Monday, August 30, 2010

Bila Sabak Bernam dan Rawang bersatu...



Kakak pegi menziarah sahabatnya yang kemalangan di Sabak Bernam.
Dekat Tg.Karang dia singgah beli biskut raya, murah, sebekas RM10-13sahaja.
Cantik dan sedap, errr....aku tau sedap sebab aku dah curi2 makan :P

Ingatkan kerepek je yang murah. Mujur kakak tak bawak duit banyak,
kalau tidak mau borong satu kedai  sebab kakak sangat boros.
Kalau pegi pasar ramadhan pun dia selalu beli banyak makanan
lepas tu paksa kami makan.
Bila dah makan banyak, terpaksalah aku lupakan hasrat untuk berkebaya
pada hari raya yang mulia nanti :P



Oh! Ini pulak balang kuih pemberian Pn.Amarjit. Sangat cantik, rasanya tak sampai hati nak letak
biskut raya dalam balang tu.
Atas penutup ada rama-rama biru, kalau letak penyubiru pun ok juga,ehehehe.

Errr....bila tenung lama-lama balang kuih ni macam hantaran pulak, apakah
ada udang disebalik batu? Errr.......:P

Wednesday, August 25, 2010

Kad Pengganti Diri? Betullah tu.

Semalam dapat kad raya dari abang.
Atas kad tu tulis kad sebagai pengganti diri.
Untuk abang memang tepat sekali kata2 tu sebab
abang memang takkan balik pun masa raya.
Masa tak raya pun abang susah nak balik, sibuk katanya.
Haihhhhh, anak lelaki sorang ni.


"Ayahhhhhhh, kenapa tampal cd abang kat skuter Julietttttt?"
"Skuter kamu,beli guna duit ayahkan, suka hati ayahlah".

Cd tu ada dalam kad raya yang abang hantar, bolehlah pulak ayah pegi tampal kat skuter aku,tak cun lagilah.
Kasih sayang seorang ayah, begitulah.

Tiba2 rasa nak hantar lagu Dendang Perantau kat abang biar dia insaf sikit :P

Tuesday, August 24, 2010

Seumur hidup aku...

Korang tau gambar apa ni?
Tau? Hebatnya.

Aku taktau apa guna besen ni, lepas belek2 kat tag harga baru ku tau besen ini digunakan untuk basuh baju.
Aku tak pernah tengok lagi besen serupa ini.

Mak guna besen biasa je dulu2 sebelum ada mesin basuh.
Errr...ada lagi orang guna besen ni?

Kalau takde permintaan, takkan kedai tu nak pamer dan jual pulakkan.
Besen ni boleh guna untuk benda lain kot, contohnya gentel kuih siput ke, nak raya ni permintaan untuk kuih siput adalah sangat tinggi :P

Monday, August 23, 2010

Diam2 ubi....

Terpaksa berdiam diri sebab monitorku sakit.
Entah mana bos ambik monitor yang besar ni, tapi bagus juga,
takde rotan akar pun berguna.

Ada lagi ke yang guna monitor gini?
Kalau ada kasi sep sikit :P

Thursday, August 12, 2010

Kasi penuh

Ayah hulur duit RM30 suruh isi minyak kereta dia.
Tak berlengah aku pun capai kunci kereta dan terus jalan.

Semalam hari pertama puasa jalan sesak sebab dekat stesen minyak tu ada pasar ramadhan.
Nak isi minyak pun kena menunggu dalam 15minit, pukul 6 lebih orang balik keje maka kenderaan agak banyak.

Ok,dapat pam tepi sekali, masuk paking cantik2. Tetiba mata rasa nak pandang kat meter minyak, dan muka pun berubah serta merta bila tengok jarum meter berada dekat F.

Dan muka sekali lagi berubah jadi lain bila diri baru sedar yang aku bawak kereta sendiri tapi niat nak isi minyak kereta ayah. Dan selamba je lah aku keluar dari stesen minyak tu tanpa melakukan apa2 bisnes :P

Wednesday, August 11, 2010

Kosong tak boleh, baru ku tau


"Tak boleh, kamu cari yang tak kosong".
"Gi mana ni pak,bantu aku pak"

"Maaflah,saya tak bisa bantu. Kamu cari lah kawan-kawan".
"Aduh,ini buat belanja ramadan pak, kasihan sama anak isteriku pak".

"Saya bukan tak kasihan, tapi saya memang tak boleh bantu sebab kamu kosong".
"Tolonglah pak".

Dia tetap geleng kepala.
Dan dia yang seorang lagi berlalu dari situ dengan linangan airmata dan wajah kehampaan.

Ceritanya.

Semalam pergi ke bank untuk buat Western Union ke Indonesia. Seorang lelaki Indonesia tidak dapat mengirim wang kepada keluarganya di kampung kerana dia adalah PATI.

Baru aku tau PATI tidak boleh menggunakan perkhidmatan Western Union kerana pihak bank memerlukan satu salinan fotokopi permit kerja atau visa mereka sebagai simpanan.



Kalau ada kad ni keje sangat mudah, tunjukkan kad dan tak perlu isi borang, semua urusan hanya mengambil masa 2 minit. Aku bukan PATI ok :P

Tuesday, August 10, 2010

Dalam air nampak bayang

"Cikgu Seni suruh buat 2 minatang air".
"Keje senang".

"Dengan belon".
"Hah!!!!!"

Setelah puas memerah otak dan tenaga, acik berjaya mencipta 3 minatang ( binatang).


"Minatang apa ni?"
"Belangkas".
"Hah!"
"Jangan nak buat muka tekejut ok".


"Yang ni?"
"Ni namanya minatang ikan pari".
"Hah!!!!"
"Sila tutup mulut yang ternganga kekaguman tu ye"


"Ni?"
"Minatang anak udang".
"Hah!!!!
"Kagum la tuh".

Selalunya belon panjang ni orang buat pedang dan bunga, tapi di tangan acik segala minatang buleh jadi :P

Wednesday, August 4, 2010

Kamu senyum, orang kiri, orang kanan?

"Lama batuk?"

"Sebulan lebih dah".

"Musim demam agaknya tu yang lambat baik".

"Macam mana nak baik kalau tiap2 hari sedut asap, nak tido pun tak selesa bunyi bising".

2 orang sahabat sedang berbual. Pakcik A yang mengidap batuk mengadu kepada Pakcik B yang dia sekarang berasa tidak selesa duduk dirumah semenjak jiran disebelah rumahnya membuka gerai sate dan tomyam di depan rumah.

Jiran Pakcik A menggunakan rumah untuk dijadikan premis perniagaan tanpa memikirkan perasaan jiran-jiran lain. Perniagaan bermula pukul 7 malam sehingga ke pukul 1-2 pagi.

Pakcik A dan beberapa jiran rasa terganggu dengan asap sate dan juga bunyi bising pelanggan yang datang makan di situ.

Mereka telah berbincang dengan jiran yang menjalankan perniagaan di rumah itu namun sehingga kini masih belum nampak apa-apa perubahan dan perniagaan masih diteruskan seperti biasa.

Nak berniaga kenalah mengikut jalan yang betul. Apa guna kalau hari2 di maki di sumpah oleh jiran. Jangan sampai jadi kes serang menyerang pulak nanti. Err...tapi best juga boleh masuk suratkhabar :P

Tuesday, August 3, 2010

Hati Berdetik

Hari tu dia pegi out of service dan bila balik dia beli ini untuk aku
Sepasang kurung, novel terbaru Kang Abik dan sekeping kad ucapan harijadi yang dah berbulan tu :P

Dan dia pesan baju kurung tu hanya boleh di pakai pada hari raya nanti. "Argghhh!!!
Setiap kali bukak almari aku nampak baju ni seolah melambai-lambai. "Argghh!!!!!

Tak sabar nak tunggu ketibaan ramadhan :P

.Beribadat dengan hati ikhlas, barulah dapat ganjarankan :P