Friday, December 19, 2008

Indahnya alunan itu


Semalam aku makan di sini, Al Azmi Garden. Cantik dan menarik,diperkenalkan oleh sorang kawan.

Sesapa yang nak bersila boleh pilih wakaf yang di sediakan di buat daripada buluh perindu, bukan buluh lemang okeh. Aku tak pilih wakaf bersila sebab aku akan rasa semput masa nak makan, aku kan gadis melayu. :D Kalo tetibe lantai buluh tu patah atau roboh kena tanggung sendiri akibatnya kerana tiada insuran di sediakan. Jadi kepada sesapa yang rasa kilonya banyak cam aku ni janganlah berani cuba-cuba menguji ketahanan fizikal dan mental wakaf ni,meh kita duduk kat kerusi je.







Tak sampai 10minit makanan yang di pesan sampai. Masa tengah makan ni, telinga aku terdengar seperti orang sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Semalam kan malam Jumaat,jadi syak wasangka tu mulalah datang dengan cepat. Aku cuit kawan,"ko dengar tak apa yang aku dengar". Kawan pandang aku,"dengar apa". "Macam orang mengaji,merdu sungguh". Kawan tunjuk satu bangunan terletak bersebelahan dengan tempat makan tu. "Surau dan juga tempat kegiatan keagamaan, tuan punya restoran ni yang buat, malam Jumaat selalunya ada budak-budak datang belajar agama kat sini, kekadang budak-budak tahfiz pun ada".
Makan malam kami diiringi dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,sungguh asyik sekali. Betapa banyaknya pahala yang di kumpul oleh pemilik restoran ni, dunia dan akhirat sama-sama di kejar.




Yang ini pencuci mulut yang jarang bleh jumpa kat mana-mana, aiskrim goreng. Aiskrim ni di balut dengan sesuatu, sekali tengok cam kulit popia, entahlah,aku pun tak pasti, yang penting halal dan sedap, dan yang lagi best sebab orang belanja. Jom jalan-jalan.Zoom Mesia.:D





20 comments:

  1. apa2 pun aku tertarik ngan eskem goreng tu...

    takde ke cik2 tahfiz yg bole dipdnkan ngan aku :P

    ReplyDelete
  2. ekrem goreng tu kat ganu glamer aa.

    kat maner nieh? bleh aku cuba try test uji rahsid makanan kat restoren tu.

    ReplyDelete
  3. uit.. len kali sile letak alamat.. senang aku nak pi try jugak...

    ReplyDelete
  4. yang... bagi lah tahu details kat mana kedai tu.... boleh gak mummy ajak daddy malam ni... hehehehe tu cara nya nak ngelat takmo masak.. kekeke

    ReplyDelete
  5. kat mana ni nok? cambest je nih!

    ReplyDelete
  6. hmm...sedap...telan air liur je la aku kat sini...pe nama tempat tu eh??

    ReplyDelete
  7. best nya eskrem goreng tu.. dulu aku akan usaha ke pasar malam serdang semata² mencari eskrem goreng... x sumer eskrem goreng sedap tau...

    cam best sesangat tempat nie... kasik la alamat.......!

    ReplyDelete
  8. kalau org belanje memang cepat jek ko cakap sedapkan.. lagi2 kalau aku yang belanje ko muhahaha

    ko tunggu aku balik.. aku tunggu ko belanje aku.. peh tu aku belanje ko lak.. ;)

    ReplyDelete
  9. kat ne restoran ni??
    cam menarik gak.....
    bagi la add....
    tq

    ReplyDelete
  10. blanja aku kat sini bila blk nanti!

    ReplyDelete
  11. santapan rohani dan jasmani...bagus sungguh. rasa tertarik sungguh nak pergi. bagi alamat,k...insya-Allah balik M'sia mana tahu akak boleh menyinggah nanti.

    ReplyDelete
  12. Nampak best....
    Kirim salam kat tuan punya restoren....baguihlah dia...

    ReplyDelete
  13. KTS,
    ko tak sesuai ngan cik tahfiz,aku ni baru sama cantik sama padan,hahaha.

    Korang tau ke stesen LRT Sentul Timur? Dari stesen sentul timur tu korang terus je,sederet kedai makan,restoran ni yang terakhir sekali. Kat kawasan bandar baru Sentul.

    iina,
    wokeh aku tunggu ko banjer,hahaha.

    CK,
    ajak2 kucing bleh nok?

    chinta,
    weiii, lamanyer ko menyepi,ko nak banjer bile2 bleh,hahaha.

    cikguzue,
    besar surau dia, rasa tertarik sungguh.

    ckLah,
    ade org ckp owner restoran ni dah ade 3 isteri, ade kosong satu lagi,reserve utk saya kot,hahaha.

    ReplyDelete
  14. kat mana ni julietchun weiii...
    berkenan sungguh aku pada wakaf buluh tu haih...

    nak makan besila ja kat situ...

    ReplyDelete
  15. yummy!!!
    sedapnye.
    bole la masuk list untuk next stesen jalan-jalan cari makan.
    hehe~

    ReplyDelete
  16. mmg tantekla tempat ko pi tue...woiitt...makan eskem guring ah...takpa, takpa. lau berani, fax la eskem tuh p sini!!:q

    ReplyDelete