"Kami nak buat u-turn je pakcik, bukan nak masuk mandi atau main air", kata aku.
Dia geleng-geleng kepala sambil hulur dua helai kupon.
"Kalau dah masuk lepas garisan ni, tak kira nak buat apa, berapa lama, harus bayar", kata pakcik itu.
Aku dan dia berpandangan bila tengok dua helai kupon yang dihulurkan.
Kupon pertama.
Bayaran RM1 seorang dikenakan. Kalau dalam kereta ada 10 orang maka sila bayar RM10 ye, tanpa was2
Kupon kedua
Sebiji kereta bayaran dikenakan RM2. Kalau datang dengan 3 biji kereta, sila bayar RM6, tanpa was2
"Tapi pakcik, kami bukan nak letak kereta, kami nak buat u-turn je. Takkan 2 kupon nak kena bayar?"
Pakcik bermuka garang bermisai lebat itu tetap hulur 2 kupon tanpa was-was.
Haihhhh.