Friday, January 29, 2010

Han...Chaiyok...

"Tutup je pintu dia hari ni"

"Dia takde"

"Off? Cuti?"

"Dia dah berenti kerja"

"Gulp! Bila? Kenapa?"

"Pegi Kanada, sambung belajar"

Doktor Korea itu dah tiada, nak cakap dengan ayahlah mintak tukar hospital lain pulak.







Thursday, January 28, 2010

Semua berharga

"Dua sekali hilang makcik. Hari2 saya belai, saya jaga macam anak sendiri. Ternampak2 lagi dia kat situ".

Jiran sebelah rumah mengadu dengan mak, pagi tadi masa dia nak siram pokok bunga keladinya dia terkejut kerana sudah tiada ditempat asal. Dia ingat anaknya yang alihkan ke tempat lain, rupanya hilang dicuri orang.

Pokok keladi dengan pasu yang biasa2 saja tu pun nak dicuri, agaknya berapa sen dapat dapat dijual. Perkara beginilah yang membantutkan minat aku yang baru bercambah untuk menanam bunga :P

Tuesday, January 26, 2010

Putus....sambung

"Kami dah berpisah"

"Apa maksudnya"

"Kami dah sah bercerai"

"Oh! Apa rancangan lepas ni?"

"Sedang sibuk cari pengganti di myspace, facebook, blog,frenster..bla..bla..bla.."

"Gulp!"

Dunia dah maju, zaman dah berubah.

Monday, January 25, 2010

Tunduk

Pagi2, aku selalu lambat, lambat bangun tido, lambat keluar dari bilik air.

Mak bising sebab aku lambat sarapan. Dan bila dah semuanya lambat, aku akan terkejar2,berlari2. Untuk memudahkan aku berlari, aku kena selak kain tinggi sikit, tidaklah sampai ke paha, cukup hanya sekadar menampakkan betis yang bunting padi.



Aku terperasan bila aku berlari mendapatkan kereta, mereka pandang aku, dan segera menundukkan muka. Tak sempat nak bertegur, aku takut punch kad merah.


Petang balik kerja pun sama, masih suka selak kain tinggi2 bila nak keluar kereta. Dan aku
juga nampak mereka, dan mereka cepat2 tundukkan muka bila bertentang mata.

Nak tegur pun jadi serba salah.


"Jiran baru kita ni semuanya ustaz belajar kat Mesir, ada yang mengajar di UIA, ada yang mengajar di Kolej Islam".



"Oh! Patutlah bila aku senyum, dorang tunduk muka, bila aku berlari2 anak ke kereta dorang cepat2 pandang ke lain. Mulai hari ni aku kena tunjuk sikap sopan santun sikit, mana tau kot rezeki ayah nak dapat anak angkat seorang ustaz,hehehehe.

Wednesday, January 20, 2010

Lidah kita berbeza

"U penah pegi sana?"

"Penah".

"Berapa kali?"

"Banyak kali sebab sedara saya ada tinggal disana".

"Ooooo..penah makan situlah?".

"Tak penah, tempat pun taktau".

"Manyak lugi loooo, I kalau pegi sana tak miss makan situ, u manyak lugi".

Aku diam saja dengar seorang kawan berbangsa cina membebel.

Hari ahad hari tu aku diajak ke satu tempat yang tak pernah aku sampai lagi. Lalu depan Stadium Kajang, nampak sate Hj Samuri, ingatnya dia nak singgah di situ tapi tidak juga. Lalu depan Tesco Kajang, aku macam ternampak2 Kakpah sedang tolak troli yang senget bersama Siti.



Sampai didepan sebuah restoran, dia berhenti dan mengarahkan aku turun. Semua dia yang uruskan, dari pesanan makanan hinggalah kepada bayaran. "Sedap?, tanya dia. "Biasa saja, lagi sedap yang kat pasar malam, jawab aku. " Restoran ni sangat terkenal di Kelantan tau, sapa yang pegi sana kalau tak makan di restoran ni rasa rugi sangat, dia bersungguh-sungguh.


Restoran Yati Ayam Percik yang terletak di Prima Saujana,Kajang. Restoran ini sangat terkenal di bandar Kota Bharu dengan ayam percik dan daging bakarnya serta nasi kerabu. Semua orang mengagumi masakannya tapi aku rasa biasa saja, taktau dimana sedapnya pulak, mungkinkah deria rasa aku dah hilang sebab hari tu aku rasa kurang sihat,:P.

Monday, January 18, 2010

Jodoh kita tidak panjang

Tengah-tengah bulan ni pulak dia nak putus, tak buleh ke tunggu seminggu dua lagi.
Esok aku nak pegi keje bawak apa nih, takkan nak bawak beg kertas atau beg plastik kot.
Aku hanya ada satu beg saja. Aku bukan macam gadis lain yang ada banyak beg bersusun dalam almari.


Sebenarnya beg ni pun aku dah pernah hantar ke tukang kasut untuk jahit talinya yang nak putus tu, lama jugaklah bertahan. Sayang nak buang sebab aku suka dengan rupa parasnya.
Tapi pagi tadi terpaksalah masuk tong sampah juga kerana tak buleh diselamatkan lagi dah.
Kena cari pengganti dia lepas ni, yang murah-murah saja. Kata kawan kat uptown Danau Kota banyak beg yang menarik, jom kita kesana :P

Wednesday, January 13, 2010

Sangsi mulanya, tapi....

Dah 2 tahun ayah menderita sakit kaki jika berjalan jauh sehinggakan kekadang ayah solat sambil duduk kerana jika berdiri lama ayah akan tumbang. Baru2 ini Dr.Bhagwan yang merawat ayah telah memberitahu kami supaya membawa ayah ke pusat rawatan CHIROPRACTIC yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Utara, PJ. Rawatan chiropractic ini untuk pesakit yang mengalami masalah tulang. Ada ramai remaja seawal usia 12tahun yang aku jumpa di sini mengalami masalah tulang belakang. Penyakit menyerang tak kira usia.

Prosedur pertama yang dijalankan ialah kaki ayah di scan oleh mesin ini untuk mengesan tulang yang mengalami masalah. Setelah itu baru dirujuk kepada doktor. Kita boleh memilih doktor yang kita mahu. Ada 4 orang doktor yang bertugas. Ayah memilih Dr.Yasser Motala dari Afrika kerana doktor ini satu-satunya doktor yang beragama Islam bertugas disini. Kalau aku harus pilih doktor dari Korea tuh, sangat hensem macam pelakon Winter Sonata,ehehehe.



Mesin2 rawatan yang ada di pusat chiropractic ini. Setelah menjalani 2-3 rawatan, alhamdulillah nampak perubahan pada ayah kini. Kamu boleh cuba rawatan ini jika ada mengalami masalah tulang, sama ada ingin membetulkan tulang yang patah atau orang yang lumpuh atau pernah diserang stroke. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang CHIROPRACTIC sila google sendiri, kamu akan lebih faham dan percaya.
Minggu depan ayah kena datang lagi ke sini, harap2 doktor Korea tu ada bertugas. Hilanglah sikit mengantuk aku dok tunggu ayah,ehehehehe. Mana tau kot ayah ada rezeki nak berbesan ngan orang Korea.


Monday, January 11, 2010

Parti Bujang? Beverly Hills?..Errmmm..

"Jom"


"Kenapa tak di sini saja?"


"Mungkin jodoh sedang menunggu kita disana".


"Cehhh"


Sukar untuk percaya tapi itulah hakikatnya, diajak berparti hingga ke Beverly Hills, macamlah di KL ni takde tempat yang hebat. Kerana kawan aku ikutkan saja, lagipun segalanya ditaja, apalagi marilah kita hirup udara segar ditempat lain pula.


Apsal tutup muka? Korang blogger eh?

Orang bujang berparti di Beverly Hills, riuh rendah dengan hilai tawa, tapi tak mengganggu orang lain ye. Meraikan seorang teman yang akan menamatkan zaman solonya pada bulan depan, moga semua yang dirancang untuk hari bahagia nanti akan dipermudahkan tuhan. Adakah rakan itu yang ada dalam gambar diatas? Tunggu dan lihat saja nanti.





Harap buleh datang lagi pada masa akan datang, untuk bulan madu pun ok gak nih,hehehe.





Wednesday, January 6, 2010

Dulu..Bezanya


Masa abang nak balik semula ke tempatnya tempoh hari, aku bersalam, cium tangan dia.


Kemudian abang peluk aku, cium pipi kiri kanan. Tiba2 dia pandang aku,"eh,lembutnya pipi kamu Juliet,tak macam dulu.




Hello bang, dulu tu bila? 9-10tahun lepas? Oh! abang dah lupa agaknya, zaman aku mengangkat senapang kayu berpelurukan buah ceri hijau dah lama berlalu, zaman aku meredah longkang tanpa berselipar dah lama berlalu, zaman aku berseluar pendek main nyorok2 juga dah lama berlalu.




Juliet kini adalah seorang gadis sunti yang sudah pandai berasa malu jika diusik oleh pemuda2 nakal bawah pokok ketapang tu, Juliet kini adalah seorang gadis sunti yang sudah pandai bukak payung kalau berjalan ditengah panas,hahahahaha.




Sebenarnya aku minum kolagen setelah disarankan oleh seorang kawan kerana kulitku agak bermasalah. Kesannya sangat menakjubkan, kulitku menjadi lembut berbanding dulu dan parut jerawat semakin cepat hilang. Aku makan kolagen dari GNC. Kamu cubalah, pasti kamu rasa perbezaannya.

Tuesday, January 5, 2010

Bulat...Liat

Pergi pasar malam aku teruja bila tengok keropok lekor yang berbentuk bulat. Tak pernah tengok sebelum ni. Rupanya macam bebola ikan. Aku beli RM2.

Sampai di rumah semua berebutkan keropok lekor nan bulat ini. "Arghhhhhhhhhhh!". Ye, bukan sebarang gigi mampu makan keropok ini. Aku syak keropok lekor ini dibuat daripada plastik, maklumlah ikan mahal sekarang ni kan. Aku baling sebiji pada kucing kat tepi pagar, aku tengok kucing tu bertungkus lumus menggunakan segala kepakaran yang dia ada untuk makan keropok ini dan pagi tadi aku tengok keropok yang aku bagi kucing tu masih ada tersisa separuh, kucing pun tak sanggup nak habiskan.

Kepada pembuat keropok lekor tak kira apa bentuk sekalipun, janganlah terlalu memikirkan keuntungan sehingga menyeksa pembeli anda. RM2 tu buleh beli sebungkus kueyteow kerang abang hemsen dah.

Monday, January 4, 2010

3 tahun...2 hari

2 hari saja? Dia mengangguk. Bolehkah rindu yang disimpan selama bertahun-tahun dileraikan dalam masa 2 hari? Oh! Abang terlalu sibuk mengejar masa hingga terlupa kekadang pada orangtua yang sentiasa mengharap kepulangannya.

Sudah 3 tahun kami tidak berjumpa abang dan keluarganya. Mujur Tuhan masih beri ingatan pada abang yang dia juga punya tanggungjawab pada orangtua dan adik-adiknya. Mak dan ayahlah orang paling bahagia saat wajah abang muncul di muka pintu memberi salam. Menitis airmata mereka memeluk anak lelaki yang kini sudah menjadi bapa kepada 4 orang cahayamata.




Anak bongsu abang, NurSyahindah. Acik pasti rindu kamu lagi sayang. Entah bila lagi kita akan bersua.