Saturday, May 31, 2008

Meriahnya majlis

Kompang di palu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu

Cuti sekolah sana sini orang sibuk dengan kenduri kahwin.Dekat rumah aku tak henti - henti bunyi kompang setiap minggu meraikan pengantin.Aku dapat undangan gak dari seorang kawan,adik dia akan melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad ni,tapi rasa malas nak pegi,bukan aku kenal sangat dengan adik dia pun,kalau aku pegi rumah dia bukannya adik dia nak tegur aku,sombong semacam.Bila lalu kat rumah orang kahwin dan tengok khemah yang bermacam warna siap dengan renda bagai,hati aku terdetik gak,adakah aku akan lalui majlis yang meriah macam ni? Aku tak harapkan majlis perkahwinan yang meriah & glamour,cukup sekadar yang wajib saja.Wei,berangannya aku,hehe.Sejak kebelakangan ni aku cukup malas nak membalas ataupun menghantar mesej untuk "dia".Aku memang tak telefon dia dah.Semua ni terjadi semenjak dia menghantar mesej baru2 ni "INI MESEJ TERAKHIR DARI SAYA..bla,bla".Hati & perasaan aku dah hancur lebur,suka- suka hati dia je nak hantar mesej macam tu,dia ingat aku ni takde perasaan ke.Tapi sekarang ni dia pulak yang rajin bertanya khabar ,biar dia yang kejar aku pulak,ceh,macam cerita hindustan je.Aku betul - betul dah terluka dengan sikap dia.Aku anggap semuanya dah berakhir,kalau dia telefon aku jawab,dia mesej aku balas balik namun untuk aku telefon & meseja dia macam dulu tak mungkin "NO WAY",emosional sangat ke aku ni,pigidah,lantak dia nak cakap aku apa pun,yang penting aku tau sapa & dimana aku berpijak,aku kan Perempuan Melayu Terakhir,apa2 ajelah ya.

Wednesday, May 28, 2008

Dugaan



















RENTANGKAN KU PERMAIDANI
DARI SALJU BERWARNA PUTIH
AGAR DAPAT KU LEPASKAN
BEBAN YANG KU GALAS INI
ALLAHHUAKHBAR! Itulah perkataan yang meluncur keluar dari mulutku apabila mendengar berita itu.Kawan aku yang pergi buat mamo test minggu lepas kat Hospital Putrajaya menelefonku,dia dah dapat result test."Apa yang aku takut dah terjadi",itulah katanya lepas dia memberikan salam padaku.Dia telah mengetahui keputusan ujian mamogramnya semalam,dan doktor pakar telah mengesahkan kesakitan yang dialami di payudara sebelah kiri adalah kerana ada ketumbuhan yang menghuni di dalam payudaranya.Menurut doktor ketumbuhan itu bukan kanser tapi jika tidak dibedah secepat mungkin bimbang akan menyebabkan terjadinya kanser payudara.Menggigil aku saat dia mengucapkan perkataan "BEDAH,KETUMBUHAN & KANSER".Doktor telah menetapkan tarikh pembedahannya pada 19JUN 2008 bersamaan hari Khamis.Tapi 18JUN dia kena masuk wad untuk dipastikan tahap kesihatannya stabil sebelum pembedahan dilakukan keesokan harinya.Dia akan dibenarkan keluar dari wad 2-3hari selepas pembedahan jika tahap kesihatannya memuaskan.Aku terharu sangat saat dia mengatakan yang tahun ini dia tak dapat nak belikan hadiah harijadi untuk aku kerana dia mungkin masih dalam kesakitan saat itu."Lepas harijadi aku kalau kau nak bagi pun aku terima",aku berlawak.Dia tertawa kuat."Aku takut sebenarnya nak jalani pembedahan ni,tapi kalau tak buat sekarang impaknya lagi teruk pada masa depan.Doakan pembedahan ni berjaya.Kau taknak datang melawat aku ke nanti?",perlahan sekali dia berbicara.Aku dapat menangkap rasa takut & sedih dari helaan nafasnya."Hari2 aku doakan kau,kalau kau tak sakit pun aku tetap doakan kau.Aku tak janji dapat melawat kau ataupun tak sebab Putrajaya tu jauh sangat,lagipun time keje kan jln sesak,tapi aku akan cuba.Kau jangan fikir yang bukan2,Inshaallah,semuanya akan selamat".Sebenarnya aku sendiri rasa takut,kecut,sedih,risau,semuanya bergumpal menjadi satu rasa yang tidak menyenangkan sehingga aku terlupa untuk bertanya bagaimana pembedahan itu dilakukan"Aku akan beli hadiah untuk kau walau aku terpaksa merangkak gi kedai,kau sahabat aku dunia akhirat".Terasa airmata aku mahu luruh mendengar kata - katanya."Tak payah nak pikir pasal harijadi aku,kau kena jaga diri baik-baik lepas pembedahan nanti.Aku akan gembira kalau kau sihat macam biasa,aku nak dengar kau ketawa macam selalu"."Terima kasih,kau bagi aku semangat".Setelah mengucapkan salam aku mematikan talian."Ya Allah,KAU berikan dia kekuatan & kesihatan".Aku memang tabik spring dengan kawan aku nih,dia memang seorang wanita yang berani & kuat.

Monday, May 26, 2008

SALE!!! Jom Shopping

Kat mana-mana ada SALE sekarang ni,aku termasuk dalam kategori kaum hawa yang tak tahan tgk perkataan SALE tergantung,sure nak masuk tgk kat dalam mall tuh apa yang murah & menarik.Semalam aku gi Selayang Mall ngan adik & sepupu aku,mulanya dah tanam niat dalam hati taknak beli apa2,cuma nak temankan adik aku pasang tali raket badminton je.Tapi bila dah masuk ke Parkson,naik juling biji mata aku tgk handbag,ya ampunnnn,cantik & murah.Tapi aku tahankan lagi hati nih,malaslah beli handbag,bukannya aku pakai pun.Sepupu aku beli jam,walaupun harganya murah tapi cantik,sebenarnya aku teruja gak nak beli 1,tapi memandangkan takut bajet lari maka terpaksalah aku sabarkan hati.Aku tak tahan betul bila masuk ke kedai buku POPULAR,aku sambar 1 novel "TIADA LAGI DUKA,penulisnya MANEERA MUHAMMAD".Puas hati aku.Puas rounding dalam mall kami gi makan kat Shakey's.Lama tak masuk Shakey's sebab kami lagi suka lepak kat Pizza Hut.Puas hati ngan service yg diberikan oleh budak2 Shakey's,harganya pun ok,rasanya lebih kurang Pizza Hut gak.Bila perut dah kenyang masing - masing malas nak angkat punggung.Aku tak sabar nak baca novel baru tapi rasa penat,maklumlah petang tadi main badminton,3set,kalau Misbun tgk cara kitaorang main sure dia menangis,terharu beb,macam - macam skil & teknik di tonjolkan.TIDO pun bes gak,apalagi,aku pun masuk tidolah.Sana - sini orang ngan kenduri kahwin,aku........apa2 ajelah.


TENDA BIRU

Tak sengaja lewat depan rumahmu
Kumelihat ada tenda biru
Dihiasi indah jalur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa

Thursday, May 22, 2008

MAMOGRAM


Meremang bulu roma aku dengar cerita seorang kawan yang baru pergi buat MAMOGRAM TEST untuk kesan kanser payudara.Kawan aku pergi buat test mamo tu sebab dia selalu rasa sakit di sebelah kiri payudaranya,tapi takleh rasa sakit yang teruk,cuma dia nakkan kepastian,lagipun dia ni jenis yang berani jumpa doktor.Aku puji sikap dia yang mementingkan kesihatan,tak macam aku,kalau demam aku telan panadol je,takpun pegi beli ubat kat farmasi,sebut pasal klinik & doktor mulalah perut rasa memulas semacam.Kawan aku ni dia pun pegi ke Hospital Putrajaya kerana di sana ada pakar untuk buat MAMO TEST.Dia pegi sorang je,tabik spring betul aku kat dia.Bila sampai giliran dia di panggil,dia pun masuk bilik rawatan.Doktor suruh dia tukar baju,kena pakai baju khas yang disediakan oleh pihak hospital.Lepas tu dia dibawa masuk ke tempat rawatan.Dia cakap MAMO tu mcm mesin,aku tak dapat nak bayangkan mesin macam mana,aku pun cari dlm internet dan di sebelah kiri ni lah gambar mesin MAMO.Dalam bilik tu ada seorang doktor pakar wanita & pembantunya juga seorang wanita.Kena bukak baju yang dipakai tuh,kena tunjuk payudara kita kat doktor.Ya ampum,malunya,tapi untuk kesihatan kena la ikut arahan ya.Lepas tu payudara akan dikepit dalam mesin dan masa tu kita akan rasa sakit.Kawan aku cakap berair mata dia tahan sakit.Lepas siap pemeriksaan di jalankan,badan kita akan rasa macam nak demam,lemah semacam.Resultnya akan dapat 2minggu lagi.Kawan aku cakap payudara sebelah kanan ok,tapi sebelah kiri yang selalu sakit tu doktor kata nampak macam ada ketumbuhan,tapi bukan semestinya kanser.2minggu lagi dia kena pegi untuk dapatkan result.Aku doakan semoga semuanya baik.Untuk kawan aku ni,janganlah fikir yang bukan2.

Wednesday, May 21, 2008

THOMAS CUP-fruznyer


THOMAS CUP tahun ni kat Indonesia,dah abih pun.M'sia tak payah nak berangan nak bawak balik THOMAS CUP,bukan aku nak memperkecilkan kehebatan pemain badminton negara,tapi memang dah nampak sangat kekalahan yang bakal di bawa pulang.Pemain negara tak konsisten langsung,contohnya HAFIZ HASHIM,ade ke dia menang dalam mana-mana pertandingan tahun lepas? Aku rasa takde.Ranking ke berapa dunia HAFIZ tu sekarang ni? Lainlah LEE CHONG WEI,WONG CHOON HAN & beregu utama negara TAN FOOK & WAN WAH.Aku rasa HAFIZ tu tak payah tersenarai untuk THOMAS CUP pun takde ruginya.Banyak lagi pemain pelapis yang hebat & berstamina dari dia.Nampak sgt HAFIZ main macam JAGUH KG.Lepas ni harap MISBUN pilih hanya pemain yg layak & terbaik untuk mewakili negara ke OLIMPIK BEIJING AUG 2008.Jangan nak malukan M'sia lagi.Cuba tgk pemain -pemain China & Korea masa THOMAS CUP hari tuh,dorang punya semangat patut di contohi oleh pemain - pemain kita.Cubalah tgk NICOL,ratu squash,kalau dia kalah dalam satu pertandingan je pun dia dah malu nak jumpa wartawan,malu nak bagi komen.Tak perlulah kita berangan lagi untuk tengok THOMAS CUP kembali ke M'sia.Tapi aku nak ucapkan tahniah & syabas kepada pemain beregu yg baru ZAIRURIZUAN & FAZLI yg aku rasa mampu menjadi pengganti TAN FOOK & WAN WAH jika dilatih betul2.Apa2 ajelah.

Tuesday, May 20, 2008

Ukiran Jiwa

Berlumutlah ukiran impian

Entah berapa lama

Dgn nada lagu & irama

Kuluahkan jua rasa kecewa.....



AHAD 18MAY 2008.Malam sabtu aku terima panggilan telefon dari Nor,seorang sahabat yg tinggal di Port Klang.Nor baru habis pantang melahirkan anak kedua,seorang putera yg di namakan AHMAD DANISH EFFENDY.Nor menjemput aku datang ke rumahnya kerana dia mengadakan kenduri doa selamat."Nor harap sgt akak datang,tak berseri & tak bermakna majlis ni tanpa kehadiran akak",itulah kata2 Nor.Taknak kecikkan hati Nor sekeluarga maka pada pagi Ahad aku bertolak ke Port Klang dgn komuter.Sebenarnya aku malas nak ke Port Klang,malas nak menggamit memori luka di sana.Di Port Klang aku kenal seseorg yg banyak membuat luka dihati aku.Macam lagu Broery Marantika "kau yg membuat luka di hatiku,kau yg membuat rindu jadi benci".Setiap kali tren melepasi stesen - stesen di bandar Kelang,mata aku mencari - cari gak bayangan wajahnya,mana tau tetiba dia ada tgh tunggu tren nak balik ke rumah.Masa tren melintasi tempat dia kerja,hati aku tetiba jadi sayu,jiwang gak aku rupanya.Mana tak sayu beb,4-5thn berkawan tapi tak tau dimana kesudahannya.Aku sampai di stesen terakhir iaitu Stesen Port Klang pada pukul 3pm.Dulu,aku & dia pernah makan KFC yg terletak bersebelahan dgn stesen terakhir ni,KFC yg paling kecik kat Malaysia aku rasa.Sambil makan kami dpt melihat Laut China Selatan yg terhampar luas.Nampak kapal - kapal besar yg berlabuh,nelayan yg sedang sibuk menaikkan hasil tangkapan,juga pelancong asing yg ingin menaiki bot untuk ke Pulau Ketam.Tapi tu semua dah tinggal kenangan.Aku duduk sebentar di kerusi yg sediakan di tepi stesen.Merenung laut,camar,dan sesekali diganggu oleh bunyi bising gagak yg berebut bangkai ikan.Indahnya ciptaan Tuhan.Masa tu sempat lagi aku bayangkan macam mana kalau tetiba dia muncul di hadapan aku,mesti aku pengsan,terkejut dan gembira.Betul ke aku gembira kalau dia muncul? Entah,aku sendiri tak mampu nak menjawabnya.Nor membawa aku bersiar - siar di Tanjung Harapan.Kalau boleh aku tak nak datang ke sini,kerana aku & dia juga pernah datang ke sini.Tanjung Harapan ni tempat yg menarik untuk membawa keluarga bersiar2,tapi ramai sangat remaja lepak berpasangan sambil berpelukan,selamba dorang je,tak tau malu langsung.Aku tak boleh lama di Tanjung Harapan ni,aku taknak kenangan2 indah antara aku & dia datang semula kerana bukan senang untuk mengusirnya.Malam kami makan di Seri Bayu Klasik,restoran yg terkenal di Port Klang,Jalan - Jalan Cari Makan dah datang ke sini.Sementara menunggu pesanan sampai aku meriba Ahmad Danish Effendi,comel pulak anak Nor yg lelaki nih,putih & hidung mancung macam Syawal,ayahnya.Dalam usia 26thn nor dah ada 2orang cahayamata,aku,pakwe pun takde,sedihnya,tapi aku redha dengan ketentuan Ilahi.Memang best makanan kat sini,tapi airnya tak best sangat,manis & kurang ais.Balik ke rumah Nor kami berbual hingga pukul 1am,baru tidur.Nor sempat membisikkan pada aku,"bila lagi akak nak datang berdua ke sini,boleh Nor masak sedap2".Aku tersenyum dalam gelap pekat malam."Inshaallah,satu hari nanti aku akan datang berdua ke rumah ni",tapi dengan siapa aku pun tak tau lagi.



TUAI PADI ANTARA MASAK

ESOK JGN LAYU LAYUAN

INTAI KAMI ANTARA NAMPAK

ESOK JGN RINDU RINDUAN



Aku meninggalkan Port Klang dgn harapan & juga kelukaan,tapi aku pasti datang lagi untuk menjenguk seorang sahabat yg memahami.

1001 kisah

SABTU,aku ikut bos gi Seremban.Kedekut betul bos aku nih,ada ke lalu jln lama ,Kajang,Beranang,Semenyih,Mantin,Seremban.Bila aku tanya kenapa lalu jln lama,dgn bangganya dia jwb,"takde tol".Kepala aku rasa pening lalat bila dia masuk jln berbelok-belok dgn kelajuan Honda Stream 50KM sejam.Rasa tak bergerak je kereta tu.Kami sampai di Seremban lebih kurang pukul 1.30pm.Aduiii,susah betul bila org tua bwk kereta,aku rasa basikal lagi laju dari kereta bos aku.Bos aku pergi menziarah seorang saudaranya di Seremban tu.Saudara yg byk membantunya dari segi kewangan.Saudaranya sekarang didalam dilema sama ada ingin mengambil anak angkat ataupun tidak.Saudara bos aku nih berusia sekitar 80thn.Berkahwin dan mempunyai 4org anak.Setelah isterinya meninggal,anak-anak menyuruh dia berkahwin lagi kerana masing - masing mempunyai urusan sendiri jadi tak ada masa untuk menjenguk ayah yg tua selalu.Saudara bos aku nih pun berkahwin dengan cina yg berasal dari Hadnyai,Thailand.Mereka dah berkahwin selama 15tahun tapi tak dikurniakan anak.Dari dulu lagi isterinya meminta izin dari suami untuk membela seorang anak angkat namun suaminya menolak dengan alasan dia sudah mempunyai anak dan meminta isterinya menganggap anaknya seperti anak mereka berdua juga.Tapi baru - baru ini keadaan menjadi genting apabila isterinya mengatakan dia akan mengambil anak angkat walaupun tanpa keizinan suaminya kerana merasa sunyi lalu sering terjadi perbalahan di antara mereka berdua.Kiranya bos aku nih dipanggil untuk menjadi orang tengah.Dan bos aku pun nasihatkan saudaranya supaya memberikan keizinan kepada isterinya untuk mengambil anak angkat kerana mereka mampu untuk membiayai kehidupan seorang anak lagi.Aku rasa kalau 1000 anak pun dorang ni mampu,kaya betul dorang nih,rumah banglo besar atas bukit Seremban.Mana tak sunyinya,rumah jauh dari jiran2,tinggal pulak berdua aje siang malam,kalau ada anak sorang tu hilang gak rasa sunyi.Pandai gak bos aku nih bagi nasihat dan aku bersetuju dengan pendapat dia,isterinya cakap kalau suaminya mati dia akan balik semula ke Hadnyai sebab rumah kat Seremban ni sure dapat kat anak - anak tiri.Lagipun dia takde sesapa kat sini.Aku tengok terangguk - angguk saudara dia dgr gebang bos aku.Sebagai seorang wanita aku dapat rasakan apa yg dirasakan oleh isteri saudara bos aku nih.Ya lah,mesti dia risau tentang hari tuanya,sapa yang akan jaga dia nanti saat dia terlantar di atas pembaringan.Walaupun anak tu bukan anak kandung sendiri tapi mesti dia akan sayang ibubapa angkatnya.Aku harap saudara bos aku tidak mementingkan diri sendiri.Hidup ini bagai lampu dinding,yang dinyalakan di malam hari,apabila minyak sudah kering ia kan pasti padam sendiri.Apa2 ajelah.

Tuesday, May 13, 2008

Ceritera dari hati ke hati

Aku saje call seorg kawan ni,lama tak dengar suara dia,selalunya sms je.

Aku : Askm.Ape kabar?
Kwn : Baik.
Aku : Nape slow je suara?
Kwn : Aku biasalah,mcm kau baru knl aku nih,tak pernah sehari pun hidup aku takde masalah.
Aku : Tak baik mengeluh,Tuhan bagi dugaan kat kita setakat kemampuan kita je tau,dia tau kita
nih kat level mana.(padahal aku kekdg pun bila ada masalah mengeluh gak,bkn mengeluh
tp suara kasar terkeluar :D)
Kwn : Anak aku tak sihat,ajak laki aku gi klinik aku gak yg byr bil,ajak dia gi NSK (mcm pasar)
aku gak yg keluar belanja dapur,mana tahan mcm ni.Aku gi keje bwk bekal,nasi goreng ke,
roti sapu jem/kaya,biskut marie pun aku sanggup bawak nak jimat kos,tapi dia suka-suka
lepak kat kedai makan nasi lemak ayam,roti canai telur,belum campur air lagi tuh,teh
tarik,milo ais.Nasib baik Tuhan bagi badan aku montel,kalau tak mesti orang dah syak aku
takde duit ataupun makan hati ngan perangai laki aku tuh.
Aku : Tak bawak berbincang? (Lelaki mn leh bwk berbincangkan,sj aku nak ambik hati kwn aku
nih)
Kwn : Lelakiiii,mn boleh ikut ckp isteri,malu lah dia,mcm ego dia dah kena campak masuk tong
sampah yg penuh ulat tu.Kau kalau nak kawin jgn cari laki mcm laki aku.
Aku : Alaaa,ms bercinta mn kita taukan perangai buruk dia,lepas kawin baru dai tunjuk taring.
Kau pun dulu ms bercinta happy je kan,dugaan alam rumahtangga la ni.Bykkan berdoa
moga satu hari nanti dia akan lebih bertanggungjawab.(aku takde pengalaman beb)
Kwn : Aku mmg sabar je nih,nak call kau pun aku takde kredit,handphone aku nih cuma untuk
terima panggilan je(tertawa).Kau dah jumpa "Lelaki Ini"? Aku dah cop nak jadi pengapit
kau tau.(tertawa lagi)
Aku : Kau carikanlah untuk aku sorang(tersenyum,nasib baik dia tak boleh nampak muka aku)
Kwn : Ye ke? Kat ofis aku nih semuanya dah kawin,kalau yg bujang pun budak despath,tu pun
aku rasa dia dah ada awek.Kau mana ada class nak layan budak despath kan.
Aku : Aku tak kisah,asalkan bertanggungjawab,boleh membimbing aku dunia akhirat,ada
pendapatan bulanan cukuplah,lagi bagus kalau dia takde mak,maksud aku mak dia dah
meninggal,tak payah aku fikir mcm mana nak pikat hati mak mertua(cam betul lak aku
nih,nak ke aku ngan budak despath).
Kwn : Nantilah aku cuba carikan ye,aku nak masak dulu lah,kang laki aku balik nak makan.Ingat
tau aku dah cop jadi pengapit kau(tertawa)
Aku : Ya lah,kalau kau nak cepat jadi pengapit aku kau kena cari untuk aku tau,engineer ke,
manager bank pun takpe(tertawa).Sesapa yg jadi pengapit aku akan dapat sponsor
sepasang batik terengganu & sepasang kasut bata(tertawa kuat)
Kwn : Wah! Lumayan tuh,ok aku akan berusaha(tertawa kuat)Oklah,terima kasih,kau buat aku
lupa kejap semua masalah.Nanti senang call aku lagi ya,kau org bujang byk duit beli topup.
Aku : Pandailah kau,ok,free nanti aku sms kau ya.Bye.


Monday, May 12, 2008

Sajak buat bonda

Aku pandang kedalam mata tuamu
Disitu ada resah,ada rindu,ada sayang,juga ada marah
Aku pandang pada kedut diwajahmu
Disitu ada alur airmata duka,juga gembira

Bonda,
Aku ingin jadi yg terbaik tapi selalunya terbalik
Aku ingin jadi yg terhebat tapi selalunya aku tak larat
Aku ingin berikan kau senyuman tapi selalunya kau terima kedukaan

Bonda,
Berikan aku peluang utk aku buktikan
Aku mampu menggalas segala bebanan
Aku mampu mengharungi setiap cubaan
Aku mampu jadi insan cemerlang,gemilang & terbilang.