Wednesday, April 28, 2010

Trett,trett...sms masuk..ARGHHHHHH!!!!

Trettt,trettt, bunyi sms masuk, jam dah pukul 10 malam.

Sms daripada seorang sahabat yang nak pinjam novel Kanda Faisal Tehrani.
Berbalas sms dengan sahabat ini lebih kurang 15minit.

Teringat pulak nak tanya khabar berita sahabat itu. Sms dia.
Sahabat yang ini sedang rilek2 sebab penat ganti puasa siang tadi.
Berbalas sms dengan dia lebih kurang 15minit juga.

Pukul 11 malam, bunyi sms masuk.

Hati berbunga-bunga baca mesej dari dia. Dah sebulan dia tak sms, mungkin sibuk atau mungkin
merajuk, entahlah, aku taktau.

Dah pasang niat nak memujuk dia malam ni, beralah untuk kebaikan bersama. Karang ayat baik-baik, ada pantun seloka supaya dia tak lari lagi. Tekan butang SEND, tapi tak jalan. Tekan lagi, tekan lagi, tekan lagi sampai rasa macam nak campak henpon tu.

Darah muda dah mendidih, henpon ni memang nak kena baling ke dinding, masa kecemasan dia nak buat hal pulak. Otak ligat berputar mencari penyelesaian, tiba-tiba tangan tergerak nak tengok nilai kredit henpon.

"Baki anda RM0.02, sila tambah jumlah.......".

"TIDAKKKKKK !!!!!!!     TIDAKKKKKKK !!!!!!!   TIDAKKKKKKK !!!!!

Kekanda dimedan perang
Adinda dimedan seni
Sama-sama berjuang
Demi untuk pertiwi

Lagu ni takde kena mengena, saja nak menghiburkan hati.

Thursday, April 22, 2010

Usia bukan ukuran



" Su! Su!...Dari tadi makcik panggil ko buat taktau ye.
Aku bukan SU, aku ACIK.

"Su! Mak sihat? Lama Pak Tam tak nampak.
Aku bukan SU, aku ACIK.

"Anak bongsu akak ni lain sikit ye".
Aku bukan SU, aku ACIK.

Haih, susah sungguh bila mereka tak percaya yang aku ni bukan anak bongsu.
Haih, susah sungguh bila mereka kata aku memang layak jadi anak bongsu.
Haih,susah sungguh bila mereka kata aku memang nampak muda dari adikku sendiri.

Janganlah buat aku jadi riak sebab aku ni memang jenis yang cepat riak :P

Wednesday, April 21, 2010

Perenheg

Panas siang panas malam
Datang ha elei ni nen
Jar abek jar bilang

Hari Isnin
Hari Selasa
Hari Rabu
Hari Khamis

Panas,panas,panas

Hati jar abek

Hari Jumaat
Hari Sabtu
Hari Ahad

Berehat didalam rumah
Sudah dapat dibeli barang

Hisemanjloh nu Tuhan dehi aselamat

Biar nej renes asa boor kelaku

Ago fikir ya nasib hi, hek hijadi miskin
Tapi cubolah hibeusaha



Terima Kasih Kanda Faisal Tehrani, Kelem ne eng rakpok bah.

Friday, April 16, 2010

Berpeluh-peluh

Dia pegi mengaji jalan kaki.
Balik rumah berpeluh-peluh.

Dia pegi kedai jalan kaki.
Balik rumah berpeluh-peluh.

Dia pegi surau jalan kaki.
Balik rumah berpeluh-peluh.

Dia pegi beli nasi lemak jalan kaki.
Balik rumah berpeluh-peluh.

"Kenapa abang jalan kaki?"
"Basikal bocor".





Baru bulan lepas abahnya tukar tiub dan tayar.
Aku syak ada orang sabotaj tabur paku kat jalan2 dikawasan rumah aku ni :P

Thursday, April 15, 2010

Bubur semangkuk macam sekawah

Mak suruh aku buat bubur gandum untuk ayah.
Setakat bubur gandum sambil pejam mata pun aku buleh buat.

"Makkkk! Nak basuh berapa kali biji gandum ni?"
"Basuh sampai bersih la".

"Makk! Bersih tu berapa kali?"
"3-4 kali cukup"

"Makkkk! Nak guna periuk besar mana?"
"Yang ngam2 sudahla".

"Makkk! Periuk kat mana?"
"Dalam kabinet tu laaaa".

"Makkkk! Air banyak mana ni?"
"Agak2 la, sampai biji gandum tu kembang".

"Makkkk! Nak masuk santan banyak mana?"
"Agak2 la,jangan banyak sangat.

"Makkkk! Gula berapa sudu?"
"Agak2 la,jangan manis sangat"

"Makkk! Daun pandan ni nak bubuh bila?"
"Bubuh terus".

"Makkkk! Dah menggelegak ni, nak buat macam mana?"
"Kacau jangan berenti".

"Makkkk! Nak rasa dulu tak?"
"Sukahati la".

Tengok, kan dah jadi. Bukan susah pun nak masak, jerit-jerit sikit kat mak, maka jadilah bubur gandum semangkuk kecik.

Jemput ye.



p/s : Kts, aku tunggu spageti ko, entah bila agaknya ye,ehehehehe.


Tuesday, April 13, 2010

Mentor


Siang malam dia usung gitar kapok ni.
Hari Jumaat nanti dia kena buat persembahan depan kelas.
Hari-hari dia gigih berlatih menyanyi sambil memetik gitar.

Row row your boat thumbelina thumbelina aspalela lela lela
Bapakku pulang dari kota kereta kaler merah
Pak Mamat ada kebun abcde

Itu saja lirik yang di ulang-ulang

"Adik nyanyi lagu apa tu?"

"Aku bukan Superman"

Gulp!



Monday, April 12, 2010

Cepat Siap

"Jahitlah beg tu Juliet".
"Esoklah mak".

"Tak jahit lagi ke?"
"Esoklah".

"Dah jahit belum?"
"Esok,esok".

Ok,siap. Mak tak perlu bising-bising lagi hari ni :P






Pin pun macam jahit juga kan, yang penting barang tak jatuh keluar :P




Wednesday, April 7, 2010

Lepak di rumah


Maaf kerana gambar kurang jelas, aku malas nak scan :P

Itu adalah kad nama doktor yang buat fisioterapi untuk ayah sekarang. Kami tak perlu bawa ayah ke hospital lagi kerana doktor datang ke rumah kami 2 kali seminggu untuk buat rawatan. Ayah boleh lepak di rumah sambil menonton tv, makan2,baring2 dan dalam waktu yang sama doktor ni akan buat fisioterapi, baguskan, jimat masa dan wang.

Nama syarikat yang menjalankan perkhidmatan ini ialah HOME INTENSIVE CARE NURSING, yang beralamat di A-2-04, Sri Baiduri, Jalan Ukay Perdana 4, Taman Ukay Perdana,Ampang.

Laman Webnya : http://www.hicnursing-mobile.com/
Email : HICNursing@yahoo.com


Ataupun boleh telefon bercakap dengan Encik Firdous, Senior Nursing Consultant di talian 019-3542429/019-3100221.

Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk fisioterapi dan pesakit strok, nak jururawat 24 jam dirumah pun boleh, senang cerita layari saja website tu. Bayaran yang dikenakan tak mahal. Aku tak dapat komisen ok :P, sekadar berkongsi pengalaman dengan kawan2.

Err...Encik Firdous tu tampan dan lemah lembut, rasanya hari Jumaat ni nak ambik cutilah teman ayah kat rumah buat fisioterapi :P

Tuesday, April 6, 2010

Merah

Kalau nak rasa sirih Myanmar pergilah ke Pasar Borong Selayang yang baru. Ramai peniaga wanita dari Myanmar yang menjual sirih dan juga rokok yang dibawa dari Myanmar.

Cara penyediaan sirih mereka agak pelik, aku tengok kapur yang mereka gunakan pun cair sahaja. Orang Myanmar suka makan sirih, tak kira tua ataupun muda. Tapi yang tak sedapnya mereka meludah dimerata2, di kaki lima kedai penuh dengan kesan merah air sirih, sangat menjijikkan.


Berhati2 kalau datang ke sini kerana orang Myanmar lebih ramai dari orang Malaysia, rasa macam kita pelancong asing pulak :P

Friday, April 2, 2010

Sorong papan...


Sorong papan tarik papan
BUAH KERANJI dalam perahu
Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya pun tahu :P

Pernah makan BUAH KERANJI? Kamu orang bandar, mana tau pasal buah ni.
Seorang kawan dari Pahang bagi, sedap, rasanya macam asam boi.
Kulitnya berwarna hitam, seperti kulit kacang, mudah untuk dibuka.

Aku makan dulu ye, lepas ni nak mengaji pulak :P