Friday, February 27, 2009

Mat Rock vs Mat smart

Situasi 1

Seorang anak muda berambut panjang separas pinggang, rambutnya dikaler berbelang hitam dan kuning dan diikat rapi. Berbaju T sendat dan berseluar jeans ketat yg koyak di kepala lutut. Anak muda ini memimpin bapanya yg tua dan agak terketar-ketar ketika melangkah masuk ke dalam bank. Si anak mendudukkan ayah di kerusi sementara menunggu giliran untuk memasukkan duit ke dalam akaun.

Selesai urusan si anak memimpin ayah dengan sabar keluar dari bank menuju ke kereta yg terletak agak jauh. Beberapa kali mereka berhenti di tepi jalan kerana si ayah mencungap kepenatan namun anak muda itu tetap memegang erat bahu ayahnya sambil menguntum senyum.

Situasi 2

Seorang anak muda segak berbaju lengan panjang dan bertali leher masuk ke dalam bank yg sama. Membawa beberapa keping not 100 dan terus menuju ke kaunter.

Anak muda : Saya nak buat payment.

Org bank : Errr, cik kena ambik no.

Anak muda : Takkan nak buat payment sikit pun nak kena ambik no.

Org bank : Maaf cik, semua orang kena ambik no, depan ni semua ada no giliran.

Anak muda : LANCAU la lu, ingat aku takleh pegi bank lain ke? Menumbuk kaunter sambil berlalu dengan muka yg garang.

Aku, terkebil-kebil memerhatikan lagak 2 orang pemuda ini. Mat rock tadi punya ler selekeh tapi berbudi bahasa tapi mat smart ni nampak saja cantik di luar tapi di dalamnya teruk. Bak kata Siti Nurhaliza "Luar napok comeyy, tapi dale abih kuca lember".

Thursday, February 26, 2009

Cakap biar terang

Lepas makan malam, sedang ibunya sibuk menanda buku-buku pelajar, tiba2 dia hulurkan sekeping kertas lukisan kepada ibunya.

"Ummi lukis WILEN, pastu adik kaler". Ibunya terus mencapai kertas lukisan itu. Aku memerhati dari jauh, nasib baik dia tak hulur lukisan tu kat aku lagi.

"Nak lukis WILEN baik ke jahat?", tanya si ibu. "Satu jahat satu baik", jawab Si Kecil. Dan ibu pun mula melukis. Aku kagum sungguh dengan Si ibu kerana memahami.

"Ok,dah siap, adik pegi kaler ngan acik, jangan kacau Ummi nak buat keje". "Taknak kawan ngan acik, tadi adik soh lukis WILEN pun dia taknak",jawab Si kecil lagi.

Si ibu memandang kepadaku dan berkata "ko lukis jer camner pun takpe, dah namanya ALIEN, cuma kalo yg jahat ko buat tanduk".

"WILEN tu ALIEN ke", tanyaku meminta kepastian. Dan Si ibu mengangguk.



Wednesday, February 25, 2009

Jgn susahkan diri



Aku lihat dia bukak beg sekolah. Keluarkan pensil dan kertas lukisan. Datang menghampiri aku, "Acik, tolong lukis WILEN, adik nak kaler".

Menatang ape "WILEN" tu? Bala sudah mari, kena cari jalan untuk selamatkan diri, kalo tidak nanti dia akan meraung sakan. "Jap ye, acik pegi minum dulu".

Puas aku berfikir ape benda WILEN tu dan tak ketemu jawapannya. Tetibe terlintas satu idea. Aku ambik raket badminton dan ajak dia main. Tak kisahlah cara mana dia nak main ngan raket tuh yg penting aku tak perlu lukis WILEN. Aku terselamat untuk hari ni.

Tuesday, February 24, 2009

Ganas tapi lembut

Mak suruh anak buah umur 10thn pegi beli kelapa nak masak untuk makan malam.

Anak buah : Nenek nak masak apa?
Mak : Kari kepala ikan.
Anak buah : Nanti nenek simpan kelapa tu sikit untuk abang ya.
Mak : Kelapa ke santan?
Anak buah : Kelapa yg belum nenek perah tau.
Mak : Wokeh.

Lepas maghrib semalam aku tengok dia dok kat tepi singki ngan satu mangkuk kecik.

Aku : Abang buat ape tu?
Anak buah : Gosok tangan ngan kelapa.
Aku : Hah! Gosok tangan ngan kelapa?
Anak buah : Cikgu cakap kalo kita rajin gosok tangan ngan kelapa nanti tangan
kita lembut bila bersalam ngan orang. Biar orang nampak abang ni hensem &
macho, nampak ganas, tapi bila bersalam orang mesti terkejut sbb tgn lembut.
Aku : ??????????

Friday, February 20, 2009

Jangan berebut

Peribahasa ini buat aku dan kawanku gelak dari pagi sampai petang setiap kali kami membicarakannya tapi aku sendiri tak tau kenapa kami gelak.

Dipetik dari peribahasa Inggeris.

"JIKA 2 ORANG MENUNGGANG KUDA HARUSLAH SEORANG DI DEPAN DAN SEORANG LAGI DI BELAKANG".
Kudaku lari kencang, rasa hatiku senang ,kawan2 ku riang

Thursday, February 19, 2009

Banyak yg aku taktau

Balik rumah semalam anak buah aku tengah menangis sebab takde orang yg paham apa kemahuan dia. Aku pujuk2 tanya dia apa yang dia nak.

Aku : Naper adik nangis? Malu la kalo kawan2 dengar.

Adik : Adik nak PALESTIN.

Aku : Hah! PALESTIN? Adik tau ke PALESTIN tu apa?

Adik : Tau. Teacher Liza pun ada PALESTIN.

Aku : PALESTIN yg kena tembak dalam tv tu ke yg adik nak?

Anak buah : Bukan yg tu, yg kaler-kaler.

Aku : PALESTIN yg kaler-kaler? Macam2 barang mainan aku tunjuk kat dia.

Anak buah : Haaaa! Tu PALESTIN kat tangan acik.

Aku : Ya ampunnnnnn, PLASTISIN (tanah liat yg macam2 kaler tu) rupanya yg dia nak.

Tuesday, February 17, 2009

Berkhidmat untuk negara




NILAI & ETIKA DLM PERKHIDMATAN AWAM,bla,bla,bla


Tonggak 12,bla,bla,bla



Adehhh, aku dipaksa oleh oleh 2 orang kakakku yg akan menduduki peperiksaan pada bulan Mac nanti.

Tugas aku ialah baca dan fahamkan, pastu malam nanti aku kena soal dorang. Baik aku yg masuk periksa tu.




Aku : Kak, dah brapa kali ko amik peksa tapi tak pass gak?


Kakak 1 : Masuk yg ni dah 4 kali




Aku : Kak, ko plak brape kali dah peksa tak pass nih?


Kakak 2 : Tak ingat tapi rasanya dah lebih 5 kali.




Salah seorang kakak aku nih selalu dapat anugerah pekerja cemerlang, pekerja contoh, dan macam-macam lagi anugerah yg dia dapat tapi aku heran naper dia payah sangat nak pass peksa ni sedangkan aku tengok dia baca buku dari malam sampai ke pagi macam budak nak ambik SPM.




Susah ke?




Aku taktau sebab aku bekerja sendiri,hehehe, bos takde aku buat la keje sendiri,hahahhaa.


Monday, February 16, 2009

Rasa ape?



Aku : Bang! Jangaaannnnn!

Abang : Gulp! Naper?

Aku : Tu air selusuh akak

Abang : Eh! Abih tu camner?

Aku : Apa ko rasa sekarang?

Abang : Rasa kenyang la.

Aku : ???

Saturday, February 14, 2009

Bukan salahku

Mak : Nape ko punya je macam ni? Orang lain elok bleh pakai bertahun2.
Aku : Mana tau, agaknye yg ni rejek punya kot.
Mak : Abih masa beli ko tak tengok? Ko tengok ngan kaki aper?

Friday, February 13, 2009

Keajaiban dunia

Aku selalu gak jumpa dengan benda2 yg unik dan pelik tapi tak pernah terpikir nak amik gamba, cuma baru2 ni je rasa apa salahnya aku berkongsi ngan kengkawan. Mungkin korang penah jumpa benda yg pelik lagi unik daripada aku. Marilah kita kongsi sesama. Tak baik kedekut ilmu, tak berkat,hik,hik.


Lampu tido ni aku jumpa dalam bilik yg aku sewa kat sebuah resort. Dia punya senget mengalahkan Eiffel Tower. Semuanya dibuat daripada kayu, berkemungkinan besar dorang guna kayu meranti, kataku dengan konpidennya. Masa nak on/off lampu ni aku baca macam2 doa, takut patah kang pasal2 kena ganti.

Ni plak pinggan sambal belacan ngan timun. Biasanya orang letak sambal belacan dalam mangkuk bulat kecik tu, tapi yg ni lain, unik sekali. Walaupun hanya taraf restoran biasa tapi kerana hidangan yg unik ni aku rasa macam makan kat hotel 5star.


Yg ni aku rasa takde sapa yg tau apa benda alah ni. Inilah bunga kepada bunga kantan. Bunga ni menurut kata org tua boleh digunakan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Cantik tau kalo letak dalam pasu jadi perhiasan, kagum aku tengok.








Thursday, February 12, 2009

Pelik tapi benar



Cerita 1.

Anak buah : Acik nak straw.

Aku : Nak buat apa?

Anak buah : Nak makan sup cendawan.

Aku : ?????

Cerita 2

Kakak : Kalo sesapa nak gi mana2 pakai kereta Along ye. Kunci atas meja.

Aku : Nape? Dapat minyak free ke?

Kakak : Takdelah, saja nak suruh enjin kereta tu bergerak lebih skit.

Aku : ??????

Cerita 3

Aku : Dik, nape ko bawak keta ayah gi keje?

Adik : Keta aku takde minyak, tunggu gaji baru isi.

Aku : ?????

Cerita 4

Aku : Bang, nape ko balik keje awal hari ni?

Abang : Sebab banyak keje kat opis.

Aku : ?????

Wednesday, February 11, 2009

Akhirnya ku tahu

Semalam, sekali lagi aku bermimpi memandu ferrari, tapi kali ini perjalananku agak jauh.

Aku telah pegi ke Jepun, ni gara-gara baca n3 ckLah. Aku terpaksa berjalan dengan penuh sopan santun, maklumlah pakai kimono. Dalam mimpi tu lagi aku telah berjumpa dengan pelbagai jenis binatang yang boleh berkata-kata.


Aku telah di tegur oleh sepasang angsa putih. 'Hi Juliet, kamu sungguh cun", begitulah kata angsa putih itu tanpa segan silu.



Aku juga ditegur oleh beberapa ekor arnab. 'Hi Juliet, bawalah kami pergi bersamamu, kami sanggup berhimpit-himpit".


Dan aku juga ditegur oleh 2 ekor keldai. "Juliet, kecik- dulu ko suka main Donkey kan?".

Aku teruskan perjalanan. Dan tetibe aku berenti di sini. Gara2 baca n3 KTS, aku sampai di sini, Bukit Tinggi. Aku paking kereta. Ah! Mana handbrake nih? Aku kembali mencari di mana handbrake ferrariku. Puas aku raba dan akhirnya aku dapat mencari handbrake yg tersembunyi itu.



Sungguh ku tak sangka, handbrake ni kat sebelah kanan tempat duduk pemandu. Ni yang aku malas naik ferrari nih, kataku dengan bangganya.
aku mahu mobil yang besar
aku mahu rumah yang besar
aku mahu upah yang besar
wang untuk berbelanja
aku mahu impian besar
jika mahu menjadi pacar
aku mahu yang besar-besar saja…,kata Pianka, bukan kataku,hahaha.




Tuesday, February 10, 2009

Mimpiku punah

Semalam aku bermimpi memandu ferrari model F355 dengan nombor plat JC 1, JulietChun 1 ler tuh. Aku pusing-pusing dalam Kl, pastu aku merempit ke Teluk Cempedak.

Dalam mimpi tu aku telah menyertai satu pertandingan ironwoman, dan aku jadi juara. Semua orang berebut nak mintak autograf dan bergambar dengan aku. Pusing-pusing dengan ferrari merahku, tetibe rasa perut berkeroncong. Aku nampak satu kedai makan yg terletak diatas bukit.



Aku pun berenti depan kedai makan tu, free gear, dan aku tetibe rasa panik sebab tak jumpa cari handbrake. Puas aku renung, puas aku tilik, puas aku tekan segala butang namun tak ku jumpa di mana handbrake tu. 'Woiii! ko ni nape dalam tido pun tangan nak meraba2", adik aku marah. Aku terjaga, oh, aku mimpi rupanya. Agak2 korang la, kat mana handbrake ferrari tuh?



Thursday, February 5, 2009

Kebesaran Tuhan

Cuti aritu aku sekeluarga di jemput ke bandar ABC, Selangor, untuk menyaksikan sesuatu yg tak pernah kami tengok selama ni. Pernah dengar cerita serai berbunga? Aku pernah dengar tapi tak pernah tengok dengan mata sendiri, peristiwa ni pertama kali aku saksikan.


Rumpun serai yg berbunga macam padi. Kata ayahku kalau serai berbunga bermakna ada sesuatu yg pelik akan dapat kita lihat.

Bunga serai yg telah di potong. Menurut kata org tua bunga serai ni byk gunanya.





Sebelum rumpun serai tu di cabut untuk mengetahui apa yg ada dibawahnya, ada sedikit bacaan doa dilakukan oleh orang yg tahu caranya, bukan main cangkul je. Tuan rumah terpaksa meleraikan serai ni satu persatu untuk mendapatkan apa yg tertimbus di bawah rumpun serai.




Siapa sangka dibawah rumpun serai yg berbunga itu terdapat 22 biji batu permata yg sangat cantik. Gambar diatas adalah batu permata yg didapati daripada rumpun serai itu. Kalau tak tengok sendiri mungkin kita tak percaya, tapi inilah rezeki yg tuan rumah ni dapat. Mungkin ini balasan tuhan pada tuan rumah yg selalu menolong org dalam kesusahan tanpa berkira berhabis wang ringgit mahupun tenaga.






Wednesday, February 4, 2009

Hebat!!!!!


Baca novel Faisal Tehrani boleh buat otak berfikir sikit. Aku sangat suka novel ini, tajuknya Tunggu Teduh Dulu, murah je RM 29.90.

Petikan yg aku suka dalam novel ni.

Heroin berkata kepada hero:

"Saya dengan rendah diri ingin menawarkan diri menjadi isteri awak. Atas nama Allah, demi Rasullullah, saya melamar awak".

Agak2 kalau aku cakap kat Romeo Mesia nih apa jadi pada dorang?