Monday, September 29, 2008

Di Ambang Syawal

Semekommm,heloooooo,senyap & sunyi. Suma orang sibuk buat kuih raya atau pun dah balik kampung jumpa ayahbonda dan sedara mara. Tinggallah aku sensorang dok merayau cari mangsa, terasa sebak di dalam dada. "Ada orang di dalammm?", takde jawaban, kang keluar makhluk yang tak di harapkan susah plak.



KL dah sunyi sikit, jalan raya pun dah lengang, Kutaksempurna, ko nak merangkak atas jalan pun dah bleh dah, tapi kalo kena tangkap ngan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebab dorang ingat pengemis jalanan ko tanggunglah sendiri.



Aku merayau-rayau. Dan satu kedai ni amatlah menarik perhatian. Aku masuk, rasa macam berada dalam taman atas kayangan. "Akulah Sindarela,lalalala".



Tadaaaaa,aku masuk kedai lampu, aku memang berhajat nak beli.









Cantik sungguh lampu2 itu, membuatkan aku rasa taknak keluar dari kedai tapi aku nak bukak posa camner kalo lepak sini, lagipun musti tokey kedai akan syak sesuatu. Aku pusing keliling kedai, di mana dia menyorok, hari tu aku tengok kat kedai ni la tapi tak ingat di belah mana, sama ada di timur, barat, utara atau pun selatan.Salesman tu tunjuk yg ni, aku kata bukan, yang tu aku cakap tak berkenan,akhirnya dia cakap tengok2 dulu,kalo ada panggil dia.


Akhirnya aku bertemu.Aku nak beli mentol je sebenarnya, puas aku pusing dan berjumpa jua.



Balik rumah agak kelam kabut, masih banyak kereta ,agaknya ramai lagi belum pulang ke kampung. Atau mungkin ada yang ambik keputusan di saat akhir taknak balik sebab nak temankan aku beraya di sini. Ohhh,aku sungguh terharu. Kereta aku dah siap servis, dia pun nak raya gak, bulehlah aku merempit ke mana-mana dengan selesanya di hari raya nanti.




Tengok berita semalam hiway belum jem, sesapa yang sangkut dalam kesesakan tu janganlah dok potong q, biar lambat asal selamat, ingatlah orang tersayang. Jangan lupa balik sini, aku tunggu tau,huhuhu.









Saturday, September 27, 2008

Jgn eksen-eksen

Sempena kedatangan Syawal yang mulia ni banyak jugak mak dapat hadiah, tak sangka mak ramai peminat, kalau masuk bertanding jadi wakil rakyat haruslah ada peluang untuk menang ni. Aku tunjuk gambar hadiah yang sempat aku snap je, maklumlah dah sibuk kemas umah jadi takleh nak main-main sesuka hati aku, masa snap gambar ni pun dorang suma dah bising cakap aku curik tulang, buat apa nak curik tulang, baik curik isi, sedap sikitkan.


Ni puding @ agar-agar yang mak dapat dari Pn.Zarrin sampai dia sayang nak potong, aku ingat nak suruh dia framekan je. Sedap jelly ni dibuat oleh chef Hotel Dynasty.



Ni pulak kurma coklat atau dengan kata lain kurma tu di salut ngan coklat, kalo tgk dari luar macam coklat tapi bila di gigit dalamnya ada kurma yang sangat lembut. Aku tau ni sebab aku dah cilok makan satu, tak tahan tengok kotak dia cantik sangat. Ni pemberian dari syarikat tempat adik aku keje.



Benda ni buat mak senyum sorang-sorang. Mangkuk Vantage pemberian Pn.Amarjit, aku cakap buleh buat isi rendang masa hari raya dan dengan angkuhnya mak jawab,"mangkuk ni mak nak isi duit rayalah", dan dia terus membawa lari mangkuk itu.
Mak taktau aku pun nak bagi dia sesuatu gak, apa yang aku nak bagi ni takde orang lain yang buleh bagi sebab takde kat pasaran. Kalo benda yang aku nak bagi ni dah ada depan mata dia baru dia tau sapa aku, dan hadiah-hadiah dari orang lain tu mak akan campak dalam tong sampah je,hahaha.
Pemberian ikhlas dari aku utk bonda tercinta
"
lagi


Ni lah hadiah hari raya aku untuk mak, sebijik rolls royce,muuahaha. Aku akan bawak mak gi cokit naik rolls royce ni di malam raya untuk membeli biskut raya lelong dan sehelai dua baju kebaya pendek lelong.muahaha. Suma orang dah balik kg ke? Apsal Kl sunyi je nih,isk,isk,sedeyyyynya aku.



Friday, September 26, 2008

Renungan di akhir Ramadhan

Monday, September 15, 2008 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian TudungHaramkan tudung??

Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia.

Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia. Ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini yang dulu begitu marah terhadap Singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.Apa sudah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja dan sekarang apa sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung. Pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah dia juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja. Mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia.

Isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah... .pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI2)TUDUNG PERIUK3)TUDUNG TERMOS4)TUDUNG CATdan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batinnnnnnnnnn.

Thursday, September 25, 2008

Indahnya rasa ini

Malam-malam terakhir Ramadhan terasa sungguh syahdu, harap kita akan bertemu lagi tahun depan. Suma orang dah citer pasal raya, aku ni asyik tertinggal keteapi je, sebenarnya aku bagi peluang yang veteran macam Kj,CK,Ibukumbang,theconfused,iina, cerita dulu, ya lah, yang muda haruslah hormatkan yang tua, tak gitu kan Akak. Mummy dah citer pasal raya belum? Kalo belum maknanya mummy bleh geng ngan saya, org muda, give me 5.



Ucapan raya untuk :



Akak,

Saya teruja setiap kali masuk ke rumah Akak, bunga-bungaan Akak selalu menceriakan saya macam tuan rumahnya juga. Selamat Hari Raya dgn ucapan saya pinjam bunga utk raya ya.



Kutaksempurna,

Aku dengar ko ada cawangan baru yek? Aku tak sempat nak jenguk ke sana lagi, moga cawangan baru ko terus suksess. Jangan lupa tempek gamba baju raya ko nanti ya, aku nak tiru pesennya. Ko mmg glamer.



theconfused,

Yo!yo! wat's up bebeh!

Pesan aku kalo ko masak raya nanti & tak brape jadik jgnlah ko cuba tipu aku ngan blurkan gamba tuh. Pastu ko cakap gamba bergetarlah, asap masuk mata lah. Lagi satu,kalo cuti raya ko dah abis jgn nak buat2 kompius tgk kalendar beratus kali,tetapnya ko kena balik sini gak,muahaha,aku jeles ko ada kg.





Ibukumbang

Walaupun ko hanya beli baju longgok untuk anak ko bergaya di hari yg mulia namun anak ko tetap cute (aku kipas ko ni) Jgn berlari2 anak di malam raya, lari2 emak takpe.





CK,

Aku hrp raya tahun ni takde aktiviti mencabut uban sebab uban tu pun nak raya gak. Ko ni mg takde belas ihsan la.





KJ,

Yihaaaa!Yuhuuuuuu!

Pesan aku, jgn ko paksa Carlos & Cem minum oren bodow di pagi raya yg ko takleh abiskan tuh sbb ko dah kena cirit birit,ngahaha. Pastikan reban ayam atok ko tak sama ngan kaler bilik aku, kalo sama aku buang negeri.





Mummy,

Teruskanlah pencarian perabot baru, selagi tak jumpa jgn balik rumah. Raya tanpa perabot baru macam makan lemang tanpa rendang.









Cikguoden,

Tak payahlah bersila panggung buat dadih di malam raya,seksa menengoknya, kang sampai krismas pun tak abih lagi.





Iina,

Walaupun ko raya tanpa baju raya ko tetap kena beraya dan bagi duit raya.Ingat pesan aku nih.





Bungarampai,

Kalo nak makan akok di pagi raya, beli je,tak payah buat, sebab bungarampai mmg tak reti buat.



Cikguzue,

Dlm sibuk2 pun masih sempat buat kuih siput, pos sikit untuk saya isi dalam balang kuih raya saya,hehe.





Whitetulip,

Tak kira walau di mana ko beraya, jgnlah gi pantai di pagi raya.





Along & Kitepunye

Walau korang jarang update aku ttp suka layannnn.












Amik duit raya ni, Kj, jangan berebut, aku bagi kat suma. Amiklah, kalo aku tak bagi cakap aku bakhil plak, dah bagi taknak amik. Eh! Aku tertukar sampul raya lah, muahaha, deepavali punye, layan je, yang penting isi di dalamnya,hehehe.



Sesapa yg namanya aku tak tulis aku mintak maaf bebanyak sebab tak cukup masa & timing belt aku dah larik,keje banyak ni.



Aku mohon di ampunkan silap & salah kalo ada entry mahupun komen aku selama ni ada yg mengguris perasaan suma. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin, yg balik kg berhati-hati ketika memandu, yg tak balik kg macam aku nih, meh la kita serang Chow Kit di malam raya.



Ikhlas

Julietchun



Wednesday, September 24, 2008

Cepatnya masa beredar

Aku sembang-sembang ngan adik aku,saja nak menambah kemesraan mulanya,tapi menambah kemarahan adalah.

Aku : Ko stat cuti raya bile?

Adik : Jumaat (ringkas dan padat)

Aku : Stat keje balik?

Adik : Isnin minggu depan tuh.

Aku : Lamanya ko cuti, buat apa?

Adik : Buat bodoh.

Arghhhhh,tensennya aku. Nasib baik aku banyak utang budi dan utang Ringgit Mesia ngan dia kalo tidak aku bagi sebijik dah,cewahhh,berani aku,sekali adik aku "Hahhh" pun aku dah kecut perut,kalo aku ni siput baby dah lama aku masuk nyorok dalam cengkerang tak keluar2,raya baru aku keluar,hehe.


Sebenarnya aku nak citer benda lain tapi melalut plak. Aku ambik anak buah aku kat skolah, umur dia 9tahun,darjah 3,lelaki. Masa nak masuk kereta dia suruh aku tolong bukak pintu. Dengan muka yang masam-masam kelat aku keluar dan bukak pintu untuk dia masuk. Aku terkejut tengok dia pegang sesuatu.

Aku : Cantiknya, buat sendiri ke?

Anak buah : Ya lah,takkan acik plak yang buat.

Aku : (Amboiii,lancang betul mulut) Bila buat?

Anak buah : Tadi kat sekolah masa pendidikan seni.

Aku pun nak pegang dan dia terus menjerit bagai nak rak. Kalo ada polis maunya aku di saspek culik budak.

Anak buah : Jangan pegang,kang rosak,acik bukan reti buat.

Kat rumah tengah tunggu maghrib aku sembang ngan anak buah aku nih.

Aku : Apa yang Along buat nih?

Anak buah : Tajuknya "Melakar Impian".

Aku : Abis,ini impian Along?

Anak buah : Ya, kalo acik gi sana Along bagi free tiap2 ari.


Inilah impian anak buah aku,membina sebuah restoran KFC pada masa depan. Kalo betul bleh la aku makan free ari2 yek. Rasanya baru je aku dok dukung dia, tukar lampin dia, tak perasan dia dah besar, dah pandai cerita macam-macam.Aku doakan dia mampu menggapai impiannya ini.











Tuesday, September 23, 2008

Suka-suka

Bila tengok tajuk N3 nih baru perasan sama plak nama dengan blog AKAK,saya mintak kebenaran dari AKAK untuk guna tajuk Suka-suka ni ya. Takkan nak bubuh tajuk K.Jah di usia 30annn, lagi tak masuk. Kalo bubuh tajuk Cakap Kosong, tak masuk gak sebab aku bukan cakap kosong, cakap aku ada makna, theconfused, tolonglah, aku dah jadi kompius, mmg betul Akutaksempurna sebab aku hanyalah manusia biasa. Best gak ayat aku nih bila dah campur suma nama geng-geng yang aku suka terjahhh, mari kita TERJAHHHH.








Semalam aku balik dari opis, betis terasa tegeng sebab ekplorace kat Chow Kit. Masuk je dalam kawasan rumah deria bau aku dah terbau sesuatu yang bisa membuatkannya kembang kembang tak kempis. "Hacoommmm", aku bersin. Itulah keje ayah aku selama bulan posa nih, mengecat rumah, bukan mengetag orang macam KJ dok buat tuh.








Ayah mengecat pagar lagi dan lagi dan lagi. Pagi raya baru dia akan berenti gamaknya. Aku pandang dia sekilas, dan tetibe aku rasa nak pandang 2 kilas, 3 kilas, dan berkilas-kilas. Sebab apa? Waaaaaaaaaaa, aku sedih, ayah cat pagar rumah sama kaler ngan suite aku (bilik aku lah). Dengan perasaan marah campur takut (ayah aku garang) aku menuju ke arahnya.





Aku : Apsal cat pagar sama ngan kaler bilik orang? (suara cam nak nangis nih)





Ayah : (Dengan selamba dek) Nasib baik kaler bilik ko sama ngan pagar, kalo ayah cat sama kaler ngan toilet,lagi haru, hahaha, dia gelak.





Amboi,bukan main hepi lagik ye dapat gelakkan aku. Senang-senang je dia cat pagar sama ngan bilik aku. Dia taktau aku sampai buat qiamullail untuk pilih kaler bilik tu. Dan tetibe datang idea, hari minggu ni aku akan cat bilik air biar sama kaler ngan bilik dia,ngahaha,dia gak yang bagi idea kat aku tadi,sapa suruh. Aku hepi,hepi aku,akukah hepi,hepikah aku,ngahaha. Tapi sedih ada lagik nihhh.






Monday, September 22, 2008

Kena sawan

Semua orang dok kalut cerita pasal shopping kat SOGO, tapi aku relax je,sebab belum dapat gaji,maka kenalah buat2 relax,huhu. Setelah membincangkan hal shopping ni dengan sepupu sepapat aku, kami ambik keputusan untuk terbang jauh semata-mata untuk shopping raya.Bukan ke London, bukan juga ke Dubai, tapi ke Jakarta @ Chow Kit.





Kazen aku ni kena sawan siput baby gamaknya tahun ni sampai nak ke Chow Kit yang dah berpuluh tahun tak pernah pegi. Dan entah macam mana aku pun tersampuk sawan dorang ni. Dan semalam, berekplorace lah aku ke mini Jakarta sambil menyorokkan muka ngan tapak tangan takut di tegur oleh orang seberang,kakaka. Aku main redah je, tak tau jalan, saja nak timba pengalaman,lagi pun nak cerita pasal Sogo mummy dan Ibu Kumbang dah mendahului aku, jadi aku pikir baiklah aku cari bahan lain sikit, jadi jom kita ke Chow Kit road,Chow Kit road.





Aku disambut dengan meriahnya oleh Inul goyang gerudi."ayuh bapak2 ibu2 ikut Inul goyang",itulah lagu pertama yang aku dengar bila masuk ke kawasan Chow Kit dan beberapa orang cowok dari seberang sudah mula bersiul riang melihat aku."Asyik,asyik,asyik,".


Best jugak Chow Kit ni, tapi sesak dengan pendatang asing seperti Wak Karto,Bung Seleman,Mbak Semsiah,Buk Arini dll. Aku buat tak nampak dorang semua sebab takut dorang nak mintak autograf aku ke, nak mintakbergambar ke,payah la kan,aku bukannya ada banyak masa.




"Mari-mari biskut raya,murah-murah,kalo sayang mak beli 2,kalo sayang bapak beli 3,kalo sayang diri sendiri beli semua.Cepat-cepat." Mahal jugak biskut raya kat sini,yang dalam bekas bulat tu RM25 satu, Chow Kit dah naik taraf aku rasa.


Sekarang ni bukan baju je yang di gantung, kuih raya pun boleh gak. Tengoklah tu, Kuih goyang gantung, muruku gantug, tempeyek gantung,boleh di komersilkan nama nih.


"Kakak2,abang2,ibu2,bapak2,ayo rapat,jangan malu jangan segan,bilang saja sama wak apa maksud apa kehendak,wak bisa berikan ubat,jamu asli dari Jawa,dari Jakarta juga dari Malaysia". "Antara Chow kit dan Jakarta aku jatuh cinta".



Yang ini buat kazen aku jadi gila bangat,tudung bawal. Napa di panggil tudung bawal? Tak boleh tukar tudung tenggiri ke,jenahak ke. Penjual tu cakap tudung yang tengah famous sekarang ni namanya "tudung airmata janda". Aku dah senyum2 tahan gelak bila dengar nama tudung ni. Tu lah, sesapa pegi Sogo mana dapat info nih, baguskan aku ni, sanggup mencemar duli ke Chow Kit.




"Kurma-kurma muda madu,beli satu takde free satu". Mengapa aku dengar suara peniaga itu seperti orang seberang, dan bila aku rapat ternyata penjualnya adalah Bung Sastrowidiyono. Aku beli sikit, teringin tengok buahnya fresh sangat. Mahal tau, RM30 sekilo.


Aku teruskan perjalanan ke Sogo, dan ini lah antara aksi yang boleh menguruskan dan membatalkan puasa orang yang baik macam aku. Bas ni datang dari mana-mana ntah terus pancung masuk, "bang,janganlah zalim sangat,aku dah rasa nak tido dalam kereta nak lepas dari traffic lite,ko senang-senang je masuk". Sekarang baru aku paham kenapa kalo naik bas boleh sampai KL dalam 5 minit je. Ada sesapa yang berani ikut aku ke mini Jakarta? Kalo nak pegi sana kena bersedia mental dan fizikal, kalo tidak baik dok rumah tido lagi sedap.







Friday, September 19, 2008

Suci Dalam Debu

Kejadian ini berlaku pada seorang jiran aku. Semalam,sedang Makcik L membelek-belek bunganya di hadapan rumah pada waktu lebih kurang 1 tengah hari, dia di hampiri oleh seorang gadis Melayu bertudung dan berbaju kurung.


Makcik L tidak mengenali gadis tersebut tetapi dia terasa kasihan bila melihat seorang gadis berjalan di tengah panas di bulan puasa lagi. Makcik L menegur gadis tersebut dan gadis itu mengatakan dia ingin pulang ke Kajang tapi tidak dapat menghubungi adiknya kerana bateri henponnya sudah "kong".(ada ke perkataan "kong"? belasah je lah, janji rock,hehe) Untuk pengetahuan korang,jarak perjalanan dari rumah aku ke Kajang lebih kurang 1 jam kalau tak jem. Gadis tersebut meminta belas ihsan Makcik L untuk cas bateri henponnya dan mengatakan dia akan datang mengambil henponnya pada pukul 7 malam nanti. Setelah memberikan henponnya kepada Makcik L, gadis tersebut berlalu.


Makcik L masuk ke dalam rumah dan menceritakan kejadian tadi kepada suaminya yang kebetulan ada di dalam rumah. Suami Makcik L menghidupkan henpon gadis tersebut dan alangkah terkejutnya dia kerana mendapati bateri henpon tu masih penuh dan boleh di gunakan untuk membuat beribu-ribu panggilan.


Suami Makcik L mengesyaki sesuatu dan terus berlari keluar mengejar gadis tersebut. Gadis tersebut di bawa ke rumahnya dan suami Makcik L memanggil jiran2 untuk sesi perbicaraan. Gadis tersebut di asak dengan pelbagai soalan dan ternyata dia gagal menjawab dengan baik. Gadis tersebut di lepaskan tapi dengan amaran jika dia di jumpai di kawasan perumahan kami maka dia akan di serahkan kepada pihak berkuasa tanpa soal selidik lagi. Bila dengar cerita Makcik L, aku pun terfikir jugak, ada ke orang nak bagi henpon mahal2 kat orang yang kita tak kenal dan datang malam untuk ambik. Kalau di buatnya orang tu tak mengaku, tak ke naya tuh.


Untuk semua kawan2, berhati-hatilah. Kes2 penipuan yang kita tak jangka macam ni selalu berlaku sekarang. Jangan cepat percaya bila tengok seseorang yang tak kita kenali walaupun orang tu nampak baik dan sopan.

Thursday, September 18, 2008

Dah siap

Aku dapat panggilan dari tukang jahit aku,yihaaaa,yariva yariva,baju raya aku dah siap. Bolehlah aku raya sakan. Baru senang hati aku bila baju dah depan mata, kalo tidak, hati ni sentiasa berdebar-debar, mana tau kan, tiba-tiba tukang jahit tu demam campak sampai seminggu ke, sakit perut 2-3 hari ke, mesti baju aku takleh siap. Aku dah ada baju raya 10 pasang, yang ni yang ke 11. Kalo korang rasa nak percaya,percayalah,kalo tidak buat-buat tak tau je,tapi aku tau ramai yang tensen dengan kenyataan yang aku dah ada 11 pasang baju raya.hahaha.





Ni baju raya aku dari jarak 1 cm ngan lensa kamera.


Ni baju raya aku yang jarak 10 cm dari lensa kamera


Aku yang cun memakai baju raya,anggun,ayu,wakaka.







Wednesday, September 17, 2008

Tag dari CK

Aku tak tau naper CK suka-suka hati nak tag aku.Adakah dia terkena badi KJ atau pun memang dia berniat ikhlas,hanya tuhan yang tau.Tak sampai hati pulak nak hampakan CK,lagi pun dia ada adik lelaki yang hensem, maka dengan ini aku buat tag dia.Sori ye kak,adik lambat buat,sibuk baca buku resepi tapi tak pernah buat pun segala resepi yang di baca tu,kata orang tua,belum sampai seru kot,hehe.CK,jangan ko tak baca pulak apa yang aku tulis nih,penat tau.
Terima kasih sebab sudi tag aku.


1. Namakan 5 jenis kuih raya yang korang suka.

Aku suka semua kuih raya yang ada dalam bekas nih. Ada tart,almond london,biskut makmur,dll.Selalunya ada dekat 10 jenis biskut dalam bekas ni. Tapi biskut-biskut dalam bekas ni tak sesedap yang aku oder,korang pernah rasa gakkan,mungkin Kanda Mizan buat sendiri,hehe.


2. Namakan 5 buah lagu raya yang korang suka dan kenapa.
CK,aku tak ingat tajuk lagu.Nak gi tengok kat blog KJ aku malas pulak,sebab semua orang cakap hari ni hari malas aku.Aku tulis lirik sesikit yang aku ingat ye.

Lagu Uji Rashid ngan Hail Amir
Indahnya sungguh di hari raya,ramainya orang bersukaria.

Lagu Awie ngan Ziana Zain
Pelita kunyalakan,di halaman asmaraku.

Lagu Mamat Exist
Duhai bonda,duhai ayahanda,dengarlah rayuan anakanda

Lagu M.Nasir
Satu hari di hari raya

Lagu P.Ramlee
Apakan daya masa tak akan kembali

Lagu Sudirman
Dari jauh ku pohonkan ampun maaf

6 lagu aku bagi,tak kena income tax kan bagi lebih.


3.Di manakah lokasi percutian yang korang suka untuk bercuti masa musim raya.
Raya orang sibuk nak gi open house apasal pulak nak bercuti,rugilah.Tapi mana tau kan,ada yang nak membawa hati jauh berlari.

Aku suka tengok laut,jadi aku akan pegi ke Cameron Highland ,hehehe.


4.Ceritakan satu peristiwa yang sedih/gembira yang telah terjadi pada korang pada hari raya.
Aku nak cerita yang gumbira je,malas nak ingat yang sedih sebab dah nak dekat raya ni.

Aku gumbira masa raya ramai betul sedara mara kawin,buleh beramah mesra.

CK,aku harap ko puas hati ngan jawapan aku,kalo tak puas hati ko buat-buatlah puas hati sebab aku rasa aku dah menjawab tag ko ni dengan sepenuh hati dan berhati-hati agar tiada yang makan hati.

Aku tengah MALAS.



Dalam satu negeri,seorang raja tengah cari seorang rakyatnya yang paling malas untuk di beri anugerah, (paling malas pun dpt anugerah). Rakyat di suruh berhimpun di satu tempat lapang yang sekarang ni di beri nama Dataran Merdeka (jgn korang percaya plak).

Raja : Ada sesiapa yang paling malas,sila tampil ke hadapan.

Rakyat A : Hamba yang paling malas tuanku. Hamba makan pun malas, kena orang suapkan walaupun hamba dah tua bangka.

Rakyat B : Hamba lagi malas tuanku, walaupun orang dah suap ke mulut hamba malas nak telan tapi tak tau camner boleh hidup sampai sekarang.

Rakyat C : Hambalah yg paling malas.

Raja : Bagaimana pulak cerita kamu?

Rakyat C : Nak citer pun malas.

Tuesday, September 16, 2008

Si dia

"Jangan kamu dekati dia lagi!!! Atau pun ayah akan lakukan sesuatu. Jangan kamu cakap ayah tidak pernah memberi peringatan! Ayah boleh jadi seorang yang kejam, fahammm!!!

Hancur luluh hatiku mendengar kata-kata ayah.Mengapa baru sekarang ayah membantah hubungan aku dengan "Si dia",setelah dalam hatiku ada cinta. Kalau dulu, ayah akan tersenyum meleret-leret bila melihat aku bermesra dengan "Si dia", tapi dalam sekelip mata semuanya berubah.

Seorang ayah sanggup bertindak kejam sebegitu rupa kepada anak gadisnya,ayah menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai ketua keluarga untuk menghalang aku mendekati "Si dia". Airmataku terasa ingin menitis satu persatu, namun ku tahankan jua.

"Tapi yah,juliet....,baru aku ingin bersuara ayah sudah mendengus keras. " Takde tapinya lagi,kalau ayah tengok kamu mendekati "Si dia",kamu akan tahu sama ada langit ini tinggi atau rendah. "Ayah kejam!, aku hanya mampu menjerit dalam hati.


Hari ini,aku hanya mampu mengintai 'Si dia" dari celahan tingkap rumahku. "Aduh! Sakitnya menanggung rindu, aku terlalu rindu untuk berbual mesra dengannya, ingin membelai kulit mulusnya sambil bernyanyi riang, tapi, apakan daya, aku tidak mahu menjadi anak derhaka.


Kalau gugur,gugurlah nangka
Jangan terkena ranting pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan terkenang orang yang jauh

Kalau ada yang sudi,tengoklah gambar "si dia",skroll ke bawah ye.





lagi........











Inilah "Si dia" yang aku maksudkan,buah mangga sulung ayah.Punyalah ayah marah aku dok usik-usik mangga sulung dia nih.Takpe,aku akan pastikan mangga ni jadi kepunyaan aku walau apa pun halangannya,hehehe.Jaga ko mangga,akan ku cicah ko ngan kuah rojak makbee dari utara nun.


Monday, September 15, 2008

PENGERING GUSI

KES 1



Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas 'Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? ' (bang, bas ni pergi ampang ke?). Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas. Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. 'kenapa awak diam tadi? kesian dia...' Pemandu itu pun menjawab: 'Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........' (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak







KES 2



Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti. Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah 'Shut up you !!'. Sampai rumah dia tanya bapa dia, ''shut up you' tu bahasa Inggeris ke?' Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata 'Superman !!!' dia tanya bapa dia lagi, ''superman' tu bahasa inggeris jugak ke' dan bapa dia kata 'yes'. Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata 'Ladies first'. Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu.... 'aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!! Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: 'OK boy, did you get the words?'

Budak: 'Yes, teacher'....

Cikgu: 'Good, what is your first word?'

Budak:'Shut up you!!'

Cikgu: 'What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: 'Superman !!!'

Cikgu: 'Bloody fool! Get out from this class!'

Budak: 'Ladies First!!'







KES 3



SEORANG pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya pada penjaga bilik berkenaan.

POLIS : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

PENJAGA : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba di serang strok. Lelaki kedua pula khabar nya menang loteri dan mati di serang sakit jantung, manakala yang ketiga di sambar petir.

POLIS : Ha....kenapa disambar petir pun tersenyum?

PENJAGA : Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya







KES 4



Ada seorang pemuda ke kedai mamak dan dia hanya ada 70 sen semasa itu. Kemudian pemuda itu bertanyakan kepada mamak berapa harga teh tarik panas dan sejuk.Lalu mamak menjawab'Panas 70 sen' dan 'Sejuk RM 1.20'.Pemuda meminta satu teh panas. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum tanpa berlengah-lengah lagi. Mamak bertanya lagi kepada pemuda itu kenapa minum begitu cepat. Pemuda itu pun menjawab 'kalau saya tunggu lama-lama nanti sejuk tak pasal-pasal saya kena bayar RM 1.20'. Mamak tu pun tercenggang-cengang....







KES 5



Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. 'Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?'. Amin menjawab 'Tidak ada yang tinggal cikgu'. 'Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir' balas guru tersebut. Amin kemudian berkata 'Boleh saya tanya cikgu pulak?'. Cikgu tadi mengangguk setuju. 'Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?' Gurunya dengan teragak-agak menjawab 'Wanita kedua!'. 'Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir' balas Amin dengan selamba.







KES 6



Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,' kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu: 'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'

Friday, September 12, 2008

PEDIH

Aku pulang dari pejabat pada pukul 5.30 petang semalam. Sampai sahaja di hadapan rumah ibuku sudah menanti sambil mengukirkan senyuman berbunga taik ayam. Aku mula merasa sangsi dengan senyuman itu. Apakah ada yang tersirat di sebalik yang tersurat ? Hatiku berdebar kencang,sekencang larian Usain Bolts di Olimpik baru-baru ini.


Aku terus ke bilik, mengambil tuala dan cepat-cepat ke bilik mandi. Aku trauma kalau ibu tiba-tiba senyum begitu, sudah pasti ada arahan berani mati yang akan ibu keluarkan. Agak lama aku berada di dalam bilik mandi, saja membuang masa,lagipun kata mummy,salah seorang teman blogger,mandi selepas asar tidak salah. Betul kah? Entahlah,aku sudah ingat-ingat lupa,kalau salah aku perlu mintak maaf dengan mummy, tapi aku tidak merasa risau untuk mintak maaf kerana Syawal akan muncul tak lama lagi.


Aku masih beriadah dalam bilik mandi apabila tiba-tiba terdengar ketukan maut dari luar.” Lama mandi? Kita ni di bumi KL, bukan di bumi Selangor yang dapat air percuma tu”, ibuku bersuara dan suaranya aku dengar mirip suara Ady Putra ketika sedang memarahi Fauziah Nawi dalam cerita AKUKAH TANGGANG.


Di dapur, riuh rendah terdengar bunyi periuk belanga berlaga dengan senduk. Aktiviti biasa di bulan puasa, memasak untuk berbuka. Keluargaku jarang membeli lauk pauk di luar kerana ayah sangat cerewet bab makanan. Bagi ayah, hanya ibu sahaja yang faham kehendak tekaknya dan aku bersyukur sangat sebab kalau ibu tidak ada di rumah kami tak perlu memasak, pandai-pandailah ayah cari makan.


“Tugasan untuk kamu ada di luar. Siapkan sebelum azan maghrib berbunyi,bukan azan isyak ye”, aku sudah mendapat arahan dari ibu. Kakak dan adikku mengangkat ibu jari kepadaku sambil tersenyum, dan aku dengan bangganya mengangkat hanya jari telunjukku kepada mereka berdua. Aku harap anda semua faham apa maksudnya. Pertanyaan untuk Ibukumbang dan KJ, “tu bukan mencarutkan?”.


Inilah yang menantiku di luar. Anda semua lihat dan fahami sendiri apakah asiggnment yang di berikan padaku di waktu petang yang panas terik. Saat ini aku hanya mampu mengenangkan air bandung cincau magenta KJ. Nasib baik aku teringat yang “syurga di bawah tapak kaki ibu,” kalau tidak aku pasti akan lakukan sesuatu yang lebih munasabah, iaitu pergi ke pasar ramadhan.











Sambil membakar ikan aku berjalan di atas batu-batu yang aku dah lupa namanya. Batu refleksologi ke? Aku benar-benar sudah lupa. Adakah ini bermakna umurku sudah meningkat atau pun kerana perutku sedang berrock kapak. Aku berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat kerana aku sudah menghabiskan setengah botol minyak tanah ayah untuk di jirus ke atas arang. Tiada sesiapa yang memerhatikan aku,jadi tonggang je lah. Kalau ayah tanya kemana hilangnya minyak tanah dia,aku dah sediakan jawapan yang bombastik iaitu “Juliet guna minyak tu untuk cuci cat yang menitik yahhhhh”. Dan ayah akan berasa terharu kerana aku suka tolong dia buat kerja.


Aku mengadap ibuku bersama dengan 3 ekor ikan percik di tangan, dia ingat aku tidak mampu melaksanakan arahannya yang berbau perkauman itu. "Terima kasih”. Janganlah berkata begitu wahai bonda, anakanda berasa seperti ingin mengalirkan airmata kepedihan sebab terkena asap tadi. Ringkas sahaja menu kami semalam, jadi pukul 6 lebih semuanya sudah teratur di atas meja.


Sementara menanti waktu berbuka, ibu menuju ke arah batu refleksologi. Ibu memang suka berjalan diatas batu refleksologi itu jika ada kelapangan dan ibulah yang beriya-iya benar memaksa ayah untuk menyediakan satu tempat khas. Belum sempat aku bersuara, ibu bersuara terlebih dulu. “Arghhh”, dan dengan secepat kilat ibu turun dari batu itu. “Kenapa”, ayah berlari mendapatkan isterinya yang sedang menggosok kaki. “Batu ni rasa panas macam api”. Aku masuk dalam bilik dan gelak terguling-guling atas katil. Aku kan bakar ikan kat atas batu tu tadi, nape lah mak pegi pijak pulak,adoiiii lar, aku mana tau”.
Sekianlah untuk kali ini, pesan aku pada ibu-ibu semua, JANGAN COBAK BERMAIN API NANTI MEMBAKAR DIRI.







Thursday, September 11, 2008

KJ mengetag aku,panas!panas!

Aku di tag oleh KJ jua akhirnya walaupun selama ni aku dah selalu mengelak.Bukan tak suka di tag tapi ye lah kan,siapalah aku ni nak cerita semua kat korang,bukan best pun cerita aku,best sikit dari cerita sindarela tu je,hehe.Tapi untuk tidak menghampakan permintaan KJ (Kakak Jelita) bukan "Kucing Jinak" ye,maka aku dengan seikhlas hati cuba menerangkan siapa aku.Terima kasih daun keladi pada KJ.Kenapa tetiba aku rasa macam aku ni dalam majlis anugerah,bagi ucapan sikit punya panjang.

The rules:

*Link to your tagger and post these rules on your blog
*Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
*Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
*Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.


1.Aku takut sangat kalo mandi laut/sungai,bila kaki aku jejak je dlm air, aku akan terbayang macam mana kalo tetibe ada buaya ke,hantu air ke,dan dengan cepat aku akan naik semula ke daratan,kalo swimming pool takpe.Tapi aku pandai berenang,gaya bebas je lah.Phelps perenang USA yg menang pingat emas kat Olimpik tu aku yg ajar.

2.Aku tak pandai mencarut macam IbuKumbang,tak pandai mencilok macam KJ,dan tak pandai mandrem macam Cakap Kosong,hehe.

3.Depan nama aku ada nama keturunan belah ayah,yang korang tak buleh sesuka nak letak kat nama korang,HEBATnya aku.Riak,riak.

4.Aku tak lalu nak makan kat kedai mamak,biarlah secantik mana restorannya,aku tak lalu nak telan,tapi kalo orang beli tapi tak cakap itu kedai mamak punya aku akan makan sehingga kenyang.

5.Aku buleh berkawan dengan sesiapa saja sebab aku ni jenis yang cepat mesra,"shy-shy cat" tu adalah sesikit,tapi bila dah lama orait je.

6.Aku tak suka pakai baju kelawar masa tido,takut terselak beb,aku ni ganaz.

7.Aku tak suka makanan yang ada coklat,cthnya kek coklat,aiskrim coklat,coklat,white coklat,semualah yang ada perkataan coklat.

Cukuplah ni ye,best pulak bila dah tulis ni,rasa nak buat panjang2 lagik,tapi "masa terlalu cemburukan" aku,hehe.Lain kali kalo nak tag aku cari soklan yang power2 sikit ye.Kepada sesapa yang namanya aku 'ter"sebut,mintak ampun mintak mahap ye.

Dan,aku dengan ini mengetag : kutaksempurna,iina,kitapunye & the confused, dengan ucapan,kalo korang rasa nak buat,buatlah,kalo taknak pun takper.

Wednesday, September 10, 2008

Sama tapi tak serupa

Ini baju kurung yang aku pakai pegi keje semalam.Kain murah je,tapi aku suka corak bunganya,kainnya pun selesa.Balik keje semalam aku terkejut bila tengok adik aku pun pakai baju yang hampir sama bunga dan kalernya ngan aku.Nasib baik keje tempat lain-lain,kalo tidak ,harus jadi kumpulan boria lah aku ngan dia semalam.Kalo tak boria jadi koir,haru sungguh.


Inilah baju yang adik aku pakai semalam.Hampir sama kan,cuma bunga dia kecik daripada aku.Sebenarnya memang kami pegi beli di tempat yang sama hari tu,tapi tak sangka pulak boleh terpakai hari yang sama.Memang adik aku nih suka timbulkan kontroversilah.


Dan,yang ini paling sensasi.Ni pulak gambar tikar buluh yang ayah baru beli masa dia pegi Nilai 3 minggu lepas. Nak di jadikan ceritanya,mak aku bukaklah pembalut tikar ni semalam jugak,tak sabar dia nak tengok pemberian daripada suami tercinta.Kami pun berkerumunlah depan tikar tu,excited nak tengok macam mana coraknya sebab ayah dok kata cantik bangat.Mak pun bukaklah pelan-pelan,bila terhampar je tikar tu depan aku ngan adik,kami masing-masing pakat dok pandang baju yang di pakai.Dan kakak aku pun terguling-guling gelakkan aku ngan adik,dia cakap kami boleh jadi penjual tikar ni sebab dah ada uniform.Sadis sungguh,apa nak kata,simpan je lah dalam hati.Waaaaaaa,sedihnya aku rasa sebab baju aku nak sama pulak ngan bunga tikar buluh tu.Kalo baju aku sama ngan kapet turki yang harga ribu-ribu pun aku tak kisah.Dah nasib badan.











Monday, September 8, 2008

Bertukar,yeahhhh.

BERTUKAR!!! Anak buah aku kalo sebut "bertukar" ni maknanya dorang tengah main perang ultraman.Dan selalunya aku di paksa jadi raksasa,maklumlah,raksasa kan selalu kena buli ngan ultraman.Kuat betul pengaruh cerita dari luar kat anak-anak kita ye.Kalo dorang tengok cerita Doraemon plak dorang suka sebut,"belon ajaib",baju terbang",macam-macam dan yang pastinya mak aku akan menjerit bila cucu-cucunya nak terbangkan pasu bunga dia.


Dua tiga hari ni aku tengok ayah bukan main syok lagi dok mengecat pagar rumah,pagar raya la nih kononnya.Tetiba datang satu idea,aku nak cat bilik aku walaupun masih cantik dan menarik.Aku suruh ayah beli cat mengikut kaler yang aku suka,dan semalam bermulalah operasi aku menukar kaler bilik aku yang muat untuk 20 orang tido (org kerdil bleh la 20 org,hehe).







Aku berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan skil aku kat semua orang dalam rumah.Kalo tokey kontrak tengok aku punya skil mengecat maunya dia suruh aku ajar mat-mat Indon & Bangla dia.Kang nanti ada pulak jadi kes Cinta Antara Benua,tak sanggup beb.


Aku tengok ayah relax je mengecat satu kawasan rumah, tak nampak penat langsung walau bulan puasa,tu yang aku pun nak try tuh.Mula-mula rasa macam buleh siapkan dalam masa beberapa minit je,tapi baru habis separuh dinding aku dah terbayangkan teh ais.Panas woo,di tambah lagi dengan bau cat yang masam-masam manis tu aku rasa berpusing kepala jap.Aku dah jeling-jeling kat adik nak pas baton kat dia plak,tapi adik aku buat tak tau je.


Ayah masuk tengok aku dok terkial-kial celup berus dalam bekas cat tuh dan dengan penuh kasih sayang (sebenarnya ayah geram dah 1/2 hari satu dinding tak siap lagi) dia capai berus cat dari tangan aku dan dalam beberapa minit dia berjaya mengecat separuh bilik aku.


"Separuh dinding lagi cat sendiri,kalo malas biarlah bilik ko jadi kaler campur-campur lagu tu Juliet".Isk,isk,sampainya hati seorang ayah berkata begitu pada anak perempuannya yang baru akil baligh nih.Aku kuatkan semangat,dan akhirnya aku berjaya mengecat separuh lagi dan akhirnya bilik aku bertukar kaler dalam masa 1 hari.Casa Impian pun takleh lawan aku.Dan kerana bekerja keras mengecat semalam,hari ni aku tak sedar bangun sahur,letih beb,rasa nak tercabut tangan aku,kaki ni rasa bengkak semacam sebab mencangkung lama.Lepas ni kalo nak tukar kaler bilik lagi aku kena pastikan bukan dalam bulan puasa.

Saturday, September 6, 2008

Bahaya wooo

Aku hangin betul dengan adik aku nan satu nih.Mentang-mentang dia anak bongsu dia ingat dia buleh buat sesuka hati.Menyesal aku dulu masa kecik-kecik selalu dok mintak adik ngan mak,kalo tak aku yang jadi anak bongsu.Menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna,saya Karam Singh Walia,hehe.





Nak tau kenapa aku hangin sangat? Ni body shaping adik aku. Macamlah dia gemuk.


Ni pulak pencuci muka aku. Aku buleh guna semua jenama, takde masalah. Jadi setiap bulan aku tengok mana yang berkenan, baca info lebih kurang aku beli je.



Bila 2 benda ni di letak berdekatan, lebih kurang je warna dan saiznya. Aku kalau bangun sahur mata ni takleh bukak besar-besar,taktaulah kenapa. Jadi,dalam keadaan bukaan mata aku hanya 30 darjah, aku capai body shaping adik yang aku sangka pencuci muka sebab selalunya hanya pencuci muka aku je yang berada atas rak tu. Aku pun basuh muka, mata masih pejam lagi. Aku picit body shaping tu, letak air sikit, buihkan, dan kemudian aku letak kat pipi. Tetiba, argghhhhhhh! aku menjerit sebab pipi terasa pijar. Nasib baik aku tak letak kat mata, kalau tidak, maunya sekarang nih aku sedang di rawat kat wad kecemasan.



Body shaping tu panas sebab bahan utamanya ialah cili, tapi aku tak pasti sama ada cili api atau cili merah, atau campuran keduanya. Mata aku automatik terbukak luas, boleh pulak bukak besar-besar,aku ingat tak boleh,hehe. Adik aku pun mengetuk pintu bilik air sambil bertanya "Nape kak?". Aku pun keluar dengan muka yang merah padam, bukan sebab marah, tapi sebab pijar. "Apsal ko letak krim nih kat sebelah pencuci muka aku hah!". Dengan selamba dia jawab, "ala,orang lain takde masalah pun, ko sorang je kalut, Tuhan bagi mata tu ko buat apa? tido je ko guna mata ke?". Amboi,aku pulak yang kena sound di dinihari yang kelam ini. Tapi memang pun aku yang tak bukak mata, sayang woo, tengah mimpi syok-syok kena kejut.




Thursday, September 4, 2008

Lelaki Ini

Aku ambik anak buah kat sekolah tengah hari tadi. Sementara tunggu dia keluar sekolah aku pun pandang-pandanglah keluar tingkap kereta,menikmati pemandangan selepas hari hujan. Langit masih lagi gelap macam nak ribut dengan angin yang kuat bertiup. Tiba-tiba aku tengok brader ni keluar dari teksi dia. Agaknya bosan kot tunggu anak dia tak keluar sekolah gak lagik.





Aku tengok brader ni sedang membetulkan baju dia. Seorang pemandu teksi yang kemas, aku suka. Dia membelek-belek wajahnya depan cermin sambil mengesat peluh, sama ada peluh panas atau pun peluh tahan posa :D



Aku terkejut sungguh tatkala melihat dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya, senjata tajam. Jangan ada yang panik, dia keluarkan pisau cukur dan dengan bangganya mencukur janggut serta rambutnya yang dah memang botak tuh di depan ratusan orang. Macho beb. Ada staillah.








Asyik betul brader dok bercukur. Selama ni aku tengok orang lelaki dok cukur janggut je sambil tunggu isteri ke, anak ke, kali ni lebih havoc lagi, aku dapat saksikan orang lelaki cukur rambut tepi jalan. Rezeki di bulan Ramadahan, bukan senang nak dapat tengok aksi-aksi lincah macam ni. Jimat kos betullah brader ni. Kalo gi kedai mamak dah kena RM5-6. Hebatlah brader. Ini yang di katakan "Malaysia Boleh".




Wednesday, September 3, 2008

Abadi disana



Akhirnya 'dia' pergi jua meninggalkan kami semua

Sebelum sempat merasa manis air susu ibunya

Sebelum sempat lena dalam dakapan ayahnya

Pukul 11.00 malam tadi anak buah aku yang baru seminggu keluar dari rahim ibunya di sahkan meninggal dunia kerana paru-parunya di jangkiti kuman. Menurut doktor kalau dia hidup pun dia akan mengalami kecacatan mental dan tumbesaran fizikalnya akan terencat. Kami redha menerima segala ketentuanNYA di bulan yang penuh keberkatan ini. AlFatihah untuk abang sekeluarga.

Tuesday, September 2, 2008

Gemalai jari

Aku dengan rela hati ikut sepupu aku,seorang pereka fesyen terkenal ke Amcorp Mall untuk mencari manik.Aku tak pernah masuk dalam Amcorp Mall sebelum ni,lalu tepi2 adalah.Bila di pelawa ke sana aku pun tak lepas peluang.
















Bermacam bentuk,size dan kaler manik ni.Sepupu aku tengok manik macam tengok emas,terbeliak-beliak bijik mata dia.Dia terkam manik2 tu macam harimau terkam mangsa.Aku tengok manik tu rasa biasa je,tak menyentuh langsung kat hati aku ni,tu lah agaknya beza orang seni ngan tidak ye.Kalau tengok sepupu aku ni jahit manik macam orang makan kuaci je,gigit,ambik isi,buang.Punyalah senang.Dia pernah suruh aku belajar dan dia sudi nak ajar,mintak maap mintak ampun,kalo aku jahit manik rasanya sampai ke tua pun masih dok 1/2 inci je,kerastangan sungguh.Orang jahit manik kat baju,aku kalo jahit bukan takat baju,maunya aku jahit ngan kulit2 lengan aku sekali,tekun beb,air liur meleleh tak payah cakaplah.






Gemalai sungguh jari-jari dia bila berada di atas kain.Sorilah,aku tak diizinkan menyebut namanya di sini,dia ni jenis yang merendah diri,dia nak orang suka rekaan dia bukan sebab namanya.Aku takut kalo tengok dia dok depan manik,tak sedar diri langsung,kalo rumah dia runtuh masa tu pun dia tak sedar,asyik sungguh.Aku yang tak berminat ni geleng-geleng kepala.









Nasib baik ada pertandingan model cilik untuk hari kebangsaan bolehlah jugak menghiburkan hati aku yang dok menunggu sepupu aku memilih manik tadi.Amboi,budak-budak ni pun bukan main lagi bergaya ala-ala Nasha Aziz,aku tak tau dorang ni buat catwalk ke dogwalk,semacam je,hehe.Perut ni dah nyanyi macam-macam lagu,rock ada,dangdut ada,apa agaknya mak masak untuk berbuka ni,mesti sedap hingga menjilat jari.Tapi kekadang mak ni kacau gak,bila aku sampai je kat rumah tengok dia rileks semacam,tu tandanya kena pegi cari lauk sendiri la.Ala,sesekali mak pun nak rehatkan,malam dia pegi terawih,pagi bangun masak untuk sahur,aku ni mak kejut 100 kali untuk sahur pun nak bangun susah :D