh.


Burung yang sedang menyusu. Geram nak tangkap sebab comel sangat.


Anak buah yang teruja tengok anak ayam. Mujur tak diramas anak ayam tu.


Ni tangkap sekor masuk beg pun ok, ayam kat pasar mahal sekarang, kata mak RM8 sekilo.

Dah dekat 10tahun tak jejak kaki ke Taman Burung.
Kawasan yang luas dan burung-burung jinak disepanjang perjalanan sangat mengasyikkan.

Anak buah aku pegi Taman Burung tapi beli keychain zirafah,haru sungguh.

Tuesday, March 15, 2011

Cepat-cepat dah bunyi loceng dia.

Pagi.

"Abang! Abang! Abang aiskrim!


Tengahari

"Pakcik aiskrim! Pakcik aiskrim!


Petang

"Uncle! Uncle! Aiskrim! Aiskrim!


Malam

Nasib baik takde orang jual aiskrim lalu.





Aiskrim pisang yang tengah popular sekarang ni.

Yg warna kuning macam kulit pisang tu jelly, sedap jugak.

Cepatlah habis cuti sekolah, bankrap acik kalau macam ni hari2.

Friday, March 11, 2011

Aku Kan ABANG



"Jangan bawak skuter tu Juliet, ayah dah basuh bersih2. Nanti abang nak naik", ayah beri arahan.





"Jangan ambik mangga tu, simpan untuk abang", ayah beri arahan lagi.

Semalam abang telefon cakap dia akan balik dan hari ni bukan main ayah buat persiapan.

 Sejak ayah kurang sihat ni abang rajin sikit balik jenguk ayah dan mak.

Kalau tidak setahun sekali pun payah nak jejak kaki ke rumah, alasannya sentiasa sibuk.

Aku pun kena lah pandai-pandai pujuk abang untuk dapat sesuatu.:D

Wednesday, March 9, 2011

Bukan salah ibu mengandung


Hari tu sembang-sembang dengan dia pasal gigi.
Cakap dengan dia gigi geraham aku rasa ngilu, tak boleh kunyah makanan keras.



Dan esoknya dia bagi ini.
Dia suruh aku cuba, mana tau kalau boleh mengurangkan rasa sakit.

Lupa nak cerita dengan emak pasal benda ni.

Sedang terbayang-bayang hukuman rejam atau sula sampai mati.


Monday, March 7, 2011

Dilebuhraya di papan tanda....

"Matikan radio",kata dia dengan wajah yang serius.

Aku terus matikan radio kereta.



"Tadah tangan, kita doa dulu sebelum mulakan perjalanan", kata dia.


Aku terus menadah tangan.


"Saya baca doa supaya kita tak sesat sampai ke destinasi hari ni",kata dia.

Aku terus tersenyum.

Dan, kami selamat sampai ke destinasi setelah membuat pusingan U beberapa kali, setelah duduk berbincang di tepi jalan beberapa kali dan setelah keluar masuk simpang beberapa kali dengan sesuka hati.

"Baca doa pun sesat juga kan",kata ku sambil senyum-senyum dalam hati.

Errr...,dia juga senyum sampai nampak gigi.

Thursday, March 3, 2011

Kisah pencuri emas 916

Dia masuk ofis dengan muka sedih.
Sebagai kawan sepejabat yang prihatin dengan kawan2, maka kami pun tanya.

Dia lalu bercerita dengan suara yang kadang-kadang perlahan, kadang-kadang sedikit emosi.

Cerita dia.

2 minggu lepas rumahnya di masuki pencuri, dan pencuri itu melarikan seutas rantai besar dan 2 utas gelang tangan emas milik isterinya. Rumahnya dimasuki pencuri pada waktu siang ketika semua orang tiada dirumah.

Isterinya sangat sedih kerana itu sajalah barang kemas yang dia ada. 3 hari selepas kejadian kecurian itu, isterinya terkejut kerana mendapati barang kemas yang di curi telah dipulangkan.

Setelah meneliti barang kemas tersebut, mereka dapati barang kemas yang dipulangkan itu bukanlah emas 916 tapi barang kemas Zhulian. Kerana terlalu terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa, isterinya jatuh sakit dan terpaksa di rawat di hospital selama beberapa hari.

"Maksud awak, pencuri tu tukar barang kemas isteri awak dengan zhulian dan letak balik kat rumah awak?", tanya teman 1.

Dia mengangguk.

"Sempat pulak dia pegi beli yang zhulian punya", kata teman 2

Dia mengangguk lagi.

"Pelik sungguh cerita ni, susah nak percaya", kata teman 3.

Aku pun masih was-was, sama ada nak percaya atau tidak.

Wednesday, March 2, 2011

Kenapa Harimau? Sedih.....

Semalam tidur lena, sangat lena.

Tapi masih sempat bermimpi.

Mimpi di kejar seekor anak harimau yang garang.

Aku lari, lari, lari, dan tiba-tiba tersadung akar pokok.

Jatuh berguling-guling. Dan bila aku bangun berdiri, anak harimau garang itu sudah ada di depan aku sambil menyeringai menunjukkan taringnya.

Aku undur beberapa tapak ke belakang, tapi secara tiba-tiba anak harimau garang terbang kearah aku dan menggigit kakiku.

Aku berteriak kesakitan, dan tersedar dari tidur.

Kalaulah ular yang patuk kaki aku dalam mimpi malam tadi pasti aku akan senyum sepanjang hari.

Nak cuba mimpi ular malam ni, ular besar macam anaconda :D

Tuesday, March 1, 2011

Semakin Bijak

" Abang tidur rumah atuk malam ni sebab abah tak sempat nak ambik".

"Ok. Abah nak pegi mana?"

"Abah nak bawak Ummi pegi klinik jumpa doktor".

"Ummi demam ke?"

"Ummi pening kepala, pastu muntah-muntah."

"Ummi mengandung ke?"

"Kenapa abang  cakap macam tu?"

"Selalu abang tengok cerita melayu kalau pening pastu muntah mesti perempuan tu mengandung".

"Errr........".