Monday, November 14, 2011

Istimewanya Di Sini

Sabtu dan Ahad lepas  lepak di D'Muara Marine Park, Sg.Hj.Dorani bersama kawan-kawan.
Terletak lebih kurang 5km dari Sungai Besar.

Lalu ikut Lebuhraya LATAR sangat cepat, tapi kena bayar tol RM12 pergi-balik.

Ada banyak bot nelayan waktu petang.
Makanan laut segar dan harganya murah.
Abang nelayan muda dan hensem.

Macam tempat percutian lain juga disini kita boleh bbq, beriadah,berkaraoke.

Dan yang paling susah nak jumpa kat tempat lain ialah di sini kita boleh berurut secara tradisional.




Tengoklah pakej yang ditawarkan,pilih yang mana berkenan dan bersesuaian. 
Kalau rasa ingin cuba jangan malu-malu, telefon sajalah. :D

Renung-renungkan dan selamat beramal. :D


Friday, November 11, 2011

Jangan! Jangan!


Jangannnnnnn panjat kerusiiiii !!!!

Jangannnnnnnn panjat mejaaaaaa !!!

Jangannnnnn terjunnnn terjunnnnn !!!!

Jangannnnnn lompattttt lompattttt !!!!

Dan tiba-tiba.....gedebuk!




Hah!!! Jangan nangis, jangan nangis.



Thursday, November 10, 2011

KL Kita Lariiiiii


Orang suruh daftar kita daftar
Orang suruh bayar kita bayar



Orang bagi botol air kita ambik



Orang bagi beg kita ambik



Orang bagi baju pun kita ambik.


Orang suruh lari, errr........nanti kita pikir dulu
Banyak masa lagikan.

10K? Errr...1K tak boleh ke? 

Wednesday, November 9, 2011

Berani kerana benar

Minggu lepas beli jam di pasar malam untuk dia.

Jam harga RM5 saja.

Jam Ben10 warna hijau.

Suka betul dia dengan jam tu sampai tidur pun pakai jam.

Semalam saja tanya dia, "pukul berapa sekarang?".

Dengan tegas dia jawab " pukul 9  tepi".

Hah! Aku memang kagum dengan dia.

Thursday, November 3, 2011

Terkini Dan Sensasi

Dia baru di belikan henpon baru.

Baru tak baru adalah dalam sebulan.

Dia gembira bukan main sebab henpon baru tu memenuhi citarasanya.

Henpon lama dia dah selamat jadi arwah sebab adiknya yang berusia 2tahun masukkan dalam baldi air.

Semalam dia hulur henpon barunya suruh di masukkan lagu-lagu terkini.

Lagu terkini? Boleh,boleh.

Dan pagi tadi aku dah masuk dekat 30 lagu nasyid dalam henpon dia, biar insaf sikit :D

Tuesday, November 1, 2011

Macho



Anak buah saya lelaki berumur 12 tahun.

Pergi sekolah pakai ini.

Pergi mengaji pakai ini.

Pergi main bola pun pakai ini.

Dan semalam dia dah mengingatkan ibunya supaya jangan lupa belikan dia minyak wangi ni sebab stok ada 3 botol saja lagi, cukup seminggu katanya.

Mula nak bersangka buruk. Takkan nak langkah bendul kot bang :D




Monday, October 31, 2011

Tanya sama pokok

" Acik, tu, tu, depan tu", suara dia perlahan.

"Apa? Apa? ". Hati sedikit cuak sebab keadaan di luar gelap pekat, hujan renyai-renyai.
Kiri kanan hutan. Di depan sana pulak ada kawasan perkuburan yang masih belum berpenghuni.

"Tu,tu, dekat pokok bergoyang tu. Dekat pokok tu", dia berbisik.

Aku perlahankan kereta. Dan... "Ah! Baaaabi. Kan babi yang selalu kita nampak tu".

"Adik tau. Adik saja taknak sebut sebab ustazah cakap berdosa.Kalau berdosa masuk api meraka nanti".

Gulp.

Wednesday, September 28, 2011

Jangan pisahkan



Semalam beli rice cooker baru untuk mak sebab yang lama suka buat perangai.
Puas tekan butang cook tetaplah tak mau menyala dan akibatnya nasi tak masak dengan sempurna.

Mak pilih yang ada tempat mengukus ni sebab nanti banyaklah idea dia nak buat macam-macam.

Keluarga kami kalau tak makan nasi sehari mana boleh tahan.


Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjku padamu

Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada dirimu
Kepada dirimu

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan aku dan dia
Tuhan tolonglah ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Didalam suka dan duka

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati :D


Thursday, September 22, 2011

Di bawah bukit



Saya selalu pegi rumah dia yang terletak diatas bukit tu
Tapi tak pernah perasan ada ini.

Bila tengok rancangan Jalan2 Cari Makan baru tau.

Dan kalau dah tau mari kita cuba.




Boleh pilih nak duduk di luar atau dalam.

Tapi kalau yang ada anak kecik macam penyubiru sila duduk didalam ye.
Kang penat dok mengejar kekanak main tepi jalan.


Potato spring ni memang berbeza dengan yang dijual kat pasar malam.
Lebih tebal dan sedap.



Ada makanan Korea juga tapi tak biasa makan.
Ada nasi lemak kapas.
Entah apa maksud kapas disitu :D

Harganya boleh tahan tapi kalau nak bawak keluarga ramai-ramai
baik buat tempahan dulu.

Ok, selamat mencuba masakan dari dapur akak :D

Opppsss...sori lupa nak bagi alamat. Ingatkan kamu semua tau :D

Spring Potato Restoran
No.11 Jalan SG 1/1
Taman Sri Gombak
Batu Caves

Sila gugel yer :D

Thursday, September 15, 2011

Mulanya saya ketawa


Dia hulurkan ini pada saya.

Saya pegang dan tanya "apa ni?".

Dia malu-malu dan jawab "pendrive kakak".

"Hah!", dan saya ketawa melihat pendrive bogel itu.

Dia tunduk.

Oh! Maaf. Saya telah mengecilkan hatinya.

"Kenapa bagi kakak?", saya pandang dia.

Dia masih tunduk. "Rumah saya takde komputer. Kalau kakak boleh tolong print benda kat dalam pendrive tu saya sangat gembira".

Balik ke rumah saya buka dan tengok isi pendrive tu.

Rupanya dia download banyak Soalan Percubaan PMR di Cyber Cafe kerana tahun ini dia bakal menduduki PMR.

Saya cetak semuanya dan beri pada dia.

Dan katanya " terima kasih kakak, terima kasih kakak,terima kasih kakak,terima kasih kakak".

"Sama-sama adik dan selamat berjaya".


Monday, September 12, 2011

Ini Baru Permulaan


Pensil = Ada

Pemadam = Ada

Pembaris = Ada

Sharpener = Ada

Dadu = Ada, Eh! Takde :D

Selamat menduduki peperiksaan untuk calon2 UPSR.

Abang! Kalau nak tembak pun sila baca bismillah dan doa apa yang patut ok.

Selamat Berjaya.

Friday, August 26, 2011

Siap Sedia Menantinya


Pencuci pinggan mangkuk,sedia.
Hari raya mestilah banyak pinggan mangkuk yang nak digunakan.
Macamlah ramai tetamu yang datang :D
Takpe, yang penting kita kena bersedia.


Baju raya budak-budak,sedia.
Baju raya mak ayah budak,sedia.
Baju raya makcik pakcik budak,sedia.
Walaupun beraya disini di saja :D
Takpe,yang penting kita kena bersedia.



Tahun ni dapat kad raya dari dia,dia,dia dan dia.
Tak sangka ada orang ingat kita.
Terima kasih.
Pecah kaca pecah tong
Sudah baca harap gantung :D

Salam aidilfitri.

Kalau buat rumah terbuka jangan malu2 jemput kita :D




Tuesday, August 23, 2011

Kurang Dan Tambah

 Bulan puasa dia tak mau makan atau minum di waktu siang.
Walaupun sebenarnya dia tak berpuasa.
Terpaksalah bagi dia minum susu ini.
Untuk tambahkan beratnya.
Itu cerita anak.





Ini cerita mak-mak.
Bulan puasa makan macam-macam.
Makan sedap-sedap.
Makan banyak-banyak.
Terpaksalah minum susu ini.
Harap baju raya muat lagi.



Thursday, August 18, 2011

Tips Ramadhan


Petang semalam bawak anak buah umur 8 tahun pegi beli kuih.
Nak beli karipap untuk dia, katanya sebagai upah kemas mainan yang berselerak.
Dan sempat juga beli sedikit kuih untuk berbuka.

Sedang sibuk memilih kuih tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Berteduh di tepi gerai kosong sementara tunggu hujan reda.

Datang sorang makcik dan berdiri berhampiran kami.

"Hujan lebat ye", kata makcik.

"A'ah", kata aku.

"Tinggal di sini?", kata makcik.

"Tak, taman sebelah", kata aku.

"Tu, anak ke", kata makcik sambil menuding jari pada anak buah.

"Bukan, anak buah saya", kata aku.

"Adik dah kawin?", kata makcik.

"Belum", kata aku

Makcik cuit bahu aku dan bagi satu tips," kalau belum kawin jangan selalu bawak anak buah keluar dengan awak, nanti orang ingat anak awak, tak jadi orang nak tekel awak,haaa,rugi kan".

Oh! Begitu rupanya. Anak-anak buah, lepas ni terpaksalah acik tinggalkan kamu dirumah ye.

Friday, August 12, 2011

Jujur


Semalam dia hulur sepucuk surat dan lepas baca surat di atas aku gelak guling2.

Pengakuan yang sungguh ikhlas dan jujur.

Tuesday, August 9, 2011

Datangnya bersama Ramadan


Ahli baru keluarga kami.
Lelaki.
Berat 3.65kg.
Melihat dunia pada pukul 9.47mlm, 3Aug 2011.
Ashraf Haiqal, bukan Ashraf Muslim mahupun Ashraf Sinclair ye.



Wednesday, August 3, 2011

Skill lama


Dalam masa beberapa minit sahaja nyonya ini mampu mengopek
beberapa biji kelapa menggunakan parang.

"Nyonya mesin ye kelapa ni nanti?".

"Guna kukur saja".

Kagum.


Tuesday, August 2, 2011

Project Run Away


"Cikguuuu! Saya tak reti nak masuk benang".

"Cikguuuu! Kat mana lubang jarum?"

"Cikguuuu! Apsal mesin ni tak jalan pun?"

"Cikguuuu! Sekoci kat mana?"

Uppppssssssss! Ada yang nak tempah baju raya puasa atau raya haji?

Maaflah ya, tempahan dah ditutup sampai hujung tahun. 

Kts, kalau tak sempat nak jahit langsir hantar saja ke rumah aku ya :D

Friday, July 15, 2011

Kau ilhamku

"Jangan lupa esok pagi kursus  pukul 8am", kata dia.

"Haaaaaah!!!", kata aku.

"Saya dah bayar yuran. Awak ikut saja", kata dia.

"Haaaaahhh!!!",kata aku.

"Rasanya awak dah cukup bersediakan",kata dia

"Haaaaaahh!!!,kata aku.


Betul ke aku dah bersedia?

Wednesday, July 13, 2011

Bukan Cinta Biasa


Petang semalam ayah balik dan hulur satu bungkusan
Ayah cakap tolong masak untuk makan malam dia

Juliet sambut bungkusan yang rasa basah dan berair
Juliet buka bungkusan dan jerit.

"Ularrrrrrrrrrrrr".


"Belut", kata ayah dengan selamba.

Juliet tak pernah tengok belut secara langsung.

Sebab tu Juliet terkejut.



Sambil pejam celik mata Juliet siang belut untuk ayah.

Juliet terpaksa tahan rasa geli dan ngeri.

Ini belut bendang kata ayah.

Belut bendang lebih sedap dan manis isinya.

Juliet taktau betul ke tak sebab Juliet tak teringin untuk mencuba.

Juliet letak garam,kunyit hidup,serai,halia dan bawang pada belut.

Juliet perap lebih kurang sejam dan goreng.

Ayah kata Juliet dah semakin pandai masak sekarang.

Juliet harap takde maksud yang terselindung di balik kata2 ayah.

Juliet harap kawan-kawan pun tak syak yang bukan-bukan ye. :D






Tuesday, July 12, 2011

Bila mulut bicara

Sedang memerhatikan kanak-kanak bermain.

Anak buah yang kecik berada di sebelah menikmati ais krim.

"Acik, abah cakap kalau abah banyak duit abah nak beli kereta baru".

"Iya? Adik suka kereta apa?"

"Errrmmmmmm....adik suka kereta KIA."

Acik diam saja.

"Acik suka KIA apa?"

"Acik suka QIAmullail".

Dan acik cepat-cepat tinggalkan adik sebelum dia tanya apa2 pasal qiamullail :D



Monday, July 11, 2011

Berlari


Tanam pinang rapat-rapat
Agar mudah puyuh berlari
Kau pinang pinang tapi tak dapat
jgn pujukku kawin  lari


"Acik! Abang takde pensil 2B".


"Acik! Abang takde pemadam".

"Acik! Abang takde sharpener".

Pai-pagi dah berlari mencari alat tulis untuk abang yang akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR hari ni.

Mak ayahnya pulak masa penting begini pergi outstation.

Acik lupa nak bekalkan abang dadu tadi, takpelah malam nanti acik masuk sesiap dalam beg :D

Selamat menjawab untuk semua calon UPSR.

Thursday, June 23, 2011

Buat Bulat


Dah seminggu tengok daging kisar dok terlentang dalam peti ais.
Takde sapa yang usik.

Balik keje semalam tengok askar-askar macam kelaparan sangat.
Padahal mak kata baru je dorang makan roti dengan ais krim.

Acik keluarkan daging kisar letak dalam sinki.
Acik pegi mandi dan selesaikan apa yang patut dulu.

 Daging kisar dibiarkan sejam dalam sinki.
Acik masukkan daging kisar dalam periuk dan rebus lebih kurang 30minit.

Rendam roti gardenia 2 keping dalam susu cair.
Potong bawang besar bentuk dadu sesuka hati acik nak banyak mana.

Toskan daging, gaul hingga sebati bersama roti yg telah direndam tadi dan juga bawang.
Kalau nak pedas boleh masukkan cili,ikut suka hati nak bubuh berapa biji.
Masukkan sebiji telur grade A. Kalau yg grade C sila masukkan 2-3biji.
Acik guna telur omega pasal acik dapat harga murah, kawan acik jadi pembekal :D

Bentukkan bulat dan goreng dalam minyak panas.

Askar 1 lalu, "Wangiiiiiiiiiii".

Askar 2 ambik kerusi dok sebelah acik yang sedang kalut menggoreng.
"Sedappppnyaaaaaaa".

Askar 3 terus mintak acik dukung.



Nak bubuh nama apa pun tak reti.

 Tak sempat acik nak angkat dari kuali askar2 dah sibuk cop.

Sebenarnya acik tengok Chef Wan masak aritu.

Dahsyat gak acik ni :D








Wednesday, June 22, 2011

11 tahun sudah


Pukul 6 lebih sikit semalam tiba2 jarumnya berhenti berdetak.
Puas goncang, puas goyang, keadaannya tetap sama.

Pegi kedai apek hensem.
Apek tengok, bukak sana, bukak sini, apek geleng kepala.

"Motot talak muleh nyalan,sulah nyem".

Maksudnya "motor tak boleh jalan, sudah jem".

11 tahun dia temankan aku ke hulu ke hilir, berpanas, berhujan.

Simpan bodi dia untuk kenangan.


Monday, June 20, 2011

Senyum! Tak perlu kata apa2


"Pasal apa ikan goreng ni  teleng semacam Juliet?".

"OOOOHHH! Sempena Hari Bapa tu Yah". 



"Pasal apa nasi ni ada kaler hijau2 Juliet?".

OOOHHHHH! Tu pun sempena Hari Bapa tu Yah". 

Saya budak baru belajar :D






Friday, June 17, 2011

Putus Kasih

" Aku nampak dia termenung dari semalam. Aku syak dia dah putus dengan awek dia sebab awek dia tak nampak lalu depan opis kita ni. Selalu awek dia dok bawah pokok besar tu kan."

Aku pandang muka dia.

"Awak cerita pasal siapa ni?"

"Tu hah, pasal anjing hitam yang selalu lepak tepi jalan besar tu".

Terus aku rasa Hari Jumaat Tanpa Perkataan.

Wednesday, June 15, 2011

Manis


Katanya Zero Sugar, tapi aku rasa manis juga.

Entah dari mana rasa manis itu.

Mungkinkah sebab aku manis? :D

Tuesday, June 14, 2011

Daging Istimewa




Dia ajak makan malam rumah dia.

Dia keluarkan daging.

Dia nak masak daging dengan sos lada hitam.


Dia suruh aku duduk2 saja.

Sambil masak dia cerita.

Daging ini dibeli dari seorang kawan yang jadi pengimport daging halal luar negara.

Daging ini digunakan dihotel2 terkemuka seluruh dunia.

Lembu yang diternak untuk dapatkan daging ini diberi penjagaan rapi.

Makanannya hanya rumput2 berkhasiat yang ditanam dengan teknologi terkini.

Pung Pang Pung Pang dia cerita dan aku angguk saja.

 (Kualiti gambar tak memuaskan, salahkan kamera :D)

Siap, daging bersos lada hitam.

Kami makan, tak payah nak panjang cerita.



Selesai makan baru aku nampak harganya, RM526.90.

Aku syak dalam 1-2kg saja.

Aku gigit jari, kalau tau mahal gitu gaya aku makan banyak sikit tadi.




Monday, June 13, 2011

Playboy



"Kenapa senyum?", tanya dia

"Selalu cap gajah duduk, kali ni cap gajah buaya, perkataan buaya itu macam sesuatu saja",kata aku.

Dia pun turut senyum.

Kenapa agaknya diberi nama dua ekor binatang?

Agaknya seorang suka gajah, seorang suka buaya :D.

Wednesday, June 8, 2011

Nama yang baik

Dia sedang sibuk membuat kerja.

Dan tiba2 henponnya yang terletak diatas meja berhampiran aku berbunyi.

"Tolong tengok sapa yang call".

"Cina", kata aku.

Dia geleng-geleng. Maknanya aku tak perlu jawab panggilan tu.

Henponnya berbunyi lagi.

Aku tengok skrin.

"Sapa?", tanya dia.

"Cina", kata aku.

Dia geleng-geleng. Maknanya aku tak perlu jawab panggilan itu.

Henponnya berbunyi lagi.

Dia pandang aku, dan aku tetap beri jawapan, "Cina".

Dia tak puas hati. Aku hulur henpon bagi dia.

Dia skroll tengok nama pemanggil.

"Laaaa, ni kawan aku Melayulah".

Bukan salah aku sebab dia letak nama pemanggil tu "ZA CHONG HWA".

Rupanya kawan dia bernama Za, dan mengajar di Sekolah Chong Hwa  :D

Tuesday, June 7, 2011

Tunggu Hujan Berhenti


Semalam kat rumah takde letrik. 

Rumah aku sebuah je, jiran lain ada.

Mak dah bising ingatkan ayah lambat bayar bil.

Repot kat TNB, dalam 15 minit pekerja TNB sampai.

Periksa suis utama, periksa meter, dan kata mereka ada gangguan di ibu sawat.

Tapi mereka tidak boleh baiki masa tu kerana hujan renyai-renyai.

Mereka suruh kami telefon balik bila hujan sudah berhenti.

Sampai pukul 10 malam, hujan masih tak berhenti.

Kata ayah esok sajalah telefon mereka, kesian malam-malam ni.

Mak suruh bentang toto kat ruang tamu sebab dalam bilik rasa panas.

Tengah guling-guling, tetiba bunyi orang beri salam di luar.

Pekerja TNB datang untuk baiki kerosakan walaupun dah pukul 10 malam.

Dan kami tak telefon pun suruh mereka datang.

Tak sampai 15 minit kerja selesai.

Terima kasih abang api.

Monday, June 6, 2011

Julai = Bulan Depan


Dia ajak makan malam dengan Daddy Mizz Nina

Tapi aku cakap tak nak.

Sebab aku nak tunggu bulan Julai ni, nak tepung tawar Mizz Nina sama Noh. :D

Jangan lupa satu kad untuk saya ye Tan Sri :D



Kurnia bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
Kurnia bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan

Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku

Thursday, June 2, 2011

Mengaum di bukit

Oleh kerana markah ujian dan peperiksaan abang yang lepas menggembirakan hati ibubapanya,maka permintaan abang untuk belajar menunggang ATV ini dipenuhi.

Abah dia beli yang terpakai saja.

Abang diajar cara mengendalikan ATV ini oleh seorang instruktor.

Aciknya pun tumpang dua kaki :P

Pada awalnya agak susah untuk menunggang ATV ni di litar bukit, tapi bila dah agak pandai rasa ok lah.

ATV ni takde roadtax, baru ku tau.



Semalam abang mengalami sedikit kemalangan.

Berair jugaklah mata dia tahan sakit masa di sapu ubat.



Tompok-tompok merah akibat kecederaan yang dialami. Dah bawak jumpa doktor.

Hanya kecederaan ringan saja.

Ingatkan hari ni dia boleh duduk diam, rupanya pagi2 dah tercongok atas benda ni, haih.

Wednesday, June 1, 2011

Bayi Meniarap Dapat Wang Sagu.




Pernah makan muruku ikan?

Sedap tapi agak keras.

Jika sesiapa melaporkan tentang keluaran palsu akan dapat wang sagu RM20,000.00.

Teringin nak tengok macam mana rupa wang sagu.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya :P

RM20,000.00 juga boleh buat hantaran :P

Thursday, May 26, 2011

Jangan tiru


Kreatif kan ayah.

Dekat tempat ibu jari tu di catnya dengan warna putih, sebab asyik tertukar dengan orang masa pegi surau.

Sepasang RM5, kalau 3 kali ghaib dah RM15. Kalau 10 kali ghaib sendiri kiralah kan.

Jangan pulak ada buat pesen sama, harus pening kepala dia. :P

Thursday, May 19, 2011

Binatang haram

Adik sedang belajar bahasa Arab dan Jawi dengan ustazah di ruang tamu.

Acik sedang baring-baring dalam bilik sambil berangan2 :P

Tiba-tiba dia cakap kat ustazah, " acik saya pandai cakap Arab".

Ustazah tanya, "Acik cakap Arab macam mana?".

"Acik selalu cakap, Ba alif Ba ya punya orang, Ba Alif Ba ya punya motor".

Acik dalam bilik dah tekup2 muka dengan bantal.

Acik dah nekad akan mengelak dari jumpa dengan ustazah.

Monday, May 16, 2011

Bila kuda mengangkat kaki


Dah lama dia bagi benda ni.

Puas pikir nak buat apa.

Dan semalam, tengah kemas bilik, idea mari.


Letak pencuci muka, yessss.

Nampak kemas dan cantik juga.


Bila pulak dia nak bagi yang ini.

Kita berpegang pada kata2, "heroin selalunya kalah dulu", :P

Jangan kalah terus sudah.