Friday, January 23, 2009

2 in 1



Bukak peti ais kat ofis, kat tempat ais tu aku tengok ada beberapa biji limau cina. "Sapa letak limau kat tempat ais ni". "Aku", sahut kawan. "Tak beku ke nanti",? "Kalau beku rasa cam fresh oren la, best wooo",sahut kawan lagi. Bleh plak gitu?


Wednesday, January 21, 2009

Glamer

Hari tu aku jumpa tilam nama JULIET, semalam tengah syok pilih barang kat supermarket aku dapat satu lagi kejutan, cadar yang tertera namaku, JULIET. Aku rasa pasni mesti aku akan jumpa bantal yang tertera nama aku. Tapi, aku heran kenapa nama aku berkait ngan benda2 untuk tido nih?

Tuesday, January 20, 2009

Malang tak berbau

Kak Yah, jiran aku pegi pasar dengan suaminya. Masa tengah paking motor tetiba datang sorang lelaki melayu berusia dalam lingkungan 50an menghampiri mereka. Lelaki tersebut merayu Kak Yah supaya membeli henpon yg baru dibelinya tadi disebuah kedai. Menurut lelaki tersebut dia baru membeli henpon itu yg masih belum dibuka kotaknya dan ketika melangkah keluar dari kedai dia mendapat panggilan mengatakan yang isterinya kemalangan dan kini berada di hospital. Dia tidak mempunyai wang untuk ke hospital kerana itulah dia ingin menjual kembali henpon tersebut dengan harga yang lebih murah.

Suami Kak Yah terpikat melihat gambar henpon di kotak yg masih berbalut plastik itu dan juga mungkin kerana kasihankan lelaki tersebut Kak Yah dan suaminya membeli henpon itu dengan harga RM150.00.

Sampai di rumah Kak Yah dan suaminya membuka kotak henpon dan mereka rasa macam nak pengsan bila tengok isi kotak henpon itu hanyalah seketul batu sebesar tapak tangan. Dan untuk membuktikan kebenaran ceritanya Kak Yah telah menunjukkan kotak henpon dan batu tersebut kepada jiran2. Kalau aku ada harus aku snap gamba.

Menurut jiran2 aku dah ramai yang terkena macam ni, dan sasaran penjenayah ni adalah orang2 yang hendak ke pasar. Fuhh, nasib baik aku tak suka pegi pasar, jadi kebarangkalian untuk aku terkena sangatlah susah. Berhati-hatilah semua, jangan plak ada lagi yang terkena.

Monday, January 19, 2009

Dia dah pandai







Baru beberapa hari pegi sekolah anak buah aku dah pandai buat mural kat dinding rumah menggunakan nila yg tak boleh di basuh walau menggunakan air. Inilah yg di katakan "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga".



Saturday, January 17, 2009

Serak2 kering


Dari pagi aku mendail nombor telefon ni dan akhirnya petang baru panggilan aku berjawab.
AKU : Dot Dot Resort ke?
DIA : ya (seorg lelaki, suaranya mcm baru bgn tido)
AKU : Ada bilik kosong lagi tak?
DIA : Haaaa! Apa (masih dlm mimpi aku rasa)
AKU : Saya tanya ada bilik kosong lagi ke?
DIA : Apa? Bilik? Haaa, ada, eh takde, apa, bilik apa? (suara masih serak)
AKU : Ni betul ke Dot Dot Resort?
DIA : Tol. Nak apa?
AKU : Saya tanya ada bilik kosong lagi tak? (dah geram ni)
DIA : Ooo, bilik, cakaplah nak bilik. Ada ke, taktau la. Eh! ada rasanya (suara tetap serak)
AKU : (dah makin membara ni) Dengan sapa saya bercakap ni?
DIA : Nama ke? Ali ni, betul, Ali (suaranya masih serak)
Dan aku dengan geram terus letak telefon. Kalau Ali ni hanya seorang pekerja, aku sangat kasihan dengan majikannya kerana Ali telah membuatkan dia hilang pelanggan. Dan jika Ali ni pemilik resort tersebut, dia memang saja nak lingkupkan bisnes dia.

Friday, January 16, 2009

Melampau betul

Aku sengaja pegi ke tempat ni pada waktu malam untuk elakkan jalan yg selalu jem dan juga nak paking free. Kalo siang kena bayar paking 80sen. Semalam aku ngan adik pegi ke tempat ni lebih kurang pukul 8.30mlm. Sampai kat tempat paking, tetiba aku dengar bunyi wisel dan aku nampak ada seseorang sedang melambai ke arah kami. Aku ingat abang polis trafik tapi rupanya seorang lelaki biasa.

Selesai urusan kami pun menuju ke kereta. Lelaki itu datang kearah kami dan aku cepat2 kunci pintu kereta. Dia siap ketuk-ketuk cermin tingkap dan mukanya sangat marah. Aku buat dono je dan terus undur kereta. Masa aku tengah undur kereta tu, lelaki ni telah mengetuk-ngetuk bonet keretaku dengan kuat sekali. Nasib baik kereta aku bukan dibuat dari tin milo, kalo tidak harus ada lekuk dimana-mana kesan ketukan itu.

Aku tak pasti sejak bila dia menjalankan aktiviti menjaga paking di situ. Aku nak elak bayar 80sen ada plak yang lain dok tunggu rupanya. Bukan kedekut nak bagi duit kat lelaki ni tapi rasa marah sebab sesuka hati je nak kutip hasil macam tanah tu dorang yg punya. Kepada pihak majlis perbandaran, tolonglah pantau aktiviti macam ni, aku tau banyak gak kat tempat lain.

Thursday, January 15, 2009

Mari menyusahkan diri

Hari ni aku nak ajar korang semua buat popcorn. Sesekali nak gak aku tunjuk keterroran aku di dapur . Jangan ingat aku tau makan je, anak dara kalau masuk dapur mesti meletup.

Bahan utama mestilah biji jagung kering ni. Beli ikut kemampuan ok. Basuh biji jagung terlebih dahulu menggunakan air paip, kalo korang nak guna air sungai atau air laut bleh gak.

Letakkan sedikit magrerin Daisy atau margerin timbang pun bleh gak, dan panaskan kuali selama 4-5 minit. Macammana nak tau kuali tu dah panas? Letaklah jari telunjuk atau jari tengah dalam kuali, agak2 rasa jari tu nak melecur bermakna kuali tu dah betul2 panas.
Ratakan margerin menggunakan senduk kayu, kalau senduk steel calar plak kuali tu, mau mak aku mengamuk sakan, tak pasal2 aku di tuduh anak yang tak mengenang body.
Masukkan biji jagung sedikit demi sedikit ye. Kalau banyak sekali masuk kang tak muat kuali, atau pun haruslah jagung ni tak kembang.


Dan tutup kuali itu. Kuali ke nama benda nih? Aku pun taktau.


Popcorn tu dah kembang dengan jayanya. Tutup kuali tu hendaklah di buka apabila selesai berlakunya semua pengembangan.

"Madu ditangan kananmu, racun ditangan kirimu, aku taktau mana yg akan kau berikan padaku". eh! eh! lupa plak anak dara mana bleh nyanyi kat dapur, kang dapat suami tua, kalo tua kaya takpe gakkan. Madu ni kita gaulkan dengan popcorn tadi. Nak letak gula pun bleh.

Proses menggaul popcorn dan madu di dalam besen plastik sedang di lakukan.

Dan, inilah hasilnya. Popcorn bermadu Julietchun. Kalo beli kat pasar malam lagi senang, sebungkus baru sehinggit. Sebenarnya ni idea kakak aku yang tengah mengandung. Tak ikut kang takut dia kempunan pulak, kang meleleh plak air liur anak dia sok tak berenti-renti aku gak yang menyesal. Selamat mencuba.
















Wednesday, January 14, 2009

Smash sepantas halilintar



Beginilah nasib anak buah aku yg berumur 9tahun kerana cuba mengangkat backhand smash aku semalam. Terjatuh dan lantas terseliuh. Aku taknak cakap apa2, cuma aku nak bagi amaran keras kat Datuk Lee Chong Wei, berhati2 mulai sekarang kerana seorang jaguh kampung akan muncul merampas gelarannya.

Monday, January 12, 2009

Salam di rembang petang



Seorang anak muda berdiri dihadapan sebuah rumah di kala mentari hendak melabuhkan tirainya dan memberikan salam. Terdengar tuan rumah menyahut salam dengan suara yang sedikit termengah. Pintu dibuka "ya,ada apa dik?". Pemuda tersenyum,"makcik ada lampu picit tak, saya nak pinjam". Tuan rumah menjawab agak tergagap "err,err, takde lah dik".

Pemuda menuju kerumah kedua dan memberikan salam. Tuan rumah menjengukkan muka"ya,ada apa?". Pemuda tetap memberikan senyuman,"abang ada lampu picit tak, saya nak pinjam". Tuan rumah nampak terkejut dengan pertanyaan pemuda,"takdelah dik".

Pemuda menuju ke rumah ketiga,rumah akulah tu. Ketika ini aku sedang menolong ayah mengalihkan pasu bunga. Pemuda memberikan salam dan kami menjawabnya dengan penuh tanda tanya. "Pakcik ada lampu picit, saya nak pinjam". Ayah pandang pemuda dengan muka yang sedikit kehairanan,"takdelah dik, cuba pegi tengok kat kedai, ada kot orang jual". Pemuda tersenyum, "takpelah pakcik, terima kasih ye". Pemuda berlalu menuju ke rumahnya dan tidak keluar2 lagi.

Ayah ada 2 lampu picit tapi dia dah trauma nak bagi pinjam barang kat pemuda ini kerana dah banyak kali terkena. Pemuda ni pinjam gergaji dan cangkul, 4 bulan kemudian baru dipulangkan dan yang menambahkan rasa sakit hati ayah barangan yang dipinjamkan tu mengalami kecacatan fizikal. Cangkul yang dipinjam bila dipulangkan sudah tiada ulunya, gergaji sudah berkarat hitam dan matanya sudah bengkok2.

Heran ya ada jugak orang yang tak malu meminjam barang orang sampai bertanya dengan 2-3 orang, berapa sangatlah harga lampu picit tu. Dan untuk makluman semua pemuda ini bukannya orang susah yang perlu di bantu.

Friday, January 9, 2009

SAH!!!!! Memang keje ALONG!!!!!!

Ayah aku syak ini adalah keje cucu sulungnya yang kami panggil ALONG.




Digantungnya banner ALONG si peminjam duit kat pokok dragon fruit kesayangan ayah aku. Sesapa yang nak pinjam duit bleh cuba telepon nombor yang tertera yer :D

Thursday, January 8, 2009

Bila kita tak tahu nilainya.

Semalam abang pegi ke Istana Negara, ada hal yang nak di bincangkan, mungkin pasal aku kot,hahahaha, ada yang rasa loya2, cepat pegi jumpa doktor, mana tau, hahahhaa.
Dia bawak balik satu paper bag, aku tengok dia hayun beg tu macam takde isi dalamnya. "Apa ko bawak tu bang?". Dia pandang aku dan buat dono jek. Dia letak beg tu atas kerusi. Aku bukak beg tu, dan inilah isinya.

3 ketul kapet kecik, buleh ke benda ni aku panggil kapet, hentam je , janji rock. Bulu kapet ni macam bulu kucing parsi, bukan macam bulu kucing ckLah,hehehe.

Kat belakang kapet kecik tuh ada tulisan ni, nama kereta Bentley.

Puas aku tonggeng tapi dah takde apa lagi isi perut beg tu. Aku geleng kepala, takde benda yang best sikit ke abang aku bawak balik ni. Anak buah aku mintak kapet tu, aku bagi je lah. Tetibe abang aku datang, jenguk beg, kosong. "Juliet! mana benda dalam beg ni". Aku tunjuk kat tangan anak buah aku. Dia terus terpa ambik kapet tu kat tangan anak dia dan terus mengfire aku dengan kata-kata kurang kesat,hehehhe. "Benda ni mahal ko tau tak, ribu-ribu, punyalah lama aku mengidam, baru hari ni aku dapat, ko bleh buang2 gitu je..bla..bla..".

Weiiii, rupanya kapet kecik tu orang letak kat dalam kereta rasmi Agong, untuk alas tangan, di tempah khas dari luar negara, mana ntah abang aku sebut, dia sebut masa tengah marah jadi tak berapa jelas,hehehe. Harganya malas aku nak cakap, mungkin buleh buat hantaran kot. Kalo dapat kat aku tadi aku buat alas periuk kat dapur je, mau abang aku meroyan 40hari 40 malam,hahahahha.




Wednesday, January 7, 2009

Dulu dan kini sungguh berbeza

Anak buah aku menangis taknak pegi tadika, malas nak bangun pagi dan juga dia agak manja. Maklumlah sudah umur 6 tahun tapi masih di dukung dan di belai macam bayi. Macam-macam yang abahnya janjikan, antaranya nak beli basikal baru. Dan balik dari tadika semalam dia di bawa ke kedai basikal oleh abahnya, pilih saja yang mana suka.
Basikal baru
Dan semalam masih ada sedikit rengekan ketika di hantar ke tadika, tapi sekejap sahaja. Balik dari sekolah dia di bawa berbelanja oleh abahnya, pilih saja apa yang suka.
Berkotak-kotak milo di beli untuk gembirakan hati anak. Dan aku pun tumpang minum sekaki. Dia sorang minum mana abis, kang xpired membazir plak.

Masa aku kecik dulu, kalau menangis tak nak pegi sekolah, ayah hanya tanya satu soalan, "Nak rotan panjang ke pendek? Yang besar ke yang kecik?". Huhu, sedih. Tak pernah ada adegan pujuk memujuk, apalagi berjanji macam-macam. Dan sebagai anak aku tak berani nak melawan, takut dapat rotan. Tapi ayah taklah sesuka hati nak rotan anak-anaknya, kalau buat salah je.

Aku sempat gak pesan kat abang pagi tadi jangan berbelanja yang bukan-bukan lagi, kalau ada duit lebih hulurkanlah sumbangan untuk saudara kita di Palestin sana, dan dia tersenyum menghargai ingatan yang aku berikan.

Tuesday, January 6, 2009

Salah sendiri




Seorang lelaki muda menunggang motosikal sambil bercakap di telefon bimbit. Tetibe 'SREEKKK", bunyi brek ditekan secara mengejut. Lelaki muda dengan garangnya turun dari motosikal dan menengking pemandu kereta yang tak bersalah. Ramai yang nampak lelaki muda terbabit terlalu asyik bercakap di telefon bimbit sehingga tidak mengendahkan keadaan sekeliling.

Berulang kali pemandu kereta meminta maaf dan beberapa orang yang berada di tempat kejadian meleraikan pertelingkahan itu. Bukan main gangster lagi penunggang motosikal tu, dah nampak dengan jelas dan terang dia yang bersalah tapi boleh dia maki hamun pemandu kereta tu berbakul-bakul. Kalau aku yang kena maunya aku kelu seribu bahasa gak, takut beb di tengking dan di acukan penumbuk depan muka, dahlah badan penunggang motosikal tu besar, tegap.

Kalau nak bercakap di telefon berentilah dulu tepi jalan ke, tepi longkang ke, tepi tandas ke. Jangan bahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Memang tak sayang nyawa budak nih.

Monday, January 5, 2009

Azam baru

Kawan telefon semalam mengadu masalahnya.

Kawan : Hello Juliet, ko buat apa?
Aku : Buat taik mata,hahaha.
Kawan : Aku tengah fruz ni.
Aku : Nape? Cam best je nih, ceritalah cepat.
Kawan : Aku ronda2 semalam, jumpa satu tempat untuk buang taik lalat, aku masuk tanya berapa ringgit sekali buang, amoi tu tengok taik lalat aku pastu dia kata RM120.00,mahalnya.
Aku : Hah! Apa masalah ko ngan taik lalat tu sampai ko nak buang? Taik lalat pemanis tu.
Kawan : Saja, azam tahun baru nak buang taik lalat.
Aku : Hampeh ko ni.

Saturday, January 3, 2009

Kompeni baru

Aku tengok anak buah dok main ngan kawan2 dia depan rumah. Terperasan sorang budak pompuan ni kejap ada kejap takde. Aku panggil dia, berbual lebih kurang.

Aku : Nama apa? Acik rasa macam pernah nampak tapi jarang2.
Budak : Nama saya Sha. Saya sedara Adi.
Aku : Oh! ye ke. Dok rumah Adi?
Budak : A'ah. Nanti saya sekolah kat sini, kat Kolumpo.
Aku : Sebelum ni sekolah kat mana?
Budak : Saya sekolah kat Bintang (bukan nama tempat yg betul). Mama ngan abah saya selalu gaduh, pastu mama cakap nak bawak saya datang sini, abah cakap pegilah, abah cakap lagi jangan balik Bintang lagi.
Aku : Sha pegi sekolah naik apa nanti?
Budak : Masa kat Bintang Sha naik bas "Siti Lena" pegi sekolah, kat sini mama cakap naik van Pak Ali yang dok depan sana tu.
Aku : Bas apa Sha naik masa kat Bintang tu?
Budak :"S.I.T.I L.E.NA", Sha dah eja nama dia tu, acik tak penah naik bas tu ke?
Aku : Errr, penah,penah.

Adakah bas yang dia maksudkan tu CITY LINER?

Friday, January 2, 2009

Perisa tambahan

Aku pegi rumah makcik saja jalan2 dan cari gossip baru. Singgah kat gerai goreng pisang yang paling sedap in the world tu, niatnya nak beli lepat pisang untuk makcik sebab dia suka sangat lepat pisang kat gerai nih. Sekali lagi aku rasa hampa dan kecewa, kosong, lohong, lompong.
Lamanya pakcik ni cuti, aku pun cuti sehari jek. Kesunyian di mana2. Aku pusing-pusing jumpa satu gerai goreng pisang lain, berenti jugaklah beli sikit, tak sedap hati pulak datang rumah orang tak bawak buah tangan, bukan apa, aku pun nak tumpang makan sama gak.


Sampai rumah makcik aku bukak goreng pisang ngan keropok lekor, rasa sekeping, taklah sedap sangat macam gerai biasa aku beli tu, tapi rezeki kena perabiskan jugak. Aku bukak cicah keropok lekor, mak aihhhhh, aku gamam, sekor lalat jenis combat dari platun berapa aku tak pasti sedang berenang gaya bebas ala2 ironman.







Tetiba aku mati selera. Aku masuk dalam rumah citer kat makcik yang dok sibuk buat air. Tak lama pastu aku dengar bunyi motor, sepupu aku baru balik. Senyap, sunyi, kenapa sepupu aku tak masuk rumah lagi. Aku keluar jenguk dia, dan aku tengok dia dengan syoknya sedang mencicah goreng pisang dengan cicah yang ada lalat tu. Aku kelu sejuta bahasa, nak tegur tapi suaraku tersekat di halkum. Dia pandang aku, "sedap goreng pisang ni". Dan aku hanya mampu menganggukkan kepala.