Saturday, August 30, 2008

Anakku sayang

Aku dapat anak buah lagi,perempuan.Tapi,anak buah aku masih di hospital sebab mengalami masalah pada paru-parunya.Beratnya hanya 2kg.Menurut doktor peluang untuk dia hidup 50-50 sebab sekarang ni pun dia di berikan oksigen untuk bernafas.


Kakak ipar dah keluar dari hospital dan dia baru sekali tengok bayinya.Lepas bersalin kakak ipar pengsan,tak tau apa sebabnya.Aku tau dia risaukan bayinya tuh sebab dia tidak di benarkan menyusu kerana takut ada jangkitan pada bayi.


Aku mendoakan agar abang aku bersedia menerima segala kemungkinan yang bakal terjadi dan dapat membimbing isterinya melalui saat-saat menyedihkan ini.Walau apa terjadi aku berharap mereka redha menerima ketentuan Ilahi.

Thursday, August 28, 2008

Pewaris kita




Basikal anak buah aku di penuhi bendera,kawan-kawannya juga melakukan perkara yang sama.Tapi aku tengok bebudak ni pasang bendera pada bulan Ogos saja,aku tanya kenapa bulan 8 je adik pasang bendera? Dorang jawab sebab nak "MENDEKA".



Anak buah yang sulung berumur 9 tahun, merengek-rengek mintak di belikan bendera untuk di lekatkan kat basikalnya.Aku saja tanya apa faedahnya pasang bendera banyak-banyak kat basikal? Dia jawab kan nak "MERDEKA". Aku tanya lagi,abih bulan lain takde pulak korang sibuk nak pasang bendera.Hari Raya pun boleh pasang bendera apa.Lalu dia berkata,bulan lain tak 'MERDEKA",kalau pasang nanti orang gelakkan.



Anak buah yang kedua berumur 5 tahun juga sibuk nak pasang bendera pada basikalnya.Aku tanya dia kenapa adik nak letak bendera kat basikal? Dia jawab,abah cakap nak "MENDEKA".Aku tanya lagi,apa maksud 'MENDEKA", tuh? Dia jawab,"MENDEKA" tu kena pasang bendera lah.Jawapannya berbelit macam Samy Vellu.



Budak-budak sekarang,tak pernah merasa susah,apa saja yang di minta harus kita tunaikan,kalau tidak alamat rumah akan bergegar macam Hiroshima di bom jadinya.Mak ayah selalu bercerita keperitan hidup di zaman penjajahan dulu pada cucu-cucunya tapi dorang buat tak tahu je,nampak sangat muka masing-masing tak berminat.Tapi cuba cerita pasal handphone baru ke,games yang terhangat di pasaran ke,mesti dorang pasang telinga betul-betul.



Beginikah agaknya anak-anak yang bakal meneruskan perjuangan kita,aku harap mereka akan berubah bila dewasa nanti,lebih bersemangat dan sanggup mempertahankan negara,bangsa dan agama.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 51,dengan pertanyaan,takde yang masuk perbarisan ke ?

Mewahnya hidup

Tak tau nak buat apa semalam. Tiba-tiba rasa nak buat jahat :D,aku pun dapat idea nak curi-curi masuk ke tempat simpanan kereta Kekandaku,Tuanku Mizan :D. Jom ikut aku kita tengok apa yang ada kat sana.



Semua orang tau kan kalau dengan plat camni adalah kereta Agong atau pun kerabat-kerabat terdekat. Ini kereta Tuanku Mizan yang di gunakan untuk pegi pasar malam kot,hehe.Kereta jenis Bentley,kaler hitam. Tak lah mewah sangat aku tengok tapi harganya sendiri mau ingatlah kan.



Aku bukak kat bahagian enjin.Sori la,gambar tak menarik,maklumlah,curi-curi,kiranya aku jadi macam Charlie's Angel. Enjin dia sikit punya bersih, macam baru keluar dari kedai tuh. Atau pun dia tak pakai kereta ni buat jalan ke? Kalau tak pakai pass kat aku lah, senang cerita.


Aku masuk dalam,biasa je aku rasa,tapi semua kulit,genuine leather kata omputih. Seat kat belakang hanya untuk 2 orang.Aku tak berani nak usik segala macam button kat tepi tingkap tu,kang berjalan naya aku.Banyak kereta untuk Tuanku,macam-macam jenis,ada Rolls Royce,Ferrari,Bentley,Maserati,sebiji kereta dia boleh beli 2-3 biji banglo nih,bayar tunai lagi yek.Tak sanggup nak bayangkan macam mana kalau aku yang naik kereta ni sambil lambai-lambai manja kat korang semua,wakaka.



Entah kenapa aku rasa tertarik sungguh nak ambik gambar gear nih,ada aura tersendiri.Ini bukan sebarang gear,ni lah gear kereta Ferrari yang modelnya aku tak tau,bukan tak tau tapi tak ingat.Kecik sangat gear ni,bukan macam kereta biasa,aku nak pegang pun takut patah,ramping semacam.


Inilah empunya badan pemilik gear tu.Solid kan. Ini model lama ni,aku tau.Tapi maintenance dia mau habis setahun gaji aku.Masa mula-mula tengok dulu aku tak reti macam mana nak bukak,pintu dia lain beb,menggagau cari pemegang pintu,tapi la ni dah ok,tak lah jakun sangat.
Berapa agaknya gaji dorang ni sebulan boleh pakai kereta dahsyat macam ni ya.Aku berangan je lah,kalau orang panggil naik aku naik,bila lagi nak merasa duduk dalam kereta juta-juta kan.Mewah sungguh hidup dorang ni ya,kalau yang beragama Islam tu jangan lupa bayar zakat Aku layak terima zakat kalau sesapa nak bagi tau :D.





Monday, August 25, 2008

Betul Ke?

Hari Sabtu petang aku tengok ayah dok bersiap,pakai baju Melayu siap ngan songkok.Selalunya kalau ayah melawa camni ada majlis rasmi yang dia nak pegi.Aku memang minah kepoh,suka jaga tepi kain orang,tapi kain famili aku je lah,kain orang lain tak kuasa,kang kena tenyeh ngan cili api sapa nak jawab :D





Aku tanya ayah mana dia nak pegi,dan dengan riaknya ayah bagi aku buku aturcara majlis tanpa menjawab pertanyaan aku.Riak sungguh bapak aku nih,berdosa tau.Aku pun baca.Wah! Hebat sungguh ayahku ini,dapat jemputan makan malam di Hotel Holiday Villa,Jalan Ampang.Bukan main kat buku tu tulis "MAJLIS SANTAPAN DIRAJA DAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 51".









Aku tak heran sangat sebab ayah selalu jugak menghadiri majlis macam ni.Yang aku heran sebenarnya majlis malam tu akan di hadiri oleh seorang raja dan aku rasa ramai orang tak kenal.Kalau jumpa kat tepi jalan pun orang buat tau je ngan raja ni.



Inilah tetamu kehormat yang hadir pada majlis makan malam tu,kalau aku suruh teka rasanya takde sorang pun yang tau.Masa mula-mula aku tengok gambar dia,aku rasa ada iras-iras pelawak yang bernama Yusof Chong,yang pandai tiru gaya TokMat,Menteri Penerangan dulu.

Nama baginda HRM (His Royal Majesty) Masahari Maulana Sultan Hadji Rodinood Ibni Almarhum Baginda Sultan Hadji Muhammad Julaspi Kiram 11 (Sultan Sulu dan North Borneo).


Baginda adalah penaung Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia.Dan malam tu menurut ayah ada pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato,tapi ayah aku tak dapat,hampeh la ayah nih :D Kalau tak boleh la aku berlagak, Julietchun Binti Dato.... Aku betul tak pernah dengar nama baginda dan aku tak pasti apa yang dimaksudkan "Sultan Sulu dan North Borneo".Aku tengok alamat baginda "Sultan Sulu's Palace,Jolo,Sulu,Philipines.Maknanya baginda berasal dari Filipina ke? Sesapa yang tau boleh kongsi cerita,sama-sama kita tambah ilmu Geografi ngan Sejarah.









Saturday, August 23, 2008

Malang lagi

Aku tak tau kenapa staf sorang ni selalu bernasib malang,agaknya sebab tak mandi pagi kot,hehe.Dia datang dengan angkuhnya kat aku sambil tunjukkan katalog kat tangan dia.Tak lama lagi dia akan pakai jam baru,jenama Casio.Aku pun saja nak ambik hati jelinglah sekejap apa yang dia tunjuk tuh.Sebenarnya jeles pun ada sebab dia ni rajin benar kumpul points kad kredit & kad minyak.


Enrty ari tu aku cerita dia salah target,ni orang yang sama lah.Tapi ari tu dia tukar points kad minyak,kali ni dia nak tukar points kad kredit pulak.Dengan bangganya dia suruh aku tengok gambar jam tu dan dia suruh aku tolong fotokopi borang yang dia isi,senang nak buat rujukan kalau timbul masalah bila-bila nanti.Cantik jam yang dia nak tukar,dan aku dengan perasaan jeles & dengki sesikit, pegilah fotokopi borang dia.Aku tak tengok langsung apa-apa kat borang tuh,hati tengah panas beb.


Dan semalam,sampailah satu surat dari syarikad kad kredit untuk dia nih.Senyum sampai ke telinga bila dia nampak logo syarikat kad kredit tu kat luar sampul surat.Aku pun agak ni mesti barang dia dah dapat nih,jenguk-jenguk dari jauh je lah.Dia dengan bangganya bukak sampul surat tu,dan tidak lama kemudian aku tengok muka dia berubah,kuning,hijau,merah,hitam dan kembali ke warna asal,kuning.Dan dia lambai aku,aduiii,malas betul nak layan,kenapa pulak dah ni,salah target lagi ke apa? Aku pun bacalah surat tu,dan tetiba aku nak ketawa tapi tahan dulu,wakaka,kali nih dia bukan salah target,tapi dia salah tengok point pulak dah.Point yang dia ada baru 12ribu+++++,untuk tukar jam tu dia kena ada points 123ribu+++++.


Mintak ampun mintak maap,aku tak tahan nak gelak tambah bila member sebelah dok senyum-senyum kambing.Aku pun tak paham dengan dia ni,kenapa tak tengok betul-betul dulu sebelum isi borang tuh,kang dah tensen bila barang tak dapat tapi malu yang dapat.Aku nak gelak,aku nak gelak.Mandi bunga la woooi :D

Friday, August 22, 2008

Hadiah dari jiran

Kami berbesar hati sungguh dengan jiran sebelah rumah ni yang bagi kami hadiah pada hari Jumaat yang mulia.Ingat tak dalam entry lepas aku ada cerita pasal kakak sebelah rumah yang pengotor dan seksi tu.Dialah yang bagi hadiah kat kami hari nih.Mungkin dia terbaca blog aku agaknya jadi dia pun terus bagi sesuatu sebagai tanda penghargaan.Dan aku nak kongsi hadiah ni dengan korang semua,jom kita layan sama-sama.

















Amacam? Syiokkan hadiah yang kami dapat.Korang tau tak apa kejadahnya tuh? Yaaa,pandai,anak tikus la tuh,agaknya yang masih dalam pantang.Mak aku menjerit-jerit,geli betul dia.Anak tikus ni kami jumpa di tepi pagar rumah kami yang bersempadan dengan rumah jiran sebelah.Dalam bekas pasu bunga ayah aku. Banyak tau,11 beradik dorang tu sedang berjemur dengan enaknya tambahan pulak di bakar oleh cahaya suria yang suam-suam kuku.
Dari semalam ayah jenguk-jenguk rumah jiran sebelah sebab dia dengar sesuatu dalam rumput belakang rumah dorang.Ayah aku takut ada ular je sebab rumput kat belakang rumah dorang ni kalau ada komunis menyorok pun kita takleh nampak,punyalah panjang dan semak.
Dan semalam masa nak tido ayah dengar sesuatu yang mengcurigakan lalu pagi tadi bersama dengan sebatang cangkul ayah meninjau dari dalam pagar rumah aku dan menurut ayah dia tengok dekat 5-6ekor ibu tikus sebesar lengan orang dewasa berlari-lari anak atau pun sedang berkejar-kejaran di dalam pagar rumah sebelah.Dan tiba-tiba dia terpandang ditepi pasu bunga dia 11 beradik anak tikus sedang berjemuran,sihat walafiat,montok gitu.
Ayah pun terus ke rumah jiran tu,panggil dia baik-baik suruh dia tengok hasil tangkapan ayah di pagi Jumaat.Dan dengan selamba dia jawab,"rumah saya ni memang banyak tikus,taktau kenapa".Mak dah jeling-jeling dah kat dia.Rumah sikit punya semak macam mana tikus tak buat sarang,aku rasa esok lusa anaconda dan segala jenis binatang liar boleh jumpa kat belakang rumah dia ni,tak payah sibuk-sibuk nak pegi zoo,kira rumah dia ni tempat pembiakan la.
Dan kerana malu atau memang termakan nasihat mak,dia anak beranak sibuk cangkul rumput dan bersihkan halaman belakang.Lepas ni kalau ada jumpa sesuatu yang mengerikan lagi aku suruh ayah bungkus cantik-cantik letak depan rumah dia."Oiiit orang sebelah,ingatlah kita ni hidup berjiran mestilah saling hormat menghormati".








Wednesday, August 20, 2008

Ibu mithali???

Bukan nak mengata atau nak mengeji,sekadar nak di jadikan renungan bersama.Cerita jiran sebelah rumah aku nih,seorang wanita berusia dalam lingkungan 40an,ibu kepada 7 orang anak dan telah pun mempunyai seorang cucu.Mula-mula sekali aku nak cerita pasal rumah dia yang terletak betul-betul sebelah rumah aku.Baru-baru ni rumah dia kena saman dengan DBKL sebab semak sangat dengan rumput yang setinggi budak 5 tahun,pampers anak dia berterabur kat belakang rumah,betul-betul dia amalkan "pakai dan buang" terus ke tanah. Botol-botol kicap & minuman berselerak.Kami semua heran macam mana dia boleh hidup dalam keadaan macam tu.Tikus dan lalat menjadi-jadi.Ayah dah tak tahan dengan bau-bauan yang datang dari rumah dia,sesekali bila angin berhembus sepoi-sepoi bahasa maka datanglah bau gulai masam,kicap berkulat,bawang busuk dan yang sewaktu dengannya.

Ini aku nak cerita pasal pakaian kakak ni.Walaupun dia surirumah sepenuh masa namun bila di rumah dia sentiasa menjaga penampilan diri.Dia akan bermake up dari pagi sampai senja,celak,lipstik,minyak wangi yang jenama apa pun aku tak tau sebab kalau dia lalu nak pegi kedai aku kat dalam rumah ni dah bersin beribu kali akibat daripada kuatnya bau tengik minyak wangi tu.Aku rasa bau minyak atar ayah lagi harum.Kami semua tak berapa suka dengan pakaian kakak ni,sebagai seorang ibu sepatutnya dia lebih bersopan dalam berpakaian.Ini tidak,dia hanya memakai singlet yang bertali halus dan seluar pendek di atas lutut.Kalau nak keluar rumah dia memakai singlet dan skirt.

Yang menjadi kehairanan aku,anak-anaknya berpakaian cukup sopan,siap pakai tudung lagi walaupun hanya nak ke kedai di depan rumah.Tak pernah aku tengok anak-anak perempuan dia pakai seluar pendek atau bersinglet tali halus.Dan yang menghairankan aku lagi,suami dia tak bersuara langsung bila tengok cara pakaian isterinya nih,mengalahkan bebudak remaja.Kalau body seksi tu takpe lah jugak,ini nak tengok pun tak selera,kendur sana sini,anak 7 beb.Aku ingatlah mesti kawan-kawan mak sekarang ni banyak dapat dosa kering sebab bila nampak dia lalu je mulut masing-masing berkumat kamit macam tengah menjampi sesuatu.

Aku bukan nak jeles kakak ni nak pakai apa atau pun macam mana dia nak mengurus rumah dia,tapi kita ni hidup berjiran,kalau rumah kita kotor rumha jiran sebelah pun terpalit sama dengan kekotoran tu.Dan lagi satu,kawasan perumahan aku nih semuanya orang Melayu,jadi bila berpakaian tu sopan-sopanlah sikit,kesian Pak Aji & Pak Imam yang pegi masjid tu terpaksa tundukkan muka bila nampak dia kat luar rumah,malu sambil jeling-jeling kucing tuh.

Monday, August 18, 2008

Kepala lutut





Seorang kawan aku baru dapat lesen memandu "P" baru-baru nih.Riuh la mulut dia bercerita pengalaman masa hari ujian.Dia cakap ada 8 orang dari sekolah memandu dia pegi test pada hari yang sama dan hanya 5 orang saja yang lulus dapat lesen P,yang lain kantoi sebab ada yang memang dah terlebih pandai memandu,ada yang langgar tiang masa parking dan ada yang tak pass naik bukit.Kawan ni cerita dia pun hampir tak pass gak tapi mungkin kerana pegawai JPJ yang jadi pemeriksa dia hari tu kesiankan dia yang nampak takut semacam maka dia diluluskan.Kawan ni masa test bukit,pass,test parking pass gak,dan dia tunggu giliran untuk test jalan raya pulak.Dia kata hati rasa kecut sangat bila terpandang muka pegawai JPJ dengan misai yang melenting macam A.Galak dok panggil nama orang.Macam-macam ayat Al-Quran di baca untuk tenangkan hati.


Nama dia pun di panggil.Dengan kaki yang menggigil dia pun masuk ke dalam kereta.Sempat dijeling pada pegawai JPJ yang duduk disebelah dengan muka yang masam.Bila tengok muka pegawai JPJ yang tak senyum langsung tu tambah kecut hati kawan nih.Tiba-tiba pegawai JPJ tu bertanya "Bagitau nama dan No.IC".Ah,sudah,kawan ni dah blank sampai lupa No.IC."Maaf Cik,saya lupa No.IC"."Macam mana nih,No.IC sendiri pun boleh lupa",pegawai JPJ menengking.Kawan ni tambah kecut perut bila di tengking.Dalam hati dia dok ingat abislah dia hari ni tak pass.Muka dia masa tu kalau ditoreh dengan pisau mesti tak keluar darah,pucat macam mayat.Kaki tangan semua dah sejuk macam ais.Badan berpeluh-peluh.

"Oklah,jalan sekarang",pegawai JPJ tu besuara keras.Kawan ni pun tekan clutch dan masuk gear dan kereta tak berjalan walau dah berkali di cuba free gear,tekan clutch,masuk gear balik,kereta tetap macam tuh.Kawan ni lagi panik.Pegawai JPJ kat sebelah menengking,"Tau ke tidak pandu kereta?". Dengan tergagap-gagap dia menjawab,"Tau cik"."Abih tu kenapa kereta ni tak jalan?",pegawai JPJ menengking lagi.Kawan ni dah rasa nak menangis bila di tengking dalam keadaan yang gawat camni."Awak dah masuk gear belum?",pegawai JPJ bersuara keras."Dah cik"."Awak tau tangan awak kat mana sekarang ni?",tanya pegawai JPJ lagi."Kat gear cik"."Cuba awak tengok tangan awak kat mana",kali ni entah kenapa suara pegawai JPJ tu lembut pulak.Kawan ni pandang ke arah gear dan terus menjerit "Ya Allah! Kawan aku ni pegang kepala lutut pegawai JPJ tuh yang terletak berhampiran dengan gear.Dari tadi yang dia dok pegang tu rupanya kepala lutut yang di sangkanya kepala gear kereta,patutlah kereta tak berjalan walau berkali-kali dia rasa dia dah masuk & freekan gear tu.

"Kalau awak lelaki dan dan saya ni perempuan,saya boleh buat aduan mengatakan seorang pelajar sekolah memandu cuba mencabul seorang pegawai JPJ".Kawan aku nih cakap memang dia dah takde perasaan apa-apa masa tuh sebab terlalu takut dan terlalu malu."Mintak maaf cik,saya tak sengaja",hanya itu saja yang mampu di keluarkan dari mulutnya.Pegawai JPJ tu mengarahkan dia memandu dan dengan sedikit saja semangat yang tinggal dia pun ikut saja arahan pegawai JPJ.Dan tak di sangkanya dia lulus pada hari tu,aku cakap pegawai JPJ tu syok agaknya kawan nih pegang kepala lutut dia sebab tu kawan ni lulus.Dan kawan aku cakap lagi kalau dia tak lulus hari tu mungkin ambik masa lama sikit untuk pergi test balik sebab semangat dia dah takde bila di tengking-tengking,nak pegang stereng pun tak boleh,lemah seluruh anggota badan.




Friday, August 15, 2008

Pukul 3 pagi

Abang ipar datang ke rumah sambil merungut-rungut pagi tadi tapi tak jelas bunyinya.Aku yang tengah bersiap nak pegi keje rasa tak senang hati mendengarnya.Aku pun keluar mendapatkan dia."Apa hal?"."Ni hah,cuba tengok mesej nih",dia menghulurkan handphonenya pada aku."cuba baca mesej tu",dia berkata lagi.Aku pun ambik handphone dia dan perlahan-lahan baca mesej yang tertulis di skrin.Mesejnya begini "Dijemput seisi keluarga ke kenduri kawin pada 17/08,di Tmn ..................Moga kedatangan tuan akan menyerikan majlis kami.Daripada Khairul Usop.


Bagi aku takde apa yang salah dengan jemputan tu,nape pulak abang ipar aku nak marah.Orang jemput,pegi je lah,lagipun yang nak kawin tu kawan dia.Aku betul bingung."Biasa je bang,apa yang nak di bisingkan?",aku bersuara."Skroll sampai bawah",abang ipar aku mengarahkan.Aku pun jadi pak turut skroll sampailah bawah.Aku masih tak jumpa apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan di pagi-pagi Jumaat ni."Apa yang salahnya",aku bertanya dalam bingung.Abang ipar aku tersenyum."Cuba tengok masa mesej tu dihantar".Aku pun skroll lagi dan tengok waktu mesej tu di hantar.

Dan tak semena-mena aku pun ketawa.Bayangkanlah mesej jemputan kenduri kawin tu di hantar pada pukul 3 pagi.Abang ipar aku punyalah geram semalam sebab tidur dia terganggu bila dengar bunyi ada mesej masuk kat handphone.Ikutkan hati dia malas nak bangun tapi takut ada mesej yang penting,takut ada kematian atau sesuatu yang tak di ingini berlaku pada keluarga atau kenalan.Dengan malas dan mengantuk dia bangun jugaklah,dan apa yang dia tengok hanyalah jemputan ke kenduri kawin.Satu rumah gelak pagi tadi."Orang excited nak kawin macam tu lah,sampai tak tau pukul berapa",ayah aku menyampuk.

Lawak pagi Jumaat betul.Aku masuk balik untuk bersiap.Lalu kat tepi bilik ayah tiba-tiba mata aku terpandang kat kalendar yang di gantung tepi almari.Aku heran tengok ada tanda bulat-bulat dengan marker pen merah.Aku pun jenguklah apa yang di tulisnya kat kalendar tu.Rupanya ayah tulis tarikh jemputan kawin dan siap dengan nama tuan rumah sekali.Aku tiba-tiba nak gelak,bukan apa,ayah ni bukan main dia tanda camtu tapi bila sampai harinya dia wat rileks je sebab dia dah lupa.Minggu lepas kelam kabut dia bersiap bila aku cakap tak pegi rumah orang kawin ke.Dah lama sangat di jemput sampai lupa.Apa-apa ajelah ya.

Wednesday, August 13, 2008

Bila nak keras

Tengah kemas bilik semalam ternampaklah album gambar lama dalam laci.Dalam album tu banyak gambar aku "dolu-dolu",masa tengah muda remaja,zaman sekolah lagik.Dan ada satu gambar tu kat dewan makan asrama sekolah,form 3 masa tuh.Aku senyum sorang2 sebab teringat ada satu kejadian yang berlaku yang aku takkan lupa sampai sekarang. Jom layan cerita aku yang tak seberapa nih.

Masa form 3 aku jeles sangat tengok kawan2 yang masuk kelas ERT(ekonomi rumahtangga) dan kelas pertanian sebab dorang ari-ari dok bawak balik macam-macam cthnya kalau budak ERT dorang bawak balik kuih,mee dll yang di masak sendiri kat bilik ERT dengan pengawasan dari cikgu.Budak pertanian pulak bawak balik sayur,jagung,tomato dan dorang nih saja tayang kat aku & the geng yang berada di kelas perdagangan.Tapi dorang ni baik sebab selalunya kami akan berkongsi makan sama-sama,kalau kena keracunan pun sama-sama,maklumlah baru umur 15thn,basuh sayur pun tak reti lagik.Kalau dorang bawak balik mee aku ingat laksa,pucat semacam beb.Kalau dorang bawak balik apam gula hangus aku ingat kek kopi,pahit giler,terlebih hangus agaknya,tapi untuk tutup kelemahan dorang cakap macam-macam,aku tak pedulik janji halal semua aku sental.

Satu hari tu budak ERT nih bagi aku & kawan2 sedikit agar-agar yang dorang baru belajar buat,sedap,cukup rasa.Aku pun tanya la dia macam mana nak buat,dan dengan kembang hidungnya dia jawab :

Bahan-bahannya:
Agar-agar 1-2 peket
Air secukupnya
Gula batu
Pewarna

Cara-caranya:
Masukkan air dalam bekas,jerang atas dapur.
Masukkan agar-agar,gula batu,dan pewarna,kacau sampai agar-agar hancur,jadilah.
Pastu masukkan dalam bekas,dah siap.
Dan kemudian,makanlah sepuas hati.

Dan dengan tak sabarnya aku bersama 5 kawan membodek warden untuk keluar sekejap membeli buku,tapi sebenarnya nak pi beli agar-agar dan gula batu.Pewarna dah diberi percuma oleh budak ERT nih.Kami terpaksa plak guna macam-macam skil memujuk makcik tukang masak sebab nak guna dapur & perkakas dia.Bila dia tanya nak buat apa kami jawab nak masak megi,dan makcik ni memang baik,dia bagi kami guna dengan syarat berhati-hati dan bersihkan balik dapur tu.Bermulalah operasi memasak agar-agar.Masukkan air dalam periuk,bila mendidih masukkan agar-agar,gula batu dan akhir sekali pewarna.Bergilir-gilirlah kami mengacaunya.Dah tengok semua nampak ok,kami pun tuang dalam besen agar-agar tuh.

Dalam 5 minit tunggu agar-agar tuh,sorang kawan aku ni pun bersuara,"nape tak keras agar-agar nih? Tak macam dorang punya tadi?".Yang lain mengangguk mengiyakan.Kami beli 2 peket agar-agar tadi,1 dah masuk dalam periuk tuh,jadi ada lagi satu."Tak cukup agar-agar tak?",bersuara sorang lagi.Dan kami pun jerang balik atas dapur dan masukkan 1 peket lagi,dan kacau,dan kacau.Tuang balik dalam besen.Tunggu dalam 5 minit lagi,masih cair camtuh gak.Dan kerana geram kami pun tuang agar-agar tadi kedalam sinki dapur.

Kami naik ke bilik berbincang cara yang betul untuk masak agar-agar.Nak tanya budak ERT takut digelakkan,jadi berbincanglah kami sok sek sok sek macam bercakap dalam kelambu,dan akhirnya kami pun berpakat untuk pinjam buku memasak kat perpustakaan esoknya.Waktu kami turun untuk makan malam terdengar bunyi riuh rendah suara makcik tukang masak marah-marah.Makcik ni memang garang sikit tapi baik hati.Aku pun hampiri makcik nih dan bertanya "apa hal bising-bising nih cik?".Makcik tu pandang aku dengan mukanya yang masih marah,"Juliet,lepas korang masak megi tadi ada tak sesape masuk kat dapur?".Aku geleng kepala tanda taktau."Sampuk sorang kawan aku plak,"nape,dapur makcik kotor ke?"."Jom ikut makcik".Kami berlima pun membuntuti makcik tu."Tengok ni Juliet",makcik tu menunjukkan ke arah sinki dapur.Ya ampun,dalam sinki tu penuh dengan agar-agar yang dah keras.Kami berlima terlopong."Tengok,keje sapa nih,macam mana makcik tak hangin,tersumbat sinki makcik nih".Kami berlima masih terlopong."Biar kami tolong makcik bersihkan lepas makan nanti ya",aku bersuara.Dan lepas makan kami berlima sibuk membersihkan sinki yang tersumbat dnegan agar-agar tu."Bila masa keras?",tanya sorang geng aku nih."Entahlah.Jadi la kiranya agar-agar kita nih",tanya sorang lagi.Dan kami ketawa serentak.

Menjawab tag akak

Mintak ampun mintak maap kat akak sbb lambat jawab dan sy gunakan BM utk menjawab,bukan apa takut ada yang kurang paham BI saya yang campuran German,British,India,Pakistan,Vietnam & Taiwan :D.Bukan orang je tak paham,saya sendiri pun tak paham :D.


1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more important to you?
3sekali,rega,gambo & ayat2nya.

2. What's your favorite kind of cake?
Sy mmg anti kek tambah lagi kalo kek coklat,tak terliur langsung,tak tau nape.

3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?
Beli jek,nak buat takde masa & kerastangan.

4. What's your favorite holiday?
Gi Pd,kol 4ptg bertolak kol 12.30mlm sampai hotel,sebabnya keta rosak kat toll,merasalah
ditarik oleh PLUS ronda,gayat wooo.

5.Are you going on holiday this year? If so, where?
Ari tu dah gi bagan lalang,tunggu lepas raya planning lagik.

6. What was the best party you've ever been to?
Parti harijadi,ada lucky draw,tapi aku ttp tak dpt ape2,drg ckp tgn taikkk,ye ke,sedih,tp mmg
aku ni kidal.

7. If you are married, describe your wedding. If not, what would your ideal wedding be like?
Single lagik,aku hanya impikan majlis kawin yg sempoi,cukup majlis doa selamat je,sebabnya
la ni barang sumer mahal,kang anak dah 3 hutang kawin tak abih lagik.

8. What's the most romantic thing that's ever happened to you?
Setiap saat yang dihabihkan ngan org2 tersayang bagi aku dah cukup romantik.

9. What's your favorite girl's name?
Ida & Ija

10. What's your favorite boy's name?
Arif & Imran

11. Which celebrity would you like a dream date with?
Sapa yek? Pelakon Korea kot.

12. Which female celebrity do you find beautiful?
Fazura,Nasha,ramai lagi ler.

13. Which male celebrity do you think is attractive?
Pelakon Korea,sukanya tgk dorang ,cute miut.

14. What is your best character trait?
Sama cam akak,mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

15. What is your worst habit?
Sama lagik ngan akak,ada chemistry nih :D.Sensitif & mudah menangis

Tuesday, August 12, 2008

Demi Dia.

Kian jauh kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang pada zahirnya
Tapi batin tersiksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit airmata
Tahan sebak di dada

Kemanakah nak dibawa
Resah kian melanda
Dimanakah hendak kukhabar
Pilu didalam didada

Bila kasih dihujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh


Seorang kenalan mak datang ke rumah sambil mendukung bayi yang aku agak baru berumur dalam 2bulan.Kak Nah,itulah nama kenalan mak nih tapi umurnya masih muda,dalam 40an.Kak Nah datang bersama suaminya namun suaminya hanya singgah sekejap sahaja kerana ada hal katanya,mereka nih ada gerai makan dan gerai mereka dibuka dari pagi hingga petang jadi mestilah sibuk.Mak mempelawa Kak Nah masuk ke rumah.


"Pakcik ada?" Itu panggilan Kak Nah untuk ayahku."Ada,tadi tengah solat asar,nanti makcik tengok.Mak bangun mencari ayah.Aku menghampiri Kak Nah,"baby sapa nih,comelnya".Kak Nah tersenyum memandangku dan menjawab,"baby akak lah".Aku tersenyum lagi.Sebenarnya aku heran bila tengok Kak Nah mendukung bayi sebabnya Kak Nah tak mempunyai anak,dah lebih 10tahun dia berumahtangga namun belum ada rezeki lagi dan beberapa tahun lepas Kak Nah telah mengambil seorang anak angkat perempuan tapi aku kenal sangat anak angkatnya tuh.


Mak dan ayah datang ke tempat aku dan Kak Nah sedang berbual."Kenapa",ayah bertanya Kak Nah."Nak mintak Pakcik tolong tengokkan anak ni,dari semalam tak berenti menangis".Ayah aku tau lah sikit-sikit cara berubat bayi,maklumlah keturunan dia semua bidan,arwah nenek aku dulu seorang bidan yang cukup di segani.Aku tau mak pun sebenarnya bingung bila melihat bayi tu tapi nak bertanya segan barangkali takut dikata menjaga tepi kain orang.Aku rasa Kak Nah perasan muka kami yang tertanya-tanya nih kerana itu dia ambik keputusan untuk bercerita agaknya,lagipun dia agak rapat dengan mak dan ayah."Anak mi dengan isteri baru dia",Kak Nah bersuara sayu.Hah!Kami semua terperanjat.Mi adalah suami Kak Nah.Dia meneruskan ceritanya.


Abg Mi telah meminta izin dari Kak Nah untuk berkahwin lagi dengan alasan inginkan zuriat sendiri.Kak Nah dan abg Mi dah puas berubat untuk mendapatkan cahayamata namum doa mereka belum dimakbulkan lagi.Untuk menghilangkan kesunyian Kak Nah telah mengambil seorang anak angkat tapi abg Mi masih tidak berpuashati.Dan untuk memuaskan hati semua pihak Kak Nah mengizinkan abg Mi berkahwin dengan seorang janda yang kematian suami dan mempunyai 2orang anak.Setelah berkahwin setahun lebih abg mi dikurniakan seorang anak perempuan bersama isteri barunya.Dan bayi tu Kak Nah bawa ke rumah aku semalam kerana demam.Dalam sedang asyik bercerita sesekali aku lihat Kak Nah mengesat airmata yang bergenang di tubir matanya."Mak baby ni demam,anak-anak dia yang 2orang tu pun demam,jadi saya tolong jaga dia,lagipun kat kedai hari ni tak ramai orang sangat,Kak Nah tersenyum memandang kami.


Aduh!Tiba-tiba aku rasa sebak dan sesak dalam dada.Begitu sekali pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri.Kalau selama ni aku tengok kisah macam nih kat tv dan dalam novel je,tapi rupanya ada berlaku dalam dunia realiti.Aku harap Kak Nah akan dapat ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan yang dilakukannya ini.

Saturday, August 9, 2008

Sapa bayar

Kisah ni dah berlalu dekat 5thn tapi aku teringat balik semalam sebab kawan aku call dan masa tengah berborak tuh terkeluar balik cerita nih sampai aku sakit perut gelak.Ceritanya begini,satu hari aku bersama 3orang kawan janji nak jumpa kat gerai makan sebab dah lama tak jumpa.Bila tiba waktu dijanjikan,aku pun pegilah ke gerai tersebut bersama dengan 3orang kawan nih.Keadaan di gerai tuh agak sibuk,lama gak kami tunggu pelayan datang ambik pesanan.Aku pun cakap kat 3orang kawan nih,"orderlah apa korang nak makan,aku belanja".Jawab kawan aku sorang nih,"Aku yang belanja ari nih".Tetiba jawab sorang lagi pulak,"asyik korang je belanja,aku la plak kali nih".Pesanan diambil dan tidak lama kemudian pesanan pun tiba.Perut tengah lapar kami pun terus makan sambil bercerita.Tetiba kawan aku nih bangun menuju kekaunter bayaran,agak lama kami perhati dia kat kaunter tuh,dia datang balik bersama beberapa helai tisu ditangan.Selesai makan kawan yang lagi satu nih bangun,juga menuju ke kaunter bayaran,lama jugak dia kat kanter bayaran tuh,aku tengok sampai bertepuk tampar dengan gadis cashier tuh.Dia kembali ke meja sambil tersenyum-senyum.Setelah agak lama berada di gerai itu kami pun ambik keputusan untuk balik,lagipun orang dah semakin ramai masuk kedalam gerai tersebut.Dalam perjalanan balik aku pun bersuara,"terima kasih kat sapa yang belanja tadi".Sahut kawan aku yang no.1,"terima kasih daun keladi,lain kali belanja lagi".Sahut yang no.2,"seronok kalo ari-ari makan ditaja".Yang no.3 jawab,"sapa yang belanja ari ni aku doakan moga panjang umur dan murah rezeki".Tetibe aku rasa lain,ngapa semua orang cakap terima kasih,sapa yang bayar sebenarnya,aku rasa tak sedap hati.Aku pun tanya balik"sapa sebenarnya yang bayar tadi?".Kawan no.1 pandang no.2,yang no.2 pandang no.3,yang no.3 jawab,"aku tak bayar".Dan yang lain pun jawab,"aku pun tak bayar".Aku tanya lagi kat kawan no.2,"aku tengok ko pegi kat kaunter td siap bertepuk bertampar ngan budak cashier tu bukan pegi bayar ke?".Dia jawab,"tak,aku kenal budak tuh,dia dok kat umah pakcik aku".Serentak kami semua berkata,"Laaa,takde sapa bayar ke tadi",dan kami pun terus ketawa.Esoknya aku terpaksalah pegi bayar dan alasan yang aku bagi "semalam saya nak bayar tapi takde duit kecik jadi ada sorang budak cakap suruh bayar bila-bila,tu yang saya datang hari nih".Nasib baiklah budak cashier tu mengiyakan cakap aku sebab semalam kebetulan hari gaji jadi semua pelanggan bagi dia duit besar.Bila teringat kisah ni balik aku senyum sorang-sorang.

Thursday, August 7, 2008

Salah siapa

Kisah benar dari seorang guru yang kecewa.

Seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun di panggil berjumpa guru disiplin atas kesalahan ponteng kelas beberapa kali,tidak patuh arahan guru,berkuku panjang dan mewarnakan kuku tersebut dll kesalahan yang memang dibolehkan diambik tindakan yang sewajarnya.Semasa perbincangan dengan guru disiplin nih,pelajar terbabit dengan penuh angkuh mengatakan yang dia ponteng kelas kerana tidak suka dengan guru yang mengajar subjek tersebut,dan kesalahan2 lain yang dia lakukan adalah kerana suka hati dia nak buat apa.Keesokannya penjaga pelajar terbabit dipanggil ke sekolah untuk berbincang,guru ni sayangkan pelajarnya,taknaklah terus sesat macam tuh.Bapa pelajar ini datang ke sekolah dan berjumpa dengan guru disiplin.

Bapa pelajar : Kenapa cikgu panggil saya? (muka masam)
Guru : Selamat datang cik,selamat berkenalan.Saya panggil cik ni untuk berbincang hal
anak cik yang juga pelajar saya.
Bapa pelajar : Apa hal dengan anak saya? (bercakap kasar)
Guru : Untuk pengetahuan cik,anak cik selalu ponteng kelas,bla,bla.
Bapa pelajar : (terus memotong cakap guru) Cikgu,saya tau ajar anak macam mana.Saya nak
tanya,cikgu dah kawin ke belum? (masih berkasar)
Guru : Terkejut dengan pertanyaan tuh sebab rasanya takde kaitan tapi jawab gak lah;
Saya belum berumahtangga.
Bapa pelajar : Cikgu kawin dulu baru cikgu tau masalah orang dah kawin.Sekarang ni saya rasa
bukan anak saya yang bermasalah tapi cikgu yang bermasalah,baik cikgu kawin
cepat dan selesaikan masalah cikgu,jangan nak libatkan anak saya dalam masalah
cikgu.Saya tau cara nak ajar anak,cikgu tak payah nak fikir hal tu(terus berlalu
meninggalkan bilik kaunseling)

Guru ni terpinga-pinga dengan kata-kata bapa pelajar terbabit dan terasa sangat kecewa dengan tindakan bapa pelajar itu.

Monday, August 4, 2008

Moga diberkati

Sibuk buat kenduri doa selamat dan tahlil.Kali nih kami ambik keputusan tak nak masak sendiri,upah tukang masak je.Lagipun bukan jemput ramai orang,saudara mara dan jiran terdekat.Tak sempat nak snap gambar sebab aku kena basuh pinggan,waaaaa,penat



Doa dibaca dan diaminkan.Moga majlis ini diberkati hendaknya.

Jemputan sedang menjamu selera.Menunya,sup tulang,ayam masak merah,sambal udang,laksa penang,pencuci mulut ada tembikai,oren,puding telur,kuih bunga.Adalah lebih kurang 50 orang jemputan,itupun ada yang tak datang.



Inilah tukang masaknya.Lepas jemputan balik terus dia pejam mata,sebelah tu baby dia,nyenyak betul dua beranak nih,penat la tuh dari malam sibuk cari bahan untuk masak.apapun,terima kasih aku ucapkan kepada chef yang masak sedap sangat sampai ada yang tak leh bangun lepas makan tuh.Terima kasih juga kepada semua saudara mara dan jiran yang membantu dan memeriahkan majlis ini.







Memang berbaloi

Hari Sabtu lepas keje pegi ke PWTC sebab ada Pesta Buku.Seronoknya boleh beli novel baru dan pastinya dapat potongan.Pelbagai jenis buku ada dan mudah didapati.Mulalah rambang mata bila tengok buku banyak - banyak nih.








Orang punyalah ramai tapi aku tetap nak jugak round semua tempat,apa nak jadik aku tak kira dah,yang pastinya aku mesti dapatkan novel yang dah lama aku idamkan.




Novel pertama yang aku beli,judulnya Sangeetha,penulisnya Azizi Hj Abdullah.Aku petik sedikit sinopsisnya :
Kain basahan ikat di beranda
Letak belati di hujung perahu
Kasihan ada ingat pun ada
Retak di hati siapalah tahu
Ada permata di dalam tangan
Di bungkus dengan kain baldu
Jika bercinta menyesal jangan
Ada rang tua sembunyi rindu
Sangeetha,cerita cinta terpendam antara warga emas India dengan Melayu yang tidak diluahkan melalui kata-kata.Harganya RM35.00,560 mukasurat,bila aku nak baca pun tak tau.





Novel kedua,judulnya Pemburu Mimpi,penulisnya Saleha Hussin.Jurujual tu cakap ini novel yang terlaris,dia dah baca sampai menanigs-nangis.Kalo jurujual tu baca boleh menangis aku baca boleh meraung-raung nih :D Harganya RM45.00,1245 mukasurat,tebalnya,tahun depan belum tentu aku khatam kalo camni.Aku petik sedikit sinopsisnya :
Seorang wanita perlu ada impian.
Jangan biarkan diri seperti alas kaki
Dipijak-pijak kemudian ditinggalkan







Begitu lama aku nantikan kehadiran novel ketiga ni dipasaran.Aku dah beli episod 1 tahun lepas sampai aku dah hampir lupa cerita di episod 1,kena selak balik semula.Judulnya Ketika Cinta Bertasbih 2,penulisnya Kang Abik,penulis novel terkenal dari Indonesia,antara novelnya yang paling laris ialah Ayat-ayat cinta yang difilemkan.
Memang seronok datang ke Pesta Buku tapi aku takut nak bawak duit lebih,takut terbabas beli banyak lagi.















Friday, August 1, 2008

50sen jadi RM100

Aku nak gi bank in cek,bos plak nak gi lunch,memandangkan destinasi yang dituju sama,jadi bos cakap naik keta aku.Tapi aku taktau nak cakap yang aku tumpang dia atau dia tumpang aku sebabnya kami pegi naik keta aku tapi bos yang pandu.Camne tuh? Sampai ke tempat yang di tuju bos pun cari parking,nasib baik ada satu parking,kat tempat ni kalau lunch hour memang penuh.Aku pun keluar dari keta,bos pun keluar.Aku nampak bos terus lintas jalan tanpa bayar parking kat meter tuh.Aku pun dengan penuh keayuan jerit kat bos "Bos,parking dah bayar ke?".Dengan muka yang selamba dia jawab "tak payah bayar,bukannya lama,saya makan 15minit,awak pegi bank 10minit,takde hal lah,saya selalu tak bayar",dan dia terus berlalu dengan angkuhnya.Geram betul aku,kalo kena kompaun aku yang kena sebab keta aku,bukannya dia bagi aku claim dengan syarikat.Dengan rasa tak puas hati aku pun pegi bayar parking,50sen pun nak berkira bos nih.Balik dari bank,aku tengok banyak surat atas meja.Tetibe ada satu surat untuk bos,aku pun bagi surat tu kat dia,dan dia suruh aku bukak dan baca.Aku pun bukaklah,aku baca pelan-pelan,dan tetibe je aku rasa nak gelak kuat-kuat kat bos aku nih,hahaha,dia kena kompaun ngan Majlis Perbandaran atas kesalahan meletakkan kenderaan tanpa membayar parking yang hanya bernilai 50sen tuh.Dia kena kompaun sebanyak RM100.00.Kelam kabut dia bila aku cakap kalau tak bayar dalam masa 14hari kena pegi mahkamah.Baru dia tau langit ni tinggi ke rendah,eksen lagik.