Wednesday, June 30, 2010

Bukan susah pun soalan tu

Nampak banner, "Julai, bulan banci penduduk, sila beri kerjasama"

Dulu, masa tunggu keputusan periksa SPM, aku dan beberapa orang teman ditawarkan oleh Jabatan Perangkaan Selangor yang beribu pejabat Di Wisma Pahlawan,Kg.Atap untuk menjadi pegawai banci. Jangan main2, pegawai tu. Kami tak pernah mohon jawatan tu dan taktau pun ada kekosongan. Pihak Jabatan Perangkaan ambil nama dan alamat kami di sekolah lalu menghantar surat tawaran.

Pegi temuduga,kaki sedikit ketar, maklumlah tak pernah melalui pengalaman itu. Ramai sungguh calon, ada dekat 100-200 orang semuanya pelajar sekolah di Selangor dan WP. Aku dan kawan2 dah berpeluh. Temuduga ni pelik sebab sekali masuk 15-20 orang dan bila keluar semua cakap dapat jawatan tu dan kena mula keje esok. Aku dan kawan2 juga diterima bekerja, dan esoknya bermulalah tugas kami sebagai PEGAWAI BANCI.

Segala ceruk terpaksa diredah, tak kira hujan atau panas. Naik bas turun bas. Teksi tak boleh naik sebab masa tu mana ada teksi yang bagi resit. Kami kena claim guna tiket bas, kalau hilang tiket tak boleh claim, meroyan wooo.

Jadi pegawai banci ni kena banyak sabar sebab bukan senang orang di kawasan bandar KL nak bagi kerjasama. Kebanyakkan mereka ingat kami salesgirl, belum kami tunjuk kad kuasa dorang dah cakap "takmaulah dik, "ayaaaaa amoi,pigi lain lumah lor",sedih dan penat tau. Padahal kami cuma nak tanya beberapa soalan je.

Kami juga bertugas di kawasan kampung, Banting, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Berminggu-minggu duduk di hotel di depan Bukit Melawati,Kuala Selangor untuk siapkan tugasan. Kami akan diberi peta kawasan kampung yang perlu dibanci, dan diberi masa seminggu untuk siapkan 5 kampung. Fuhhh, berpeluh bila tengok peta kawasan kampung, besar dan rumahnya pulak sebuah-sebuah.

Orang kampung sangat baik, dorang bagi kami pinjam motosikal ataupun basikal tanpa ada rasa takut kami akan larikan kenderaan tu, padahal baru kenal 2minit saja. Iina, mungkin aku pernah banci rumah mak ko di Banting, Yb, mungkin saya pernah banci rumah nenek Adam di Tg.Karang. Dan mungkin juga saya pernah banci rumah saudara mara CkLah di Sabak Bernam, sapa taukan :P

Pelbagai pengalaman suka duka, pahit manis aku lalui selama 3 bulan menjadi pegawai banci, dan banyak kesulitan yang terpaksa ditempuhi untuk menyiapkan tugasan.

Jadi, kalau ada pegawai banci datang ke rumah kamu, sila berikan kerjasama sepenuhnya tapi mintak dorang tunjuk kad kuasa dulu, mana tau ada penyamun yang menyamar,dunia sekarang macam2 kan.

Tuesday, June 29, 2010

Ada yg dah dapat, tapi aku belum....


Gambar diatas menunjukkan 2 keping not RM50. Terdapat 1 perbezaan pada not ini, iaitu 1 not RM50 ada gambar bendera Malaysia dan tertulis angka 50, dan 1 not lagi tiada gambar bendera dan angka 50 itu.

Apa yang aku nak ceritakan ialah, seorang kawan beritahu aku dia bawak not RM50 yang ada gambar bendera itu ke Bank Negara dan pihak bank telah memberinya RM100 sebagai tukaran kerana not yang ada gambar bendera itu dikatakan istimewa. Tapi kawan aku buat keje ni pada tahun lepas, tahun ni taktaulah sama ada Bank Negara terima lagi atau tak.

Setelah dengar cerita dia aku pun balik rumah dan cari not RM50 yang masih berbaki, maklumlah hujung bulan gini not RM1 yang banyak,ehehehehe. Dapatlah 2 keping, esok aku nak cuba nasib kat Bank Negara, kalau betul dapat bolehlah buat isi minyak skuter untuk setahun tu.

Cepat periksa duit korang, dan jom kita pakat ramai2 serbu bank. Ingat! hanya di Bank Negara tau, jangan korang terjah bank lain pulak, kena hamun nanti sendiri tanggung.

"Apasal gambar blur sangat nih?". Errr...mintak maaf, henpon mengalamai kemusykilan untuk memfoto, :P

Friday, June 25, 2010

Bukan Tongkat Ali

Pagi tadi tengah bersiap nak pegi keje tetibe abang telefon. Dia bawak skuter aku pegi beli nasi lemak, masa nak balik katanya skuter tu tak boleh nak dihidupkan.

Dah puas dia cuba tapi tak berjaya. Dia suruh aku ambik dia kat gerai nasi lemak, jalan tengah sesak pepagi ni ada-ada je.

Baru nak keluar rumah tetibe telefon berbunyi lagi. "Tak payah datang, skuter dah hidup", kata abang.
Lega. Sebenarnya bila abang cakap skuter tak boleh hidup tadi aku dah bayangkan berapa duit yang akan melayang untuk membaikinya.

Abang pulang dengan tersengih-sengih. "Apsal, plug rosak ke?",aku terjah.
Dia senyum simpul, "abang lupa nak angkat tongkat".

Lega. Sebenarnya hal macam ni pernah jadi kat aku masa memula ayah beli skuter. Puas aku pulas kunci tapi enjin tak mau hidup, dah rasa sedikit cuak, nasib baik teringat ayah ajar angkat tongkat dulu baru boleh hidupkan enjin. Skuter kamu sama perangainya macam skuter aku ke? Dah terbiasa naik motor biasa memang boleh lupa macam yang jadi kat abang aku.

Thursday, June 24, 2010

Bukit...Apa Kata Lidah?

Semalam Angah datang bawak sebalang biskut sebelum raya.
Betullah kan, kalau raya baru panggil biskut raya.

Sekarang ni bukan musim perayaan pun boleh makan biskut raya, berlambak di pasaraya, kat pasar malam pun kekadang ada.

Biskut ni istimewa bagi aku sebab pembuatnya menggunakan garam bukit sebagai salah satu bahannya. 
Rasa? Errr..setelah makan habis setengah balang lidah aku tetap tak dapat membezakan rasa garam bukit dengan garam biasa, apa yang aku rasa biskut mazola ini sangat sedap.:P



Biskut mazola ni dibuat oleh Koperasi Kohilal, tak perlu rasa was-was untuk makan.
Sebalang sehari pun boleh habis ni tambah lagi benda free.

Bila ingat garam bukit aku terbayang ayah dengan mak dok buat rendam kaki,haihhh, kacau sungguh.

Tuesday, June 22, 2010

Dalam hati ada bunga

"Kena cerita semua ke?", dia tanya.

"Entah, terpulanglah",kata aku.

"Awak cerita semua tak",dia tanya lagi.

"Errr..saya belum punya...",kata aku :P

Kalau awak nak cerita semua pada teman lelaki atau perempuan awak cerita sajalah. Apa gunanya teman kalau tidak boleh berkongsi suka duka.

Dan jangan cuba-cuba nak korek rahsia saya dah berpunya ke belum, saya kan budak baik,wink,wink.





Cincin melingkar di jari manis
Cincin siapa yang engkau pakai
Cubalah jawab tanyaku ini  :P

Tu cincin pusaka la wehh,hahahahhahaha.



Monday, June 21, 2010

Dunia Ini Sederhana Kecil

Tiba-tiba saja pelanggan telefon cakap dia sedang dalam perjalanan ke ofis aku, nak jumpa bincangkan sesuatu. Nasib baik aku takde temujanji lain hari ni, kalau tidak kesian dia datang dari Kota Bharu tapi tak dapat jumpa. Lain kali telefonlah dulu jangan main terjah saja.

"Tok! Tok! Dia sampai, bertanya khabar lebih kurang dan aku jemput dia duduk. "Ada 2 orang kawan saya nak datang jumpa Cik Juliet, dalam perjalanan lagi". Ok, tunggu. "Tok! Tok! Muncul seorang jejaka. " Ada sorang lagi, tengah cari paking". Ok,tunggu. "Tok! Tok! Muncul seorang lagi jejaka. " Maaf Lambat", susah nak dapat paking"

Aku pandang dia, dia pandang aku. Mata bertentang mata, dan hati mula berkata-kata. Kenangan 5tahun dulu terimbas satu persatu. Teringat saat kami berjalan di dalam hujan merentas padang, saat berebut tempat duduk dalam bas, saat berparti meraikan tamatnya pengajian. Ah! Bagaimana dapat ku lupakan.

2 orang jejaka tadi memandang kami dengan kehairanan. " Juliet! Juliet! Eh! Julietkan! Dia menjerit kegirangan. Nasib baik aku dapat mengawal perasaan, kalau tidak harus aku jerit sama.

Salah sorang pelanggan yang datang berjanjitemu dengan aku hari ni adalah sahabat lama yang dah terpisah 5 tahun. Kami berkawan baik dulu. Lepas habis sekolah, masing-masing terputus hubungan, dan kali terakhir aku dengar cerita dia bekerja di awan biru. Dan kini dia adalah seorang ahli perniagaan yang sedang membuka langkah untuk mencipta kejayaan.

Tak sangka dapat bertemu semula, dan rasa macam tak percaya bila bercakap dengan dia hal perniagaan, haih, sungguh gila-gila rumaja.Tak sempat nak tanya dia dah kawin ke belum,manalah tahu kot2 boleh masuk jarum,hahahahah.Takpe,esok masih ada.Usaha tangga kejayaan :P

Friday, June 18, 2010

Tak tumbuh tak melata

" Buat apa tu?"

" Tanam bunga ".

" Tanam bunga ke tanam rumput? "

Ayah ni suka sangat nak lemahkan semangat aku. Baru je rasa nak feminim sikit dah dia cantas perasaan itu.  Aku letak racun tikus kat pokok bunga dia karang baru meraung sakan.

Psttt...mati ke pokok bunga kalau kena racun tikus?

Thursday, June 17, 2010

Antara Dua Darjat

Jika ke Kelantan kita mesti cari nasi dagang, tak pun nasi berlauk, takpun nasi kerabu kaler biru atau kuning. Dan makanan lain yang akan kita terjah ialah keropok lekor, keropok keping dan pelbagai jenis kuih tradisional seperti akok.

Ada sejenis lagi makanan yang harus kita cari jika berpeluang ke Kelantan suatu hari nanti iaitu MURTABAK RAJA seperti gambar di bawah ini. Murtabak ini di jual berhampiran dengan Jalan Istana, sila google sendiri dimana letaknya Jalan Istana :P

Tak pasti mengapa murtabak ini di panggil murtabak raja. Murtabak ni dah disejuk bekukan, sebiji dijual RM 12.00, cukup untuk dimakan seisi keluarga kerana saiznya yang besar dan dan intinya yang banyak.  Sebiji murtabak raja ni bersamaan dengan 4-5 biji murtabak biasa. Siap dibungkus cantik dalam kotak, sangat sesuai untuk diberi sebagai cenderahati kepada saudara mara ataupun yang tersayang,ehehehe.


Kamu kenal buah ni? Orang bandar macam kamu mana kenal buah ni. Inilah buah sentul, mungkin Mat Sentul dapat nama sebab suka makan buah ni kot. Susah tau nak dapat buah ni, hanya di kampung-kampung . Orang Kelantan kenal dengan buah sentul ni kerana popular di sana. Buah sentul dijadikan jeruk ataupun boleh makan begitu saja. Isinya macam buah manggis tapi bijinya agak besar dan tak sesuai untuk ditelan takut tersangkut kat kerongkong.

Jadi, kalau kamu Kelantan, jangan lupa untuk cari murtabak raja dan buah sentul ye, tolong beli untuk aku sekali. Janganlah berkira dengan kawan-kawan.:P

Tuesday, June 15, 2010

Buruk di mata orang...

Ada orang memperkenalkan suatu tempat pada aku. Mulanya terasa sangat takut, tapi akhirnya aku boleh menerima mereka. Tempat yang aku maksudkan ialah PSYCHIATRIC HOME terletak di Jalan Ampang, belakang perabot Rozel, bersebelahan dengan Kedutaan Thailand.

Psychiatric Home, atau rumah untuk pesakit mental. Pesakit yang mengalami gangguan fikiran, jiwa yang kacau dimasukkan ke sini tapi keluarga harus membayar RM800 sebulan untuk seorang pesakit. Mereka yang menghuni rumah ini tidak kira usia. Mereka di beri rawatan sehingga mereka sembuh dan dapat kembali bergaul dengan keluarga dan masyarakat.

Kalau ada antara ahli keluarga yang mengalami sakit jiwa, janganlah diasingkan mereka. Setiap penyakit ada ubatnya, kita yang perlu berusaha.

Kepada Mr.Shan, pengurus tempat ini, terima kasih kerana melayan kami dengan baik. Kepada saudara-saudara yang menghuni rumah ini, anda masih disayangi, semoga anda akan cepat sembuh dan dapat hidup bersama orang-orang tersayang di luar sana.

Hargailah mereka selagi masih ada nyawa.

Wednesday, June 9, 2010

JEBAT! Mengapa harus sengketa?


" Jebat".

"Tidak!"

"Mengapa?"

"Tak boleh!"

"Kenapa?"

"Carilah nama yang elok-elok sikit".

Dan akhirnya, Ahmad Jebat bertukar nama Ahmad Khalis Amril Bin Mohd Hafiz Hafifi.

Semua tersenyum puas hati. Tahniah buat Uncle Musa yang sangat teruja dapat menimang cucu pertama.

Kts, aku nak pengsan sebenarnya hari tu bila dapat tau dorang letak nama JEBAT, adakah jiwa kurang seni ? :P



Tuesday, June 8, 2010

Hati Kering

Seperti inilah kamarku,

Jika sore hari

Kelam,suram,suara bungkam

Hitam menanti malam

Malam tempat aku keluar cuma

Dari jendela untuk berasyik-asyik

 Sendiri-sendiri.

Kalau hujan turun

Titis-titis rembes menimpa pipi

Petir getar di sisik langit

Langit keruh abu-abu

Hujan menyatu jendela

Menjadi langsir

Hujan menyapu jiwa.

Seperti inilah kamarku

Kalau kau benar-benar ingi tahu

Hari-hari sunyi

Sunyi mencengkam sampai mati.

 Faisal Tehrani.

Mohon maaf saudaraku kerana bertindak kejam meninggalkan kamu sendirian dalam kegelapan, dalam kecelaruan, dalam kebingungan, dalam tangisan.


Tudung periuk pandai menari
Menari tarian putera mahkota
Kain yang buruk berikan kami
Buat menyapu si airmata

Tuesday, June 1, 2010

Bunga bukan sekuntum, kumbang....

"Janganlah usik".
"Nak manja sikit pun tak boleh"

"Kang lain ceritanya pulak"
"Bukan buat apa2 pun, pegang2 je".



Beberapa hari kemudian.

"Tengok, kang ayah kata jangan usik".



"Errrr.."

Takkan dengan pegang-pegang saja pokok bunga kertas kesayangan ayah boleh jadi botak?
Sungguh ajaib tanganku ini. Tapi, memang selalu pun kalau aku tanam pokok bunga akan mati. Kata orang tangan aku panas, tak sesuai menanam.

Untuk meredakan kemarahan ayah terpaksalah aku berkejar ke Sungai Buloh, cari pokok bunga sebagai ganti.

Gila tengok pokok orkid murah dan cantik. Ciku tu tak padan kecik dah berbuah,geram,geram.
Beli 2-3pokok orkid dan pokok bunga untuk ayah.

Aku dok pikir sebenarnya ni, adakah aku salah letak baja kat bunga kertas tu, atau terlebih baja hari tu? Lepas ni kena lebih berhati-hati, kalau jadi macam ni lagi mau aku di halau dari rumah oleh ayah yang sangat mithali itu :P

MARI KITA BERLADANG, HEYYYY.