Friday, April 29, 2011

9

"Tak boleh mak?" tanya aku

Mak geleng kepala.

Cari yang lain.

"Yang ni", tanya aku.

Mak geleng kepala juga.

Cari yang lain.

"Ni boleh?",tanya aku.

"Mak kata saiz 9, saiz 9 lah".

Haih, dah puas pusing untuk cari selipar saiz 9.

Cuti 2 hari ni nak kena cari ke KL nampaknya.

Thursday, April 28, 2011

Sambutlah tanganku kawan aku takut tenggelam

Ada urusan di sebuah jabatan kerajaan.
Selalu juga datang ke sini.

Selesai urusan cepat-cepat ke pintu keluar, nak dapatkan teksi.

Tiba-tiba ada suara memanggil.

"Cik Juliet! Cik Juliet!

Paling belakang tengok.

Dan si pemanggil tadi menguntum senyum sambil melambai tangan.

Rasanya tak kenal, tapi tetaplah balas senyuman, sebab si pemanggil itu lelaki muda. :P

"Saya selalu nampak Cik Juliet datang sini, nak tegur segan. Lagipun Cik Juliet nampak tergesa2 je ".

"Maaf tanya, kita pernah jumpa kat mana2 ke sebelum ni? Saya ni pelupa sikit".

"Sebenarnya rumah saya berdekatan jugaklah dengan rumah Cik Juliet tapi mungkin Cik Juliet
tak perasankan saya. Kereta Cik Juliet warna dot.dot, Cik Juliet keje kat syarikat dot.dot.dot kan".

Tak sangka ada pemerhati senyap, tiba-tiba rasa riak sekejap :P

Monday, April 25, 2011

Sebelum Dan Selepas, lukanya tetap sama.



Sebelum ke Langkawi

 Keluar dengan kawan beli barang untuk dibawa ke sana.
Dah selesai segala urusan, kami ambik keputusan untuk ronda-ronda.

"Bukak tingkap kereta untuk merasa kehadiran angin yang segar dan bersih", kata aku kepada kawan.

Kawan pun bukak tingkap. 

Tengah seronok menghirup udara segar, tiba-tiba nampak langit gelap dan ada titisan air berjatuhan di cermin kereta.

Kawan tutup tingkap, tapi malangnya cermin tingkap aku tak boleh naik.

Kami bekerja keras untuk menaikkan cermin kerana titisan air semakin besar dan banyak.

Betul kata pepatah, Usaha Tangga Kejayaan.:P

Akhirnya cermin itu naik. Kami menarik nafas lega gila.

Tak dapat nak bayangkan memandu dalam hujan dengan tingkap satu ternganga.



Selepas ke Langkawi

 Malam nak keluar sekejap.
 Pasang lampu kereta, tak menyala.

Tutup suis, bukak suis, tutup suis, bukak suis.
Keputusannya tetap sama, gelap gelita jua.

Tepuk-tepuk dahi.

Ingatkan nak baiki cermin dulu, lampu pun nak buat hal jugak.

Masuk ofis pagi tadi, dia cakap, "Cik Juliet punya roadtax dah mati ye semalam".

Aku pandang dia dan senyum saja.

Yang mana nak buat dulu ni?

Friday, April 22, 2011

Teringin

Semalam, abang, anak buah aku balik dari sekolah berjalan kaki.

Sekolah abang dengan rumahku hanya lebih kurang 3KM.

Sampai di rumah muka abang merah, badan berpeluh-peluh sebab panas matahari.

Malamnya, abang terpaksa menghadapi sesi soal jawab dengan abahnya.


"Kenapa tak naik bas sekolah? Mahal2 abah bayar tambang tapi abang jalan kaki. Kalau kena langgar kereta ke, orang culik ke, sapa susah?. Kenapa jalan kaki?". 

Abang tunduk tidak berani menentang wajah abahnya.

"Kenapa jalan kaki?", abang disoal lagi.

"Abang teringin tengok kawan-kawan jalan kaki", abang jawab perlahan.

Mulalah abahnya membebel. Dekat sejam jugaklah abang terpaksa menadah telinga mendengar bebelan abahnya.

Bila keadaan sudah reda, aku cuit anak buah dan kata padanya, "jangan sedih,acik dulu pun selalu kena gitu", :P

Thursday, April 21, 2011

Di balik rimbun daun



Ini bukan siakap 3 rasa atau masam manis.

Namanya agak pelik sampai terlupa pulak.

Ikan siakap ini ditutup dengan sejenis daun yang sama saiz dengan daun kari.

Daun ini di goreng bersama planta. Ikan juga di goreng dengan planta.

Daun ini boleh dimakan, rangup, tapi rasanya kurang enak.



Setelah menyelak daun-daun itu barulah nampak seekor ikan terbaring dalam pinggan.

Dan, tanpa dipelawa, tangan-tangan itu meratahnya dengan rakus tanpa memandang kiri kanan :P 

Tuesday, April 19, 2011

Untuk Dia


Ingat nak beli untuk ayah sebagai cenderahati dari Langkawi tapi ayah tak suka coklat. 

Mesti Penyu Dan YB suka coklat ni :P

Teringin nak cuba macam mana rasanya.

Monday, April 18, 2011

Darat Ok, Air Ok, Udara KO...

Jumaat minggu lepas, malam, naik Maraliner menuju ke Kuala Perlis.
Nak ke Langkawi, berpoya-poya dengan kawan-kawan.
Bas sangat selesa. Tambang pun ok, RM42.80, KL-Kuala Perlis.

Sabtu pagi, naik feri untuk ke Langkawi.
Tambang RM18 seorang.
Dalam feri pun selesa dan pemandangan juga cantik.

Dan semalam, Ahad, kenalah balik sebab Isnin keje.
Lagipun rasanya dah puas ronda satu pulau.

Untuk balik ke KL kami naik MAS,ekonomi kelas saja :D
Kami sepatutnya berlepas pukul 9.40malam tapi tiba-tiba pengumuman dibuat mengatakan
penerbangan ditunda ke pukul 11.45malam.

Wah! Masing-masing dah geleng kepala. Pukul berapa nak sampai KL ni.

Dan tepat pukul 12.50pagi ke malam nak sebut tu, kami jejak kaki ke KLIA.

Dan tetiba rasa sangat sakit hati bila terpaksa membayar RM134 untuk Airport Teksi
 kerana sudah melebihi angka 12malam. Mereka terpaksa kenakan bayaran berganda.

Bukan salah kami, kenapa pulak kami yang terpaksa menanggungnya? :C

Berhati-hati pilih waktu penerbangan kerana kata mereka yang menunggu bersama kami semalam, selalu terjadi perkara sebegini.

Hari ni rasa mengantuk sangat di ofis sebab sampai ke rumah pun dah pukul 2.30 pagi Isnin

Thursday, April 14, 2011

Meneka dalam kesamaran


Hati tertanya-tanya, apakah isi beg yang cantik ini.

Dan semalam berkesempatan untuk melihatnya.



Opocot!!!!!

Beg yang cantik dan nampak megah itu hanya diisi battery charger?

Aku menyeka peluh di dahi




Hati tertanya-tanya,itu henpon baru dia?


Opocot!!!!

Kunci kereta rupanya. 

Aku menyeka peluh di dahi lagi.

Wednesday, April 13, 2011

Ayat power


Dapat risalah dalam peti surat. 

Pandai tauke kedai buat ayat

Mak dah sibuk nak mencari kedai ni.

Bukan nak membeli kata mak tapi sekadar cuci mata.

Tuesday, April 12, 2011

Padat, bukan Milo Padat.

Minggu lepas jadual dia cukup padat.

Balik sekolah, makan, kemudian bersiap untuk ke sekolah lagi bagi menjalani latihan bola sepak.

Malam pulak ke kelas tuisyen. Kenapa hantar dia ke kelas tuisyen? 
Sebab kalau kat rumah dia malas untuk belajar.

Begitulah rutin dia hari2 selama seminggu.

Belajar,sukan,belajar sukan.

Dan pada hari Jumaat lalu dia ada perlawanan bola sepak persahabatan antara sekolah.
Bermain di tengah hujan yang agak lebat.
Balik rumah basah lencun tapi ditangannya ada ais blended.


Dan semalam juga hari ini, terbaring lesu.

Demam, muntah, cirit-birit. Turun 2 kg kot sebab tak lalu makan minum.


Pegi klinik doktor bagi mc dan ubat. Nasib baik dia agak senang makan ubat. Sediakan air milo suam segelas saja cukuplah.

Cepat sembuh bang, acik takde kawan nak main badminton.

Bersenam kan baik untuk kesihatan :P

Monday, April 11, 2011

Rumah Nenek

"Acik Juliet! Acik Juliet!, Rina menjerit-jerit.

Rina berusia 12 tahun, kawan anak buah aku.

Aku berlari keluar.

"Ada apa?", aku bertanya. Wajah Rina pucat lesi.

"Tolong hantar Rina ke rumah nenek Rina. Adik Rina jatuh basikal, lutut dia berdarah, banyak".

Aku garu-garu kepala. "Rumah nenek Rina sebelah rumah acik je".

Dan dia senyum-senyum sambil berlari keluar.

Bila panik semuanya jadi kucar kacir :D

Friday, April 8, 2011

RAIN bukan hujan



Semalam dia di Pavilion.

Ahad ni dia di Sepang.


Taktau nak sokong Ferrari atau Schumi

Jangan hujan sudah.

Majulah sukan untuk negara :P

Thursday, April 7, 2011

Sejuk mata memandang wajah mereka

Pandu kereta, malam. Sampai di satu simpang, berhenti.

 Tiba-tiba datang satu kereta dari arah bertentangan. Pemandunya membunyikan hon dan melambai.

"Bukan main pakcik ni lambai anak dara", kata aku dalam hati.

Pandu kereta lagi.Sampai di lampu isyarat, merah. Berhenti.

Datang satu kereta, berhenti di sebelah. Dan tiba-tiba pemandunya berusia dalam lingkungan 70an serta berkopiah  membunyikan hon dan mengangkat tangan.

Hati mula rasa lain. "Eh,kenapa malam ni semua pakcik2 saja yang hon aku nih? Di manakah silapnya?",aku berkata dalam hati.

Setelah memandang kiri kanan, depan belakang, akhirnya aku dapat jawapan.

Aku pandu kereta ayah.

Monday, April 4, 2011

Datangnya bersama malam


Dah seminggu dia tidur di situ. Dia akan datang selepas pukul 10 malam untuk tidur.

Letih sungguh dia bekerja di siang hari. Nasib baik tak berdengkur.

Taktau kemana dia pergi pada waktu siang kerana tak pernah nampak walaupun dah puas mengintai
dirumah jiran.

"Mak,nak bela kucing".

"Jangan mengada".

Dulu masa kami kecik mak ada bela sekor kucing,namanya Putih sebab bulunya warna putih.

Mak mandikan, mak bagi makan dan mak sayang Putih macam anak sendiri. Satu hari Putih tak
balik rumah. Puas mak panggil, puas mak cari, sampai ke malam mak tunggu Putih namun Putih tak balik.

Keesokannya Putih balik. Tapi perut Putih terburai macam dihiris dengan benda tajam. Mak pangku Putih, mak menangis tengok keadaan Putih. Dan akhirnya Putih mati depan mata mak.

Sejak itu mak taknak bela kucing sebab mak takut peristiwa yang sama jadi pada kucing yang mak bela.

"Tidur baik2 ya kucing, nanti jatuh".