Friday, July 30, 2010

Senget adalah Betul

"Kenapa tanam serai ni senget semacam? Nampak sangat pemalasnya, cabut balik, tanam baik2",kata aku.

"Untuk dapatkan hasil yang baik dan besar kena tanam senget, bukan tegak-tegak",kata dia.

"Tipulah tu, tak pernah dengar pun.Aku tengok semua orang tanam tegak lurus je",kata aku.

"Tanam sengetlah cara yang betul, kalau tak percaya tanya Pak Ngah",kata dia lagi.

Pak Ngah adalah seorang pengusaha tanaman serai paha ayam yang dijadikan bahan kosmetik dan juga ubat.

Kena tunggu Pak Ngah balik dari ladang getahnya yg di tepi hutan nun untuk dapatkan jawapan atau kamu tahu jawapannya, sila kongsi bersama. :P

Wednesday, July 28, 2010

1 jam

Masa keluar keje pagi tadi mak pesan suruh balik awal sikit waktu makan tengah hari. Aku tanya kenapa tapi mak diam saja. Untuk mak kenalah berkorban sikit, pandai-pandailah bodek bos :P

Rupanya ada tugas menanti. Mak buat pulut panggang dan akulah yang tukang bungkus dan bakar. Intinya mak bubuh serunding ikan yang kami buat semalam. Bukan senang ya nak buat serunding, rasa nak patah tangan masa dok mengacau tu, tak boleh tinggal sesuka hati takut berkerak dan hangus. Api yang digunakan adalah sangat kecik ok, untuk mak kenalah berkorban sikit :P

Aku nak guna stapler tapi mak tak bagi, tak cantik katanya, terpaksalah cucuk dengan lidi, dan akibatnya banyak pulut aku yang ternganga sebelum sempat di panggang. Tak pandai nak cucuk macam mak buat.

1jam waktu makan ku dah diambil oleh pulut panggang. Petang ni nak balik makan banyak-banyak biar puas hati sebab bukan senang mak nak buat kuih gini. Mak tak suka yang orang jual dikedai sebab intinya mak cakap rasa macam hampas kelapa yang digaul dengan kunyit saja.

Kts,aku dah pandai buat pulut panggang..oppssss silap...bungkus dan bakar pulut panggang, kira hebatlah tu :P Ingat senang ke nak bungkus pulut tu? Berpintal tangan beb.

Tuesday, July 27, 2010

Keras...Berat

"Sabut? Tak pernah dengar pulak",kata kami.

"Ada jual kat kedai perabot, carilah", kata dia.

Dan kami pun memulakan pencarian di kedai perabot berhampiran. Dan hasilnya memang ada. Sungguh tak sangka, terkejut betul.




Tilam yang dibuat daripada sabut kelapa. Kata pakar terapi tilam ni elok untuk ayah yang mengalami sakit tulang belakang. Beli yang queen size, takkan nak beli single pulakkan, abis tu mak nak campak mana :P

Tilam sabut ni keras dan berat, berbeza dengan tilam Vono aku. Kaum hawa tidak digalakkan untuk cuba mengangkatnya, takut patah pinggang. Serahkan tugas ini kepada kaum adam yang lebih gagah perkasa.

Harganya RM800-700, pandai-pandailah tawar menawar. Sabut pun mahal sekarang ni, mak kata kalau dulu2 sabut orang buat unggun api ataupun buang begitu je.

Agak2 sapa yang ada pokok kelapa boleh kumpul sabut masukkan dalam kain buat tilam,jimat tu :P

Monday, July 26, 2010

Umpan kena bagus

"Wah! Banyak besar",kataku.

"Wa punya angry sama itu minatang lagi besat",kata tokey itu dengan wajah tak puas hati.

Semalam, merayau-rayau di kedai perabot, terkejut tengok perangkap tikus ini, boleh memuatkan 2 ekor ibu kucing yang bunting 5 bulan kot :P

Besar sungguh, penyangkutnya pun dah sebesar jari kelingking. Ini kalau tikus tak masuk lagi taktau lah.

Friday, July 23, 2010

Tua atau Muda? Tepuk dada...

Kawan jual supplement dari sebuah syarikat terkenal, katanya sesuai untuk aku yang selalu duduk dalam aircond dan malas bersenam. Kawan punya pasal dan sebab nak jaga kesihatan aku pun beli sebotol cuba.

Belek2 kat botol tak nampak pulak cara makan supplement tu.

"Macamana nak makan benda ni?".

"Senang je nak makan tapi ada 2  pilihan. Ko boleh pilih nak makan cara orang tua atau orang muda.Kalau nak makan cara orang tua, pagi ambik 2tablet lepas sarapan, dan malam 2tablet sebelum tido.Kalau nak makan cara orang muda, 4tablet sekaligus sebelum tido. Pilihan ditangan anda ya".

Err...haruslah aku pilih cara orang mudakan walaupun rasa nak tercekik 4bijik sekaligus :P

Hidup mesti berani.

Thursday, July 22, 2010

Manual ada Auto ada

Balik keje semalam tengok anak buah ada dalam bilik aku, dok geledah laci ngan almari.
Aku risau takut dia jumpa benda2 yang tak berkenaan je, contohnya macam surat ke, atau gambar ke :P

"Abang cari apa dalam bilik Acik ni?".

"Cari FESBUK".

"Hah?"

"Aaaa,dah jumpa. Betullah abang letak dalam laci Acik". 

Fesbuk abang, sebuah diari lama.

"Yang ni fesbuk manual, yang kat komputer jenis auto", kata abang lagi.

"Hah?????

Tuesday, July 20, 2010

Pikir masak-masak...

Pasar pagi dekat rumah hanya ada pada hari Ahad. Ada satu gerai jual pelbagai jenis nasi dan lauk pauk. Untuk membeli di gerai ni kena ambik nombor giliran yang disediakan. Orang selalu ramai berkerumun disini padahal banyak lagi gerai lain yang jual menu sama, psttt..kuat sungguh pelaris dia :P

Pagi Ahad lepas aku pegi beli lauk yang ayah pesan. Dapat no.15,aku rasa aku dah keluar awal, rupanya ada yang lagi awal, aku syak lepas subuh dorang dah tunggu depan gerai ni untuk ambik nombor.

"Nombor 13",panggil penjual. "Saya". Sepasang suami isteri. "Nak apa",tanya penjual lagi.

Suami isteri itu memandang penjual, "bang,daging goreng ni letak kicap tak?"

"Tak",jawab penjual.

"Kari ayam ni guna rempah buatan sendiri ke? Wangi sangat".

"Tak,rempah biasa je",jawab penjual.

"Kalau kami nak bungkus lauk saja boleh ke?"

"Boleh",jawab penjual.

"Kalau beli nasi tapi bungkus lauk asing boleh ke?"

"Boleh",jawab penjual.

"Berapa orang tukang masak abang, banyak sungguh lauk ni".

"Ramai, err..sebenarnya cik nak apa? Ramai orang tunggu giliran ni", muka penjual dah jadi kaler biru campur merah hati.

"Soriii, bungkus mihun 2 ye, tak payah letak apa-apa, sambal lebih".

Kami semua pandang suami isteri ni, punyalah macam-macam tanya rupanya beli mihun je. Sorang makcik cuit aku, "patut dorang mintak resepi lauk2 ni sekali".Rasa nak tergelak pulak dengar cakap makcik tu.

Monday, July 19, 2010

Belum masa aku berkayuh

Aku,kalau kawan ajak keluar makan memang tak pernah tolak kecuali ada hal yang terlalu penting. Hari tu,kami pegi makan di tempat yang biasa kami lepak.

Aku pesan mee bandung dengan nescafe O. Aku sebenarnya rasa nak makan nasi goreng tapi bila terbayang sesuatu yang istimewa pada mee bandung maka aku lupakan niat untuk makan nasi. Tapi bila mee bandung sampai, aku jadi kecik hati.

Kawan aku pesan kuey teow hailam dorang letak dalam sampan, yang sorang tu pesan mee sup pun dorang letak dalam sampan. Kenapa dorang menganaktirikan mee bandung aku?

"Dik, apsal aku punya mee dalam mangkuk je?"

"Tu kena tanya tukang masak la kak".

Kecik hati sungguh.

Thursday, July 8, 2010

Lidah tak bertulang

Dia datang bawak pensil dengan sekeping kertas A4.

"Acik, lukis Mira". Mira kawan dia, duduk depan rumah je. Aku pun lukis lebih kurang gambar Mira pakai baju kurung dengan tocang dua. Dia tepuk tangan suka.

" Lukis Firdaus pulak". Firdaus kawan dia juga tapi lebih tua 3-4tahun Aku lukis Firdaus pakai jersi sebab memang budak ni suka pakai jersi. Dia tepuk tangan lagi, suka.

"Lukis Aripin".Sapa pulak Aripin ni, hati tertanya-tanya. Cikgu ke atau kawan baru dia. Takpelah, tak baik hampakan budak-budak. Aku pun lukis Aripin pakai seluar panjang, siap tali leher lagi sebab aku bayangkan Aripin ni mesti cikgu dia.

"Ni apa?",dia tanya. Dengan penuh keyakinan aku jawab, "Aripinlah". Dia geleng,marah-marah.
"Aripin ada 4kaki, telinga besar, hidung panjang, badan besar".

"Tuuuu elephanttttttttttt, bukan Aripinnnnnnnnnn",haih.

Wednesday, July 7, 2010

Kau gegar jiwaku, kau cuit hatiku, kenapa?

KECANTIKKAN LELAKI

Kecantikan lelaki
Bukan pada fizikal
Tetapi murni rohani

Ketegasan bersulam kelembutan
Ketabahan di ganding ketenangan
Adalah kecantikan seorang lelaki

Lelaki cantik
Adalah lelaki yang mampu
Mengalirkan air mata untuk ingatan

Tersenyum biarpun gundah
Tenang terima teguran
Adalah lelaki yang cantik

Seorang lelaki yang cantik
Berdiri atas kemuliaan hati
Seperti Muhammad yang ummi
Seperti Yusuf yang suci

Itu adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

Arsila
 01 Januari 2010







Roy, aku tau kamu lelaki yang baik, tapi masuk ofisku tak perlu buka kasut. Kamu buat aku tak tenang ketika kita sedang berdiskusi, sakit perut tahan gelak. Kalau sepatumu di curi orang bagaimana? Jangan salahkan aku ya. Tak perasan ke bunyi kasutku keletuk keletak ketika kita beriringan tadi? Haih, kacau sungguh :P

Tuesday, July 6, 2010

Adik Tersayang? Manisnya :P


Thanks
What you did makes me smile
And Thanks
For always going the extra mile

Thanks
Not just for what you do
But particularly for being you

Thanks
Not only for what you did
But for making me feel that I was worth it

Hadiah daripada Pn.Amarjit,isteri Dr.Bhagwan,doktor yang merawat ayah. Hadiah ini diberi kerana aku pergi melawat ibunya yang baru menjalani pembedahan tulang belakang. Sepatutnya aku yang bagi buah tangan, terbalik pulak.

Pn.Amarjit, terima kasih daun keladi. Semoga ibu Pn.Amarjit cepat sembuh boleh kita menari bhangra sama2 nanti. Kalau buat parti jangan lupa jemput ok :P

Thursday, July 1, 2010

Mambo..ramai2 kita menari








MAMBOooooo...ramai-ramai kita menari,yayaya
Jangan ingat susah dan sunyi,yayayaya

Ye, makanan diatas namanya Mambo, akan keluar di pasaran tak lama lagi.
Bukan! Bukan makanan ringan, tapi ianya adalah jejari roti yang disalut dengan pelbagai perisa.
Mambo ni sama kilang dengan roti High 5. Tapi aku rasa macam makanan ringan gaklah, cuba dulu baru tahu.

Jangan-jangan Mambo ni roti yang tak habis dijual, dorang proses buat makanan macam ni. Eh! Tak baik tabur fitnah,berdosa ok. 

Kalau dah ada kat pasaran nanti korang beli dan letaklah Mambo dalam kategori makanan apa ye, lain lidah lain rasanya. Yang pasti kanak2 pasti suka, mak dan ayah kanak2 pun aku agak suka jugak.

Selamat mencuba resepi akak hari ni, jejari mambo berperisa keju ataupun bbq :P