Thursday, December 23, 2010

Hati....

Saat mata mahu pejam
Saat telinga tidak ingin mendengar
Saat mulut tidak ingin bicara

Saat hati sedang luka
Saat jiwa sedang gelora
Saat badan rasa merana

Saat itulah dia berkata, " Awak ada urusan di bank petang nanti ye".

Sabarlah hati, jangan buat angkara. Dah selalu berurusan di bank itu, masa yang diambil sangat lama.
Ada 5 kaunter, tapi kaunter yang dibuka hanya 2. Taktaulah tak cukup staff ke apa.

Memandu dalam cuaca mendung sangat menguji mental dan fizikal :D

Paking kereta, berlari anak menuju ke bank sebab gerimis. Malas nak bukak payung.
Hati tak sedap je, bagaikan dah dapat mengagak sesuatu.

Masuk bank, tekan nombor. Tetiba berbunyi satu suara, 1114 kaunter 2. Tengok nombor lagi.
Eh! Macam tak percaya, tapi itulah realitinya. Suka!!!! Suka!!!!


Hati, jangan cuba menguji. :D

Tuesday, December 21, 2010

Hidup tak selalunya indah

Malam. Gelap. Pekat. Likat.
Diluar hujan lebat.

Aku resah gelisah.
Kalih kiri salah, kalih kanan salah.

Raba kiri salah, raba kanan salah.
Argghh!!! Aku takut, aku takut.

Aku pandang dia.
Cuba memohon simpatinya.
Tapi malam yang gelap, pekat, likat, jadi penghalangnya.

"Kenapa nampak gelisah je?", akhirnya dia bersuara.

"Kenapa saya rasa seat ni panas? Macam duduk atas tungku panas".

"Hahahahahahhaha", dia ketawa.

Aku pandang matanya.
Tapi malam yang gelap,pekat,likat masih jadi penghalangnya.

"Mesti U tertekan button temperature. Seat Bentley ni buleh adjust temperaturenya".

Lalu dia menekan satu butang saja dan aku boleh duduk dengan selesa.

MALU?  Itu belakang cerita.

Aku lupa nak tanya dia boleh tak letak button temperature kat seat skuter.

Monday, December 20, 2010

Beribu batu

Dia baru balik kampung di Kuala Terengganu.
Dia telefon suruh ambik buah tangan dengan segera.

Kamu kenal ini ubi apa? Manalah kamu kenal sebab kamu orang bandar kan.
Err....aku pun tak kenal juga :D

Menurut dia, ubi ni dipanggil ubi "Keling".
Kerana kulit ubi ni hitam.
Dan ubi ni banyak terdapat di sebelah Pantai timur.
Saiznya sebesar ibu jari tangan saja.
Cara masaknya macam ubi lain juga, basuh bersih, rebus, sedap.


Dan dia juga bagi ini.
Kamu kenalkan?
Dia beli sebungkus besar teh ini sebab katanya teh ini terkenal di Kuala Terengganu.



Aku belek2 baca label dibelakang, dan teh ini dibuat di Selayang saja.

Dia geleng2 kepala kerana dia sangka ini teh Terengganu dan bukan main susah payah dia angkut kotak besar tu.

Lain kali nak beli baca label dulukan.
Tapi aku sangat hargai pemberian dia walaupun ini hanya teh Selayang.

Thursday, December 16, 2010

Kerana Cinta Aku Kembara

Dia tanya sama ada aku dah habis baca novel yang aku beli hari tu atau belum.
Aku jawab sudah. Dia suruh aku cerita pasal novel tu. Aku pun mula bercerita.

"Ayah dia Cina masuk Islam, kaya. Dia ada 6 orang adik beradik, hidup gembira. Bla...bla....bla..".

Dia angguk-angguk saja.

" Lepas ayah dia meninggal, dorang hidup susah. Mak dia bagi dia kat keluarga angkat. Dia kena dera duduk ngan keluarga angkat. Bla..bla....bla".

"Cop! Cop!", dia jerit sambil angkat tangan. " Dia masuk MRSM, bla...bla.. masuk UKM, buat medic, bla...bla...mak dia kawin ngan orang Indonesia, bla..bla...mak dia jual rokok kat Chow Kit,bla..bla....".

"Eh! Ko dah baca ye?", aku tanya sambil bulat-bulat mata.

Dia senyum saja.

"Ko ingat tak dulu mak aku ada cerita pasal sorang kawan dia yang sekarang ni berniaga kat Chow Kit? Aku rasa penulis novel ni salah sorang anak makcik tu. Aku rasa novel ni memang kisah benar dia".

 Dan tanpa berlengah dia terus menelefon ibunya untuk dapatkan pengesahan.

Setelah meletakkan gagang telefon, dia pandang aku dan berkata, "YES". Cam iklan broadband baru tu :D

Oh! Rupanya aku sedang baca cerita kehidupan orang yang aku kenal. Dr.H, moga doktor akan tabah melalui segalanya dan moga doktor terus menghasilkan karya yang hebat.

Wednesday, December 15, 2010

Cair



Masak air kat opis.
Tetiba ada bau macam plastik terbakar.
Cuba juga intai2, tapi tak nampak asap atau apa2 yg mencurigakan.

Masa nak cabut plug air, tengok plug tu dah jadi gini.

Bukan salah aku, tapi salah bos sebab semalam dia tukar kepala plug ni dan dia ada buat pengubahsuaian sikit pada wayar kerana katanya wayar tak cukup panjang.

Mujur tak meletup satu opis.





Wednesday, December 8, 2010

Bijak dan Pelik

"Teh O Serai satu", kata dia.

Aku tercengang. Salah dengar ke?

Budak pelayan datang bawak segelas teh O dan didalamnya ada sebatang serai.

Dengan selamba dia kacau teh guna serai yang telah diketuk dibahagian bawahnya.

"Apa rasa?", aku tanya.

"Rasa pedas serai, tapi taklah pedas macam teh halia".

Bijak sungguh peniaga tu menarik pelanggan dengan minuman yang rasanya tak terdapat dikedai lain, ke korang pernah jumpa teh serai?

Tuesday, December 7, 2010

Gambar Kereta Cantik

"Acik, ni kalendar gambar kereta ke gambar pompuan?".

Acik pun terkesima tengok gambar-gambar kalendar tu.

Acik cakap jangan gantung kat dinding nanti mesti atuk marah.

Dia geleng kepala tak puas hati sebab katanya gambar kereta kecik saja.

Acik tunggu kalendar kuda.


Monday, December 6, 2010

2 jam lebih...

"Tunggu sekurang-kurangnya 2jam baru on kan dia.Kalau on esok lagi bagus. Dalam van tadi gas dia goyang, jadi bila kita letak baik2 ni kena biarkan 2jam baru gas dia stabil balik dan tak cepat rosak", bersungguh dia beri penerangan.

"Oooooooooooo",panjang O kami.

Baru aku tau rupanya jika peti sejuk baru diturunkan dari kenderaan, tak kira yang baru atau lama, kita kena tunggu sekurang-kurangnya 2jam untuk hidupkan dia semula sebab gas didalamya bergoyang ketika dalam kenderaan tadi.

Jika terus dihidupkan, peti ais tu cepat rosak, itu mengikut kata jurujual  ye.

"Mak, masa dulu mak beli peti ais mak terus on kan ke tak?".

"Manalah mak ingat, ko tanya hal 10 tahun dulu".

Peti ais rumah aku masih elok walaupun dah 10tahun lebih, mesti mak betul-betul ikut kata jurujual.

Friday, December 3, 2010

Pulangkan Cinta Hatiku

Serba salah sekarang mahu membeli barang runcit di kedai Kak Su.
Tak sampai hati nak tengok muka Kak Su yang pucat, cengkung, dan matanya yang bengkak.

Kalau ada baca Kosmo semalam, ada berita yang tertulis, "Ibu saudara ghaib bersama 2 orang kanak-kanak", itulah anak Kak Su yang telah dilarikan oleh sepupu Kak Su sendiri.

Kak Su suami isteri berasal dari Acheh, dan mereka telah menetap lama di sini. Mereka membuka kedai runcit dan mempunyai 2 orang anak. Selama mengenali Kak Su, kami sekeluarga rasa yang Kak Su ini seorang yang baik dan sangat mesra dengan pelanggan.

Kak Su mengupah sepupunya yang berasal dari Acheh untuk menjaga 2 orang anaknya yang masih kecil itu kerana tidak mahu anak-anaknya mengganggu Kak Su dikedai, dan pada hari Sabtu lepas ketika pulang ke rumah Kak Su dapati anak-anaknya dan juga sepupunya itu telah lesap.

Dan sehingga hari ini Kak Su masih belum menerima khabar berita mengenai anak-anaknya.

Petang semalam mak ke kedai Kak Su untuk membeli sayur dan ikan. Dan bila mak pulang ke rumah, mata mak merah dan berair.

"Mak tak sampai hati tengok Su dok menangis, tak makan tak minum", kata mak sambil kesat airmata yang mengalir turun.

Kalau ada yang terbaca suratkhabar semalam, dan mungkin anda ternampak seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan bersama dengan gadis muda berhampiran kawasan anda dalam keadaan mencurigakan, sila buat laporan kepada polis dengan segera.

Sama-sama kita bantu Kak Su sekeluarga.

Wednesday, December 1, 2010

berGUNA

Cuti sekolah kat rumah tu riuh rendah.
Kanak-kanak  bertiga sangat suka main air hujan.
Sehari sampai 4-5 pasang baju sorang tukar.

Musim hujan macam ni, mesin basuh pulak sakit.
Kenalah dibaiki cepat, kalau tidak 3-4 bakul menimbun.
Takkan nak sental guna tangan.

Beli baru? Yang ni boleh pakai lagi kata Mr.Guna, tukang baiki yang hebat itu.
Mr.Guna tukar barang sikit saja, RM50, selesai.
Ingat nak tukar sendiri, takut pulak mesin tu jadi tak berguna nanti :D