Thursday, February 25, 2010

Tolak? Terima?

" U pegi open house rumah bos besar esok?".

"Malaslah, bukan boleh makan pun, mesti dia panggil katering cina".

"Tapi bos besar suruh I ajak U, dia tak jemput semua orang tau, dia pilih2 saja".

"Saya ada hal, nantilah saya bagi jawapan".

1jam kemudian.

"Juliet, I nak ajak U datang open house rumah I esok, pukul 7 malam. U datang ye, kalau tak tau jalan I suruh orang datang ambik U", bos paling besar.

Ah! Macam mana ni, bila bos paling besar yang datang jemput sendiri susah pulak nak cakap tak mahu, tak boleh atau perkataan lain yang sewaktu dengannya. Nampaknya esok terpaksalah juga menggagahkan kaki ni mencari rumah bos paling besar yang tersergam indah di pinggir bandar Kuala Lumpur tu.

Dan dengan harapan bos paling besar akan bagi aku angpow paling besar juga bersesuaian dengan hari besarnya itu.

Monday, February 22, 2010

2minit

Hari ni Kak Juliet nak bagi resepi istimewa, resepi yang Kak Juliet baru tau semalam.

Beli beberapa biji terung sederhana besar, tapi kalau kawan2 suka yang besar, belilah yang besar,tepuk dada tanya selera :P

Basuh terung tu, kemudian biarkan atau lap sehingga kering. Bukak dapur gas, dan bakarlah terung itu. Sila beli terung yang ada tangkai untuk memudahkan proses pembakaran. Kalau kawan2 nak bakar atas tutup periuk atau dalam kuali pun boleh, terpulang pada kemahiran masing2.

Bakar terung tadi sehingga kulitnya berwarna kehitaman dan mengeluarkan bau hangit hingga jiran2 tertanya2 apa jenis masakan yang sedang kita buat :P

Setelah kita rasa terung itu masak, letakkan dalam pinggan, biarkan sejuk sedikit dan kupas kulitnya. Potong terung kecil2 dan bolehlah dicicah dengan sambal belacan,cencaluk,budu atau apa saja. Kalau nak cuba cicah dengan sos cili atau tomato boleh juga.

Kak Juliet nak pegi buat sambal belacan dulu ye. Iina, DUN, Kts, korang jangan terkejut pulak bila sesekali Kak Juliet bagi resepi :P Selamat mencuba.

Thursday, February 18, 2010

Mentor? Af? American Idol? Bintang RTM?





Aku syak orang yang tido di kaki lima ni adalah peserta rancangan realiti yang terkeluar dan sedang menanti untuk masuk balik ke dalam rancangan tu. Tapi rancangan realiti yang mana satu aku tak pasti. Lengkap tu siap dengan sofa. Cayalah bro.

Wednesday, February 17, 2010

Semanis Kurma

Cuti tahun baru cina ini sajalah yang mampu aku buat, makan, dan makan, dan makan, makan. Rasa macam rumah terbuka masa raya la pulak. Di rumah pertama tak sempat nak snap gambar, duduk kat meja makan semua dah serbu juadah yang dihidangkan iaitu nasi beriani.

Rehat sejam kami bergerak kerumah kedua yang hanya 25minit perjalanan dari rumah pertama tadi. Dirumah kedua ni baru teringat nak snap gambar. Dan inilah juadah yang menanti untuk dimasukkan kedalam perut kami,ehehhehe.


BBQ ayam dan udang yang sangat mabeles. Rajin sungguh tuan rumah bermain api dimusim panas ni.

Bubur pulut hitam dan bubur gandum. 2 mangkuk bubur gandum selamat aku simpan dalam perut.


Tuan rumah, Puan Saripah Faridah dengan bergayanya mengenakan busana muslimah :P. Dalam dok sibuk menyiapkan tesisnya masih sempat mencuri masa memasak untuk kami, ribuan terima kasih. Senyuman Kakpah menyambut ketibaan kami membuatkan kami berasa sangat teruja untuk menghabiskan hidangan yang disediakan namun apakan daya perut ni dah tak mampu. Mungkin di lain masa kita boleh bersteambot pula ye :P



Thursday, February 11, 2010

Kuat? Awet muda?

Semalam hujan tapi aku keluar juga beli barang untuk ayah kerana dah lama aku berjanji untuk belikan barang itu. Siap beli barang aku menuju ke kereta. Aku tak buleh nak keluar dari tempat paking kerana sebuah Iswara merah menghadang. Aku nak cepat lalu aku bunyikan hon. Aku harap pemilik kereta itu berada berdekatan.

Selepas hon dibunyikan, 3 orang lelaki yang berada dikedai berdekatan memandangku.

Lelaki 1
Berada dikedai menjual telefon bimbit. Dia memandangku sekejap saja.

Lelaki 2
Berada dikedai menjual CD. Dia buat tak reti.

Lelaki 3
Berada dikedai jamu. Bila dia dengar aku tekan hon, terkocoh2 dia habiskan jamu dalam cawan dan membayar wang kepada peniaga dan terus menuju ke keretanya,sebuah Iswara merah.

Amboi bang, nak minum jamu pun paking la kereta elok2 dulu, tak menyempat je :P

Tuesday, February 9, 2010

Dulu bujang sekarang dah kawin

"Keje dimana?"

"Hospital tuuuuuuut"

"Keje apa?"

"Doktor biasa je, masih belajar"

"Hahhhh!!!! Biar betik.

Aku tak sangka dia (seorang lelaki yang hensem) sekarang seorang doktor kerana masa remaja dulu kalau tengok orang sembelih ayam dia akan pengsan. Dengar cerita orang sembelih lembu korban dia berpeluh-peluh sampai muntah-muntah.

"Saya sambut kelahiran anak saya".

Lagilah aku terkejut sebab aku sendiri pun bila tengok luka yang besar sikit dah menjerit. Aku tak tau macam mana dia ubah dirinya menjadi sekuat itu. Syabas kawan.

Monday, February 8, 2010

Bahangnya aku yang rasa

Kepala sedang kacau. 2jam terperangkap dalam kesesakan di pasar borong Selayang ditengah hari yang terik. Ya,aku pegi pasar borong, kenapa? Tak percaya? Beli ikan dengan sayur? Tidak, tidak. Aku pegi kutip duit perlindungan dari tauke2 itu, aku kan Ah Long,ehehehehe.

Deretan kontena limau untuk tahun baru cina yang membuatkan aku rasa macam nak pitam sebab terpaksa berpanas dalam kereta buruk yang berhawa dingin sepoi2 bahasa itu.
Limau dimana2, kalau sesapa nak limau murah datanglah ke sini. Tapi kalau setakat nak beli sekotak saja tak payahlah,takut ada yang pengsan dalam kereta cari tempat paking tak jumpa.

Thursday, February 4, 2010

Yang jauh juga dikejar

Kejadian 1.

"Demam campak? Mandikan dengan daun laksamana".

"Bukan daun bambu?"

"Taklah,daun laksamana la bagus"

"Tak pernah dengar nama daun tu. Mana nak cari?"

"Ko tau Taman Indah? Kat tepi padang bola, ada 3-4 pokok, ambik je, takde sapa2 punya".

"Jauhnya. Nanti saya pegilah"


Kejadian 2

"Sapa punya daun bambu ni?

"Tu daun laksamana"

"Daun laksamana ngan daun bambu tu samalah".

Aku ingat daun laksamana ngan daun bambu tu berbeza. Kalau daun bambu dekat tepi jalan kat rumah aku pun ada, tak perlu susah2 nak pegi jauh. Payah juga kalau satu benda dipanggil ngan banyak nama ye.

Tuesday, February 2, 2010

Suamiku..argghhhhh

Lebih kurang 3-4jam aku berada disini, sebuah kedai yang menjual pinggan mangkuk dan peralatan rumah, cenderamata dan sebagainya. Dari memula aku masuk sampailah aku ke kaunter bayaran, abang ni layan tido tak hiraukan orang langsung.

Aku pun tak pasti dah berapa lama dia berada dalam kedai ni sebab masa aku masuk dia dah ada kat sofa tu. Memula aku tengok dia menguap biasa2 je, aku pusing kali kedua dah lentok, aku rasa dah mimpi pun. Mulut dia terpaksa ditutup kerana aku taknak ada yang terpukau melihat mulutnya yang ternganga itu.

Steady lah bang sanggup teman isteri membeli belah walaupun abang nampak penat dan bosan.