Thursday, April 30, 2009

Lidah berbelit.

"Tadi kawan adik nampak hewan BEJALAK dalam longkang".

"BEJALAK? Menatang apa tuh?

"Acik ni dah besar pun taktau".

" Zaman acik dulu takde BEJALAK. Tu binatang baru agaknya".

"Ye ke? Ooo,patutlah acik taktau".

"Camner rupa dia?".

"Acik amik buku adik,dalam tu ada gambar BEJALAK".

Aku selak2 buku dia. "Stop!stop! tu lah BEJALAK".

Adeh! Biawak rupanya.

Wednesday, April 29, 2009

ku pujuk2 aku yg lari



Dia berada dibawah kereta. Aku takut kalau sesapa yg tak perasan masa nak keluarkan kereta pasti dia akan hilang nyawa. Aku terhendap2 bawah kereta, tak nampak sangat wajah dia, yg nampak hanya sedikit badannya yg berbulu oren.

"Ala comey,comey, meh keluar, kang pendek nyawa plak". Dia masih berdiam. Mata aku melilau cari sesuatu untuk jolok dia. Nampak ranting mangga, aku ambik dan mulakan operasi memujuk sambil mencucuk manja pinggangnya. Dan mungkin kerana kegelian dia pun keluar. Tapi......

"Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk", lintang pukang aku lari. Kerana dia adalah seekor anak anjing.

Monday, April 27, 2009

Lagi lagi aku jatuh cinta

"Juliet, malam ni, pukul 8, pakaian formal tau".
"Malam2 nak pakai formal yg aku malas ni. Pakai jeans ngan tshirt tak bleh ke?".
"Ko nak kena halau?".
"Oklah, oklah".





Aku dijemput oleh seorang kawan untuk menghadiri majlis pratonton teater Mahsuri. Pengarahnya Fauziah Nawi dan pelakon utamanya Vanida Imran. Ada Azizah Mahzan, Cico, ramai lagi ler sampai aku lupa nama dorang plak.



Inilah barisan pelakon dan tenaga kerja teater Mahsuri. Bagi aku ceritanya biasa saja, tapi lagu2 dalam teater ni betul2 buat aku jatuh cinta pada teater ni. Aku bagi 10bintang untuk komposer dan penulis lirik yg berjaya membuatkan aku rasa macam aku sedang berada di pulau Langkawi zaman Mahsuri. Pergilah tengok, tak rugi, berbaloi dengan harga tiketnya.


Budak baju hitam tu namanya kutaksempurna, dialah yg pelawa aku pegi. Kalo tidak aku pun taktau ada teater Mahsuri. Maklumlah aku ni bukannya orang seni macam KTS. Korang tak perlu nak berpakaian formal ok, pakai sajelah apa yg selesa. KTS, aku rasa nak sekeh ko malam tu, punyalah kita ni formal, orang lain pakai jeans ngan tshirt je.

Tapi disebabkan pakaian kami yg formal inilah maka kami telah ditempatkan di tempat duduk khas, sebaris dengan VIP sehinggakan ada suara-suara sumbang mengumpat kami. Nak buat macam mana, dah rezeki :D

"Sebak dadaku sesak"
"Menunggu kanda ke mari".





Friday, April 24, 2009

Panjang berjela

Bos suruh aku tulis cek nak buat bayaran untuk satu syarikat ni. Bila aku tengok je nama syarikat dia aku menggigil. Otak terus bekerja keras berfikir cara mana yg sesuai.

Buku cek sekarang kecik, jadi teramatlah susah untuk aku tulis nama syarikat nan satu ini. Nama syarikat dia (bukan nama betul tapi panjang camni)

"Syarikat pembekalan alat-alat mesin dan kejuruteraan dan pembaik pulihan Robert, Wong dan Hussein Sdn Bhd."

Dah puas aku kecikkan tulisan sampai kekadang tak nampak aku tulis huruf A ke B atau C. Payahnya kalo nama syarikat panjang berjela ni. Kepada kawan2 yg baru nak tubuhkan syarikat, pilih ler nama yg ringkas tapi padat, senang nak isi borang atau nak buat cek.

Thursday, April 23, 2009

Jgn main sebarangan

Bawak anak buah pegi taman permainan. Anak buah aku ni walaupun berusia 6 tahun tapi badannya kecik, macam aciknyer, kiut miut. Umur 6 tahun tapi berat baru 13kg, pakai baju budak umur 2-3tahun pun muat.

Nak suruh dia naik gelungsur tapi aku takut dia di langgar oleh bebudak yg besar yg dok main kejar-kejar atas gelungsur tuh.

Aku pimpin dia ke tempat buaian. Terkejut aku tengok budak yg dok berbuai tu punyalah besar, macam mak orang. Rupanya bukan budak, tapi remaja yg dah cukup usia. Agaknyer dia taktau membaca kot sebab kat papan kenyataan tu ada tulis yg alat2 permainan hanya boleh digunakan budak berusia 12tahun ke bawah.

Sekarang baru aku tau kenapa alat2 permainan kat taman ni cepat rosak. Kalo yg naik tu dah terlebih kilo camner benda tu tak putus atau patah.

Teringat cerita kawan aku yg kena saman dengan DBKL kat Tasik Titiwangsa. Dia pegi jogging kat sana, lepas tu berehat sekejap atas gelungsur bebudak. Tetibe datang orang DBKL marah dan terus bagi surat saman. Aku rasa nak suruh pengurusan taman kat rumah aku ni keluarkan surat saman jugaklah untuk sesiapa yg dah diatas umur tu,kekekeke, baru padan muka.

Tuesday, April 21, 2009

Bukan sebarangan

Anak sedara aku, Muhammad Azeem Iman, berusia 20hari. Petang ni ada satu majlis penting untuk dia, aku taktau nak sebut apa nama majlis tu tapi setiap kali ada bayi baru lahir keluarga kami akan buat majlis ni.


Dulang hantaran? Bertunang ke? Nikah? Ke nikah gantung? Kakakaka. Dalam bekas2 tu ada kurma, kismis, air zamzam, gula, garam dan ada lagi benda lain.


Selepas solat asar nanti majlis menyuap untuk anak buah aku akan diadakan. Korang mesti tak pernah dengar pasal majlis ni kan. Aku pun taktau tapi mak ikut cara orangtua dalam keluarga kami, tak buat takut dorang kecik hati plak.




Caranya begini. Beberapa orang telah dipilih untuk majlis ini, bukan sesuka hati korang nak volunteer, tak buleh. Dan selalunya mereka yg dipilih ni adalah orangtua yg dihormati dan berpengaruh.





Majlis akan dimulakan dengan bacaan doa kesyukuran dan setelah itu mereka akan menyuap benda2 diatas dulang tadi kepada bayi tersebut secara bergilir-gilir.Macam tepung tawar pengantin ler. Bukan suap betul2, sekadar letak dimulut bayi untuk beberapa saat sambil tu berpesan agar bayi menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.





"Saya tak buleh suap ke?",aku tanya mak.


"Ko belum akil baligh lagi",kekeke.







Monday, April 20, 2009

Hutang budi dibawa mati

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Terkejut bila aku diumumkan sebagai pengkomen terakhir diblog kutaksempurna (KTS) baru-baru ni belum hilang lagi dan tetibe ada satu lagi kejutan bila masuk ofis pagi tadi aku nampak ada satu bungkusan untuk aku. Wakenabeb,wakenabeb.




Satu bungkusan cantik. Tak sabar nak bukak maklumlah aku tak penah menang apa2 pertandingan sebelum ni.




Tadaa, ni lah hadiahnya. WEiii KTS, judul buku ni buat aku seram sejuk,kakaka, wakenabeb,wakenabeb. Betul ke buku ni untuk aku? Mana ler tau kot ko tertukar dengan orang lain.




Kata2 hikmat yg tertulis dibelakang buku. Terima kasih daun keladi untuk KTS dengan pertanyaan ko beli kat Pesta Buku ke ? Kekekeke.




Aku rasa nak buat pertandingan pastu bagi ferrari sebijik sebagai hadiahnya, buleh ke? :D





Friday, April 17, 2009

Bau itu mengghairahkan

"Hai".

"Hai"

"Eh! Semacam je bau".

"Ye! Bau apa? DKNY? Lenkom? Avon? Kekekee.

"Bukan, bau rempah baba's ke, alagappa's ke".

"Errrr....errrrrr".


KAKKKKKKKKK! Apsal ko meleseh kat aku tadi, kang aku dah tercalit bau param pilis ko nih,huhuhu. Tak suka, tak suka, spoil betul.

Thursday, April 16, 2009

Selak sikit je

Aku pakai skirt labuh. Dan tetibe aku diarahkan pegi sana sini, keluar opis ler ni. Dan tetibe aku rasa macam nak belah skirt tu sampai paha untuk memudahkan aku melangkah masa menjalankan semua urusan tuh.

Dan memang aku terpaksa angkat skirt tu masa nak langkah longkang, nak naik tangga dan nak lintas jalan.

Kepada abang2 yg terpaksa melihat aksi2 ku yg sedikit ganas tapi ayu tu aku mintak maaf, bukan sengaja nak tayang kaki tapi aku memang kejar masa.

Errr, betul ke abang terpaksa tengok aksi tu atau sengaja memaksakan diri ? kakakaka.

Wednesday, April 15, 2009

Sampai syurga


"Macam mana nak masuk syurga"?



"Kena solat, tolong orang, jangan lawan cakap ibubapa, bla,bla,bla".



"Kawan abang cakap kita kena mati dulu baru boleh masuk syurga".



"Gulp!".

Anak buah aku ni baru demam 2 ari dah cakap merapu-rapu buat aku risau pulak. Acik ko banyak buat dosa ngan ko, kang aku tak sempat mintak maaf menyesal seumur hidup plak. Nak makan ubat punyalah seksa, macam2 dia tanya pasal ubat tu, naper rasa pahit, naper kaler pink, naper botol bentuk lain-lain,haihh, payah sungguh. Cepat baik nanti acik bawak ko main layang-layang kat lombong biru. Sebenarnya acik nak intai mamat hensem yang dok jogging tuh,kekekeke.

Tuesday, April 14, 2009

Senyum seindah suria

Balik keje petang semalam aku bukak peti ais. Nampak 2 ketul jagung mentah, taktau sapa yg beli. Aku potong kecik-kecik dan rebus. Taraaaaa.

Nampak ada 5-6ketul nuget ayam, keluarkan dan goreng. Taraaaaa.

Buat air teh secawan, pastu, MAKANlah, apa tunggu lagi,kekekekkeke.



Monday, April 13, 2009

Cermin diri

2-3 minggu lepas aku tengok rancangan Pondok-pondok kat tv9. Pengacaranya ialah pemenang bintang popular,sapa lagi kalo bukan Tijah. Opsss sori, Nabil. Jah, mintak maap kalo aku buat ko kembang hidung jap,kekeke.

Malam tu Nabil pakai kostum Superman. Sakit mata sungguh tengok dia pakai rupa tu. Dan aku rasa dorang sumbat kain dalam kostum tu untuk nampakkan bentuk fizikal Nabil. Mungkin kerana kostum yg berat bila berjalan Nabil terbongkok-bongkok dan terkangkang-kangkang macam budak baru berkhatan.

Ni gambar yg sempat aku snap aritu. Budak2 yg tengok pakat dok gelakkan Nabil dan ada salah sorang yg terlepas cakap "Superman ni macam bodoh je".

Saturday, April 11, 2009

Asal Khamis je mintak..

"Apsal kalo Khamis je nak"?
"Yg lama dah bocor".
"Macamana bleh bocor?
"Kena air"
"Macamana bleh kena air?"
"Gi tandas,pastu kena air,pastu bocor la".
"Payah la kalo camni. Nasib baik Khamis je mintak, kalo ari-ari mau dapat penampar free".


Anak sedare aku bila ari Khamis je mintak paper bag nak isi baju sukan. Tiap2 ari Khamis dia mintak, bila aku tanya yg lama pegi mana dia cakap dia buang pasal dah hancur kena air,mana aku tak geram, bukan murah paper beg tu, kang aku bagi beg plastik Giant je baru padan muka.

Friday, April 10, 2009

Yg mana pilihan kamu

Ku bukan superstar

Kaya dan terkenal

Ku bukan saudagar

Yg punya banyak kapal


Ku bukan bangsawan

Ku bukan priyayi

Ku hanyalah orang

Yg ingin di cintai



Jiwa tengah kacau memikirkan keputusan pilihanraya Indonesia, korang jangan bising-bising okeh. Ni untuk undi pos. Ada 44 parti yg bertanding dengan nama-nama calonnya yg memang superb seperti, Dr.Gukguk Agus Riyanto Bustari, Hermansyah Islah Muldiyono Putra dan ramai lagi yg berbelit lidah nak menyebutnya.











Lepas tanda nama calon masukkan dalam sampul surat "Surat Suara" dan poskan ke Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak. Sempat ke sampai nih?




Thursday, April 9, 2009

Hanya dia dihati

Aku harap sangat hari ahad lepas dia yang akan berada di atas podium sambil melambai kepadaku tapi nak buat macam mana semuanya hampa. Walaupun dia tak berada diatas podium aku tetap penyokong setia pasukan merah itu. Kalo tak percaya tengok ni :



Tan Sri, pinjam keta jap nak amik gamba letak kat blog,kekeke





Cunnyer budak ni.







Kalo sesapa nak kutuk pasukan merah ni tolong pandang kiri kanan dulu ok sebab orang2 aku senantiasa ada di mana-mana,kekekeke.



Wednesday, April 8, 2009

Berkongsi cerita

Email dari seorang kawan, aku pun baru tau. Baca ler dulu untuk tahu kesahihannya.




Tuesday, April 7, 2009

Berbalas tembakan



Aku pegi pejabat pos nak baharui lesen memandu, dan tak semena-mena aku telah di TAG oleh sorang makcik yg aku tak kenali. Ingatnyer kat blog jer ada tag.

"Bayar bil ke dik?"

"Ya". (takkan gi oder makan plak kat situ)

"Nama ape?"

"Juliet".

"Pehhh, nama cam omputeh. Ada campur-campur ke?"

"Ya".

"Pandai makcik teka. Belah mana?"

"Belah mak ngan ayah".

"Ooooooo,campur camner tuh".

"Campur lelaki ngan pompuan, jadilah saya,kekekeke."

"Dah kawin?"

"Belum".

"Pandai betul makcik teka. Dah ada boypren?"

"Belum".

"Haaaaa,hahaaaa, pandai lagi makcik teka".

"Err, dah berapa lama makcik kat sini?"

"Dekat 2 jam".

"Bayar bil?" (sebenarnya aku da rasa nak larikk)

'Tak, nak beli setem,lagi dekat 20 orang nak lepas."

"Beli setem takyah ambik nombor, pegi kat kaunter sana terus".

"Ehhh,ye ke,nape takde orang cakap,bla,bla,bla". (bangun)

"Kesiannya dia,fuhhh lega."

Kat Kaunter

"Barukan lesen berapa tahun dik?"

Mulanya nak cakap 5 tahun tapi aku buat setahun je sebab tetibe teringatkan member aku si KTS tu cakap jangan barukan lama2 mana tau kot tetibe kita padam cepat buat rugi je,kekeke.

"Setahun je? Tunggu lama2 setahun je?"

"Saja suka datang sini".

Monday, April 6, 2009

Deria bauku diuji

Semalam merayau-rayau ke satu tempat. Tengok jam dah pukul 2 lebih, patut pun perut dah bagi warning banyak kali. Aku ajak kawan cari kedai makan. Berpusing2 dalam bangunan tu agak lama sebab kami dah lama tak datang sini. Puas bertanya kat pak2 guard tu akhirnya kami jumpa foodcourt dalam bangunan tu juga.

Melangkah je masuk dalam foodcourt tu hidung aku mencium pelbagai bau yg betul2 meloyakan datang dari beberapa kedai masakan cina. "Bluekkkk", muka kawan dah bertukar kaler biru. Cepat2 aku tarik dia keluar.

Pengudaraan yg kurang baik membuatkan aku dan beberapa orang Melayu lain tak jadi masuk ke situ. Aku heran tengok macam mana orang lain boleh makan sambil gelak2 hepi sedangkan aku lalu tepi je dah rasa tak tahan.

Saturday, April 4, 2009

Dari Seberang

"Itu iklan Along pinjam duit ke?"



"Bukan".



"Abis tu iklan apa? Selalunya along je yg suka gantung2 gitu".



"Saya taktau la pakcik".



"Kamu tak reti baca ke?"



"Saya dari seberang".



"Oooo. Tapi kamu tau plak tu bukan iklan along".



"Errr,errrr."









Friday, April 3, 2009

Jgn jolok sarang tebuan

"U dah tukar password safety box ni ke"

"Takdelah, yg lama gak".

"Nape takbleh bukak ni?".

"Ooo, bateri dah lemah ler tu. Kena guna manual, guna kunci ler bos".

"Tapi kunci dia kat dalam".

"Ape?"

"Kuncinya kat dalam safety box".

"Grrrrrrrr! Lu pikir le sendiri".


pstttt: aku ada kunci spare tapi malas nak bagi, biar bos aku gelabah sikit,kekeke.

Thursday, April 2, 2009

Kerlipan lampu itu







"Nanti tolong tengok nasi kat dapur".



"Ok".



Beberapa jam kemudian.





"Dah masak nasi?"

"Rice cooker ni rosak ke?"



"Rosak? Abis tu nasi masak ke tidak?".



"Nasi masak, tapi lampu dia menyala je dari tadi".



"Dah ko tak tutup suis memang la dia menyala, hampeh la ko ni".



"Ingat lampu tu padam sendiri bila nasi dah masak".



"Dah berapa lama ko tak pegang periuk?".



"Errr,errrr..."



Pesanan kepada semua wanita, berhati-hatilah ketika menggunakan perkakas elektrik di dapur, pastikan ada cop SIRIM,kekeke.

Wednesday, April 1, 2009

Suam suam kuku


"Acik pasang ekon". Aku on ekon.
"Acik pasang kipas, nombor 3 tau. Aku on kipas.
"Acik ambik toto". (bkn toto nombor ekor wokeh) Aku ambik.
Dan dengan selamba dia selimut guna toto tu, aku ingat nak buat tilam.
"Apsal selimut ngan toto, macam mana nak rasa ekon ngan kipas?"
"Biar rasa suam2 je".