Thursday, December 23, 2010

Hati....

Saat mata mahu pejam
Saat telinga tidak ingin mendengar
Saat mulut tidak ingin bicara

Saat hati sedang luka
Saat jiwa sedang gelora
Saat badan rasa merana

Saat itulah dia berkata, " Awak ada urusan di bank petang nanti ye".

Sabarlah hati, jangan buat angkara. Dah selalu berurusan di bank itu, masa yang diambil sangat lama.
Ada 5 kaunter, tapi kaunter yang dibuka hanya 2. Taktaulah tak cukup staff ke apa.

Memandu dalam cuaca mendung sangat menguji mental dan fizikal :D

Paking kereta, berlari anak menuju ke bank sebab gerimis. Malas nak bukak payung.
Hati tak sedap je, bagaikan dah dapat mengagak sesuatu.

Masuk bank, tekan nombor. Tetiba berbunyi satu suara, 1114 kaunter 2. Tengok nombor lagi.
Eh! Macam tak percaya, tapi itulah realitinya. Suka!!!! Suka!!!!


Hati, jangan cuba menguji. :D

Tuesday, December 21, 2010

Hidup tak selalunya indah

Malam. Gelap. Pekat. Likat.
Diluar hujan lebat.

Aku resah gelisah.
Kalih kiri salah, kalih kanan salah.

Raba kiri salah, raba kanan salah.
Argghh!!! Aku takut, aku takut.

Aku pandang dia.
Cuba memohon simpatinya.
Tapi malam yang gelap, pekat, likat, jadi penghalangnya.

"Kenapa nampak gelisah je?", akhirnya dia bersuara.

"Kenapa saya rasa seat ni panas? Macam duduk atas tungku panas".

"Hahahahahahhaha", dia ketawa.

Aku pandang matanya.
Tapi malam yang gelap,pekat,likat masih jadi penghalangnya.

"Mesti U tertekan button temperature. Seat Bentley ni buleh adjust temperaturenya".

Lalu dia menekan satu butang saja dan aku boleh duduk dengan selesa.

MALU?  Itu belakang cerita.

Aku lupa nak tanya dia boleh tak letak button temperature kat seat skuter.

Monday, December 20, 2010

Beribu batu

Dia baru balik kampung di Kuala Terengganu.
Dia telefon suruh ambik buah tangan dengan segera.

Kamu kenal ini ubi apa? Manalah kamu kenal sebab kamu orang bandar kan.
Err....aku pun tak kenal juga :D

Menurut dia, ubi ni dipanggil ubi "Keling".
Kerana kulit ubi ni hitam.
Dan ubi ni banyak terdapat di sebelah Pantai timur.
Saiznya sebesar ibu jari tangan saja.
Cara masaknya macam ubi lain juga, basuh bersih, rebus, sedap.


Dan dia juga bagi ini.
Kamu kenalkan?
Dia beli sebungkus besar teh ini sebab katanya teh ini terkenal di Kuala Terengganu.



Aku belek2 baca label dibelakang, dan teh ini dibuat di Selayang saja.

Dia geleng2 kepala kerana dia sangka ini teh Terengganu dan bukan main susah payah dia angkut kotak besar tu.

Lain kali nak beli baca label dulukan.
Tapi aku sangat hargai pemberian dia walaupun ini hanya teh Selayang.

Thursday, December 16, 2010

Kerana Cinta Aku Kembara

Dia tanya sama ada aku dah habis baca novel yang aku beli hari tu atau belum.
Aku jawab sudah. Dia suruh aku cerita pasal novel tu. Aku pun mula bercerita.

"Ayah dia Cina masuk Islam, kaya. Dia ada 6 orang adik beradik, hidup gembira. Bla...bla....bla..".

Dia angguk-angguk saja.

" Lepas ayah dia meninggal, dorang hidup susah. Mak dia bagi dia kat keluarga angkat. Dia kena dera duduk ngan keluarga angkat. Bla..bla....bla".

"Cop! Cop!", dia jerit sambil angkat tangan. " Dia masuk MRSM, bla...bla.. masuk UKM, buat medic, bla...bla...mak dia kawin ngan orang Indonesia, bla..bla...mak dia jual rokok kat Chow Kit,bla..bla....".

"Eh! Ko dah baca ye?", aku tanya sambil bulat-bulat mata.

Dia senyum saja.

"Ko ingat tak dulu mak aku ada cerita pasal sorang kawan dia yang sekarang ni berniaga kat Chow Kit? Aku rasa penulis novel ni salah sorang anak makcik tu. Aku rasa novel ni memang kisah benar dia".

 Dan tanpa berlengah dia terus menelefon ibunya untuk dapatkan pengesahan.

Setelah meletakkan gagang telefon, dia pandang aku dan berkata, "YES". Cam iklan broadband baru tu :D

Oh! Rupanya aku sedang baca cerita kehidupan orang yang aku kenal. Dr.H, moga doktor akan tabah melalui segalanya dan moga doktor terus menghasilkan karya yang hebat.

Wednesday, December 15, 2010

Cair



Masak air kat opis.
Tetiba ada bau macam plastik terbakar.
Cuba juga intai2, tapi tak nampak asap atau apa2 yg mencurigakan.

Masa nak cabut plug air, tengok plug tu dah jadi gini.

Bukan salah aku, tapi salah bos sebab semalam dia tukar kepala plug ni dan dia ada buat pengubahsuaian sikit pada wayar kerana katanya wayar tak cukup panjang.

Mujur tak meletup satu opis.





Wednesday, December 8, 2010

Bijak dan Pelik

"Teh O Serai satu", kata dia.

Aku tercengang. Salah dengar ke?

Budak pelayan datang bawak segelas teh O dan didalamnya ada sebatang serai.

Dengan selamba dia kacau teh guna serai yang telah diketuk dibahagian bawahnya.

"Apa rasa?", aku tanya.

"Rasa pedas serai, tapi taklah pedas macam teh halia".

Bijak sungguh peniaga tu menarik pelanggan dengan minuman yang rasanya tak terdapat dikedai lain, ke korang pernah jumpa teh serai?

Tuesday, December 7, 2010

Gambar Kereta Cantik

"Acik, ni kalendar gambar kereta ke gambar pompuan?".

Acik pun terkesima tengok gambar-gambar kalendar tu.

Acik cakap jangan gantung kat dinding nanti mesti atuk marah.

Dia geleng kepala tak puas hati sebab katanya gambar kereta kecik saja.

Acik tunggu kalendar kuda.


Monday, December 6, 2010

2 jam lebih...

"Tunggu sekurang-kurangnya 2jam baru on kan dia.Kalau on esok lagi bagus. Dalam van tadi gas dia goyang, jadi bila kita letak baik2 ni kena biarkan 2jam baru gas dia stabil balik dan tak cepat rosak", bersungguh dia beri penerangan.

"Oooooooooooo",panjang O kami.

Baru aku tau rupanya jika peti sejuk baru diturunkan dari kenderaan, tak kira yang baru atau lama, kita kena tunggu sekurang-kurangnya 2jam untuk hidupkan dia semula sebab gas didalamya bergoyang ketika dalam kenderaan tadi.

Jika terus dihidupkan, peti ais tu cepat rosak, itu mengikut kata jurujual  ye.

"Mak, masa dulu mak beli peti ais mak terus on kan ke tak?".

"Manalah mak ingat, ko tanya hal 10 tahun dulu".

Peti ais rumah aku masih elok walaupun dah 10tahun lebih, mesti mak betul-betul ikut kata jurujual.

Friday, December 3, 2010

Pulangkan Cinta Hatiku

Serba salah sekarang mahu membeli barang runcit di kedai Kak Su.
Tak sampai hati nak tengok muka Kak Su yang pucat, cengkung, dan matanya yang bengkak.

Kalau ada baca Kosmo semalam, ada berita yang tertulis, "Ibu saudara ghaib bersama 2 orang kanak-kanak", itulah anak Kak Su yang telah dilarikan oleh sepupu Kak Su sendiri.

Kak Su suami isteri berasal dari Acheh, dan mereka telah menetap lama di sini. Mereka membuka kedai runcit dan mempunyai 2 orang anak. Selama mengenali Kak Su, kami sekeluarga rasa yang Kak Su ini seorang yang baik dan sangat mesra dengan pelanggan.

Kak Su mengupah sepupunya yang berasal dari Acheh untuk menjaga 2 orang anaknya yang masih kecil itu kerana tidak mahu anak-anaknya mengganggu Kak Su dikedai, dan pada hari Sabtu lepas ketika pulang ke rumah Kak Su dapati anak-anaknya dan juga sepupunya itu telah lesap.

Dan sehingga hari ini Kak Su masih belum menerima khabar berita mengenai anak-anaknya.

Petang semalam mak ke kedai Kak Su untuk membeli sayur dan ikan. Dan bila mak pulang ke rumah, mata mak merah dan berair.

"Mak tak sampai hati tengok Su dok menangis, tak makan tak minum", kata mak sambil kesat airmata yang mengalir turun.

Kalau ada yang terbaca suratkhabar semalam, dan mungkin anda ternampak seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan bersama dengan gadis muda berhampiran kawasan anda dalam keadaan mencurigakan, sila buat laporan kepada polis dengan segera.

Sama-sama kita bantu Kak Su sekeluarga.

Wednesday, December 1, 2010

berGUNA

Cuti sekolah kat rumah tu riuh rendah.
Kanak-kanak  bertiga sangat suka main air hujan.
Sehari sampai 4-5 pasang baju sorang tukar.

Musim hujan macam ni, mesin basuh pulak sakit.
Kenalah dibaiki cepat, kalau tidak 3-4 bakul menimbun.
Takkan nak sental guna tangan.

Beli baru? Yang ni boleh pakai lagi kata Mr.Guna, tukang baiki yang hebat itu.
Mr.Guna tukar barang sikit saja, RM50, selesai.
Ingat nak tukar sendiri, takut pulak mesin tu jadi tak berguna nanti :D

Monday, November 29, 2010

Dalam air nampak bayang

Hari tu, masa Sukan Asia Guangzhou, aku suka duduk depan tv.

Tengok hoki Malaysia vs Pakistan, hebat sungguh.

Tengok sepaktakraw, Malaysia vs Korea, hampir2 kita kalah.

Tengok badminton, Lin Dan memang kental.

Satu malam tu aku dan dia tengok acara terjun papan anjal, peserta negara Bryan dan Ken Nee.

Tetiba ayah datang bising suruh tukar channel. "Sukan yang macam ni buat apa tengok", kata ayah.

Aku dan dia senyum-senyum saja.

"Tak buleh ke pakai panjang sikit? Tercabut masa terjun baru tau", ayah membebel.

Kami mengekek ketawa. Sesekali cuci mata apa salahnya :D


Thursday, November 25, 2010

Pelaris

Semalam naik teksi ke pejabat.
Abang teksi kepala botak halus gantung puting budak.

Apa fungsi puting budak yang berkulat tu aku pun taktau.
Tapi aku syak tu pelaris untuk tarik orang naik teksi dia.



Monday, November 22, 2010

Campak dan campur

Hari ni dia masuk ofis sambil senyum-senyum.
Hari ni dia masuk ofis sambil pegang-pegang pipi.

"Apa cerita?", aku tanya.

"Semalam aku buat jus lobak. Minum, sedapppp",dia cerita.

"Jus lobak tu jus sawi ke?", aku tanya sambil kerut-kerut muka.

Dia ketawa sambil tutup mulut, sopan. " Jus karotlah",

Aku pun ketawa sambil tutup mulut juga, sopan :D

"Airnya aku minum. Hampasnya aku tepek kat muka", cerita dia.

Aku tekun mendengar. Maklumlah dia ni sangat banyak petua kecantikan.

"Hampas karot tu campur ngan tepung jagung. Letaklah air sikit dan gaul hingga sebati".
"Buat macam mask, pakai dekat muka", dia cerita sambil pegang-pegang pipi lagi.

"Oh! Hampas karot tu boleh haluskan kulit ke?", aku kerut-kerut muka.

"Aku taktau, aku pun cuba-cuba je semalam. Apa yang ada dalam peti ais rumah aku, tu je yang aku campurkan, hahahahhaha, dia gelak tak tutup mulut, tak sopan.

Aku ingat orang masak je main campak-campak, tapi rupanya bab kecantikan ni pun boleh ikut kreativiti sendiri. Anda berani cubalah.

Thursday, November 18, 2010

Harga bukan ukuran

Ramai kawan-kawan dok gebang tempat ni cantik dan romantik.
Darah muda kan, harus teruja nak mencuba.

Set masa dengan dia dan dia.

Malam yang terang dan bercahaya.




Naili's Sentul.
Restoran yang berkonsepkan alam semulajadi.

Betul kata mereka, cantik dan romantik
Gelap pulak tu.

Layanan bagus, sungguh mesra alam.



Aku oder air Rainbow Tree.
Strawberi + Mangga + Kiwi.

Makan pulak black peper chicken chop

Aku cakap makanan aku masin, dia cakap dia punya pun masin.
Dan dia lagi satu juga komplen masin.

Lagi sedap chicken chop kat gerai biasa.

Tak puas hati.

Taktaulah kalau malam tu garam tumpah.

Memang tak puas hati.

Bayar mahal tapi tak berbaloi.

Kalian nak cuba boleh je. Tekak tak sama kan.


Tuesday, November 16, 2010

Teruskan atau Berundur?

"Nama Pesakit?".
"Nafisah Binti Hamzah".

"Ada pesakit ni. Cik pegi ke Wad 9, Bilik No.9".
"Terima kasih".

"Cik! Cik!", tetiba dia jerit.
"Cik panggil saya ke?"

"Ya, saya nak tanya cik ada bawak mask tak?"
Kami geleng.

"Tolong beli mask kat kaunter bawah sebab pesakit tu disyakki menghidap TIBI".

Gulp.

Bila pergi ke kaunter, dorang cakap mask dah abis.
Kami tawakkal saja.




Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha.

Thursday, November 4, 2010

Macam2 boleh berlaku ditepi jalan

Dalam cuaca yang sekejap panas sekejap hujan
Berjaya juga kami panggang seekor kambing
Ditepi jalan pulak tu

Semuanya berlaku di Bandar Tasek Puteri
"Tak segan ke dok tepi jalan?".
Takde orang, rumah kiri kanan kosong
Rumah depan belakang juga kosong



Errr...lain macam pulak tengok kambing, ngeri weh.

Seekor kambing RM800.00.
Segalanya disediakan oleh seorang saudara yang mengusahakan katering.
3jam untuk bakar seekor kambing dara.
Kalau kambing janda atau duda, aku rasa lama sikit :D

Aku tak makan kambing :D

Tuesday, November 2, 2010

Cikgu Geografi muda lagi bergaya

Mulanya dia senyum saja.
Tak lama kemudian dia ketawa kecil.
Tak lama kemudian dia ketawa besar....besarrrrr punyaaaaaa.

Aku hairan. Aku tanya kenapa.
Dia tunjuk kearah seorang lelaki yang memakai jersi hijau.
Aku pandang lelaki tu.
Ok saja, apa yang tak kena.

Dia terus ketawa.
"Ko tengok dia pakai jersi apa?"
Aku pandang lagi lelaki tu.
"Dia pakai jersi LIBYA, no.9.

"Hahahaha," dia terus ketawa.

Salah ke pakai jersi LIBYA?

Nak cari jersi Kelantan lah :D

Friday, October 29, 2010

1, bukan 2 atau 3

Nak jumpa Pak Menteri
Nak hadiri majlis rasmi
Nak hadiri mensyuarat Kementerian
Nak hadiri majlis berprotokol
Nak pergi kursus

Semuanya kena pakai ini.




Kain yang diberi nama 1 Malaysia.
1 meter RM 22.00.

"Errr...Mahalnya. Ingatkan 4meter RM22.00".

"Mestilah mahal sebab ni dibuat khas. Lagipun kain ela sekarang mana ada murah".

"Ada, kat aked tu, RM50 dapat 3 pasang, lagi cantik-cantik".

Dan dia tarik muka masam.

Jangan tanya apa sumbangan negara pada anda
Tapi, tanya apa sumbangan anda pada negara :D

1 Malaysia! 1 Malaysia!
Sambil jerit dan angkat jari telunjuk ok, bukan jari lain :D

Thursday, October 28, 2010

Tewas dalam nikmat

Kononnya tak nak makan nasi malam-malam.
Kononya tak nak minum ais malam-malam
Tapiiiii, baru je dia ajak-ajak ayam aku dah angguk2.

Dan inilah makan malamku semalam. 

Nasi putih, telur bungkus,kailan ikan masin,tomyam.

Dia oder carrot O, sedap pulak. Kalau carrot susu aku takleh telan,bau macam tanah.



Pencuci mulut, kerabu buah yang slow2 pedas.
Sebab slow2 pedas maka aku asyik berulang ke tandas.
Kalau high2 pedas mau aku tido dalam tandas agaknya.


Wednesday, October 27, 2010

Lipat2 sakit tau...

Dia kata dia beli buku baru.
Aku saspek mesti buku kaler.
Rupanya buku ini.

"Kita buat sama-sama ye".
Lemah semangat.
Sapalah yang beli buku ni.
Aku sungguh tak pandai nak buat keje lipat melipat


Sebelum dia pegi sekolah tadi aku hulur buku tu.
" Bawak buku ni buat ngan kawan2 kat sekolah.Mesti kawan2 suka".

Dan dia sangat gembira
Aku pun lega, dan aku harap dia tertinggal buku tu di sekolah sebab dia ni jenis pelupa sikit :D

Tuesday, October 26, 2010

Jika dirimu tahu ku milikmu....

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya



Majlis Persandingan Linda Dan As
Taman Ibukota
23 Okt 2010

Aku suka majlis ni sebab :

1. Ada abang Rela yang carikan paking untuk aku ngan kts :D
5-6 kali dok pusing takde paking, harus melecet kaki kalau paking 10km dari dewan kan.

2. Makanan yang sedap dan dewan yang sejuk :D
Rasa taknak bangun lepas makan tapi bila tengok jemputan yang ramai berderet terpaksalah bangun juga.

3. Terpegun tengok pelamin merah putih yang sangat cantik :D
Errr..kts,aku dah cop kaler gold, ko pilih kaler lain ok.

4. Dapat cuit bahu pengantin tapi pengantin buat taktau :D
Pengantin perempuan gabra, aku dok depan dia pun dia dah tak nampak.
Abang As, amboi, senyum sokmo.

Gambar tu hasil seni kts ok, kalau ada kekurangan sila kutuk dia,hahahaha. 

Epal dari pengantin, harus dimakan untuk ambik berkat. :D

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat Linda dan As.
Dan terima kasih sudi jemput kami.


Monday, October 25, 2010

Jangan main gunting

Dia tanya kenapa aku simpan setem.
Aku cakap aku memang minat kumpul setem.
Aku cakap lagi aku ada 4 album setem, tempatan dan luar negara.



Dia tanya lagi takkanlah sebab minat je.
 Aku cakap sebab aku nak jadi kaya dengan kumpul setem.
Dia makin rapat, makin berminat.

Aku cakap mungkin 20tahun akan datang orang dah tak guna setem.
Masa tu pulak kerajaan cari orang yang ada simpan setem lama2.
Aku cakap lagi kalau kerajaan bayar aku sekeping setem RM1 pun dah berbaloi
sebab aku ada berpuluh ribu setem dalam simpanan.

Dia ternganga, terkesima.

Dan esoknya, bila posmen hantar surat, dia cepat2 pegi gunting setem.

Wah!!!. dah lawan tokey ni. 

Friday, October 22, 2010

Buah keranji dalam perahu

Hari tu tengok drama Melayu.
Cerita bagus,pengarah bagus, hero ngan heroin mantap.

Drama bersiri.

Satu episod tu, lepas solat hero mengaji.
Adoiiiii, sakit sungguh telinga bila dengar hero mengaji.
Baca bismillah pun tergagap-gagap.
Berterabur harakat, panjang pendek taktau kemana.

Banyak juga tengok drama melayu lain, bila bab mengaji semuanya tunggang langgang.

Pengarah patut pikir, sesuai ke tidak seseorang tu mengaji, dan kalau nak mengaji juga,
sila sebut dengan betul, jangan hentam keromo saja.

Kalau nak tunjuk hero tu alim tak semestinya kena paksa dia mengaji kan.

Ni yang kekadang malas nak tengok drama Melayu

Thursday, October 21, 2010

Roti bakar sapu jem

Dia hulur bungkusan plastik besar.
Aku sambut dengan jiwa kecik.

" Banyak khasiat. Buat jem ngan jus, nanti bagi saya sikit eh".




Ok, balik keje nanti nak pegi Giant, nak beli jem ngan jus roselle.

Jem kita korek bubuh dalam bekas.
Jus pulak kita kasik masuk dalam botol mineral water.

Esok bagi dia, mesti dia terima dengan jiwa yang lagi BESARRRRRR.


 

Wednesday, October 20, 2010

Bila LRT penuh sesak

Dia sungguh berani.
Pakai seluar kotak-kotak kecik.
Kaler hitam putih lagi.

Dia sungguh berani.
Pakai kasut keselamatan.
Sebelah tangan dok bersms.
Sebelah tangan lagi kepit beg.

Aku tak berapa berani.
Hanya jeling2 tengok seluar dia.
Aku tak sanggup pakai seluar kaler itu.
Rasa ago go je :D



Tuesday, October 19, 2010

Panas2 makan ais krim,memang kool.

Dia ajak main layang-layang.
Dah lama tak main layang-layang.
Acik bukannya pandai main layang-layang.

Bawak duit RM5 dapatlah beli layang-layang ikan.
Pegi padang jauh baru boleh naikkan layang-layang.
Kat padang dekat tak boleh main layang-layang sebab orang main bola.

"1,2,3", dia cakap "lari,lari,lari kuat-kuat acik".
Acik lari tak pandang kiri kanan, punyalah semangat nak main layang-layang.
Layang-layang ikan tak dengar kata, asyik nak turun ke bawah je.
Acik dah berpeluh-peluh.

" Bagilah adik pulak", dia dah bengang.
Acik dah syok main layang-layang lupa pulak pada anak sedara.
Bukan senang nak naikkan layang-layang.
Makan ais krim sambil jeling-jeling abang hensem jogging lagi syok :D

Monday, October 18, 2010

Kawan atau lawan

" Kenal Dayang Norfaizah?"

" Penyanyi tu ke? "

" Yup, penyanyi tu lah "

" Kenapa ngan Dayang Nurfaizah?"

" Dia ada lesen bawak kapal terbang "

" Hah! Wah! Tak sangka. Hebatnya dia".

" Aku naik kapal terbang yang dia bawak semalam. Pusing2 KL"

" Hah! Ye ke?"

" Ye lah, dalam mimpi ".

Makan dalam sungguh.

Friday, October 8, 2010

Lain Kali Saja

" Saya pelajar sebuah kolej, saya jual berus gigi dan alas meja untuk tambah duit poket,
tolonglah beli kak, saya orang susah, tolonglah kak", rayu dia.

Aku dan mak berpandangan. Di surau azan maghrib sedang berkumandang dan mak kelam kabut nak ke surau sebab malam Jumaat selalunya diadakan bacaan Yassin secara berjemaah.

" Takpelah dik, lain kali saja. Makcik baru je beli berus gigi kat Giant, beli 3 percuma 1. Alas meja makcik pun dah banyak, lain kali saja ya", mak senyum pada dia.

" Lain kali, lain kali. Ingat ada banyak lain kali ke? Kalau tetibe mati macam mana?", dia marah2 sambil berlalu pergi.

Aku dan mak geleng kepala. Kat kawasan rumah aku ni ramai sungguh yang mengaku pelajar kolej jual macam-macam dari rumah ke rumah. Betul ke mereka ni pelajar kolej atau penjual biasa yang saja nak tarik simpati? Hari tu ayah ada beli fridge magnet, dia kata pelajar kolej juga yang jual, pelik.

Thursday, October 7, 2010

Bulan Sabit...Merahnya tiada

Pukul 2 dia telefon di pejabat.

" Acik, abang ada koko hari ni".

" Aikkk, dah lama tak pegi koko tetibe je pulak"

" Acik boleh tak hantar abang kat sekolah pukul 3 nanti?"

" Ye lah, ye lah", jawab acik yang baik itu.


Dalam perjalanan ke sekolah dia.

" Selalu abang tak pegi pun kalau ada PBSM kat sekolah".

" Selalu tu malas, tapi hari ni sebab ada jamuan raya ngan karaoke".

Gulp!

Wednesday, October 6, 2010

Kamu nampak BIRU


 Kata Orang 1

"Makkkk!!!!! Ingatnya apa.


Kata Orang 2

"Pelik, memang pelik.


Kata Orang 3

"Opocot! Betul punya ke?








Tak bolehkah sesekali dia bertukar kaler? :D

Tuesday, October 5, 2010

Disebelahnya yang kontroversi

Rumah terbuka di sana sini
Orang jemput tak elok uzurkan diri
Sayang makanan terbazir nanti :D


Rumah terbuka Puan Sri
Pstttt..meh dekat2 mari
Jiran sebelah pernah kontroversi
Tempat pernikahan Bung dan Zizie

Juliet dan Puan Sri
Err...mana Tan Sri?
Tan Sri tak boleh tunjuk diri
Takut ada yang kejar nanti :D


Ni salah satu kereta Puan Sri
Nissan Fair Lady
Juliet hanya mampu pandang dari sisi  :C

Monday, October 4, 2010

Andai kamu Fahri, adakah aku Aishanya?


Dia ajak aku hadiri majlisnya
Dia kata aku pasti suka
Dia kata aku pasti teruja
Dia kata aku pasti masuk blog punya :P



Oh! Majlis ini dihadiri oleh salah seorang peserta imam muda
Khairul Azhar Ghazali lemah lembut dan sopan santun orangya
Bila bertentang mata
Dia tunduk senyum dan malu2 pula




Imam muda sedang memberi tips dan doa
Untuk adik2 yang bakal periksa
PMR akan bermula hari Selasa
Moga dipermudahkan Allah dalam segalanya

Terima kasih buat imam muda
Yang sudi datang ke majlis yang tidak sepertinya
Entah kenapa semalam Juliet tak boleh tutup mata
Mungkin kerana Juliet dah ada nombor henpon dia, yahooooooooo.

Thursday, September 30, 2010

Baru jumpa, rasa bahagia

Hari tuuuu, pegi Seremban.
Dekat Pasar Besar Seremban.
Jangan tanya apa nama jalan atau tempatnya,
yang pasti memang Seremban :D

Singgah makan tengah hari kat restoran mamak.
Eh! ada banyak rak buku dan majalah.
Bagusnya, tak pernah jumpa lagi
restoran mamak yg macam ni.

Jadi, sambil tunggu dia makan kita pun baca-baca lah.
Seronoknya.
  

Ni lah restorannya.
Eh! Yg bertiga tu bukan geng kita :D


Ni bukan restoran mamak punya papan tanda ye, jangan terpedaya :D