Tuesday, December 31, 2013

Tanda Tanya


Semalam Jim berdiri depan cermin agak lama, 5 minit rasanya sambil pegang pipi kiri kanan.

Saya tanya apa yang dia tengok.

"Jim tengok jerawat ", selamba dia jawab.

Itu bukan jerawat anak, itu ruam :D

Esok kena pegi tengok jalan untuk ke sekolah Jim sebab saya yang akan ambik Jim waktu balik.

Van sekolah belum dapat, acik kenalah berkorban buat sementara.

Esok juga nak cari diari baru, tahun ni lambat pulak beli diari.

Selalunya seminggu sebelum tahun baru datang saya dah beli.

Bila tengok senarai rupanya banyak kerja yang perlu saya buat esok.

Kalau dapat main ombak esok alangkah seronoknya.


Monday, December 30, 2013

Bulan Tanpa Madu

Dia suruh saya pergi bercuti.
Pengginapan dan makan minum dia dah bayar semuanya.
Tak eloklah tolak rezekikan.
Dekat saja, di Agrotek, Sg.Semungkis, Ulu Langat.



Bilik saya.


Gambar hadapan bilik saya, bilik Rumbia.
Kalau famili besar tak berapa sesuai sebab bilik Rumbia ni agak sempit.



Suka tengok wajah comel anak-anak ni yang teruja berebut gula-gula.


Teringin nak mandi sungai tapi tempatnya terbuka sangat.


Dari rumah saya ke sini hanya lebih kurang 1jam, tu pun sebab sangkut kat Ampang Point.

Bestnya tengok orang dok terjun dari titi masuk dalam sungai.

Bercuti sambil cuci apa yang patut.

# Terima kasih untuk Datin Anis, UTM, atas komen yang pedas-pedas.#

Tuesday, December 24, 2013

Hanyut


Bulan sabit
Yang jatuh di pelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Airmata tulus jatuh di sudut bibirmu
Tak terlintas dendam di bening mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi hingga sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini


Dah tau minum kopi boleh buat kepala pening kenapa minum juga?

Tanggunglah azab sengsara sendiri.

Monday, December 23, 2013

Anak Kecil Main Api

Entah kenapa dia sangat tertarik untuk memerhatikan 4 orang budak itu.

Mereka dalam lingkungan 10-6 tahun.

Dia perhatikan mereka menuju ke rak roti, dan kemudian ke rak air kotak.

Dia perhatikan lagi mereka menuju ke rak buah-buahan dan mengambil beberapa biji epal merah.

Dia perhatikan mereka seperti agak tergesa-gesa.

Dan mereka lenyap dalam bilik yang disediakan untuk mencuba pakaian di pasaraya itu.

Dia tegak berdiri di tepi pintu bilik, berharap apa yang dia lihat hanya khayalan semata.

Setengah jam kemudian keempat-empat orang budak itu keluar.

Cepat-cepat dia menghadang mereka.

"Kakak nampak apa yang awak semua buat kat dalam tu".

Wajah keempat-empat mereka berubah tapi sekejap saja.

"Kami lapar, mama shopping lama sangat, kami ambik la roti dan makan dulu".

"Kenapa tak cakap dengan mama yang awak ambik roti dan makan dalam tu?"

"Nanti mama marahlah, lagipun kitaorang selalu buat macam ni, tepilah, kakak ni sibuklah", dan mereka terus berlalu tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah.

Terkejut, kelu seribu bahasa. Beraninya anak-anak kecil itu.

Friday, December 20, 2013

Sarat

Selalu ingatkan diri, jangan sakiti orang, juga jangan sakiti diri sendiri.

Tapi, tetap buat jugak dua perkara ini.

Kadang-kadang buat dengan alasan.

Kadang-kadang buat tanpa alasan.

Kalau sekarang orang ajak buat terjunan bungee saya berani.

Sebab dah macam takde rasa dalam diri.

Seronok tengok kanak-kanak berlari di padang dalam hujan lebat.

Alangkah bagusnya kalau dapat sertai mereka.

Bergelak ketawa.




Thursday, December 19, 2013

Lagu Kita


Semalam tidur pukul 2 pagi.
Siapkan dokumen yang perlu di faks pagi ni.

Sampai ofis baru perasan terbawak dokumen yang salah. 
Dokumen yang perlu di faks ada kat rumah.
Rasa nak luruh airmata.
Rasa gelap dunia.
Rasa semua orang tak sayang kita, :D
Mujurlah masih sempat meredah kesesakan dan selesaikan segalanya

Kompressor kereta dah mengalunkan macam-macam melodi.
Penghawa dingin pun dah tak sudi nak berkompromi.

Aduh! 

Banyak yang perlu di lunasi.

Banyak yang menggganggu emosi.

Berharap sangat dokumen yang di faks tadi boleh buat saya senyum nampak gusi.







Wednesday, December 18, 2013

Budak Botak

"Semalam duit saya RM50 hilang, saya pasti saya letak atas meja dan tindih dengan pasu bunga kecik tu".

Cerita orang pertama.

"Saya pun hilang duit jugak, mulanya ingat anak-anak yang ambik".

Cerita orang kedua.

"Duit budak-budak dalam rumah selalu hilang sekarang, pening memikirkan".

Cerita orang ketiga.

Saya dalam dilema nak percaya atau tidak cerita mereka.

Sebab mereka bukan orang yang suka menipu, suka mengarang cerita.

Mereka adalah ahli-ahli agama yang bertauliah.

Kata mereka senyap-senyap saja, jangan di riuhkan pada tetangga kerana mereka sedang cuba memerangkap budak botak aka toyol yang berleluasa di taman perumahan kami.

Ada yang sudi nak temankan saya tidur malam ni? Meremang bulu roma :D

Tuesday, December 17, 2013

Ikan Di Laut


Kawan mak bagi buah asam keping.
Taktaulah betul ke nama gitu :D
Seumur hidup saya tak pernah tengok lagi.


Mak hiris nipis-nipis.
Rendam dalam air garam 3-4jam.


Kemudian jemur.
Musim tengkujuh kena ambik masa seminggu untuk dia jadi betul kering.

Susah jugak rupanya nak dapatkan asam keping.

Monday, December 16, 2013

Duri

Dia cakap dengan ramai orang saya dan dia kawan baik.

Tapi....

 Saya sms hari Isnin, hari Jumaat baru dia balas.

Saya email 1hb, 15hb baru dia jawab.

Saya bersedih dan mintak pinjam bahu, masa tu lah dia tak dapat di cari.

Saya ketawa, boleh pulak selamba dia datang berkongsi.

Kawan baikkah ini?

Tepuk dahi sendiri.



Thursday, December 12, 2013

Hajat


2 minggu abah dan umi pusing-pusing cari tadika untuk Jim.

Akhirnya, keputusan di capai semalam.

Jim akan sekolah di Tadika Universiti Islam Antarabangsa.

Abah dan Umi pilih tadika ni sebab :

a. dekat dengan rumah atuk

b. dekat dengan acik jugak

c. senang paking waktu pagi masa nak hantar Jim

d. Jim suka dengan sekolah ni sebab ada kelas renang :D

Tahun depan dah tak boleh minum susu dalam botol ye anakku :D



Wednesday, December 11, 2013

Gelombang



Minggu lepas kawan suruh cuba syampu herba.

Terkenal syampu ni, tapi saya tak pernah beli sebab hanya ada jual di farmasi.

Dah orang bagi percuma maka marilah kita cuba.

Semalam, saya pun cuci rambut dengan syampu herba tu.

Wangi, tapi lagi wangi syampu yang biasa saya guna.

Tengah sedap tengok tv, tiba-tiba hidung saya menangkap bau pencuci lantai.

Saya jenguk dalam bilik air, takut ada yang lupa tutup pencuci lantai.

Tapi semuanya nampak ok.

Saya duduk balik, dan tiba-tiba saya rasa bau pencuci lantai datang dari rambut saya sebenarnya.

Cepat-cepat saya cium rambut saya, bau wangi.

5 minit kemudian saya cium rambut semula, bau macam pencuci lantai pulak.

Salah hidung saya atau apa sebenarnya?

Tuesday, December 10, 2013

Rancangan Masa Depan

Kami suka sangat makan kuih lopes.
Sorang makan 4-5 biji.
Maka, mak pun belajar buat lopes dengan cara mudah lagi cepat.



Basuh beras pulut dan rendam dalam pewarna hijau dalam 3-4jam.



Kemudian toskan.

 Kukus macam buat pulut kuning.


Bila pulut dah masak,ambik dalam 3-4 sudu besar dan masukkan dalam plastik.
Dan tekan kuat-kuat, padat-padat.
Dan leperkan.


Dan, sedia untuk makan.
Sekilo pulut boleh dapat dalam 40 biji.
Tu pun sebab kami buat besar-besar, puas hati makan kata mak :D


Monday, December 9, 2013

Berenang di tepian

Semalam, 8 Disember, hari lahir anak buah yang ke 14 tahun.

Kami panggil dia bang long, sebab dia anak sulung dan juga cucu sulung.

Sms dia, ucap selamat hari lahir dan tanya apa yang dia nak.

"Belikan bang long uniform dengan kasut sekolah je", dia balas.

Dalam hati kata, "bagusnya dia mintak pakaian sekolah, senang dan berguna".

Dan bang long sms lagi, "seluar jenama dot dot dot, baju jenama dot dot dot, kasut jenama dot dot dot".

Dan bila saya gugel jenama pakaian sekolah yang dia mintak tu, saya rasa lebih baik tak tanya apa yang dia nak.

Acik pun beli kain ela kat Kamdar saja ok, masa ada sales pulak tu.


Thursday, December 5, 2013

Tangkap Basah

Sretttttttttt.

Nasib baik sempat brek.

Nasib baik tak langgar tong sampah orang.

Hujan, pandangan tak berapa jelas.

Masa tu jugak dia nak melintas secara tiba-tiba.

Dan berhenti tengah jalan juga secara tiba-tiba.

Terpaksalah saya redah hujan dan alihkan dia ke tepi jalan.

Aduh! Jiran-jiran saya ni kalau bela kucing tolonglah jaga betul-betul.


Monday, December 2, 2013

Malam Yang Sepi

Malam, saya pergi rumah dia dan dia baru balik dari tahlil rumah jiran.

Dia cerita suami jirannya baru meninggal.

Kemalangan konvoi motor besar ke Genting, motor terbalik dan arwah meninggal di tempat kejadian.

Masuk berita TV3, tapi saya tak perasan barangkali.

Saya tanya dimana arwah di kebumikan.

"Kubur depan tu, yang tepi jalan nak masuk ke sini", kata dia.

Oh! Mata saya dah bulat.

Memang jalan nak masuk ke rumah dia ada kawasan perkuburan baru, tapi taktau pulak dah beroperasi.

"Sejak bila kubur tu beroperasi?", perlahan je saya tanya.

"Dah dekat 2bulan dah, senanglah kami nanti, tak payah nak ke kubur jauh tu. Sebelah kubur Islam pulak ada jirat cina", bersemangat dia jawab.

Oh! Baiklah saya mintak diri balik awal-awal masa orang masih ramai lalu lalang.

Lepas ni kalau nak pergi rumah dia waktu malam saya kena pikir beribu kali.

Keselamatan di utamakan :D


Friday, November 29, 2013

Terukir di bintang tak mungkin hilang


6 tahun dia bersama saya.
Redah panas hujan
Redah ribut taufan
Ketawa menangis bersama.
Minggu lepas saya terpaksa pasrah.
Dia langsung tak berfungsi.
Kadang-kadang ada benda walau kita sangat sayang terpaksa kita lepaskan.



Sekarang dia yang menemani saya.
Redah hujan panas.
Redah ribut taufan.
Ketawa bersama.
Menangis baru sikit-sikit.


"Awak dah beli henpon baru?", tanya dia.

Dia tak tengok pun henpon baru saya.

Saya angguk.

Dan esoknya dia bagi powerbank pink ini.

Lagi mahal powerbank ni dari henpon saya rasanya.

Sedih. Lap airmata pelan-pelan.



Wednesday, November 27, 2013

Perubahan


Dia cakap pada abah nak naik kuda merah.

Abah ikutkan saja sebab takut dia tukar fikiran.

Sekali seumur hidup.

 Abah dah siap ambik cuti 2hari.

Alhamdulillah, dia dah selamat berkhatan.

Tak menangis, tak meraung macam abang long.

Sekarang dalam pantang.

Pantang main bola dan naik basikal saja :D



Wednesday, November 20, 2013

Lagak


"Nak buat apa dengan benda tu?".

"Saya nak pam basikal".

Gila canggih pam basikal dia.



Tuesday, November 19, 2013

Permintaan


Saya nak :

1. PSP baru
2. Kasut bola Nike beli kat Al-Ikhsan
3. Kipas baru sebab yang lama tak rasa angin kuat
4. Toto baru kalau ada gambar upin ipin atau boboiboy lagi best
5. Gel untuk buat rambut pacak
6. Power bank kaler biru atau hijau

Kalau tidak saya taknak sunat.

Errr....Umi dan abah dah kerut kening, dah belek-belek dompet. :D

Friday, November 15, 2013

Tanda


Mak bos besar meninggal.

Berbangsa cina, dah dekat 17 tahun kena strok.

Dan bos besar pesan pada saya, sapa yang bagi bunga atau duit, sila bagi cenderahati.

Sebagai tanda terima kasih atas rasa simpati yang di tunjukkan.

Kotak putih cantik ada rama-rama biru, di dalamnya 2 biji gula-gula mentos.

2 biji saja? 

Bos besar angguk.



Thursday, November 14, 2013

Riuh


Kata mak semalam pada saya.

"Bunyi loceng kat gelang awak sama pulak dengan bunyi loceng kat leher kucing jiran sebelah"

"Mak selalu tertukar awak dengan kucing jiran tu".

Baru nak rasa feminin sikit dengan gelang pasar malam mak dah tegur.

Nak lari dari rumah la kalau macam ni :D

Friday, November 1, 2013

Penglipur Lara


Terkejut.

Semalam dan hari ni Jim panggil saya "Acik Juliet".

Selalu dia panggil Juliet saja.

Sebab dia tak boleh sebut perkataan 'acik'.

Sebab dia pelat.

Tahun depan abah cakap Jim kena sekolah.

Saya harap cikgu dia paham apa yang Jim cakap nanti.

Sebab kami sendiri pun kadang-kadang tak paham :D



Tuesday, October 29, 2013

Sangkut


Abang jalan. Adik ikut belakang abang.

Macam gerabak keretapi.

Tiba-tiba abang berhenti.

Dan automatik adik pun berhenti.

Keras.

Kaku.

Saya hairan. "Oh, awak main patung-patung eh?"

Dia jawab, "bukanlah, kita tengah HANG, macam laptop mama, macam henpon tu".

Errrrkkkkk !!!

Monday, October 28, 2013

Imam


Dia ajak saya keluar.

Tapi dengan syarat saya kena pakai baju yang sopan.

Kena pakai tudung cantik-cantik.

Ok,ok lah, sebab dia yang cakap maka saya ikut saja.

Saya keluar dengan berbaju kurung pada hari Sabtu, tragisnya.

Dan sepanjang jalan dia diam taknak bagitau kemana haluan kami.

Dan, saya bagai tak percaya.

Dia bawak saya ke masjid ini.

Ada ramai penceramah berilmu.









Dan bajet saya lari sebab beli banyak buku yang hebat tapi murah.

Dan saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga.

Sebab dia selalu tunjukkan jalan menuju kebaikan pada saya.





Thursday, October 24, 2013

Dalam taman ada bunga


Semalam bawak kekanak pegi taman mainan dekat rumah.

Dan saya nampak dia duduk atas bangku batu.

Saya selalu juga  jumpa dia lepak kat taman ni tapi segan nak tegur.

Kalau ada pun masing-masing senyum dari jauh.

Tapi kan, semalam dia datang dekat saya.

" Ni bukan anak awak kan?".

Saya cepat-cepat angguk laju-laju.

'" Anak kakak?"

Saya angguk lagi, sempat senyum juga.

Dia senyum dan terus berlalu.

Hip Hip Hooray! Hip Hip Hooray!


Wednesday, October 23, 2013

Berat mata memandang


Saya cakap dengan dia mulai sekarang saya benarkan dia naik skuter saya.
Tapi kena basuh selalu, isi angin, tuang minyak.



Tapi saya tak suruh pun tampal ini.

Abangggggggggg!!!

Tuesday, October 22, 2013

Lalang


Licin.

Saya sangat tidak suka coklat.

Tapi, kalau jiwa tengah celaru, boleh pulak makan.

Aneh sungguh rasa ini kadang-kadang.


Monday, October 21, 2013

Nyawa

Jiran depan rumah bela kucing, banyak, dekat 7-8 ekor.

Ada yang besar, ada yang baru lepas pantang 4 ekor.

Yang lepas pantang tu semuanya warna hitam, nampak agak lemah.

Sejak 4ekor kucing kecik tu di lepaskan oleh tuannya, suka sangat dorang lepak depan pagar rumah saya.

Dan, kami ada tugas baru, nak keluar kereta kena alihkan dulu 4ekor.

Hon pun dorang buat tak tau, buat selamba je.

Nak masuk pagar, kena alihkan lagi.

Kanak-kanak pun asyik nak terlanggar dengan basikal.

Semalam seekor dah mati di langgar motor.

Yang herannya tuan dia boleh buat taktau, tetap tak kurung.

Pagi tadi pun saya hampir tersepak sekor, nasib baik sempat brek.

Kesian kucing-kucing ni dapat tuan yang macam takde perasaan.


Thursday, October 17, 2013

Kelat


Dia telefon saya.

Pukul 12 lebih tengah malam.

Tanya resepi nasi hujan panas atau pun nasi beriani.

Juga tanya resepi agar-agar cendol.

Dia tak sedar ke yang dia membazir kredit?

Arggghhhhhhhhh...........

Wednesday, October 16, 2013

Perit


Makan nasi rasa macam piza.

Minum air suam rasa macam laicikang.

Bukan mudah nak jadi dewasa.

Monday, October 7, 2013

Relakan Jiwa




Aneh sungguh hidup ini kadang-kadang.


Friday, October 4, 2013

Gores Dan Menang


Petang semalam saya sapu depan rumah, sapu daun mangga yang tak berapa lebat buahnya musim ni.

Tiba-tiba berhenti kereta warna hitam tepi saya.

Keluar seorang perempuan dalam lingkungan 40an.

Bagi salam, saya jawab.

Hulur tangan, saya sambut.

Dan, tidak semena-mena dia jerit, kuat jugaklah.

"Cantiknyaaaaaaa, cantikkknyaaaaaaaa".

Saya dah senyum, orang puji kita cantik mesti kita suka.

Dia tepuk bahu saya, "bukan kereta akak kan?".

Cis, rupanya kereta yang dia cakap cantik.

Terpedaya di situ.

"Dalam rumah saya mestilah kereta saya".

Dia tepuk bahu saya lagi, kali ni agak kuat.

"Akak tak cukup ranggi lah nak bawak kereta ni".

Dan dia gelak kuat-kuat.

Kecik hati. 

Tiba-tiba baru saya teringat nak tanya dia tu sapa sebab saya tak kenal.

"Awak nak apa eh?", saya tanya dengan perasaan marah dan kecewa.

"Lupa pulak, saya datang nak jual alat urut kaki,bagus kak".

Saya terus cakap tak berminat, sapa suruh kutuk tadi kan, dahlah panggil saya "kakak". :D


Wednesday, October 2, 2013

Segenggam setia


Dah nazak sangat wayar usb ni.

Taktau ada ke tidak lagi di pasaran.

Macam ada bau-bau nak pakai Iphone 7 jek, hik,hik.

Tuesday, October 1, 2013

Getaran Jiwa

Dia suruh saya cari CD 3 Dekad Anuar Zain.

Saya cakap sekarang bukan zaman CD, mungkin agak sukar nak dapat

Dia cakap hari tu dia ada nampak kat satu kedai ni, tapi masa tu dia tak punya cukup wang.

Saya suruh muat turun saja dari internet tapi dia tak mahu.

Dia bukanlah peminat fanatik Anuar Zain tapi saya tau dia suka lagu-lagu Anuar Zain.

Saya tongkat dagu, mana nak cari CD yang original ni.

Dia bisik pada saya, kalau saya dapat CD ada imbuhan yang menanti.

Dia sangat pandai mengusik emosi saya.

Baiklah, saya akan berusaha sebab saya tau pasti imbuhan yang menanti saya tu menarik. :D

Monday, September 30, 2013

Kasih sayang


Bawak kanak-kanak ke Kuala Selangor.

Dari Selayang kami lalu ikut LATAR, pegi balik tol RM12.00.

Senang je nak gembirakan kanak-kanak, rendam dorang dalam kolam lama-lama :D



Riuh kanak-kanak berebut nak patung harimau.

Mulanya kami tertanya-tanya jugak apa guna patung harimau banyak kat sini.

Rupanya untuk takutkan monyet yang banyak berkeliaran dan tak takut langsung dengan orang.



Menginap di De Palma, berdekatan Bukit Malawati.

Mulanya saya bayangkan hotel sebab namanya De Palma Hotel.

Tapi rupanya macam chalet.

Waktu pagi dan petang banyak monyet berkeliaran.

Monyet tak berani nak turun dari pokok sebab kanak-kanak saya langsung tak takut dengan monyet, monyet pulak yang takut dengan mereka :D



Malam bawak kanak-kanak tengok kelip-kelip kat Kg.Kuantan.

Satu sampan kena naik 4 orang dan bayarannya RM50.00.

Jim tanya, "uncle, takde boyer ke? Jim takut boyer".

Dan yang dewasa pun mula mengucap panjang :D

Suasana gelap dan kita tak dibenarkan ambik gambar guna flash sebab kelip-kelip takut kan cahaya, kata pengayuh sampan.

Dan kelip-kelip hanya duduk di pokok berembang.

Ingat nak naik ke Bukit Malawati, nak mengimbas kenangan lama, tapi tak sempat.

Masa begitu pantas berlalu, sekejap je dah kena berkemas untuk balik.

Takpe, dengan adanya LATAR ni perjalanan lebih dekat, boleh datang lagi lain kali.




Friday, September 27, 2013

Bayang-bayang

Saya pegi pasaraya.

Jumpa dengan makcik yang duduk setaman.

Makcik tu cuit saya dan bisik " hensem, boleh tahan manis".

Saya pandang makcik tu dengan muka yang sedikit blur.

Makcik tu bisik lagi, "tuuuuuuuuu, pakwe awakkan yang berdiri kat belakang awak".

Cepat-cepat saya pusing belakang.

Seorang lelaki yang tampan sedang berdiri di belakang saya dan jarak kami agak rapat.

Dan saya rasa nak ketawa kuat-kuat.

Kusssss semangat.

Saya bisik pada makcik, "suami orang tengah tunggu isteri dia kot".

Dan makcik pun tutup mulut tahan gelak.

Thursday, September 26, 2013

Putih putih melati

2-3 hari ni mata saya rasa gatal-gatal dan nampak sedikit merah.

Selalu lupa nak singgah farmasi atau klinik beli ubat mata.

Taktau gatal dan merah di sebabkan habuk atau air yang agak kotor kebelakangan ni.

Kualiti air di kawasan saya agak terjejas sekarang.

Sekejap warna oren sunquick, sekejap warna teh O nipis.

Semalam anak buah saya cakap saya menangis bila tengok mata saya yang sedikit merah.

Dah besar-besar ni menangis dalam hati sudah lah kan.

Boleh ke menangis dalam hati?

Saya tak boleh. Tak reti.

Kalau rasa nak menangis masuk dalam bilik dan kunci pintu :D

Ada masanya kita perlu menangis kan.




Wednesday, September 25, 2013

Angin Monsun


Baru siap satu projek besar.

Baru dapat bernafas dengan selesa.

Baru dapat mengadap pc sambil nyanyi lagu kegemaran.

Baru dapat berjalan ke rumah kawna-kawan.


SUNGGUH AKU SUNGGUH RINDU KAMU.

Friday, August 30, 2013

Merak Kayangan


Doa-doakanlah, mana tau ada rezeki untuk saya jadi permaisuri :P

Saya takkan lupakan awak semua yang selalu komen di blog saya :P