Monday, February 28, 2011

Keriuhan di atas Bukit


3hari 2malam berperang diatas bukit dengan kambing, lembu,ayam dan periuk belanga.
Bergotong royong membantu majlis yang sederhana saja.

Semuanya dilakukan sendiri, dari mengupas bawang sampailah ke acara menggulai kambing.

Mujur juga guna pinggan mangkuk pakai buang, kalau tidak harus kecut jari2ku menmbasuh.




Dan semalam terpaksa makan panadol extend, untuk menghilangkan sakit otot dan sengal2 sendi.

Baru sedar betapa susahnya memasak dalam kuantiti yang banyak.

Jadi, sekarang fahamlah kenapa katerer kenakan bayaran yang agak mahal, sebenarnya tak mahal sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kts, amacam semalam tidur, ada lenakah? :D

Friday, February 25, 2011

Izinkan ku pergi


Tak sampai hati dengar kambing tu mengembek masa nak kena sembelih maka terpaksalah aku melarikan diri agak jauh dari tempat pemyembilahan. Sibuk hari ini dan esok kerana membantu dia mengadakan kenduri kesyukuran dan doa tahlil.

Wednesday, February 23, 2011

Sukar di mengerti


Dia kata aku buta seni
 Memang aku buta seni

Dia kata aku tidak berjiwa halus.
Memang aku tidak berjiwa halus

Dia kata aku tidak pandai mentafsir apa yg tersirat
Memang aku tak pandai bab gitu.

Dia kata susah nak terangkan pada aku yang tak sehati sejiwa dengannya.
Aku diam saja.

Dan, tiba-tiba dia kata, cuba terangkan apa yang aku nampak pada hasil ukirannya.


"



"



"





Aku kata, aku nampak seekor siput babi dikelilingi bulan sabit PBSM.

Dan dengan muka yang merah menyala-nyala dia pergi meninggalkan aku.

Salahkah tafsiran aku? Aku memang buta seni,percayalah.

Tuesday, February 22, 2011

S....didepannya sama

Kacang Shanghai tapi dibeli di Surabaya, Indonesia.

Agaknya diberi nama begitu sebab kacang ni putih macam orang Shanghai kot.

Rasanya sama dengan kacang botak. Yang kaler putih itu tepung, dalamnya kacang tanah.

Untuk mengelakkan kacang Shanghai berasa tidak enak, letakkannya dalam "Lemari Es".

Puas memikirkan apa itu lemari es, rupanya peti sejuk.

Tapiiiiiii, sedap ke kacang kalau masuk dalam peti sejuk? 

Monday, February 21, 2011

Pohon bergerak2 di malam sunyi

Rumah dia di atas bukit.

Tapi aku bukan nak cerita pasal rumah dia yang terletak di atas bukit.

 Bukan nak cerita pasal bukit yang dah makin gondol itu.

Bukan nak cerita pasal pemandangan yang cantik pada waktu malam dari atas bukit.

Bukan juga nak cerita pasal rumah-rumah yang semakin banyak di bina atas bukit.

Yang sebenarnya nak cerita kalau nak ke rumah dia di atas bukit tu, aku terpaksa melalui sebatang jalan yang dikiri kanannya ada hutan agak tebal.

Aku syak kalau masuk dalam hutan ni boleh sesat, tapi tak taulah kalau boleh guna GPS Papago untuk cari jalan keluar.

Satu malam, bulan purnama. Dia suruh, bukan suruh tapi paksa aku pergi kerumahnya untuk mengambil sesuatu.

Sampai di simpang untuk masuk ke jalan rumah dia, hati rasa tak sedap. Aku terpaksa lalu kawasan perkuburan yang masih dalam proses pembinaan. Tiba-tiba, pohon-pohon di tepi hutan bergerak-gerak. Makin lama makin kuat gerakan yang berlaku.

Dan tak semena-mena muncul makhluk yang buat aku jerit, eeeeeeiiiiiiiiiiii, BABI! BABI! 

Ya, makhluk itu adalah seekor babi hutan. Dan babi hutan itu lintang pukang lari bila terkena suluhan lampu kereta aku.

Aku beritahu dia yang aku jumpa babi hutan, dan dengan selamba dia cakap dah biasa dengan pemandangan itu dan selama dia duduk di situ tak pernah dengar lagi ada kes orang langgar babi atau babi langgar orang.

Fuhhhh! Aku rasa taknak buat rumah diatas bukitlah, bahaya.

Friday, February 18, 2011

Patah


Tengok 999 semalam.
Polis buat serbuan di sebuah rumah urut.

Salah seorang lelaki yang datang ke rumah urut tu bertongkat kerana patah kaki.

Dalam patah kaki gitu pun boleh dia gigih panjat rumah urut yang terletak di tingkat 2, hebat.

Kaki saja patah, nafsu tak patah :D




Volcano Massage? Jom :D

Thursday, February 17, 2011

Tikar Mengkuang Ke Tikar Pandan?

"Abangggg!!", Acik jerit memecah keheningan pagi

"Jap!Jap! Ikat tali kasut", anak sedare menjawab.



5 minit kemudian.



"Abangggggg!!!! Apa lama benar tu?", Acik menjerit lagi.

"Jap!Jap! Ikat tali kasut", anak sedare menjawab.


"



"



"



"






Berpeluh acik kalau hari2 nak kena tunggu kamu ikat tali kasut gaya gini.

Wednesday, February 16, 2011

Kecewakah aku?


"Untuk awak", kata dia.

Gelang berliankah? 

Rantai emaskah?

Cincin tandakah? :P

Jam Rolex limited editionkah?

Hati sudah melompat bintang.

Tapi, rupanya.......



:C


:C


:C



:C











BB P1 Wimax saja. Apakah? Kak! Kah! Kah!

Menyindir akukah kerana lama tak hapdate? Oh! Ku pikir paling murah pun cincin belah rotan.Kecewa lagi.