Wednesday, October 29, 2008

Satu destinasi seribu cerita



Tunggu Putra LRT kat terminal untuk ke KL Sentral. Kat sebelah aku ni ade sorang pompuan, bukan main dia dok layan lagu kat MP3, siap goyang2 kepala dan badan sumer. Gedik semacam je aku tengok, ramai gak yang pandang dia pastu bisik2. Tiba2 ada satu pengumuman, " Anda hanya boleh menaiki tren yang berhenti di platform 1 sahaja kerana kami mengalami masalah teknikal di platform 2, harap maklum". Datang tren berenti kat platform 2. Dan kedengaran pengumuman di buat sekali lagi,"Tren yang berhenti di platform 2 tidak boleh dinaiki,harap maklum."

Lepas dengar pengumuman tu, aku dan beberapa orang lagi tu masih duduk, ye lah, dah orang kata tren takleh naik. Nak dijadikan cerita, budak pompuan yang dok layan MP3 ni meluru dengan pantas ke dalam tren yg rosak tuh. Dan pintu tren tu pun tertutup. Kami semua tercengang-cengang pandang pompuan ni. Dan tak lama kemudian dia pun dengan sekuat tenaga menghentak pintu tren. Tiba2 datang teknisian ni marah2, dan aku tengok muka budak pompuan tuh dah macam2 kaler, biru,ijau,kuning langsat,itam,pink...Kalo nak dengar lagu ke hape ke biarlah sesuai ngan keadaan kang sendiri malu.

Tren yang ditunggu tiba jua akhirnya. Aku naik, nasib baik ada tempat duduk.Dalam tren, ada sepasang omputih, berdiri. Dorang ni taktau malu langsung dok berpeluk bercium dalam tren tu. Sakit mata sungguh. Ada 2-3 orang tua dok jeling meluat kat dorang ni. Tak hormat langsung.

Kat satu stesen naik lah sepasang suami isteri bersama 2 orang anak yang masih kecik. Anak dia yang kecik tu aku rasa umur dalam 2 tahun dok melalak peluk mak dia, aku tengok dia takut semacam bila tren tu bergerak. Dah lah penuh sesak, tambah plak lagi dengar budak dok meraung, rasa nak pecah tren tu. Aku berdoa dalam hati cepatlah sampai dah tak tahan dengan macam2 kerenah dalam tren yang sempit dan slow je.

Sampai kat KL Sentral, tetibe rasa lapar,masuk McD. Oder aku siap, bayar dan cari tempat duduk. Masukkan straw dalam bekas minum, slurrp. Apsal air ni tak sejuk. Mana best air gas tak sejuk, kurang nikmatnyer. Bukak penutup tu, aikk,apsal takde ais. Rasanyer aku tak cakap pun kat kaunter yang aku taknak ais. Bawak bekas gi kaunter, "Buleh mintak ais?". Dan dengan selambanyer dia jawab"Sori, No stok". Hah! Terkejut beruk aku. Patutlah aku dengar dorang dok cakap2 no ais,no ais, aku ingat apa benda. Seumur hidup aku makan kat McD tak penah plak dorang cakap ais takde. Kalo dah takde ais bagi ler diskaun 50posen pun jadilah. Aku bengang! Aku bengang!

Tuesday, October 28, 2008

Bila dia sudah tiada

Aku tengok dia sedang sibuk berkemas. Masuk baju dan segala aksesori dalam beg besar. Tengok gaya macam dia akan pergi 3-4ari. Aku diam je, malas nak tanya lagi sebab aku tengok dia kalut semacam, keluar masuk bilik.

Bila dia dah nampak kool aku pun tanya untuk dapatkan jawapan. Kali ni dia akan pegi jauh skit, taklah jauh mana, tapi jauh gak lah. Dia akan mengikuti rombongan syarikatnya ke Jakarta selama 4ari 3malam. Ini bermakna aku akan di tinggalkan keseorangan, ahh, sunyilah hidupku, tiada orang untuk bergaduh lagi. Tapi aku akan rasa selesa tido sensorang di musim panas ni, kalo dia ade sempit sikitlah katil tu.

Aku tak kisah walau ke mana jua dan berapa hari dia nak pegi, yang penting bila balik tu jangan lupa bawak buah tangan untuk aku, tak kisah ape pun janji ada.



Beg dia, ada lagi barang tak masuk ni.


Passport dia bukan passport aku.


Duit dia bukan duit aku

Aku doakan agar adik aku nan seorang ni selamat pegi dan selamat kembali. Baik-baik ko kat sana tu dik, jangan bawak balik cowok dari seberang udah.





Saturday, October 25, 2008

Tak lama dah

Dah shopping ke? Deepavali lagi 2-3ari je. Aku baru jenguk2 kat Jln Masjid India, aku nak pesan skit lah, kalo sesapa yang berniat nak ke Jln Masjid India dalam masa terdekat ni korang tolong kenselkan niat korang tuh. Bak kata mummy la, segala bau-bauan ada, bukan menghina, tapi tu lah kenyataan yang harus di terima. Masa aku lalu ari tu rasa cam nak pitam bila terbau aromaterapi dorang,fuhhh, bergegar otak aku sampai takleh nak tafsir apa baunya. Tapi sempatlah jugak snap gambar, maklumlah aku kan sorang "blogger",hik,hik,hik.


Bermacam jenis manisan,kalerful gitu.


Deretan gerai cam raya ari tu gak.

Abang2 DBKL sedang bergosip setelah penat mengawal lalulintas.




Deepavali ni tak balik kampung ke? Saja tanya sebab cuti lama gakkan, aku ni tak kira raya ape tetaplah di KL





Friday, October 24, 2008

Salah Sendiri

Pukul 4 pagi, seorang lelaki yang berusia 50an lintang pukang larik di kejar oleh orang kampung. Dek kerana usia yang dah nak masuk senja, akhirnya lelaki ini rebah dan pengejar2 tadi dengan segera memberkas dan membelasahnya.

Pihak polis di panggil kerana lelaki tua ini di syaki menceroboh kawasan perumahan kami dengan niat untuk mencuri. Siasatan dibuat dan lelaki tua di heret di tempat dimana dia didapati terhendap-hendap di hadapan sebuah rumah besar. Sampai di tempat kejadian semua orang terkejut kerana mendapati sampah berselerakan dan beberapa botol minuman, kotak, suratkhabar lama ada di tepi tong sampah tersusun rapi.

Polis : Kenapa awak datang ke kawasan perumahan ini?
Lelaki : Saya tak bersalah tok.
Polis : Jawab soalan saya, kenapa awak berada di kawasan perumahan pada pukul 4 pagi?
Lelaki : Saya cari botol ngan kotak tok,pastu saya jual kat kedai besi buruk,saya tak mencuri.
Polis : Alasan yang tak munasabah. Cepat cakap yang betul awak ikut saya ke balai.
Lelaki : Sumpah tok, kereta saya ada kat hujung kedai sana, tok pegi lah periksa.

Polis dan orang kampung menuju kearah yang di maksudkan dan menemui sebuah Datsun buruk yang di penuhi dengan suratkhabar lama, kotak dan botol2 plastik. Semuanya kebingungan.

Polis : Yang ko nih pagi2 buta dah cari kotak ngan botol naper? Tak leh tunggu siang?
Lelaki : Sekarang ni ramai sangat orang kutip botol ngan kotak, jadi saya keluar awal pagi ni nak potong dorang la tok, nak dapat rezeki lebih.


Polis dan orang kampung kebingungan, ada gak orang camni, tak pasal-pasal dapat penumbuk free.

Thursday, October 23, 2008

Gila nombor

PERINGATAN KEPADA SEMUA PEMILIK KENDERAAN!!!!!!!

JIKA TIBA-TIBA ANDA RASA DIEKORI OLEH SEORANG GADIS YANG BERTUDUNG, BERKULIT KUNING LANGSAT, TINGGI 150CM DAN BERAT 50KG SILA JANGAN TAKUT ATAU GENTAR KERANA DIA ADALAH ADIK AKU YANG AKAN MENNGIKUTI KERETA YANG MEMPUNYAI NOMBOR PLAT 4004 KERANA BERSAMAAN DENGAN NOMBOR KERETA DIA DAN DENGAN SUSAH PAYAHNYA DIA AKAN MENSNAP NO PLAT TU. TAPI KALO KURANG RASA NAK PANGGIL DIA BERENTI TEPI JALAN DAN BAGI PENAMPAR BARANG SEBIJIK DUA AKU TAK KISAH. DIBAWAH NI BEBERAPA KEPING GAMBA KERETA YANG BERNOMBOR PLAT SAMA AKU TUNJUKKAN SEBAGAI BUKTI PENDAKWAAN. DAN DIA SEDANG BERUSAHA UNTUK MENAMBAH KOLEKSINYA.

























Wednesday, October 22, 2008

Siapa dia?








Aku orang kecil engkau orang besar
Kau ibarat gajah ku hanya semut merah
Perbezaan antara aku dengan owner keta nih
Aku pompuan Dia lelaki
Aku lom kawin Dia dah ade cucu
Aku takdak duit Dia kaya raya
Aku punye keta puluh ribu je Dia punye keta juta-juta
Aku punye gaji cukup makan Dia punye gaji tak abih kira 7ari 7mlm
Aku shopping kat Sogo ngan Jln TAR Dia shopping kat luar negara
Aku kenal dia tapi Dia tak kenal aku
Aku ada BLOG Dia takderr
Orang tua kata kalo nyanyi kat dapur dapat laki tua, aku tak kisah kalo laki tua asalkan kaya. Tapi sampai serak aku nyanyi takde dapat mimpi atau pun petunjuk lagi nih.




Tuesday, October 21, 2008

Famili aku

Inilah open house dan juga famili gathering untuk Syawal tahun ni yang havoc kat umah pakcik aku kat bangi. Suma pakcik & makcik aku kumpul kat sini untuk sesi makan2 & gosip menggosip, dan sempena befday kazen aku gak.



Sesi makan,suma makanan di beli, ayam madu tu je hasil kerja tangan pakcik aku.


Makcik aku selaku pengerusi majlis, shy2 cat bile aku nak snap gamba dia.




Makngah,maklang,maksu, pakteh, suma ade, seronok dapat berkumpul ramai2 sambil makan free.


Kazen aku, dia cakap kalo aku blogger tegar aku harus benarkan dia mencapap kat blog aku, walau pun hati ni kureng ikhlas tapi terpaksalah jugak demi untuk membuktikan yang aku sorang blogger tegar.




Makan takleh bukak mulut.


Pinggan aku tuh, banyak kan aku makan, tengok badan lah, kecik skit dari Shani pelakon tu.


Aku pun taktau ni pencuci mulut ke pembasuh mulut ataupun pengenyang perut.









Tiga kek untuk sorang befday, harus aku tak sambut befday ni, ongkosnya kurang.



Kazen aku merangkap befday girl. Cantik? Kalo dia cantik maknenyer aku pon cantik gak,hahaha.
















































Saturday, October 18, 2008

Satu Demi Satu

Teng!Teng!Teng! lebih kurang begitu bunyinya,berturut-turut sebanyak 3 kali. Aku dah gabra, begitu hebat sekali teknik yang aku gunakan untuk menyapu kat opis sampai 3 keping tiles gugur menyembah bumi. Aku seakan-akan tak percaya, tapi itulah kenyataan yang harus aku hadapi. Aku amik tiles tu, aku tenung, aku belek, camner bleh tercabut ni? Aku menyapu penuh lemah lembut bak kata mak aku kalo orang TV9 nengok aku wat keje umah sah2 dorang mahkotakan aku sebagai Juara Gadis Melayu.

Dan, aku takut untuk teruskan penyapuan aku tuh, takut sumernyer menyembah bumi, nasib baik dalam opis takder cctv, kalo tidak harus sebulan aku kena potong gaji. Kuat benar ke aku hayun penyapu tuh? Aku nak pikir alasan yang logik ni sebelum bos datang. Dan nak pikir pegi open house gak ni.




Thursday, October 16, 2008

Kerna Kebaya



Aku tengok member sebelah aku ari ni tak senang duduk atas kerusi. Kejap ke kanan, kejap ke kiri, kejap bangun, kejap duduk, kejap pusing2 pen, kejap gigit pen, kejap merenung keluar tingkap, kejap pegi baca blog, kejap pegang-pegang baju. Sakit sungguh mata aku ni tengok dia. Tiba-tiba rasa nak tanya, mana tau kot dia ada masalah, sebab orang yang sanggup melakukan adegan-adegan camtu selalunya sebab fikiran dorang tak tenteram.

Dia bangun lagi sambil membetulkan kainnya. Aku dah tak tahan, mulut aku dah gatal nak menanya nih. "Ko ni naper, aku tengok dah macam kucing nak beranak, ke hulu ke hilir, tak senang duduk je, ko ada masalah ke? Dia pandang aku dengan muka yang berkerut. "Sebenarnya aku nak berak, tapi sebab ari ni aku pakai kebaya terpaksalah tahan". "HaH!", aku terkejut beruk. "Pakai kebaya tak bleh berak ke?". "Bukan tak bleh, tapi kurang sesuai la nak masuk toilet ngan kebaya ketat, hilang seri, jadi aku kena tahan la sampai balik karang".

Aku geleng kepala, nak gelak pun ada. Macam-macam perangai manusia ni yer. Sanggup dia tahan nak buang air sebab dia berkebaya ari ni. Aku ingat sok ari Jumaat nak pakai kebaya, tapi tak jadi lah, takut kena tahan berak gak,takut ilang seri,hik,hik.

Wednesday, October 15, 2008

Tak bleh harap!!!

Perbualan ni telah di rakam pada hari Jumaat lepas,10 Oct 2008, bersamaan 10 Syawal 1429H di antara aku dan abang aku yang hampeh.



Abang : Ada nampak kamera tak?



Aku : Dalam laci kot.(kamera dia tapi aku yg jaga sbb dia suka buang merata-rata, bila nak baru dia carik) Nak pegi mana bawak kamera?



Abang : Istana, jumpa Tengku Abdullah.



Aku : Tengku Abdullah mana?



Abang : Tengku Mahkota Pahanglah.



Aku : Buat ape?



Abang : Ko tak tau ke cucu Sultan Pahang nak kawin hari Ahad ni? (Ahad 12 Oct)



Aku : Ye ke? Yang mana?



Abang : Mana aku tau, aku ada appointment ngan Tengku Mahkota bukan cucu dia yang nak kawin tu.



Aku : Aku dah excited. "Bang, ko amik gamba istana tu bang.



Abang : Nak buat ape? (sambil gelak berdekah-dekah cam lanun Teluk Eden yg rampas kapal MISC tu)



Aku : Ada la projek nak buat.



Abang : Tengoklah.





Abang sampai di Istana Bukit Kayangan, Kuantan lebih kurang pukul 10 pagi. Ahad lepas adalah hari perkahwinan cucu Sultan Ahmad Shah, jadi semua istana di bersihkan dan di hias indah. Abang kol aku kat opis.



Abang : Takde orang lagi kat sini, kereta pengantin ada kat sini la, cantik, kalo ko datang mesti ko terkejut tengok.



Aku : Amik la gamba bang.



Abang : Dah, nanti ko tengoklah.



Dan, korang tengok sendirilah hasil kerja abang aku yang tak bleh di harap tuh. Aku geramm!!





Istana Bukit Kayangan ni terletak di Kuantan, Pahang. Kepunyaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Istana ni hanya di gunakan untuk mengadakan majlis keraian atau meyambut tetamu.




Dia keluar masuk dalam istana tu tapi hanya ini yang dia snap. Tu pun dia cakap kat aku banyak dah, kalo ikut otak dia yang cetek tu dia takkan amik gamba istana tu sebab bagi dia takde rasa ape yang menarik pun. Hampeh,tak bleh di harap.



Tuesday, October 14, 2008

Tuah dia

Adik aku melawa sakan untuk pegi open house kat ofis dia. Kalo ofis dia wat party memang giler-giler punye, jemputan beribu orang, 2-3 menteri di undang, maklumlah kompeni kayo. Aku teringin gak nak pegi sebenarnya tapi keringat aku lebih di perlukan di tempat keje aku,isk,isk,nak ikutttt.



Anak buah aku, comeii cam makciknye gak. Dia takut sebenarnya ngan clown tu tapi demi untuk menyakitkan hati aku dia sanggup berkorban apa saje.

Tea Set yang adik aku dapat untuk lucky draw masa open house tuh. Adik aku ni memang tangan bertuah la, mana-mana dia pegi mesti bawak balik hadiah. Mak mula dok bising cakap aku pegi open house tak dapat ape-ape, adik aku sekali pegi bawak balik kotak besar. Mak ni memang materialistik.











Monday, October 13, 2008

Penatnya.

Sabtu petang hujan lebat mencurah-curah. Dalam hati aku dok serba salah, pegi ke tak, pegi ke tak. Akhirnya aku ambik keputusan untuk pegi, nak jaga hati orang terpaksalah berkorban sikit. Nasib baik ada member yang rajin nak meneman aku, kalo sensorang harus aku kensel dah.

Jalan sesak, aku dah gabra, kang sampai-sampai je tuan umah dah tutup pintu. Sebenarnya aku dapat jemputan open house. Ikut perancangan nak konvoi 2-3 biji keta, tapi last minute aku je yang pegi, yang lain ada hal pulak. Aku ni dah la tak pass ngan jalan kat KL ni, nama je dok KL berpuluh tahun.

Pusing punya pusing dekat 2 jam cari umah, member yang menjemput ni plak bagi info salah, aku cakap cukup pusing 7 kali kirenya macam buat tawaf, pasni aku bleh pegi melontarlah. Berpeluh cari umah, nasib baik member yang sorang ni pandai gak cari jalan, kalo tidak harus aku mengopen house kan diri aku kat McD atau pun KFC. Lapar beb hujan-hujan ni.

Hensem boy selaku tuan umah yang jemput aku. Mulanya nak marah gak sebab dia bagi alamat salah tapi bila dia senyum cair la aku,hik,hik. Tak baik gaduh di bulan yang muliakan.




Pelbagai jenis kek lapis Sarawak sebab tuan umah orang Sarawak.

Aku tunggu masa je nak serbu kuih raya, kat umah aku balang kuih suma dah masuk almari, tinggal serdak sebab aku beli sikit je kuih raya hari tu.

Kat atas meja ni macam-macam ada, laksa Sarawak, nasi Carrot, daging masak hitam ala Sarawak, kari kambing, satay, salad pun ada. Macam-macam lagilah. Aku nak soru dulu yer,tuan umah ni tokey katering, masakan dia memang best.

Aku dah kenyang. Aku terpaksa lupakan diet aku untuk sebulan ni, mana tahan tengok makanan depan mata semuanya sedap-sedap. Ada yang nak buat open house jangan lupa jemput aku ya.





Saturday, October 11, 2008

Barang baik




Rapat-rapat,aku ada barang baik punye nak kongsi ngan korang. Ada sesape yang tau nama pokok tu? Apa, gamba aku tak clear? Biasalah, aku snap pakai kamera henpon cikai je, tengok betul-betul, ala cakap je lah korang taktau nama pokok-pokok tradisional ni. Yang korang tau serai, kunyit, lengkuas, daun kari, cekur pun aku rasa ada yang tak tau.



Pokok ni di namakan pokok KECUBUNG, daun dia (gamba atas) buleh di gunakan untuk mengubati penyakit resdung. Daunnya akan di gulung seperti rokok dan di jemur kering, pastu hisaplah. Tapi korang jangan nak memandai, ada jampi-jampi gak,ada pantang larang, bukan main gulung dan hisap je, kang tak pasal-pasal dapat penyakit lain.



Buah dia ni berguna untuk orang lelaki. Opsss, baby lelaki. Kalo sesapa ade baby lelaki yang selalu mengalami angin pasang surut,korang tau ke ape sakit tuh? Itu nama tradisional yang orang tua bagi, nama sainsnye aku tak tau lah plak. Ambik sebiji buah kecubung tu dan buangkan durinya. Buah ni macam buah durian,ada duri tapi taklah tajam cam durian tu, pakai pisau biasa je untuk buang durinya. Setelah di buang durinya, kena hangatkan atau panaskan buah tu macam bakar tungku orang bersalin atau macam bakar belacan,hehe. Bakar kat dapur gas je dalam 2-3 minit, biar rasa suam-suam kuku,kire sesuai untuk baby. Jangan plak bakar sampai hangus sebab buah tu akan di gunakan banyak kali.



Alas buah kecubung ni dengan kain lampin atau sebarang kain, jangan kain kapan udah ler, kemudian tuamkan kat "telur" baby tu,bergilir-gilir kiri dan kanan sambil membaca selawat. Mintak maap ye, ini bukan lucah, tapi info yang betul, kang aku berkias korang tak paham pulak. Kena buat selalu-selalu, bukan sekali dua je. Mak aku dah cuba cara ni untuk anak buah aku, dan hasilnya amat menakjubkan. Kalo bawak gi hospital doktor nak operate je, kesian la baby tu. Tapi susah nak cari pokok kecubung ni, puas mak aku pusing serata Malaya, akhirnya jumpa kat Kuala Selangor.
Kepada sesapa yang ade baby lelaki yang mengalami penyakit macam ni buleh cuba, kekadang kita kena cuba gak petua orang tua dulu kan, mana tau kot serasi. Tapi aku nak ingatkan sekali lagi, ini hanya untuk baby lelaki saje, yang dah dewasa tu pandai-pandailah cari ubatnye sendiri,hik,hik.



Ok,member ajak aku gi open house tengah hari ni, nak kena cari baju ape nak pakai, jadi korang renung-renungkan dan selamat beramal.












Thursday, October 9, 2008

Member aku

Member ajak aku keluar menikmati keindahan KL di waktu malam pada bulan Syawal yg mulia, aku ikut je. Kelipan neon yg berbentuk ketupat menceriakan suasana.









Member kona ke Kg.Baru. Gambar atas tu Masjid Jamek Kg Baru, kat pagar masjid pun dorang gantung banner iklan, tak hormat langsung.




Member kona ke Jln Raja Muda Musa, aku heran, mana dia nak pegi nih, jalan ni sempit, paking susah, tapi aku diam je.



Member berenti depan kedai Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru yang sangat terkenal itu. Paking masih banyak, mungkin awal lagik atau pun orang masih beraya.


Member soh cop tempat duduk dan dia pegi beratur. Bagusnye kalo naik LRT,Putra,bas ke dorang sumer bleh beratur macam ni. Member tengah pilih lauk.



Member aku fruz agaknye sebab takde sesape lagik yang jemput dia gi open house. Dan dengan itu, dia pun ajak aku mengopen housekan diri sendiri kat sini, nasi lemak dengan paru,telur sebiji,teh O ais limau, layannn, orang belanja jangan tolak rezeki.


Pinggan yang licin tu aku punyalah,aku tak kira kalo nak gemuk pun gemuklah. Member puas hati . Aku lagik la puas hati dapat makan free. Balik tido terus best nih.