Thursday, September 18, 2014

Mudah

Kawan berbangsa Cina tanya saya apa maksud bomoh hujan.

Saya cakap mengikut yang saya tahu bomoh hujan tu ialah seseorang yang boleh tahan hujan turun.

"Waaaahhhhhh! Begitu hebat? dia tanya saya lagi.

Saya angguk banyak kali.

Tapi saya cakap saya tak pernah jumpa dan tengok bagaimana bomoh hujan buat kerja.

Saya pulak tanya dia kenapa dia tiba-tiba tanya pasal bomoh hujan.

Dia cakap 2-3 hari lepas bos dia suruh dia cari hotel.

Mereka nak buat jamuan tapi di taman, bukan dalam dewan hotel.

Dia telefon berpuluh hotel mintak sebutharga, dan dia cakap ada 2 hotel yang bagi sebutharga siap dengan pakej bomoh hujan.

Waaahhhhhhhh! Saya lagi terkejut.

Saya tanya hotel mana tapi dia dah lupa.

Tak sangka ada hotel bagi pakej macam tu.

Tuesday, September 9, 2014

Kebesaran

Dia isi borang cuti, 2 bulan dia mahu bercuti.

Kami cakap bos mesti tak bagi.

Dia cakap bos mesti akan bagi.

Kami pandang dia yang dari tadi asyik senyum sambil isi borang.

"Awak sakit ke?

Dia pandang kami lama, kemudian dia angguk.

Hah! Terus kami kerumun dia.

Dan pelbagai soalan kami ajukan sampai dia jerit....ok!ok! Saya cerita.

Minggu lepas dia rasa tak sedap badan, perut rasa tak selesa.

Suami bawak dia pergi klinik. Dan bila doktor buat pemeriksaan, doktor marah-marah.

Rupanya dia dah mengandung 8 bulan, dan dia tak rasa apa-apa perubahan.

7 tahun dia dah berkahwin, dan tahun lepas dia dan suami sering berulak alik ke HKL.

Jumpa pakar sakit puan dan macam-macam pakar lagi, dan alhamdulillah, hujung bulan ini dia bakal menimang bayi perempuan.

Haaaahhhhhhhh!!!!!

Kami terlopong. Kami ternganga.

Ada yang pegang perut dia sebab tak percaya.

Adakah sebab dia berbadan besar maka dia taktau yang dia mengandung?

Atau adakah sebab dia tak pernah mengandung maka dia taktau dia mengandung?

Dia pun mulanya tak percaya.

Tak sabar nak tengok bayi dia yang sekarang jadi bualan hangat kat pejabat. :D


Friday, September 5, 2014

Sendirian

Saya tanya dia nak makan nasi ke tidak waktu malam.

Dia cakap dah kenyang makan dengan kawan.

Saya tanya lagi dia makan apa.

Dia jawab makan nasi bujang.

"Hah?" Nasi bujang?

Dia angguk.

Saya tak pernah dengar nama nasi tu.

Dia cakap nasi bujang tu ialah nasi putih, telur dadar, sup kosong dan air sirap.

Saya macam tak percaya.



Thursday, September 4, 2014

Musim

Bila dia cerita anak dia tanam jagung berekar-ekar, saya terus ketawa.

Kalau dia cakap orang lain tanam jagung saya takkan ketawa.

 Saya kenal anak dia, saya tahu perangai anak dia.

2bulan kemudian dia cerita anak dia dah tak tanam jagung.

Penat, tak tahan nak berpanas.

Saya senyum saja. Saya dah jangka perkara ni.

Dia cerita lagi.

Anak dia ikut ejen hartanah. 

Saya terpaksa tahan ketawa.

2-3bulan baru ni saya dapat tahu, anak dia dah tak ikut ejen hartanah.

Anak dia jual air tebu kat pasar malam.

Orang lain jual air tebu boleh kaya.

Bila saya jumpa dia, saya terpaksa tahan ketawa.

Kesian dia.

Tapi saya tetap doakan anak-anak dia akan berjaya satu hari nanti.


Thursday, July 3, 2014

Sembang Ramadan

Jim hulur kertas dan pen.
Dia suruh lukis burung.
Saya siap tanya burung jantan atau betina :D

Lepas tu dia suruh lukis kapal.
Saya gores-gores jadi juga kapal.

"Lukis lion".
Saya pun mula berimaginasi.

Tadaaa. Saya tunjuk lion.

Jim geleng kepala.
Dia cakap saya lukis salah.

Saya cakap betullah lion rupa begini.

Jim cakap lion ada 2 kaki je. Rambut lion pacak.
Lion pakai seluar sekolah sama macam dia.
Dan lion duduk sebelah Jim dalam kelas.

Oooooooooooooooo.......

Tu Rayyannnnnnnnn.

Nasib baik acik puasa.

Monday, June 30, 2014

Putih

Sedang saya asyik memerhatikan lampu yang besar dan cantik itu,
tiba-tiba rasa bahu di cuit.

"Juliet?", dia separuh menjerit.

Saya senyum dan angguk kepala.

Dan terus dia salam peluk saya.

5 minit kemudian bahu saya di cuit lagi.

"Juliet? Wah terujanya", dia salam saya kuat2.

5 minit kemudian bahu saya di cuit lagi.

"Saya nampak kereta awak paking depan pintu masjid, wahhhhh tak sangka".

Dia terus duduk sebelah saya dan terangkan macam-macam.

Tak sangka kedatangan saya untuk berterawih di masjid telah menimbulkan kekecohan. :D

Terima kasih pada yang selalu memberi dorongan dan semangat.


Wednesday, June 25, 2014

Gerak Hati

Bila nampak ayah balik kerja terus dia terkam.
Dan cerita yang tabnya hilang dalam rumah.
Ayah pun tolong carik.

Selak dalam bakul kain, tiada.
Dalam almari baju, tiada.
Ayah dah membebel.

Intai bawah kerusi, tiada.
Intai bawah sofa, tiada.
Kat ruang tamu, tiada.
Kat dapur, tiada.
Bilik tidur pun tiada.

Ayah suruh dia ingat baik-baik mana dia letak.
Dia geleng kepala sambil kesat airmata.

Ayah membebel lagi dan ayah cakap, "kalau ayah jumpa tab adik, ayah baling biar berkecai".

Dia kesat airmata dan sibuk cari sama. Keluar masuk bilik.

Tiba-tiba dia jerit dari dalam bilik tidur.

Ayah berlari ke sana.

Dan ayah tengok tabnya dah berkecai.

"Kenapa adik baling?", ayah tahan marah.

"Kan tadi ayah cakap kalau jumpa tab adik ayah baling biar berkecai".

Ayah lap airmata sendiri :D

Friday, June 20, 2014

Serak

Saya pergi ke rumah sewa nak bayar segala bil yang tertunggak dekat pejabat pengurusan.
Saya datang ke sini 3-4 bulan sekali saja sebab sewa rumah dimasukkan terus dalam akaun saya.

Sampai depan peti surat rumah sewa tu tiba-tiba ingatan saya kosong.
Tak ingat langsung alamat rumah.
Dekat 10 minit saya tercegat depan peti surat yang berderet.
Rasa nak telefon penyewa tanya nombor rumah tapi segan pulak.

Saya picit kepala. Konon berharap dapat ingat balik, tapi hampa.
Akhirnya saya ambik keputusan untuk duduk sekejap atas bangku.
Gembira tengok kanak-kanak riuh berenang dalam kolam.

Dan, tiba-tiba....plingggggggg
Macam magik. Saya boleh ingat balik segalanya.

Cepat-cepat saya pergi dapatkan peti surat dan ambik segala yang perlu.

Boleh pulak jadi begitu. Nak salahkan antibiotik dengan ubat sakit tekak. :D

Sedang sakit tekak sekarang.

Wednesday, June 18, 2014

Seram

Dia jatuh motor. Uminya bawak ke klinik.
Masuk bilik doktor wajah dia dah nampak sedikit pucat.
Doktor periksa lutut yang luka.
Doktor pandang dia dan cakap luka itu perlu dijahit.

Terus muka dia pucat tak berdarah.
Umi suruh doktor buat apa yang patut.
Doktor cakap lukanya kena 8-10 jahitan sebab besar dan dalam.

Dia tanya doktor jahit tu rasa sakit macam sakit bersalin ke.
Doktor pandang dia dan umi, dan meletus ketawa daripada mereka berdua.
Dia suruh doktor bius dia sampai pengsan sebelum jahit luka.
Doktor ketawa dan tepuk bahu dia perlahan.lahan bagi semangat.

Sepanjang doktor jahit lukanya dia pegang meja doktor kuat-kuat.
Dan tutup mata rapat-rapat.
Bila doktor suruh buka mata barulah dia mampu senyum sikit.

Budak lelaki 15tahun yang sangat takut dengan klinik. :D

Thursday, May 22, 2014

Seri


Jim jerit-jerit marah

Sebab atuk tukar paip warna pink.

Jim cakap tu paip fonfuan.

Kami pulak suka sebab Jim dah tak suka main air lagi. :D



Wednesday, May 21, 2014

Kicau

Saya telefon dia ajak keluar.

Dia cakap tak boleh sebab tengah masak.

"Masak"?

Saya terkejut dengan jawapan tu sebab dia dengan dapur sangat bermusuh.

Minggu lepas pun mak dia cerita dia buat air teh bubuh garam.

Alasan dia garam dan gula nampak sama :D

Harap dia tak bakar dapur mak dia.

Dan saya harap mak dia takkan cerita apa yang dia masak :D

Monday, May 19, 2014

Perang

Dia tanya saya kerja di mana.

Saya jawab saya guru.

Dia pandang saya atas bawah.

Mengajar di mana, dia tanya lagi.

Saya jawab saya mengajar di salah sebuah sekolah agama.

Dia pandang saya atas bawah.

Dan terus ketawa berdekah-dekah.

Saya tanya kenapa dia ketawa.

Dia cakap sekilas ikan di air dia dah tau jantan betina, dan dia sambung ketawa.

Hurm.

Kena muhasabah diri lagi.

Thursday, May 15, 2014

Jiwa

Dia baca suratkhabar depan saya.

Dan saya perasan dia asyik jeling jari saya.

Tiba-tiba dia tanya saya dah kawin atau belum.

Saya pandang dia. Macamlah kami baru kenal 2minggu yang dia nak tanya soalan gitu.

Dia tunjuk cincin di jari  manis saya.

Kata dia, orang cina kalau belum kahwin hanya boleh pakai cincin di jari tengah.

Oh! Saya baru tahu.

Nak alih ke tidak ni? Masih berfikir.


Wednesday, May 14, 2014

Bahagia


Menghadiri perkahwinan sepupu saya dia Alor Setar minggu lepas.

Pertama kali jejakkan kaki di sana.

8 buah kereta berkampung di hotel Seri Malaysia.

Jim & The Gang mengamuk sebab hotel takde kolam :D

Sempat pergi ke Wednesday Town sebelum majlis.

Terkejut bila tengok ada orang bakar apam balik di dewan kenduri.

Rupanya memang kebiasaan orang utara ya.

Sempat makan mi Pak Abu walaupun sebenarnya taktau yang mi ini terkenal. :D

Kepada sepupu, saya, pandai-pandai bawak diri rumah mertua :D

Jangan bangun lambat dan sila masuk dapur ok :D



Friday, May 9, 2014

Getar

Malam.

Lama saya perhatikan dia mundar mandir depan kereta dia.

Saya kenal dia, dan saya pun hampiri dia.

Saya nampak dia macam dalam keadaan resah.

Nampak macam ada masalah.

"Kenapa?", saya tanya.

Dia beritahu saya ada orang letakkan kereta di belakang kereta dia.

Dan dia tak boleh keluar dari petak parking.

Saya jenguk dalam kereta yang menghadang kereta dia.

"Eh! Dia ada tinggal nombor telefon tu", kata saya.

Dia angguk.

"Telefon sajalah", kata saya lagi.

Dia tunjukkkan Iphone nya pada saya, "takde kredit".

Dan wajahnya muram.

Dan, dengan bangganya saya keluarkan Nokia 80ringgit saya.

Dan, selesai masalah.

Terkelip-kelip dia tengok Nokia saya.

Ya, saya budak baik :D

Thursday, May 8, 2014

Rasa

Saya nak pergi farmasi dan dia kirim suruh beli ubat untuk dia juga.

Saya suruh tulis nama ubat takut salah sebut.

Sampai farmasi saya hulur kertas yang tertulis nama ubat dia pada budak kaunter.

"Stok yang ni dah habis kak. Ambik yang nama lain lah. Sama je", kata budak farmasi.

Saya pandang adik tu dan kerut-kerut muka.

"Dah habis? macam mana ye", tanya saya.

Budak farmasi senyum-senyum.

"Alaaa kak, anak tu rezeki kak", dia jawab.

Saya pandang dia. Apa pulak tetiba keluar bab anak ni.

"Ni ubat apa?", tanya saya sambil tunjuk kertas tu.

Budak tu pandang saya atas bawah.

"Tu nama pil perancang".

Zalimnya dia.


Wednesday, May 7, 2014

Rentak Tari


Penat di kejar

Penat mengejar

Hari ini masih berlari

Tapi masih sempat menjengah ke sini

Rindunya nak bertandang di rumah kawan-kawan.

Rindu yang tak mampu di ungkap dengan kata-kata.

Sangat berharap selepas ni mampu berfoya-foya seperti dahulukala.

Thursday, February 20, 2014

Sentuhan Kecundang



Abah upah orang buat kolam.

Abah teringin sangat nak bela ikan.

Teringin sangat nak lepak malam-malam tepi kolam sambil tengok air terjun.

Tapi kan, bila kolam siap, hajat abah tetap tak kesampaian.

Sebab Jim dah ugut abah, kalau abah letak ikan dalam kolam Jim tak nak pegi tadika.

Dan sebab abah malas nak gaduh dengan Jim maka abah tukar kolam tu jadi milik Jim.

Bukan milik ikan. :D






Wednesday, February 19, 2014

Tempat jatuh lagikan di kenang

Dia ajak saya ziarah pusara saudara.

Sudah agak lama kami tak datang berziarah.

Pergi lepas asar dan cuaca agak mendung.

Kami bersihkan kawasan sekitar pusara.

Dia ajak saya cabut rumput yang tumbur liar di atas pusara.

Sedang kami asyik mencabut rumput tiba-tiba muncul makhluk yang tak diundang.

Saya dan dia menjerit agak kuat.

Penjaga kawasan perkuburan berlari mendapatkan kami.

Rasa menggigil lutut waktu tu.

"Kenapa? Kenapa?".

Kami tunjuk kearah seekor anak katak yang sedang melompat.

"Laaaaaa, ingatkan orang kat bawah hulur tangan ke, hulur kepala ke", dia ketawa.

Kami berdua berpandangan.

Errr...kalau orang bawah hulur tangan atau kepala harus kami pengsan tak sempat jerit :D


Tuesday, February 18, 2014

Kasih Sayang

Saya dan dia duduk berbual bawah pokok bunga tanjung.

Sambil sesekali mata saya memerhatikan suami dia yang sedang menyiram bunga.

Dia beritahu saya tugas menghias laman rumah semuanya di lakukan suami.

Dia cerita pernah suatu hari suami mengeluh kerana rumput di laman sudah panjang.

Dan tiada siapa pun yang peduli.

" Kalau saya meninggal nanti entah macam mana keadaan laman ni", keluh suami.

Dia jawab, " abang baliklah tolong potong rumput, tapi kalau balik bagi salam baik-baik, takut saya terkejut".

Dan suami yang rasa nak marah terus ketawa.

Saya yang dengar cerita dia pun ketawa.


Monday, February 17, 2014

Senggol Senggolan


Dia tanya saya.

Selepas W ..... Y, macam mana pulak nombor plat untuk KL nanti?

Saya cakap taktau.

Sebab kereta saya tak perlu nombor plat.

Kikikiki.

Sila jangan percaya.


Thursday, February 6, 2014

Teman Pengganti


Saya memang tak boleh minum kopi.
Bau kopi pun boleh buat saya pening.
Tapi entah kenapa suka sangat nak minum kopi terutamanya waktu sarapan.

Dan, baru-baru ni saya jumpa ini.
Nescafe tanpa kefein.
Penutup merah.

Dah banyak kali saya minum dan memang tak rasa pening.
Tapi rasa kopinya macam kurang kaw sebab serbuknya pun tak berapa gelap.

Asalkan ada bau kopi pun dah cukup untuk saya.






Wednesday, February 5, 2014

Mainan perasaan

Baca surat khabar, "restoran di Melaka sediakan berinai percuma setiap hari".

Saya jerit pada kawan-kawan.

Jerit manja saja.

Bersusun mereka datang kerumun saya.

"Bukan berinai la, BERIANI, NASIK BERIANI", ramai-ramai mereka jerit pada saya.

Ye ke? Lama saya tenung perkataan tu, beriani rupanya.

Takpelah salah pun, sekurang-kurangnya mereka tau ada nasi beriani percuma di Melaka :D

Boleh cuba nanti kalau pergi Melaka :D

Tuesday, January 28, 2014

Calar

Bersendirian. Merenung riak air kolam.

Dan, tiba-tiba angin petaghe datang mengelus pipi dengan rakus.

 Membelai rambut dengan lembut.

 Mencurahkan segala gundah gulana pada dia.

Menumpahkan airmata bahagia derita.

Angin petaghe lantas melagukan melodi menusuk kalbu.

Mendakap mesra, memujuk manja.

Dan sebelum pergi, angin petaghe sempat berbisik, " kenapa harus dipertahankan ego yang tinggi melangit?"

Diam. Tunduk. Malu.

Rupanya angin petaghe berjaya menyelinap masuk ke dasar hati saya.






Thursday, January 2, 2014

Sentuh Dan Pergi


Saya tolong dia angkat barang dari tempat kerja lama ke tempat kerja baru.

Mulai hari ni dia akan bertugas di tempat baru atas arahan ketua atasan.

Lebih mencabar dan lebih banyak dugaan.

 Saya tau dia sukakan cabaran cuma mungkin perlu sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

Saya tengok dia lap airmata juga masa tinggalkan tempat lama.

10tahun di tempat lama, mestilah banyak memori yang sukar di lupakan.

Kenangan 10 tahun tak mungkin dapat dilupakan dalam masa 10 hari.

Tapi lepas ni rasanya pasti semua ok.