Wednesday, September 30, 2009

Rakyat di dahulukan

Semalam baru dapat kuih raya dari istana, kuih lepas raya namanya tu. Selalunya kuih raya istana diisi dalam bekas plastik berwarna kuning yang dicetak gambar Kanda Mizan suami isteri diatas penutupnya tapi tahun ni diisi dalam kotak berikat reben, cantik juga.




Ada 4 jenis kuih raya didalamnya, kiri sekali ialah biskut makmur yang tak berapa nak makmur, yg kedua tu agar2 kering, yang ketiga biskut mazola yang tak berapa nak rasa mazolanya, dan yang terakhir tu biskut dahlia yang sangat perit untuk ditelan oleh anak tekak kerana aku syak dorang guna tepung gandum cap Giant. :D Orang bagi patut bersyukurkan, ini mengata2 pulak :D



Lagi sedap tombong kelapa yang mak bagi semalam. Kalo yang kecik lagi manis. Lama tak makan tombong kelapa ni, masa kecik2 dulu selalu berebut.




Monday, September 28, 2009

Ziarah raya

Raya di KL biasa saja, tetamu yang datang berkunjung pun hanya beberapa orang. KL agak sunyi tapi raya kedua dan ketiga jalan raya sesak juga.

Raya 1 - kena duduk rumah, tolong mak layan tetamunya, tetamu aku, yilekkkkk, tarak.

Raya 2 - masih di rumah, tapi dah plan macam2 ngan kengkawan.

Raya 3 - mulakan langkah ke Wangsa Walk, orang Wangsa Maju beruntung sebab banyak tempat shopping, aku tumpang tuah mereka saja :D Banyak kedai yang belum bukak lagi, saja cuci mata dan cuci poket. Singgah pulak ke Jusco AU, lepak2 kat Laksa Shack. Kts makan laksa Sarawak dengan rakus sekali, macam orang tak makan sebulan, ngeri aku tengok.

Raya 4 - merayau-rayau pulak ke Bandar Utama, singgah ke OU, makan burger king, besar gila burger dia, sendat perut. Member ajak nonton Jin Notti, layan je. Pusing sana sini rembat satu henbeg murah,shopping raya gak namanya tu.:D Singgah Big Apple pekena donut kegemaran Kts. Harus naik kilo nih.

Raya 5 - ke Jusco Au lagi, pegi GNC beli makanan kesihatan, pusing-pusing. Pegi makan Croissant Tuna kat Dunkin Donut Carrefour Wangsa Maju, huh, jauh sungguh perjalanan.

Nak berziarah ke rumah kawan2 dorang semua baru balik dari kampung semalam, jadi berziarahlah ke shopping kompleks dulu.

Friday, September 18, 2009

Maafkan daku..kesalahan diriku

Hamba, Datuk Juliet (berangan tak salahkan) ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua kawan2 semoga selamat pulang ke kampung dan selamat kembali semula. Bulehlah hamba bermaharajalela buat sementara waktu di kota, nak main teng-teng atas jalan pun buleh ni.




Dan hamba pun rasa nak pegi bercuti tapi tak tau kemana lagi. Yang nak pulang ke kampung tu pastikan kenderaan anda di servis dengan baik ya.

Hamba dapat duit raya daripada Kanda Mizan, hamba rasa sangat gembira. I Lap U Kanda.:D
Sesapa yang buat open house janganlah malu-malu nak jemput hamba :D
Salam aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua.



Tuesday, September 15, 2009

Sampel



"Ikan selar ngan kembong tu mak dah siang, cencaru belum lagi. Mak nak solat dulu, tolong siang cencaru tu belah belakang ye".

"Ok".

20 minit kemudian.

"Apa yang ko buat kat peti ais tu? Mak kan suruh siang ikan.

"Nak siang ikan la ni".

"Ikan dalam sinki tu".

"Cari sampel yg belah belakang nak tiru".

"Errr.....errrr..."

Monday, September 14, 2009

Rindu-rinduan

Ini kad raya daripada abang saya yang berada di negeri XX. Tiap-tiap tahun abang akan menghantar kad raya kepada ayahbonda kerana dia tidak dapat pulang beraya. Abang saya memang jarang pulang menjenguk kami di sini kerana kesibukan dengan kerjanya. Nasib baik saya masih ingat wajah abang saya,kakak ipar saya dan 4 orang anak mereka walaupun kami jarang bersua. :D

Saya tertarik dengan kata-kata di dalam kad ini.

Ayahbonda
Mungkin anakanda kurang
Berkunjung ke kampung halaman
Namun ini tidak bermakna anakanda
Tidak mengenang jasa ayahbonda
Sebenarnya ingatan anakanda terhadap ayahbonda
Sentiasa bermain dihujung mata

Sungguh pandai abang saya bermain kata-kata. Abanganda, ini pesanan daripada dinda, kalau tidak dapat pulang tidak mengapa, cash depositlah ke dalam akaun dinda barang seribu dua untuk membeli baju raya sahaja. :D


Saudara semua sudah bayar fitrah? Saya sudah. Jangan lupa tunaikan tanggungjawab ya, hanya RM7 satu kepala bagi yang tinggal di WP.

Friday, September 11, 2009

Azab Sengsara

Semalam aku ingat adik yang beli kuih untuk berbuka, jadi aku relax2 saja dirumah. Rupanya adik ingat aku yang beli, jadi dia pun tak singgah ke param. Jadi kami berbuka puasa dengan kurma dan ini saja :

Kacang rebus pemberian jiran


Dan minum air teh halia yang ayah beli di kedai mamak

Lepas tu makan nasi dengan sambal telur. Masa nak solat maghrib perut asyik memulas dan asyik nak terkeluar angin saja. Mungkin akibat penangan kacang rebus dan teh halia yang dah sebati dalam perut. Nak solat pun payah, rasa macam tak khusyuk.

Masa sahur pagi tadi pun perut masih buat hal,nak makan pun tak lalu. Mak kesian tengok aku, pagi tadi dia cakap hari ni nak masak daging goreng ngan kacang panjang,yuhuuu,sedap.







Thursday, September 10, 2009

Sapa tak sayang anak







Balik keje semalam mak suruh pegi beli kuih untuk berbuka. Sampai disatu simpang yg sibuk, ada satu kereta dihadapan aku. Jalan memang sesak, maklumlah waktu orang balik keje. Aku sabar tunggu kereta di depan bergerak. 5minit,kereta depan masih tak jalan, 10minit,kereta depan masih tak jalan,15minit tunggu tapi kereta depan masih tetap tak berjalan.



2-3 kereta dibelakang aku dah memotong kereta didepan sekali itu dan siap hon kuat2 lagi. Takkan aku pun bodoh nak tunggu kereta yang tak begerak,nak kata rosak takde pulak nampak pemandunya keluar dari kereta. Aku pun bagi signal dan potong kereta tu,sempat jeling ke arah pemandunya. Adehhhh, rupanya dia letak anak kecik depan stereng, mana ler buleh nak melintas simpang yang sibuk tu.



Inilah salah satu sikap orang kita yang tak patut dibuat, nak memandu dengan anak kecik menghalang pemandangan didepan tu buleh ke? Saja cari nahas.








Wednesday, September 9, 2009

Suaramu.....

Terkejut masa bukak hotfm pagi tadi dengar suara Hajjah Wan Chik Daud dok berceloteh. Ingatkan salah stesen, rupanya dia dijemput ke konti hotfm sempena Hari Radio yang telah dipilih pada hari ini. Siap menyanyi lagi Kak Hajjah ni, sedap jugak suara dia. Bila dengar suara dia teringat pulak kat suaminya M.Rajoli, apa khabar agaknya dia sekarang.



Teringat 3-4 tahun lepas masa radio era tengah top, mana saja penyampai radio mereka pergi kena serbu dengan peminat. Ada satu hari tu, aku dan Kts tengah jalan-jalan kat KL, tetibe dengar orang dok jerit,"Halim,Halim". Masa tu Halim Osman tengah popular.



Aku ngan Kts buat taktau je, malas nak berhimpit dengan orangramai. Sesiap beli barang kami pun pegi ke kereta, dan tak sangka pulak yang Halim Osman berada di kereta sebelah sambil senyum dan mengenyit mata pada kami. Kts dah malu-malu kucing, sampai lupa nak mintak bergambar sama. Mana peginya Halim Osman sekarang ye? Dia ada jadi DJ kat stesen lain ke? Tak dengar langsung cerita dia.




Hanya diradio

Kurasa perhubungan cinta

Beginilah rasa mesranya

Walau tiada paras & rupa



Sesekali layan Asyikfm sedap juga.

Monday, September 7, 2009

Golllllllll......erkkkk..

Pelbagai alasan aku bagi tapi dia tetap memujuk dan akhirnya aku kalah dengan pujukan dia bila dia cakap sebiji yang masuk aku akan dibayar RM1. Ini sudah bagus. Badan penat berpuasa tak kuhiraukan. Aku harus berusaha untuk mendapatkan duit sebanyak mungkin petang ni, boleh buat beli sepasang baju raya kat Giant pun jadilah.

Aku betulkan posisi, baca doa sikit, dan aku merembat dengan sekuat hati kearahnya yang sedang menanti penuh semangat.

"Golllllllllllllll! ,yihaaa,yihaaaaa, mujur aku tak buat aksi yang terlampau di bulan puasa ni.

"Adehhh,dehhh,adehhhhhh".

Dan inilah hasilnya :





Buku lali dan ibu jarinya terseliuh kerana cuba menyelamatkan pintu golnya dari dibolosi oleh tendangan kaki kiriku. "Wah! Hebat juga aku ni. Tu baru buat sepakan gaya Amri Yahya, belum lagi aku tunjuk skill David Beckham,hehehe.

Wednesday, September 2, 2009

Sebatang saja

"Bang, Salem sebatang".

Aku pandang dia, dan tengok jam, baru pukul 9 pagi.

"Err..errr,bang, masuk dalam plastik, untuk berbuka karang ni".

Awalnya beli rokok untuk berbuka, sebatang pulak tu. Tapi aku berbaik sangka, mungkin dia kerja sampai waktu berbuka baru boleh keluar agaknya jadi belilah rokok awal2 takut nanti kedai tutup pulak.

Tuesday, September 1, 2009

Jangan pilih jalan hitam

Bila aku lalu, dorang ada, sedang bertepuk tampar bergurau senda.
Puas aku hon tapi dorang buat dono je, sampai aku kena turun dari kereta dan halau dorang.

Bila aku lalu lagi, dorang ada, sedang relax-relax atau pun sedang membuat aksi-aksi yang tak patut aku tengok di bulan puasa ni.
Puas aku hon,dan bila aku turun halau pun dorang kekadang macam nak telan aku balik, garang.

Sekarang, kalau nak lalu jalan tu, aku pastikan yang dorang takde, sebab aku malas nak turun dari kereta atau pun membisingkan telinga jiran-jiran dengan hon aku.

Ya, itulah sebatang jalan yang sering menjadi tempat pertemuan dan tempat berasmara kucing-kucing peliharaan dan jalanan yang sangat menguji kesabaranku kerana dorang buat taktau saja kalau nampak aku macam aku ni halimunan.