Thursday, June 26, 2008

Meniti Perjalanan

Ahad,22 Jun,aku ke Pantai Bagan Lalang,Sepang,bersama adik & juga sepupu-sepupu aku.Kami kesana bertujuan untuk berjumpa dengan pengurus restoran terapung HM Bagan,Encik Hafizi untuk membuat tempahan majlis makan malam pada hari Sabtu 28Jun nanti.Sebenarnya sedara mara aku buat family day dan meraikan sedara mara yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Jun termasuklah aku sekali kat Bagan Lalang pada hari 28Jun nanti,kami semua seramai 30 orang telah menempah bilik di Hotel Seri Malaysia,satu - satunya hotel yang terdapat di sana.Chalet banyak jugak tapi semuanya dah full house.Kami dah banyak kali ke sana jadi tiada masalah ketika dalam perjalanan,tapi signboard tetap penting.





Kami terus berjumpa dengan En.Hafizi berbincang pasal menu yang hendak di tempah dan kami telah mencapai persetujuan dengan menu yang di tawarkan.Menu kami untuk majlis makan malam tu nanti ialah : nasi putih,ikan siakap sweetsour,ikan kerapu stim,ikan jenahak 3rasa,telur beafstik,telur bungkus,sup sayur,tomyam,sunkist & tembikai sebagai pencuci mulut & air sirap limau.Selesai perbincangan kami pun merayau sebentar di tepi pantai.Dah banyak perubahan di sini.Kedai jual pelampung pun dah banyak.Habis la kalau anak buah aku tengok layang2,bola yang bermacam warna & saiz,pelampung yang bermacam bentuk,mesti meraung mintak dibelikan lagi walau dia dah ada semua tu.


Puas merayau perut ni terasa lapar pulak.Kami singgah di gerai menjual goreng pisang.Wah! Goreng pisang tanduk.Kat Kl mana nak dapat pisang tanduk,yang ada pun pisang abu dan pisang nangka je.puas hati aku dapat makan goreng pisang tanduk,harganya murah pulak tu.Mungkin kawasan ni banyak orang tanam pisang agaknya.Tapi sepanjang perjalanan tadi kami hanya nampak kebun buah Dragon fruit (buah naga).

Tahap kebersihan di pantai ni masih kurang memuaskan & orang ramai yang datang berkelah ke sini tidak menjaga kebersihan dengan baik.Sampah boleh di jumpai di merata - rata tempat,mencacatkan sedikit pemandangan.




Ini resort yang sedang dalam pembinaan,terapung di atas air.Makin ramai lagi yang akan mengunjungi Pantai Bagan lalang selepas resort ni siap nanti.Bagan Lalang,tunggu kami hari Sabtu,28Jun nanti.






Wednesday, June 25, 2008

Dibalik awan yang merah

20Jun,petang,aku berangkat dari ofis menuju ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi seorang kawan yang baru selamat menjalani pembedahan.Aku ke sana bersama sepupu aku yang memang dah mahir dengan laluan untuk ke Putrajaya.Cuaca hari ini cerah & nasib kami baik kerana jalan raya masih belum sesak.Dipertengahan jalan kami terserempak dengan satu kemalangan,lori yang membawa aiskrim Wall's terbalik merentangi jalan,nasib baik tak mengganggu perjalanan kami.Aku takut tak sempat nak jumpa kawan aku je sebab waktu melawat bermula jam4pm-8pm.Ni lah gambar lori yang terbalik tu,kalau ada aiskrim yang jatuh sedap gak ye.






Kami tak sesat kali ni sebab sepupu aku dah tau jalan ke sana lagipun signboard banyak,tapi keliru gak tengok singboard tu tunjuk arah mana.

Kami selamat sampai ke Hospital Putrajaya pada pukul 7Pm.Ada masa sejam lagi.Aku beli buah sebagai buahtangan.Cantik betul Hospital Putrajaya ni,sunyi sepi,takde bunyi siren ambulan.Lagipun hospital ni baru,cat bangunan pun nampak masih terang.Aku mula rasa seram sejuk bila kaki memasuki kawasan hospital,darah gemuruh.Nasib baik berdua,kalau aku sorang maunya aku pusing balik.



Senang je nak cari wad tempat kawan aku ditempatkan.Orang pun masih belum ramai lagi.Dalam satu wad ditempatkan empat orang,itupun wad kelas tiga.Kawan aku sepatutnya dapat wad kelas kedua sebab dia ada kad pesara kerajaan tapi wad penuh.Walaupun wad kelas ketiga namun tempatnya cantik dan aku tak rasa macam berada dalam wad.Masa aku sampai hidangan makan malam sedang diedarkan.




Inilah makanannya.Cantik dan bersih.Kalau dulu mereka gunakan tray biasa tapi sekarang makanan yang dihidangkan ditutup kemas satu persatu.Menu hari tu ialah nasi putih,kacang panjang goreng,kubis goreng,ikan tenggiri lemak cili api.Pencuci mulutnya adalah agar2 yang di letakkan dalam bekas kecik tu.Kalau aku masuk wad mungkin aku tak lalu nak makan kerana tengokkan keadaan pesakit lain boleh buat selera aku tertutup.Kami bertolak balik tepat pukul 8pm.Aku doakan agar kawan aku cepat sembuh dan kalau boleh aku taknak jejakkan kaki ke hospital lagi,macam- macam yang aku rasa.

Friday, June 20, 2008

WAD

PANAS & HUJAN RIBUT & TAUFAN
TELAH MENGUJI KESETIAAN
BERSAMA KEYAKINAN
KITA CIPTAKAN
MIMPI JADI KENYATAAN

18hb,malam kawan telefon.

Kwn : Assmkm.
Aku : Wslm.
Kwn : Weeii,taknak jenguk aku ke?
Aku : Ko kat mana? Aku keje la weii,sampai kol 11 mlm ni.Ape hal nak jumpa ko.
Kwn: Mn la tau kot umur aku tak panjang ke,kang menyesak pulak kau tak sempat mtk maaf.
Aku : Nanti,nanti,apa yg ko melalut nih?
Kwn : Aku kan kat wad sekarang nih.Esok operation.Lupa lah tu.
Aku : Masyaallah.(aku memang lupa sebab banyak sangat benda nak di buat tapi aku tak
mengaku takut dia terasa).Aku ingatlah.Tapi nak call takut mengganggu pulak.
Kwn : Bosan kat sini.Aku baru habis buat check up.Tak lalu nak makan,baru nak suap patience
muntah,bau ubat takyah cakaplah,menusuk kalbu betul.
Aku : Kena makan walau sikit pun,nanti masuk angin lagi susah.
Kwn : Tak nak jenguk aku? Sunyilah.
Aku : Sori,aku betul - betul takde masa sekarang ni.Esok lusa aku pegi ya.
Kwn : Ya lah,aku paham.Saja aku nak sakat kau.Doakan aku wei.Aku dah seram sejuk ni.
Aku : Inshaallah,semuanya selamat.Aku doakan kau siang malam ni tau.
Kwn : Terima kasih.Sakit tak lepas operation?
Aku : Takdelah,cam kena gigit semut je.
Kwn : Setau aku kalau org ckp "cam kena gigit semut" tu sakit masa berkhatan je.
Aku : Ya ke? Ape - ape ajelah ko nih,dok diam2 kat wad tu,jgn lari pulak.
Kwn : Okey.Kalau ko datang bawak buah banyak - banyak ya.
Aku : Boleh,ko bayar la pastu yek.Jaga diri bebaik ya.

Aku memang lupa betul yang kawan aku nih akan masuk wad Hospital Putrajaya 18hb June dan esoknya akan menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian atas payudaranya.Kalau Putrajaya tu dekat aku akan pergi hari ni jugak untuk temankan dia.Aku memang tak sampai hati bila dengar kawan - kawan merayu mintak tolong.Aku akan pergi jenguk dia sebelum dia discharge,kalau tak mesti dia sedih walaupun berkali - kali dia cakap "tak payah datang,aku tak apa".Aku doakan semuanya akan berjalan lancar.

7 yg sensasi & kontroversi

Chinta,thanks.

7 tentang diriku

Peramah
Pendiam
Pemaaf
Pemalu
Peminat sukan tak kira ape pun
Pembuli
PEMALAS

7 yg menakutkan aku

Cerita Hantu/Misteri
Gelap
Katak
Anjing
Cicak
Mengantuk
Keje Overtime

7 lagu yg aku suka

Rozana - Search
Isabella - Search
Wind of Change - Scorpions
Keroncong untuk Ana - M.Nasir
Black Parade - My Chemical Romance
Bukan Cinta Biasa - Ct Nurhaliza
Kerana - Alleycats

7 perkara yg aku suka sebut

Weii
Aa'ah
Malas
Cuba try
Boring
Jangan
Jom

7 perkara yg amat bernilai

Diri sendiri
Makayah
Adik beradik
Sedara mara
Kawan-kawan
Hadiah2 besday
Album gambar

7 perkara pertama yg berlaku dlm hidup

Tertampar org :D
Jatuh cinta
Menangis
Dpt anak buah perempuan
Dpt anak buah lelaki
Belikan sesuatu utk mak ayah dgn gaji pertama
Belajar masak

Thursday, June 5, 2008

Petrol Naik Lagi!!!!!!!!

Terkejut sungguh bila Pak Lah buat pengumuman petrol naik.Lepas ni orang M'sia tak payah pegi keje naik kenderaan bermotor.Nak naik pengangkutan awam bukannya senang,kekadang bas tu tak lalu dekat tempat keje.Habis tu macam mana? Kalau naik LRT/Putra kena bayar parking sehari RM3.Pastu dari stesen LRT/Putra ni kena kejar bas pulak,kawan aku yang bekerja di KL terpaksa bangun pukul 5.30pagi setiap hari untuk keluar ketempat kerja yang hanya jaraknya 20km dari rumahnya.Kalau naik kereta aku rasa 1/2jam dah sampai,tapi dia tak larat nak bayar parking sebanyak RM5-7 sehari.Bila guna pengangkutan awam,terpaksalah bangun pagi.Pukul 9pm semalam aku keluar untuk pergi ke bank,ya Allah,kereta bersusun-susun kat stesen minyak.Semuanya berebut nak penuhkan tangki sebelum kenaikan harga baru esok.Itulah penangan pengumuman Pak Lah semalam.Lepas ni sama-samalah kita tunggu barang apa lagi yang akan naik dan yang pastinya GAJI memang susah nak naik.

Tuesday, June 3, 2008

TIADA LAGI DUKA


Aku baru baca novel ni,di tulis oleh Manera Muhammad,judulnya TIADA DUKA LAGI.Ceritanya mengisahkan seorang wanita yang bernama Hanom Suraya meminta perpisahan dari suaminya,Syahrom kerana suaminya yang sedang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi telah berlaku curang padanya.Hanom Suraya adalah seorang pendidik,dan disekolah dia digilai oleh 2 orang guru lelaki,Cikgu Malek yang sudah mempunyai 2 orang isteri dan juga Cikgu Zaki yang masih bujang.Hanom Suraya juga digilai oleh pelajarnya ( macam cerita hindustan,kalau dah cantik sampai satu kampung dok kejar dia seorang).Perkenalannya secara tak sengaja dengan Tengku Asmara telah membibitkan rasa cinta.Percintaan mereka dihalang kerana keluarga Tengku Asmara telah mempunyai pilihan sendiri dan mereka menganggap Hanom Suraya ingin merampas harta Tengku Asmara sahaja.Tengku Asmara tidak mampu menolak perkahwinan yang di rancang oleh bondanya Tengku Zawahir & Paklongnya Tengku Jaafar.Tengku Asmara mengahwini Tengku Dayana,anak tunggal paklongnya dengan hati yang rawan demi menjaga maruah keluarganya.Hanom Suraya berasa dipermainkan.Tengku Asmara menerangkan segala-galanya namun semua penjelasan itu tidak dapat diterima oleh Hanom Suraya sehinggalah Tengku Asmawi,adik kepada Tengku Asmara berjumpa dengan Hanom Suraya dan menceritakan semuanya adalah konspirasi bondanya & Tengku Dayana,dan Tengku Asmawi juga memohon belas kasihan Hanom Suraya agar menerima lamaran abangnya kerana abangnya telah disahkan menghidap kanser dan mungkin tidak dapat hidup lama.Kerana cintanya pada Tengku Asmara dan ingin membahagiakannya walau sekejap cuma,Hanom Suraya berkahwin dengan Tengku Asmara.Tengku Zawahir yang terkilan dengan perbuatan anaknya telah menghalau Tengku Asmara dari rumah.Dan disinilah bermula penderitaan Hanom Suraya apabila suaminya terlantar sakit kerana kanser dan dia pula sedang berbadan dua.Akhirnya Tengku Asmara pergi mengadap ilahi sebelum sempat melihat anaknya lahir ke dunia.Hanom Suraya melahirkan 2 orang anak kembar,seorang putera yang diberi nama Tengku Aidil Safuan dan seorang puteri yang diberi nama Tengku Aisya Syahira.Setelah anaknya berumur 5 tahun muncul bekas adik iparnya Tengku Asmawi yang baru menamatkan pengajian di London.Tengku Asmawi memberitahu bondanya telah berubah dan ingin berjumpa dengan Hanom Suraya sekeluarga.Dengan hati yang berat Hanom Suraya membawa anak-anaknya berjumpa dengan bekas mentuanya,dan dia berasa terharu apabila kedatangannya disambut dengan gembira oleh Tengku Zawahir.Pada aku cerita ni biasa je,dan aku cukup tak puas hati dengan ejaan yang banyak sangat salahnya.Kalau baca buku terbitan Creative Enterprise susah nak cari ejaan yang salah dan ceritanya juga bagus.Kalau nak tau best ke tak cerita ni bacalah sendiri,apa2 ajelah yer.

SUKMA KE 12

Kalu nok makang nasi dagang
Kite pakak gi Kg.Ladang
Maing dang due tige papang
Dok sedor hari dah malang
Na na na ganu kite

Sekarang ni tengah berlangsung SUKMA (Sukan Malaysia) ke 12 di Terengganu.Dan dari apa yang aku dengar semalam Pulau Pinang sedang mendahului negeri lain dengan 4emas.Kalau aku berada di Terengganu sekarang ni bestnya.Tempat yang aku akan pergi ialah kompleks renang sebab aku nak tengok & kalau boleh nak bergambar ngan Daniel Beego,perenang negara yang mewakili Sarawak untuk Sukma ni.Tak sangka Brunei pun ada hantar kontinjen untuk SUKMA.Mesti Terengganu di hias cantik sempena Sukma.Kali terakhir aku pergi ke Terengganu pada tahun 1999,itupun atas ajakan ayah yang suruh temankan dia pergi ambik barang - barang kakak yang telah menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Batu Rakit,Kuala Terengganu,dan aku juga mendapat pelawaan dari temanku,Wati,untuk menemaninya berkursus di Primula Hotel,Kuala Terengganu juga pada tahun yang sama.Pergi dengan ayah aku tak sempat nak rounding sebab ayah nak cepat balik.Bila pegi dengan Wati,habis semua bandar Kuala Terengganu kami pusing.Kami pergi ke Losong,makan keropok lekor,sedapnya.Kami pergi ke Muzium Terengganu,dan yang paling tak tahan masa pergi Kedai Payang.Terbuntang biji mata tengok sutera batik,kemeja batik,t-shirt yang tertulis ayat - ayat dalam bahasa Terengganu cthnya "Jumpe mung mule di ganu" & "senyum sokmo".Kat Terengganu masih banyak penarik beca,aku sedih gak bila tengok orang - orang tua yang aku rasa dah berumur linkungan 50-an berdiri tengah panas mencari pelanggan untuk menaiki beca mereka.Makanan di Terengganu tak sedap sangat,dah banyak negeri yang aku pergi,rasanya aku kurang sesuai dengan masakan Terengganu.Terlalu banyak kenangan yang aku simpan di sana,bila lagi agaknya aku akan ke Terengganu untuk menikmati keindahan pantainya.