Monday, June 29, 2009

Belacan & Cencaluk

Semalam aku tolong ayah bersihkan pokok bunga. Ayah ada beli pasu untuk tanam bunga cina. Sedang aku dan ayah sibuk bubuh tanah dalam pasu,aku nampak kereta kakak. Hari minggu selalunya kakak bawak anak2 lepak di rumah ayah, untuk bagi peluang pada ayah melepaskan rindu pada cucu-cucunya, padahal kakak nak makan masakan mak dan membiarkan anak-anaknya membuli aku.

"Tanam bunga Juliet? Sejak bila pulak ko minat bunga?".

"Saja tolong ayah”

"Masukkan belacan atau cencaluk dalam lubang tu, pastu baru ko masukkan bunga yang nak ditanam. Belacan tu kasik hancur dulu. Terkejut ko nanti tengok bunga tu segar dan subur. Tak payah susah-susah nak letak baja".

Betul ke ada petua gitu?Aku tak berapa nak percaya sebab kakak senyum-senyum lepas dia cakap tu,tapi ayah cakap kawan dia pun pernah bagi petua camni. Kalau betullah kena mintak Alis ngan Tasek tolong belikan belacan Melaka,baru power,hehehe.

Friday, June 26, 2009

Anda ikhlas kami juga ikhlas

Pegi bank untuk keluarkan sedikit duit. Depan pintu bank berdiri seorang gadis berusia dalam lingkungan 20an memegang beberapa keping kertas yang ada tertulis sesuatu. Di sisi gadis itu ada tabung yang agak besar juga.



"Sudilah untuk menyumbangkan kepada rumah anak yatim kami. Moga Allah merahmati anda". Itulah ayat yang diucapkan oleh si gadis kepada setiap orang yang lalu dihadapannya.

Selesai urusan dengan bank, aku pun keluar. "Assalamualaikum puan, sudilah memberi sedikit sumbangan". Aku renung muka si gadis. Tiba-tiba hati terusik melihat mukanya yang nampak kepenatan. Aku buka dompet lalu hulurkan beberapa keping wang kertas biru.

"Terima kasih puan, moga Allah murahkan rezeki puan dan merahmati puan". Aku senyum saja. "Ambillah ini tanda terima kasih kami". "Tak payah, saya ikhlas, lagipun berapa sangatlah nilainya tu." "Kami juga ikhlas puan, sudilah terima, sudilah puan". Tidak sampai hati untuk menolak pemberiannya. "Terima kasih". "Sama-sama puan".Terima kasih kerana sudi menerima pemberian kami". Aku dan dia bersalaman. Kalau lelaki buleh gak mintak nombor telefon,hehe.



Inilah yang aku dapat, sebuah buku yang mengandungi bermacam doa dan juga cerita-cerita para sahabat. Kalau beli mahal gak.

Tuesday, June 23, 2009

Terkini lagi sensasi

"Adik, meh makan nasi".

"Nak makan megi".

"Nak perisa apa?".

"Perisa ayam dara".

Gulp! Ternyata seleranya mengikut trend semasa.

Monday, June 22, 2009

Terlajak perahu boleh diundur

Pagi semalam, siap mandi,jemur kain semua aku terus pegi dapur untuk sarapan. Mak buat bihun goreng. Sungguh tak tahan bau aroma kopi. Ambik mug terus tuang. Dalam sejam lepas tu aku rasa pening-pening. Aku pegi dapur, tanya mak kopi apa yang dia buat. Mak cakap kopi Radix. Aku cari kopi tu dan inilah yang aku jumpa :







Kopi Radix dengan Tongkat Ali


Alamak, camner ni, kang tetibe aku bertukar jadi wewof sapa nak jawab.


Pagi tadi tengah sibuk bersiap mak panggil sarapan, nasi goreng kampung dengan telur mata.Mak cakap dia buat kopi yang adik aku beli kat Sabah, pehhh,aromanya menusuk kalbu. Aku ambik pinggan ngan mug, makan dan minum sepuas hati. Kat opis pagi tadi aku rasa cam di buai mimpi, melayang-layang je depan bos. Aku syak sesuatu dan balik rumah masa lunch aku cari kopi yang mak buat pagi tadi dan inilah hasilnya :







Kopi dengan Tongkat Ali juga.


Adoilah,salah minum lagi.Nasib baik aku tak bertukar bebetul jadi wewof. Lenkali sebelum minum kena tengok dulu nama kopi ni, jangan main hirup je. Aku memang tak bleh minum minuman yang ada tongkat ali,kacip fatimah, ubi jaga dan yang sewaktu dengannya sebab kepala aku jadi pening,melayang-layang rasanya. Kenapa sekarang ni banyak benar minuman yang dicampur dengan tongkat ali, murah ke tongkat ali tu?


Friday, June 19, 2009

Wajahmu dimana-mana

"Telefon berbunyi RING,RING,RING"

"Kuangkat ku tanya siapa"


Lagu feveret masa tadika.



Pukul 11 lebih,malam, tetibe henfonku berbunyi. Aku tengok kat skrin, banyaknya nombor, dari negara mana.



"84906141780".



"Hello".



"Juliet, saya Viet, Vietnam, saya Viet".



Staff aku rupanya. Dia balik ke Vietnam minggu lepas setelah 3tahun bekerja disini. Dah cukup duit katanya untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan di Hanoi. 3tahun rasa sekejap saja. Dan dalam 3tahun tu banyak ilmu yang aku dapat dari dia.Ilmu penunduk,ilmu pengasih,hehe.

Memula dia masuk keje naik pitam aku mengajar cara nak buat keje, sampaikan aku terpaksa belajar cakap Vietnam sepatah dua untuk memudahkan komunikasi. Ingat lagi tongga ni kat sifu dia, sampaikan sanggup dia buang duit telefon aku dari jauh. Sebenarnya dia nak ucapkan terima kasih sebab aku uruskan segala permit,visa dan tiket dia balik. Budimu ku kenang.





Kualiti gambar amatlah dikesali,aku snap kat passpot dia. Namanya Dang Van Viet. Kalo buleh dia nak keje 24jam, nak cepat kumpul duit balik ke Vietnam. Sekali tengok gambar ni macam yang orang cina letak kat kubur plak,kekeke.


Thursday, June 18, 2009

Esok masih ada

"Dah makan malam?"
"Belum"
"Jom makan kat luar".
Dalam kereta aku memikirkan menu yang sesuai,maklumlah aku tengah berusaha keras untuk kurangkan berat badan. Sampai ditempat itu, tengok menu dan aku pesan ini :

Laicikang semangkuk dan



Black pepper steak




"Burpppp",alhamdulillah. Bukan salah aku kalau aku tak berjaya kurangkan berat badan walau dah berbulan-bulan ku cuba. Orang kata niat tu ada cukuplah,kekeke.

Monday, June 15, 2009

Pusing-pusing

Cantik tak lampu tu? Dibuat dari botol mineral water 500ml. Sungguh kreatif. Aku memula tu tak percaya gak, bila tengok dari dekat baru tau. Buleh la kita pakat kumpul botol mineral pastu buat lampu juntai2, meriah rumah. Tapi harus diingat gak,kalo bersawang bukan senang nak bersihkan.



21Jun nanti Hotfm akan buat rancangan "Sihat Bersama Biskut Jacob",kalo tak silaplah di sini. Faizal dan Fafau sebagai pengacara. Taman rekreasi ni terletak tepi jalan Kepong, Taman Metropolitan Kepong. Sesaja jalan ambik angin sambil tengok orang main layang-layang.


Lama betul aku tak makan sengkuang cenggini. Sekeping RM1, besar gak, puas hati dapat makan 2keping. Ingatnya nak beli lebih sikit tapi dah abis.
Jerebu sekarang ni tak sesuai beriadah di luar, sebab tu kali ni aku jalan sensorang je. "Acik, jom jalan2". "Tak buleh, JEREBU". Padahal poket aku yang berjerebu tengah2 bulan ni,hehe.



Friday, June 12, 2009

Jangan pisang berbuah banyak kali

Aku terliur sangat tengok kek pisang yang Iina buat. Na, zalim betul ko tak pos kat aku sikit. Siang malam dok teringat. Dan akhirnya semalam masa pegi kedai aku nampak ada sesikat pisang emas.




Bermulalah operasi membuat kek pisang dan aku ikut sebijik2 resepi yang Iina bagi. Tapi aku bakar dalam periuk je, bulehlah tu. Entah apa nama peruik ni, selalu mak bakar ayam dalam ni.



Dan inilah hasilnya. "Mak, sapa buat kek coklat ni, sedap gak",kata adikku. "KakJuliet ko la yang buat",jawab mak.
Aku buat kek pisang,kenapa pulak dorang cakap rasa cam kek coklat? Ni yang aku konpius. Aku kekadang keliru dengan hidup ini,pinjam kata2 cik konpius. Na, terimakasih daun keladi.


Thursday, June 11, 2009

Harapkan pagar....

"Tarik ke kiri sikit".

"Kanan belum tutup".

"Ketuk kuat sikit".

"Ok,cantik,cantik".

Berpeluh ketiak aku ngan adik tolong ayah betulkan pagar. Sekarang kan musim mangga, kalo tak di pagar kawasan pokok mangga tu maka kempunanlah aku nak makan mangga cicah kicap tahun ni. Tahun lepas aku hanya mampu tengok tangkai, tahun ni aku akan pastikan semua mangga itu milikku.

Aku dah letak dawai berduri, kalo ada yang curi buah tu haruslah calar balar tangan dia. Senanglah tugas aku untuk kesan saspek nanti, nampak je sesapa yang lalu depan rumah ngan tangan calar balar,dialah saspek utama. Kalo jatuh basikal ke, jatuh motor ke, tangan calar gak, abih camner ye????

Wednesday, June 10, 2009

Sehati Berdansa





Sekarang lepas balik keje aku dah tak keluar kemana, sibuk berdansa dengan benda alah ni. Syok beb, bagai nak roboh pinggang masa memula tu. Harganya murah, RM60-70.
Cara gunanya sangat mudah, install CD kat komputer, sambungkan, dah siap, buleh le tunjuk skill shuffle ke, inang ke, hiphop ke. Satu famili buleh guna, silap-silap tahun depan aku buleh masuk sehati berdansa,hehe.


Monday, June 8, 2009

Beri dia ruang

Sehari sebelum hari itu.



"Sha nak mama ngan baba datang masa hari anugerah cemerlang tu".

"Mama pasti datang, tapi baba tak taulah dia free ke tak".

"Mama paksa la baba,Sha nak baba tengok Sha ambik hadiah".

"Nanti mama cakap ngan baba".



Selepas hari itu.



"Mama tipu Sha, mama cakap baba nak datang, mama tipu! Mama tipu!".

"Baba sibuk sayang, mama ngan adik ada tadi".

"Sha nak baba, Sha nak baba".

"Alisha, jangan macam ni,baba balik nanti kita tunjuk gambar Sha dapat hadiah ya".

"Sha nak baba,Sha nak baba.



"Bummmmmmmmm".



"Alishaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".



Dan Selepas hari itu.

Alisha,pelajar pintar,17tahun,terjun dari tingkat 10 kondominiumnya kerana terluka dengan sikap bapanya yang tidak pernah ambik tahu mengenai dirinya. 10tahun lalu,ibubapanya pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian disana. Nasib bapanya agak malang kerana baru beberapa bulan bekerja sebagai pengurus bank tapi telah diberhentikan kerana negara mengalami kegawatan. Semenjak itu bapa Alisha tidak pernah bekerja. Bukan tiada tawaran lain yang datang tapi bapanya terlalu memilih. Dan semenjak itu bapanya mengikuti kumpulan tabligh sehinggakan berminggu-minggu meninggalkan anak isteri dirumah.

Mujur ketika Alisha terjun malam itu ada tong sampah besar betul-betul dibawah balkoni kondonya dan dia tercampak masuk ke dalam tong sampah. Alisha dirujuk kepada seorang kaunselor dan dia tidak ingin meneruskan persekolahan buat masa ini kerana jiwanya tertekan. Sekarang Alisha berada disebuah sekolah pondok dibawah pengawasan seorang guru agama yang sangat dihormati di daerah Sabak Bernam dan alhamdulillah dia nampak ceria dan tenang disana.

Moga Sha tabah harungi hidup ini dan akan segera kembali ke pangkuan mama dan adik yang selalu merindui Sha. Dan moga Sha dapat maafkan baba.

Friday, June 5, 2009

Lagu dan irama

2-3 hari ni aku tengok anak buah dok rajin baca Al-Quran, siap berlagu sekali. Asyiknya telinga ini mendengar walaupun kekadang ada sebutannya yang tersangkut-sangkut. Cuti sekolah ni mak dia masukkan dia dalam kelas tarannum sebab dia berminat.

Lepas maghrib semalam dia bawak Al-Quran dan duduk depan aku. "Acik dengar dan betulkan kalau abang baca salah ye." Aku angguk. Setakat nak betulkan bacaan dia tu aku buleh la jugak sesikit. Aku pun dengarlah bacaan dia. Tetibe dia tanya "acik, cuba acik lagukan ayat yang ini, abang tak berapa reti". "Hah! lagu macammana?" "Ala, taranum yang macam ustazah ajar tu". "Acik kalo lagu Siti Nurhaliza pandailah",hehhehe. Aku tau baca Al-Quran tapi tak pandai nak bertaranum macam yang dalam tv tu. Nampaknya kena pegi belajr ni kalau tidak malu kat bebudak kecik. Jom kita pegi belajar ramai-ramai. :D