Wednesday, January 26, 2011

Samarinda Ayoub Dan Buah


Dia beli sebiji betik di pasar raya yang jual banyak barang murah.

Tapi muka dia berkerut-kerut bila tengok budak timbang tampal harga.

RM5.29, harga sebiji betik sederhana saja saiznya.

"Berapa sekilo dik", dia tanya.

"RM2.80",jawab adik timbang dengan jujur

Dia geleng-geleng kepala lagi.

"Kalau nak dapat free, jadilah macam Ayoub, dok dalam hutan, pastu malam-malam ada monyet datang hantar buah", kata aku dengan naifnya :D

Tuesday, January 25, 2011

10,000?

Semalam makan mihun sup pasar malam.
Mihun sup yang paling sedap dan murah bagi aku yang berpendapatan sederhana ini.

Selalunya aku tak letak cili, tapi semalam entah kenapa aku suruh letak pulak.
Masa makan rasa pedas. Pedas pedas cili padi, mulut dan perut rasa berapi.

Masuk opis pagi tadi, dan membawa ke tengah hari, dah 7-8 kali ke tandas.

Laluan ke tandas agak sukar kerana aku harus menuruni 16 anak tangga waktu turun, dan 16 anak untuk naik ke opis semula.

Jadi, agak2 kamu lah, sehingga jam 5.30 petang nanti mampukah aku melangkah 10,000?
Nak menyahut seruan kerajaan untuk jadi sihat bukanlah susah sangatkan.

Kamu tak ingin mencuba? 10,000 langkah sehari untuk kesihatan yang baik, tak perlu belanja besar :D

Adehhhh,,,, aku nak ke sana lagi, selamat mencuba ya.

Monday, January 24, 2011

2 hari


Sabtu dan Ahad lepak di Stadium Bukit Jalil. Tengok orang dan juga intai orang :D

Nampak Datuk Nadzmi, duduk sopan2 sikit. Mana taukan,ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan. :D

Antara perkara menarik yang aku belajar sepanjang berada di stadium ialah :

 Orang pegi stadium bukan saja nak tengok perlawanan tapi nak berpiknik. Beli KFC, pizza hut,dan macam2  lagi makan dalam stadium dan tinggalkan sampah begitu saja.

Belon panjang tu kalau tiup tak tegang bunyinya kurang menarik. Nak buat tepuk pun tak sedap.

Telinga kena kalis jeritan dan paluan kompang. Agak2 masa keluar stadium rasa sedikit pening tu abaikan saja.

Dan perkara paling menarik sekali ialah bila Lin Dan tarik diri dan Datuk Lee Chong Wei boleh menang dengan bergaya.

Datuk Nadzmi hensem la semalam, bila dia senyum aku rasa sesuatu :D

Tuesday, January 18, 2011

Piring dan Syiling



"Ini kuih apa?", tanya dia.

Aku kata itu namanya putu piring.

"Putu piring ke putu syiling?", tanya dia lagi.

"Putu piring", aku menegaskan.

"Besar sikit dari duit syiling 50sen je", kata dia lagi.

Barang dah mahal, sebab tu rupa putu piring pun berubah dan harganya 50sen sebiji ye kawan-kawan. 

Aku boleh habiskan 4 biji dalam sekelip mata. Ya, aku memang kuat makan :D

Monday, January 17, 2011

3 Banglo Mengguris Jiwa



"Kakak, nanti kakak datang tengok May lagi ya".

"Tugas kakak dah selesai. May duduk baik2 ya".


"Kakak,Chan sudah mau laya, nanti Chan bagi kakak banyak limau,kakak datang ya".

"Tugas kakak dah selesai. Chan jangan suka bising ya".


"Kalau ada masa datanglah sini".

"Terima kasih, kalian sangat baik pada saya, pada dia dan pada mereka"



3 banglo yang menyimpan seribu duka
3 banglo yang menjadi harapan banyak keluarga
3 banglo yang sentiasa mengharap sumbangan penderma
3 banglo yang mengajar aku bahawa hidup ini pasti ada bahagia dan derita.



Friday, January 14, 2011

Seposen, Dua posen, Lima posen





Hari tu tolong kakak kemas barang untuk berpindah.

Pusing kiri nampak 10sen, kutip masuk bakul.
Pusing kanan nampak 20sen, masuk bakul.

Angkat kotak jumpa 50sen, masuk bakul.
Angkat kerusi jumpa seringgit, masuk poket :D

Kata kakak duit dalam bakul itu untuk aku, kira upah tolong dia.

Balik rumah, bersila bagus2 dan mula menghitung.

RM264.60. Wah! Boleh beli macam-macam.

Tapi aku dah niat nak belikan sesuatu untuk kakak bila dia buat kenduri masuk rumah baru nanti.

Baikkan aku :D


Thursday, January 13, 2011

Tolong Ingatkan Kamu....

Petang semalam terdengar perbincangan hangat sepasang suami isteri.

Perbincangan berkisar pada tanah sekangkang kera dara dihadapan rumah.

"Kita tanam macam-macam kaler ya bang".

"Abang dah suruh kawan yang keje di Jabatan Pertanian tolong semaikan. Lagi seminggu katanya".

"Kita kena beli tanah sikit lagi, baru nampak cantik dan kemas".

"Dah suruh kawan itu belikan tanah sekali. Meriah la depan rumah kita tak lama lagi".

Hati cuba mentafsir apa yang dimaksudkan, namun yang nampak hanya gelita.


"Mak cakap pasal apa mak?"

"Ni hah, ayah ngan mak nak tanam pokok puding kat depan rumah ni. Senang jaga, cantik pulak tu".

"Eiiii, tak payah la mak, rasa macam kat kubur pulak nanti".

"Ya, mak saja nak ingatkan kamu dengan kubur, biar kamu insaf sikit. Tu, dah solat asar ke belum?".

"Ehehehe, belum".

Wednesday, January 12, 2011

Tak dengar kata...kan...


 Satu rumah kong,kong,kong, batuk.
Satu rumah sreeetttt,sreeetttt, selsema.
Satu rumah panas badan, pening kepala.

Mak demam, ajak pegi klinik terus pegi.
Anak buah demam, ajak pegi klinik, terus pegi.

Bila tiba ayah yang kena, puas ajak pegi klinik takmau.
Macam-macam alasan dia bagi.

Dan, akhirnya semalam dia terpaksa mengalah sebab dah agak teruk.

Dan semua geleng kepala bila doktor kata kena masuk air sebab panas dan kurang tenaga.


Friday, January 7, 2011

Hati Kecut, Ketar Lutut

Malam, hujan renyai-renyai. 
Sesekali pancaran kilat dan dentuman guruh meresahkan perasaan.

"Saya pohon 4 orang untuk bantu saya ye, moga kerja cepat selesai dan sama2 kita beroleh pahala".

"Puan baju hijau, puan jubah hitam, puan baju pink, dan..aaa..aaaa..ok, adik baju merah".

Adik baju merah pandang kiri kanan, alamak, memang dia seorang saja yang berbaju merah malam ini.

"Awak, adik baju merah,silakan masuk".

Adik baju merah pandang kiri kanan sekali lagi.

"Saya...saya...tak pernah".

Adik baju merah berdoa dalam hati moga dia dikecualikan dari tugas berat ini.

"Takpe,ustazah bantu kamu, kamu bantu ustazah".

Pengalaman yang sukar dilupakan kerana disuruh memandikan jenazah diwaktu malam, dalam bilik khas, dengan pintunya tertutup.

Selesai semuanya,ustazah datang ucapkan tahniah pada adik baju merah yang mukanya dah takde darah.

Syukur padaNYA kerana beri kekuatan pada adik baju merah untuk melaksanakan tugas.






Moga rohmu dicucuri rahmat saudaraku.

Al-fatihah.

Dan hari ni adik baju merah demam, mungkin sebab kena hujan ataupun sebenarnya terlalu menahan ketakutan semalam :D

Tuesday, January 4, 2011

Kasih Sayang

"Borang apa tu?".

"Borang insurans".

"Wah! Banyak isteri u dapat kalo u mati nih".

"I nak pesan, u jangan kasi tau bini I yang I ada beli insurans".

"Errr...kenapa?"

"I takut dia letak racun dalam makanan nak suruh I mati cepat".

"Errrrrr...............".

Monday, January 3, 2011

Tengah

Seminggu dua ni jari hantu sangat sakit.

Bila di patahkan meletup2 bunyinya.

Terlebih penggunaankah hingga menyebabkan jari hantu itu tergeliat?

Jari hantu apa gunanya eh?

Nak berblog pun susah sebab aku menaip guna jari hantu.