Wednesday, May 27, 2009

Malu tapi mahu

Anak kakak yang berusia 2 bulan mengalami masalah kembung perut. Memang keturunan belah abah dia kalau anak lelaki mesti kembung perut tak kira masa, kekadang malam, kekadang tengahhari dan kekadang pagi. Untuk hilangkan kembungnya tu perut baby harus ditungku. Selepas ditungku baby akan kentut dan dia akan kembali tersenyum. Aku tak pasti baby tu senyum sebab dia rasa lega dapat kentut atau dia senyum sebab dapat kentutkan makciknya.



Semalam kakak bawak baby jumpa doktor untuk ambik suntikan hepatitis B,betul ke? Aku lupa pulak. Doktor di klinik mencadangkan baby tu di pakaikan PANTILINER HERBA tak kira apa jenama untuk mengurangkan kembung perut. Dah ramai yang cuba dan berkesan kat baby dorang. Kakak pun beli sebungkus ngan doktor tu.





Ni lah pantiliner tu. Harganya RM18 untuk 20 keping.
Caranya sangat mudah. Pantiliner tu lekatkan kat balut perut baby ni dan balutlah perut baby macam biasa. Kakak aku cuba semalam dan hasilnya sangat mengagumkan. Baby dia senang kentut dan kurang dah kembung perut. Tapi aku nak pesan disini, kaedah ini hanya sesuai untuk baby sahaja, kalo mak dan ayah baby nak cuba hasilnya aku tak pasti. Dan jika terdapat sebarang kesan sampingan tolong jangan salahkan aku,kekekeke.


Untuk kawan-kawan semua, inilah daun 4 muka yang buleh mengubat buasir tu. Jauh aku cari ni, sampai ke Genting Highlands. Nama saja daun tapi pokok ni berbatang dan batangnya agak liat kalau nak dipatahkan.


Selamat mencuba dan kalau tak berjaya, cubalah cari alternatif lain pulak.

Tuesday, May 26, 2009

Masih seperti dulu

Sebenarnya aku malas nak buat n3 pasal ni, tapi bila KTS tu dah mempopularkan aku di blognya terpaksalah aku terangkan kedudukan yang sebenar.

Majlis ni adalah majlis cukur cambul dan akikah untuk anak buah aku, baby yang seksi tu. Kami buat secara kecil-kecilan saja, tapi meletihkan jugaklah. Walaupun upah tukang masak tapi pinggan mangkuk kami sediakan, penat juga melayan tetamu sampai ke malam. Cadangnya nak buat sekali dengan Erra Fazira tapi takut baby ni meragam pulak buat rosak majlis je nanti,kekekekekeke.

Jangan ada yang salah faham pulak lepas ni ya. Kepada sesiapa yang rasa nak hantar wakil merisik, silakan, peluang masih ada,adehhhh,dehh,dehhhhhhh.

Nota untuk KTS : Jangan main belakang ok, buruk padahnya.

Monday, May 25, 2009

Tips hadapi peperiksaan

Kakak terpaksa balik ke kampung mertuanya dan aku diamanahkan untuk menjaga dan membantu anaknya belajar untuk menghadapi peperiksaan minggu ini. Jadi, malam minggu tu aku bawak anak dia bersiar-siar sambil intai-intai kedai makan untuk mengalas perut. Tiba-tiba aku nampak satu tempat yang sangat meriah dengan cahaya lampu, mari kita tengok apa yang ada kat sana.
Funfair la. Ayuh kita berlibur. Malam masih muda. Anak buah aku bukan main seronok.

Keretapi untuk masuk ke rumah hantu. Aku taknak masuk takut aku plak yang jadi hantu.

Main baling bola pingpong, sebakul RM4, ada 6biji dalam 1 bakul.



Dapat ini.


Ini juga





Dan ini juga. Yeahhh.




Penat main macam-macam kat funfair kami pegi makan nasi ayam. Blurrrp, alhamdulillah, kami gosok perut. "Acik, malam ni takyah baca buku lah, penat". "Acik pun penat gak ni, tapi jangan cakap ngan abah ye, kang acik kena marah". "Ok,janji". Kalau makpak dia tau aku buat camni habis elaun bulan ni kena potong.







Friday, May 22, 2009

Dosa pahala

Cerita 1.

Seorang jiran datang mengadu pada ayah. Jiran disebelah kirinya bela 3ekor kucing, jiran sebelah kanannya bela 5ekor kucing. Dan setiap hari kucing-kucing itu dilepaskan. Yang jadi masalahnya sekarang kucing-kucing itu muntah,kencing dan berak dihadapan rumah dan diatas kereta dia. Dan dia berasa sangat tidak selesa kerana setiap pagi dia terpaksa membasuh kereta dan lantai rumah kerana ada najis dan muntah kucing peliharaan jirannya.

Cerita 2

Pagi tadi aku lambat sikit, masuk dalam kereta tekan minyak terus jalan, tak pandang kiri kanan atas bawah. Sampai kat opis tetibe hidung aku menangkap satu bau yang amat tidak menyenangkan dipagi hari. Aku jenguk dalam kereta, huwaaaaaaaa, kat pedal brek ngan pedal minyak ada taik kucing. Taktau mana aku ambik. Dan aku muntah beberapa kali masa cuci tu.

Cerita 3

Makcik aku selalu bersungut kerana jiran sebelah rumahnya bela kucing 4-5ekor tapi kucing-kucing datang berak kat dalam pasu bunga makcik. Kekadang kucing-kucing tu berak kat atas alas kaki dan kat depan rumah. Sungguh menyeksakan baunya.


Bela kucing tu dapat banyak pahala tapi kalau kita dimaki, disumpah jiran tetangga takde gunanya. Kalau nak bela kucing ajarlah dia buang najis kat tempat yang betul dan kalau perlu masa pergi kerja tu kurunglah kucing dalam kurungan yang sesuai. Aku suka kucing.

Thursday, May 21, 2009

Sardin dan Burger

Balik rumah semalam nampak ada tiga tin sardin besar atas meja. Apa yang mak nak buat dengan sardin ni. Aku bayangkan sandwich yg banyak intinya,mayonis dan timun,sedapnya. Atau akak aku nak pegi piknik ke beli sardin banyak2 camni. Untuk tau jawapannya senang saja, jerit saja nama mak. Korang tak percaya tengok ni, 123, "MAKKKKKKKKKKK! "Apa yg bising sangat tu",mak muncul taktau dari arah mana. "Nape beli sardin banyak2 ni?". "Oh,tu tabung,kawan akak ko bagi, ambiklah satu kalo nak".



Pemandangan dari atas. Tabung sardin cap ayam. Tapi susah pulak sebab tak boleh bukak penutupnya. Aku ni jenis suka mengorek tabung tambah lagi kalo hujung bulan.
Malam rasa lapar, aku pegi beli burger OTAI. Korang pun mesti penah makan burger Otai ni. Gerainya bersih dan sedap pulak tu.

Ni pembungkus burger aku semalam. Yg aku nak cerita kat sini ialah burger Otai dah naik harganya sebiji RM3.60. Kalo yg spesel RM4.40. Pehh!!!! Berdengung telinga sekejap masa budak tu cakap harganya. Nampaknya kena beli daging burger dan masak sendiri. Macammana nak penuh tabung sardin aku kalo hari2 makan luar ya.


Wednesday, May 20, 2009

Sekilas ikan di air

Dalam suratkhabar semalam ada berita mengenai seorang remaja perempuan,Zahra Mosaumah Abd Halim,18tahun, akan berenang merentasi Selat Inggeris pada Julai depan dengan memakai "PAKAIAN RENANG YG MENUTUP AURAT SEPENUHNYA". Syabas.





Teringat cerita aku dan kengkawan lebih kurang 3tahun lepas. Kami pergi bercuti ke Cherating, menginap kat Swiss In. Naik bas ekspress KL-Kuantan kat Puduraya. Perjalanan lebih kurang 4jam, sampai kat stesen bas Kuantan ambik teksi untuk ke Swiss In,dalam 10minit je.





Masuk je bilik hotel terus tukar baju sebab semua dah kepanasan dalam perjalanan tadi.Kami pakai tracksuit ngan t-shirt, pakaian rasmi nak mandi pantai dan mandi kolam. Kami serbu pantai dulu, orang KL dapat mandi pantai mula lupa diri. Puas berendam dalam air masin kami pun tuju ke kolam renang.





"Gedebuss!!! kami terjun dalam kolam. Yihaaaaaaa!!! Tetiba..Prettttttt!!!!!! Adik-adik sana tu tolong naik, tukar pakaian renang dulu ye". Arahan dari lifeguard yg dok kat atas bangku tinggi . "Pakaian renang?", kami pandang muka lifeguard tu. Tak bawak la pulak sebab dah banyak hotel yang kami pergi takde sapa pun kisah kami nak pakai apa masa mandi tu.





Kami kecewa, takkan nak pakai pakaian renang dan mandi bersama dengan lelaki yang pasti akan nampak susuk tubuh kami. Oh tidak!!! Patutlah aku tengok ramai kaum hawa hanya duduk memerhati dari jauh anak2 bermain air.





Aku tak selesa nak pakai pakaian renang kalau ada lelaki, takut menambah dosa mereka,kekekkee. Hari tu masa jenjalan kat shopping mall ada nampak baju renang muslimah, harganya mahal gak, jom kita cuba.

Monday, May 18, 2009

Pipit sama pipit

"Mak! Maaaak! Ooooo makkkkk!
Puas aku cari mak dalam rumah tapi tak nampak pulak wajah mulus dia. Aku pegi jengok kat luar, nampak mak terbongkok-bongkok dok cabut rumput dalam pasu bunga.

"Makkkkk, cepatlah!". Aku hulurkan sesuatu. Mak bangun, jeling-jeling,bising-bising. "Ok ke?" Aku sabar menanti jawapan mak. "Bubuh garam sikit lagi. Nak rasa kari pun ko suruh mak, belajarlah rasa sendiri, kalo kawin nanti tetiba mak mertua datang macammana? Takkan ko nak cari mak suruh rasa kari ko".

Aku senyum-senyum kucing, "orang nak carik suami yang yatim piatu mak, senang sikit"ekekekekeke, buleh gitu?

Friday, May 15, 2009

Hilang kabus nampaklah ia

Ini kisah sedihku dan seorang kawan.

"Julietttt, dia dah tak ada, dah tak adaaaa".

"Errr,mengucap,sabar,sapa yg tak ada? Nenek ko ye?" (sbb nenek dia dah lama uzur)

"Bkn nenek akulah, kereta aku yg dah tak ada",huwaa,huwaaa.

"Kereta ko pegi mana?"

"Hilang!hilang! kereta aku dah hilang".

"Ko kat mana sekarang ni?"

"Tempat aku paking biasa la, Lrt Setiawangsa,dah puas aku pusing,dah puas aku tanya orang tapi takde".huwaaa,huwaaa.

"Bukan semalam ko cakap nak paking kat Taman Melati arini sebab ada hal kat sana lepas abih keje?"

"Errr...errrrr, ha'ah la, pagi tadi aku paking sana,"hahahahahahahahhahahaa.

"CEHHHHHH".

Thursday, May 14, 2009

Ketat

"Adik taknak minum milo arini,nak holik".

"Nape? Adik kan suka milo".

"Minum milo ari-ari nanti masa buang air rasa "KETAT".

"Buang air rasa "KETAT"?

"Ha..ah,sampai lenguh lutut adik mencangkung".

"Err...err...errrrr..".

Sesapa yg ada masalah buasir, korang cari daun empat muka,elok untuk buasir. Cara menggunakannya korang tanya le org yg tanam tu, aku tak boleh cakap, langgar pantang,kekekeke.

Selamat beramal.

Wednesday, May 13, 2009

Kalau Dah Jodoh

Ni langsir yg adik beli kat Singapura untuk mak, hadiah hari ibu kononnya.
Ni pulak beg yg kakak bagi untuk mak juga sebagai hadiah hari ibu. Dan kami semua terperanjat sebab sama pulak bunga langsir ngan beg ni, macam dah berpakat.
Aku belum bagi lagi hadiah untuk mak, apakata aku beli kain yg bunga sama macam langsir dan beg tu bagi mak, harus gempak satu taman perumahan tengok mak aku bergaya bersama langsir dan beg tu,kakakakaka. Adehhh,dehhh, ok gak idea tu. Korang rasa kalo aku buat camtu adakah aku akan dihalau keluar dari rumah?kakakakaka.

Friday, May 8, 2009

Terpaksa

"Eh! Tangan acik kuningnya, mesti kena kunyit masa masak tadi".

"Pandai".

Aku tahan gelak dalam hati. Sebenarnya tangan aku kuning sebab kaut kunyit masuk dalam bekas. Masa nak minum air tadi aku terlanggar bekas kunyit habis berterabur atas kabinet, takut mak nampak aku cepat2 kaut ngan tangan je. Sesekali bohong sunat takpe kan.

Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu untuk semua blogger yg telah dan bakal bergelar ibu, anda memang HEBATTTT.

Thursday, May 7, 2009

Berani kerana benar

Wanita 1

"Baby ni lelaki ke pompuan?".

"Lelaki".

"Ingatkan pompuan".


Wanita 2

"Baby ni lelaki ke pompuan?"

"Lelaki".

"Ooo, lelaki....."


Lelaki 1

"Pompuan yer?"

"Lelaki".

"Eh! Ingatkan pompuan".


Kakak aku sangat hairan kenapa semalam ramai pulak bertanya sama ada anak dia lelaki atau perempuan. Sedangkan sebelum ni dah ramai sedara mara yg datang menengok tak pulak dorang tanya. "Eh, ko agaklah, naper dorang ingat anak aku ni pompuan? Puas aku dok tilik tengok takde apa yg berubah pun kat muka dia".

"Sebab arini dia pakai baju PINK KALER",kekekekekeke.

Baju kaler pink tu sepupu lelaki aku yg bagi, satu set. Orang bujang,main rembat je gamaknya. Masa dia hulur hamper tu aku dah gelak sakan, semuanya kaler pink gitu, dari baju sampai ler ke botol susu. Tapi apa salahnya lelaki pakai pink, bukannya berlaku perubahan fizikal pun. Tapi ada ke lelaki dewasa yg berani pakai baju atau seluar kaler pink? :D

Wednesday, May 6, 2009

Ukur baju dibadan sendiri

"Dah sarapan?"

"Dah".

"Makan apa?"

"Karipap sebijik".

"Sebijik je? Aku kalo karipap sekali makan 3bijik, tu pun sebenarnya tak cukup".

"Aku bawak 2biji,makan sebijik je,ko nak?"

"Buleh juge".

Bila aku tengok karipap yg kawan aku beli ni, baru ku tau naper dia hanya perlu makan sebijik. Saiz karipap dia sebiji sama dengan saiz karipap aku 3 biji. Giler besar karipap tu, sebesar tapak tangan orang dewasa.

Tuesday, May 5, 2009

Harga secawan kopi

Kalo lalu kat jalan tu aku rasa sangat sakit hati. Bukan sebab jalan berlubang atau jalan jem. Tapi sebab ditepi jalan itu ada satu papan iklan besar yg tertulis "1 HIRUPAN DETIK BAHAGIA MENANTI". Aku marah sangat sebab dah bercawan2 aku minum kopi tu tapi belum jumpa pun romeo yg macam iklan tu tunjuk. Belum ada jodoh ye.

Monday, May 4, 2009

Disini bukan tempatmu

Aaaaaaaaa! Aaaaaaaaaaa! Aaaaaaaaaaa! Aaaaaaaaaaa!

"Naper! naper!"

"Tu, tu, tu, tuuuuuu"

"Mana? mana? Apa bendanya?"

"Atas meja tuh"

"Apa bendanya? Cicak? Lipas? Tikus?"

"Mug tuh"

"Naper?"

"Gambar katak"

"Aku ingatkan apa tadi,buang masa tol"

Aku memang takut dengan katak. Kalo anak buah aku beli perrmainan yg ada patung katak tu aku akan buang senyap2. Sapalah yg beli mug katak nih, harus aku buang gak.