Friday, October 29, 2010

1, bukan 2 atau 3

Nak jumpa Pak Menteri
Nak hadiri majlis rasmi
Nak hadiri mensyuarat Kementerian
Nak hadiri majlis berprotokol
Nak pergi kursus

Semuanya kena pakai ini.




Kain yang diberi nama 1 Malaysia.
1 meter RM 22.00.

"Errr...Mahalnya. Ingatkan 4meter RM22.00".

"Mestilah mahal sebab ni dibuat khas. Lagipun kain ela sekarang mana ada murah".

"Ada, kat aked tu, RM50 dapat 3 pasang, lagi cantik-cantik".

Dan dia tarik muka masam.

Jangan tanya apa sumbangan negara pada anda
Tapi, tanya apa sumbangan anda pada negara :D

1 Malaysia! 1 Malaysia!
Sambil jerit dan angkat jari telunjuk ok, bukan jari lain :D

Thursday, October 28, 2010

Tewas dalam nikmat

Kononnya tak nak makan nasi malam-malam.
Kononya tak nak minum ais malam-malam
Tapiiiii, baru je dia ajak-ajak ayam aku dah angguk2.

Dan inilah makan malamku semalam. 

Nasi putih, telur bungkus,kailan ikan masin,tomyam.

Dia oder carrot O, sedap pulak. Kalau carrot susu aku takleh telan,bau macam tanah.



Pencuci mulut, kerabu buah yang slow2 pedas.
Sebab slow2 pedas maka aku asyik berulang ke tandas.
Kalau high2 pedas mau aku tido dalam tandas agaknya.


Wednesday, October 27, 2010

Lipat2 sakit tau...

Dia kata dia beli buku baru.
Aku saspek mesti buku kaler.
Rupanya buku ini.

"Kita buat sama-sama ye".
Lemah semangat.
Sapalah yang beli buku ni.
Aku sungguh tak pandai nak buat keje lipat melipat


Sebelum dia pegi sekolah tadi aku hulur buku tu.
" Bawak buku ni buat ngan kawan2 kat sekolah.Mesti kawan2 suka".

Dan dia sangat gembira
Aku pun lega, dan aku harap dia tertinggal buku tu di sekolah sebab dia ni jenis pelupa sikit :D

Tuesday, October 26, 2010

Jika dirimu tahu ku milikmu....

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya



Majlis Persandingan Linda Dan As
Taman Ibukota
23 Okt 2010

Aku suka majlis ni sebab :

1. Ada abang Rela yang carikan paking untuk aku ngan kts :D
5-6 kali dok pusing takde paking, harus melecet kaki kalau paking 10km dari dewan kan.

2. Makanan yang sedap dan dewan yang sejuk :D
Rasa taknak bangun lepas makan tapi bila tengok jemputan yang ramai berderet terpaksalah bangun juga.

3. Terpegun tengok pelamin merah putih yang sangat cantik :D
Errr..kts,aku dah cop kaler gold, ko pilih kaler lain ok.

4. Dapat cuit bahu pengantin tapi pengantin buat taktau :D
Pengantin perempuan gabra, aku dok depan dia pun dia dah tak nampak.
Abang As, amboi, senyum sokmo.

Gambar tu hasil seni kts ok, kalau ada kekurangan sila kutuk dia,hahahaha. 

Epal dari pengantin, harus dimakan untuk ambik berkat. :D

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat Linda dan As.
Dan terima kasih sudi jemput kami.


Monday, October 25, 2010

Jangan main gunting

Dia tanya kenapa aku simpan setem.
Aku cakap aku memang minat kumpul setem.
Aku cakap lagi aku ada 4 album setem, tempatan dan luar negara.



Dia tanya lagi takkanlah sebab minat je.
 Aku cakap sebab aku nak jadi kaya dengan kumpul setem.
Dia makin rapat, makin berminat.

Aku cakap mungkin 20tahun akan datang orang dah tak guna setem.
Masa tu pulak kerajaan cari orang yang ada simpan setem lama2.
Aku cakap lagi kalau kerajaan bayar aku sekeping setem RM1 pun dah berbaloi
sebab aku ada berpuluh ribu setem dalam simpanan.

Dia ternganga, terkesima.

Dan esoknya, bila posmen hantar surat, dia cepat2 pegi gunting setem.

Wah!!!. dah lawan tokey ni. 

Friday, October 22, 2010

Buah keranji dalam perahu

Hari tu tengok drama Melayu.
Cerita bagus,pengarah bagus, hero ngan heroin mantap.

Drama bersiri.

Satu episod tu, lepas solat hero mengaji.
Adoiiiii, sakit sungguh telinga bila dengar hero mengaji.
Baca bismillah pun tergagap-gagap.
Berterabur harakat, panjang pendek taktau kemana.

Banyak juga tengok drama melayu lain, bila bab mengaji semuanya tunggang langgang.

Pengarah patut pikir, sesuai ke tidak seseorang tu mengaji, dan kalau nak mengaji juga,
sila sebut dengan betul, jangan hentam keromo saja.

Kalau nak tunjuk hero tu alim tak semestinya kena paksa dia mengaji kan.

Ni yang kekadang malas nak tengok drama Melayu

Thursday, October 21, 2010

Roti bakar sapu jem

Dia hulur bungkusan plastik besar.
Aku sambut dengan jiwa kecik.

" Banyak khasiat. Buat jem ngan jus, nanti bagi saya sikit eh".




Ok, balik keje nanti nak pegi Giant, nak beli jem ngan jus roselle.

Jem kita korek bubuh dalam bekas.
Jus pulak kita kasik masuk dalam botol mineral water.

Esok bagi dia, mesti dia terima dengan jiwa yang lagi BESARRRRRR.


 

Wednesday, October 20, 2010

Bila LRT penuh sesak

Dia sungguh berani.
Pakai seluar kotak-kotak kecik.
Kaler hitam putih lagi.

Dia sungguh berani.
Pakai kasut keselamatan.
Sebelah tangan dok bersms.
Sebelah tangan lagi kepit beg.

Aku tak berapa berani.
Hanya jeling2 tengok seluar dia.
Aku tak sanggup pakai seluar kaler itu.
Rasa ago go je :D



Tuesday, October 19, 2010

Panas2 makan ais krim,memang kool.

Dia ajak main layang-layang.
Dah lama tak main layang-layang.
Acik bukannya pandai main layang-layang.

Bawak duit RM5 dapatlah beli layang-layang ikan.
Pegi padang jauh baru boleh naikkan layang-layang.
Kat padang dekat tak boleh main layang-layang sebab orang main bola.

"1,2,3", dia cakap "lari,lari,lari kuat-kuat acik".
Acik lari tak pandang kiri kanan, punyalah semangat nak main layang-layang.
Layang-layang ikan tak dengar kata, asyik nak turun ke bawah je.
Acik dah berpeluh-peluh.

" Bagilah adik pulak", dia dah bengang.
Acik dah syok main layang-layang lupa pulak pada anak sedara.
Bukan senang nak naikkan layang-layang.
Makan ais krim sambil jeling-jeling abang hensem jogging lagi syok :D

Monday, October 18, 2010

Kawan atau lawan

" Kenal Dayang Norfaizah?"

" Penyanyi tu ke? "

" Yup, penyanyi tu lah "

" Kenapa ngan Dayang Nurfaizah?"

" Dia ada lesen bawak kapal terbang "

" Hah! Wah! Tak sangka. Hebatnya dia".

" Aku naik kapal terbang yang dia bawak semalam. Pusing2 KL"

" Hah! Ye ke?"

" Ye lah, dalam mimpi ".

Makan dalam sungguh.

Friday, October 8, 2010

Lain Kali Saja

" Saya pelajar sebuah kolej, saya jual berus gigi dan alas meja untuk tambah duit poket,
tolonglah beli kak, saya orang susah, tolonglah kak", rayu dia.

Aku dan mak berpandangan. Di surau azan maghrib sedang berkumandang dan mak kelam kabut nak ke surau sebab malam Jumaat selalunya diadakan bacaan Yassin secara berjemaah.

" Takpelah dik, lain kali saja. Makcik baru je beli berus gigi kat Giant, beli 3 percuma 1. Alas meja makcik pun dah banyak, lain kali saja ya", mak senyum pada dia.

" Lain kali, lain kali. Ingat ada banyak lain kali ke? Kalau tetibe mati macam mana?", dia marah2 sambil berlalu pergi.

Aku dan mak geleng kepala. Kat kawasan rumah aku ni ramai sungguh yang mengaku pelajar kolej jual macam-macam dari rumah ke rumah. Betul ke mereka ni pelajar kolej atau penjual biasa yang saja nak tarik simpati? Hari tu ayah ada beli fridge magnet, dia kata pelajar kolej juga yang jual, pelik.

Thursday, October 7, 2010

Bulan Sabit...Merahnya tiada

Pukul 2 dia telefon di pejabat.

" Acik, abang ada koko hari ni".

" Aikkk, dah lama tak pegi koko tetibe je pulak"

" Acik boleh tak hantar abang kat sekolah pukul 3 nanti?"

" Ye lah, ye lah", jawab acik yang baik itu.


Dalam perjalanan ke sekolah dia.

" Selalu abang tak pegi pun kalau ada PBSM kat sekolah".

" Selalu tu malas, tapi hari ni sebab ada jamuan raya ngan karaoke".

Gulp!

Wednesday, October 6, 2010

Kamu nampak BIRU


 Kata Orang 1

"Makkkk!!!!! Ingatnya apa.


Kata Orang 2

"Pelik, memang pelik.


Kata Orang 3

"Opocot! Betul punya ke?








Tak bolehkah sesekali dia bertukar kaler? :D

Tuesday, October 5, 2010

Disebelahnya yang kontroversi

Rumah terbuka di sana sini
Orang jemput tak elok uzurkan diri
Sayang makanan terbazir nanti :D


Rumah terbuka Puan Sri
Pstttt..meh dekat2 mari
Jiran sebelah pernah kontroversi
Tempat pernikahan Bung dan Zizie

Juliet dan Puan Sri
Err...mana Tan Sri?
Tan Sri tak boleh tunjuk diri
Takut ada yang kejar nanti :D


Ni salah satu kereta Puan Sri
Nissan Fair Lady
Juliet hanya mampu pandang dari sisi  :C

Monday, October 4, 2010

Andai kamu Fahri, adakah aku Aishanya?


Dia ajak aku hadiri majlisnya
Dia kata aku pasti suka
Dia kata aku pasti teruja
Dia kata aku pasti masuk blog punya :P



Oh! Majlis ini dihadiri oleh salah seorang peserta imam muda
Khairul Azhar Ghazali lemah lembut dan sopan santun orangya
Bila bertentang mata
Dia tunduk senyum dan malu2 pula




Imam muda sedang memberi tips dan doa
Untuk adik2 yang bakal periksa
PMR akan bermula hari Selasa
Moga dipermudahkan Allah dalam segalanya

Terima kasih buat imam muda
Yang sudi datang ke majlis yang tidak sepertinya
Entah kenapa semalam Juliet tak boleh tutup mata
Mungkin kerana Juliet dah ada nombor henpon dia, yahooooooooo.