Wednesday, December 30, 2009

Mendung Kelabu



Keretaku luka dilanyak. Dan untuk merawat luka itu maka poketku jadi rabak.
Oh! Gambar diatas tu bukan keretaku, tapi kereta DIA. Oh! Kamu semua kenal DIA, tapi mungkin kamu tidak dapat merapati DIA kerana banyak perkara yang perlu dipatuhi jika kamu ingin bersua dengan DIA. Aku pun tak pernah berjaya duduk semeja dengan DIA tapi aku boleh bermesra dengan kereta-kereta miliknya tak kira masa. Apa barang hanya dapat pegang kereta,hahahahahha.



Oh! Inilah keretaku, antikkan? Kamu ada? Aku ada :D Sedang memikirkan kos untuk mengecat dan mengetuk boot kereta yang disondol oleh siapa.



Thursday, December 24, 2009

Lebih dulu makan garam

Mereka bertiga, berusia lingkungan 55-60tahun.
Aku seorang, berusia lingkungan 20an,hahahahahhaha.

Mereka berbual pung pang pung pang, kadang2 kuat dan kadang2 sangat perlahan.
Aku curi2 dengar sambil pura2 baca majalah lama.

"Segarkan, tu cara baru. Tak payah kotor2".

"Cara apa tadi namanya?".

"Herbaponni".

"Hidroponiklah makcik".

6 pasang mata memandang kearahku dengan wajah yang curiga.

"Errr...saya dengar yang pasal sayur je, pasal lain tu saya tak dengar", kataku sambil cepat2 berlalu dari situ.

Wednesday, December 23, 2009

Hari Besar Dia, Bermula deritaku.......

Aku tahu mulai detik itu makannya pasti bersuap, tidurnya pasti berteman,segalanya dijaga rapi dan mereka yang datang bersalam dengannya mengucapkan tahniah.
Aku hanya mampu menahan segala rasa jauh di lubuk hati melihat kebahagiaannya.
Cemburu? Tidak, aku bukan orang yang begitu. Sedih? Tidak, malah aku gembira.
Aku hanya mampu doakan segala kebaikan untuknya.

"Acik, buatkan abang air milo, gelas besar ye, milo taruk lebih sikit, hantar kat depan tv nih".

"Apa ko ingat ko baru sunat semalam? Ambik sendiri, tak kuasa nak layan".

Penat melayan budak bersunat lebih dari melayan orang bersalin pulak. :C

Friday, December 18, 2009

Enjoy2, Insaf2.

"Ready?"

"Aku tak ingat sangatlah".

"Takpe, aku kira 123, ko masuk yek".

"Ok"

"Kau bagaikan udara yang membantu aku hidup diatas dunia...bla...bla...."

Ya, hari ni aku keje, tapi bos besar takde, bos kecik takde, apalagi berkaraokelah kami dalam opis.

"truuut...truuuut", sms masuk. Aku ambik henpon, tekan tengok mesej,dari dia.

"Salam Maal Hijrah Juliet". Oh! Macam mana aku buleh lupa ni. "Tukar lagu beb".

"Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah......"

Salam Maal Hijrah kawan-kawan :D

Tuesday, December 15, 2009

Hijau dan Biru

" Lama tak datang sini ye".

" Setahun lebih rasanya".

" Pelik ye lampu isyarat kat sini kaler biru, patutnya kaler hijaukan".

" Haah la, pasal apa dorang letak kaler biru? Tapi cantik gak".

" Dah 5-6 lampu isyarat kita jumpa semua kaler biru, untuk daerah ni je kot".

" Patut kita nampak kaler biru, kita pakai spek itam la wehhhh,kakaka".

" Errrr.................

Sesekali pakai spek itam yang dibeli dari Hinade Shop best juga,hahahhahahaha.



Thursday, December 10, 2009

Ukur dulu

"Dia ukur pakai apa?".

"Entah, pembaris agaknya".

"Pembaris kayu ke plastik?".

"Pembaris besi kot".

"Macammana cara dia ukur?".

"Mana tau, tengok je lah nanti".

"Takkan acik taktau,acik sunat dulu tak ukur ke?"

"Errrr.....errrr......errrr....

Rupanya di sesetengah klinik sebelum berkhatan kena ukur dulu ye, manalah aku tau.

Monday, December 7, 2009

10tahun....akhirnya

10tahun, bukan setahun atau 2tahun dia menanti saat itu. Dan semalam, dia telah berjaya menggenggam segugus anak kunci. Dari kunci pagar depan hinggalah kunci dapur, juga kunci bilik air.

Kisah dia, kakak aku ler tu. Dah puas mencari rumah untuk dibeli, ada yang berkenan dihati tapi harga terlalu tinggi maka terpaksalah dilupakan. Ada yang harganya mampu dimiliki tapi kedudukan rumah yang jauh dari tempat kerja, maka terpaksa diabaikan juga.




Akhirnya, dia puas hati dengan yang ini. Rumah teres 2 tingkat lot tepi, dengan 3bilik tidur dan 2 bilik air, cukup selesa bagi mereka 5 beranak. Di KL ni bukan senang nak dapat rumah yang diatas tanah begini, kalau ada pun harganya tak mampu untuk dibeli oleh dia yang sekadar gaji cukup makan, hujung bulan gigit jari.
Nampaknya penantian dan harapannya selama 10tahun untuk memiliki rumah sendiri telah terlaksana, dan aku harap bila dah ada rumah baru ni janganlah dia selalu bawak anak2nya datang rumah aku lagi, habis bersepah sampai dah tak larat aku nak mengemas,pening kepala.:D


Friday, December 4, 2009

Cuit mencuit

Hari ni kena paking kereta jauh sikit, maklumlah,rumah disebelah kiri temanya hijau, rumah disebelah kanan temanya ungu dan pink, dah kiri kanan penuh khemah macam mana nak paking kereta depan rumahkan. Semangat berjiran, begitulah, hari ni hari dorang, esok hari aku pulak,kekekekeke.

Petang ni ada rewang rumah jiran. Selalunya orang upah katering masak, tapi jiran aku ni masak secara bergotong royong, lagipun dia tukang masak haruslah ingin menunjuk skill dan teknik tersendirikan.

Bab masak memasak dan penanggah bagai ni aku tak masuk campur, aku cuma nak duduk tepi pelamin je, dan dengan perkataan yang lebih tepat lagi ialah duduk tepi gubahan sireh junjung, macam biasalah, buat kerja untuk ambik berkat ni bukannya senang, banyak sungguh halangan,hahahaha.

Mengecik lagi ler baju aku ni, asyik makan nasi minyak je sepanjang minggu.

Thursday, December 3, 2009

Tolong tepati masa

"AHHHHHHHHHH,LEGA"

Terdengar mak sedang berbual dengan seseorang di luar rumah.

"Tadi cakap mau datang pukul 3, sekarang pukul 6 baru sampai".

"Sorilah makcik, saya buat keje kat Sg.Buloh tadi, hujan, jalan jem".

"Takpelah, janji datang. Pegilah tengok dulu, nanti kita bincang".

"Ayooooooooooooooo".

"Apa pasal"?

"Udara dalam kurang bagus,besok sajalah saya tengok".



Mana aku tau mak panggil orang repair tandas, kalau aku tau mesti aku guna bilik air satu lagi,hahahhahahhahaa.

Tuesday, December 1, 2009

Lebih Santai



2orang budak lelaki ini dengan bergayanya terjun kedalam kolam renang dengan memakai baju melayu sehinggakan ramai budak2 lain yang memandang kearah mereka sambil berbisik.
Aku syak budak2 lain tu jeles sebab dorang tak pernah mandi di kolam dengan baju melayu dan aku juga syak dorang baru tahu yang baju melayu itu banyak kegunaanya tak kira didaratan atau dilautan.

Monday, November 30, 2009

Cakap siang pandang2

"Ayah, akak suruh buang je besen mandi baby dia tu".

"Jangan buang, sayang pulak".

"Ayah nak jual kat kedai besi buruk yek?".

"Ayah nak buat tanam kunyit, kalo ko nak buat rendang senang".

"Rendang masuk kunyit ke?"

"Ko buat rendang semalam masuk apa?"

"Err...errrr.....errrr...

Thursday, November 26, 2009

Hak orang

Bukak peti sejuk kat opis tadi nampak buah pisang kaki ni dok bergolek-golek. Wah! bos aku dah tukar selera ke? Selalunya dia beli buah oren. Atau dimusim hujan ni tak sesuai kot makan buah oren sebab aku nampak dia selalu tergesa-gesa ke tandas.

Dah lama tak makan pisang kaki ni, kalau aku korbankan sebiji ke dalam perutku adakah bos tau?

Esok dah raya korban,malam ni mak mesti masak sedap2 untuk makan di pagi raya. Tahun ni makayah tak ambik bahagian dalam korban, dengar khabar harga lembu dan kambing mahal tahun ni yer. Kalau mampu tak salah untuk melakukan ibadat korban ye, setakat RM300++ saja.

Kepada saudara mara dan sahabat handai yang balik kampung, berhati2 ketika memandu dalam keadaan jalan raya yang licin.

Salam aidiladha.

Wednesday, November 25, 2009

Sana! Sana! Kusss semangat

Malam,di sebuah kedai makan yang penuh pelanggan, hujan renyai-renyai.

Kami pilih untuk duduk bersila di wakaf yang disediakan, lebih santai rasanya.

Berbual sambil menunggu makanan yang dipesan tiba.

Bila menghadap makanan masing2 khusyuk, langsung tak berbunyi suara.

Tiba2..."monyet! monyet!, dia yang duduk disebelahku menjerit ketakutan.

Gempar seketika. "Mana! mana! Masing2 seperti mahu terjun dari wakaf.

"Pokok bunga! pokok bunga", dia menjerit lagi.

Semua mata terarah di tempat yang dia tunjukkan. "Eh! tu kucing la, kucing coklat berekor panjang".

"Kucing ke? Ku pikir monyet tadi", dia tersenyum-senyum. Apalagi, berderailah ketawa.

Monday, November 23, 2009

Aduh! Romantisnya

"U mesti ada sana pukul 7.30 ok, kalau U tak datang I taulah apa nak buat". Kami angguk saja dengar ugutan itu. Dan,pada hari Sabtu,21Nov pukul 7.45 malam aku dan kawan2 dah terpacak di Lake Club, Tasek Perdana.



Tepat pukul 8.00malam, ketika Dr.Bhagwan melangkah memasuki dewan, kami beramai-ramai menjerit "SURPRISEEEEEEEEE". Dr.Bhagwan dengan wajah yang terperanjat juga menjerit "OH MY GODDDDDD".



Dr.Bhagwan Singh yang berbaju hijau belang putih itu diraikan sempena hari lahirnya yang ke 55. Dia adalah doktor yang merawat ayah.




Tetamu berdiri menyanyikan lagu harijadi. Majlis ini dirancang oleh isteri Dr.Bhagwan,Puan Amarjit tanpa pengetahuan beliau.



Inilah perancang utamanya, Puan Amarjit yang berbaju hijau. Walaupun sudah 25tahun berkahwin namun mereka sentiasa memberi kejutan yang menggembirakan antara satu sama lain. Aduh, kagum sungguh.



Kek adalah seperti padang golf kerana Dr.Bhagwan sangat meminati golf walaupun sibuk dengan kariernya sebagai seorang doktor.


Di Lake Club juga ada ABC. Aku syak mamat ni adalah orang nepal sebab bila aku tanya nama dia buleh pulak dia senyum dan angguk2 saja sambil menghulurkan semangkuk ABC.





"Boleee churiya, boleee kanggena,ladja..ladja..ooooo,ladja..ladja".
Tak mampu nak menari macam dorang tu, setakat goyang sikit2 buleh ler.
Kepada Dr.Bhagwan,Selamat Hari Jadi, kepada Puan Amarjit,terima kasih kerana menjemput kami untuk sama2 meraikan majlis yang meriah ini dan lain kali bagilah kami masa untuk belajar menari bhangra dulu ye :D




























Thursday, November 19, 2009

Cubalah

Korang tengok wayang cerita melayu? Aku rasa tak ramai yang suka tengok cerita melayu. Kalau nak tengok wayang cerita melayu aku tengok dulu siapa pengarah dan pelakonnya. Cerita melayu sekarang ni memang tak tercapai oleh akalku yang panjang.

Dah tengok cerita Pisau Cukur? Apa? Tak pernah dengar pasal cerita ni? Cerita yang best,heroinnya Fazura dan Maya Karin, pegilah tengok, tapi kalau tak sesuai dengan jiwa korang jangan salahkan aku. Kawan aku yang bertudung pink tu yang belanja. Sesekali belanja kawan murah rezeki.


Lepas bersejuk-sejuk dalam panggung wayang tu kita ke Dunkin Donut pekena croissant tuna dengan kopi Arabica, bukan kopi janda atau kopi jantan ye. Sedapnya hingga rasa macam tak cukup sebijik. Esok lusa dah hujung minggu,bawaklah keluarga jalan-jalan,budak2 pun dah cuti sekolah, eratkan kasih sayang. :D

Wednesday, November 18, 2009

Pelik



"Suami aku tu nak ajak pegi jalan punyalah susah. Semalam hari ulangtahun perkahwinan kami dia tak ingat, besday aku pun tak ingat, tak penah nak bagi hadiah lepas kawin. Masa bercinta dan bertunang dulu ingat pulak besday aku, besday makayah aku pun dia tau. Kalau jalan pegang tangan dia tunjuk muka marah, tak sukalah tu, malu takut anak cakap apa2, walhal anak tak cakap apapun."

"Ko beruntung Juliet boyfren ko baik, romantik, selalu ikut kemana saja ko pegi, pandai ambik hati, selalu bagi ko hadiah, bla.bla.bla.bla".

Aku ada boyfren ke? Kenapa aku taktau. Dunia ini memang pelik. :D

Monday, November 16, 2009

Yang Terbaik

"Kat Pusrawi".

"Jauhlah sayang, dekat-dekat sini sajalah".

"Taknak, Pusrawi atau Tawakkal".

"Oklah, kena buat appointment dulu. Tarikhnya?

"30Nov".

"Tak buleh awal lagi ke?".

"Taknak, 30Nov, Pusrawi atau Tawakkal. Kalau tidak tunggu tahun depan".

Perbualan di atas adalah antara ibu dan anak lelaki yang berusia 10tahun yang akan berkhatan pada cuti sekolah nanti. Budak-budak sekarang boleh pilih tarikh dan klinik sendiri, beruntung sungguh. Dah besar anak buah aku, rasanya baru semalam aku lihat dia dilahirkan.

Tuesday, November 10, 2009

Dekat saja

Hari Sabtu berkonvoi ke Pantai Indah, Jeram, Kuala Selangor. Seumur hidup baru inilah aku sampai ke sini. Dari KL ambik masa 1 jam lebih sebab kami tak lalu highway.
Bermalam diapartment Pantai Indah. 3 bilik, sewanya RM100 semalam. Selesa.

Hero-hero aku jumpa kolam tak reti nak naik ke darat dah, maklumlah bukan selalu dapat berendam gini.

Ingat nak ke Kg.Kuantan tengok kelip-kelip tapi malam tu hujan, jadi tengok lampu kelip-kelip sajalah. Cantik juga.


Ini ikan sembilang yang di pancing di tepi pantai indah, di muara sungai kot. Banyak. Sesapa yang minat memancing boleh datang ke sini.



Malamnya ada bbq, ikan yang dibakar terasa sangat manis isinya. Pinggan tu banyak sebab kami 10 orang ye berkongsi 1 meja.


Ada pertandingan karaoke, tapi kawan aku dah sound awal-awal tak bagi aku nyanyi sebab dia takut air laut melimpah. Aku ikut nasihat dia.
Kepada sesiapa yang belum pernah sampai ke sini, silalah berkunjung. Udara yang nyaman dan segar menanti anda, kebun pisang dan kelapa sawit pun banyak.:D
Dalam perjalanan balik ternampak signboard Teluk Intan hanya 100km lebih, ingat nak ke rumah ckLah tapi takut tersalah jalan.






Monday, November 9, 2009

Setan

Aku ajak kawan pegi makan kat luar. Berkali-kali dia menolak sebab dia baru saja makan nasi, masih terlalu kenyang. Puas aku pujuk akhirnya dia mengalah juga.

Aku makan bihun tomyam, dan aku oder chicken chop untuk dia.

Inilah chicken chopnya, memula kami ingat nak berkongsi,tapi kawan aku berjaya menghabiskannya tanpa memerlukan bantuan aku.

Kemudian aku oder rojak buah, aku hulur pada dia, dan dia berjaya juga memakannya.
"Blurrppppp,alhamdulillah. Aku rasa macam makan dengan setan pulak, boleh masuk banyak sangat ni", kata kawan sambil menepuk manja perutnya. "Errrr, entahlah, tepuk dada tanya selera, kataku.


Wednesday, November 4, 2009

Mujur selamat

Semalam, sebelum tido aku dok bersms ngan kawan, tak sedar dah hampir pukul 12malam. Lepas ucapkan selamat malam kat kawan, aku pun letak henpon bawah bantal golek.

15minit kemudian.."prannkkkkkk",bunyi sesuatu. Mata dah tak buleh bukak, aku sambung tido tanpa menghiraukan bunyi itu. Esok pagi aku melilau cari henpon, tiada. Rupanya dah dibawah katil.

Terpaksalah merangkak masuk ke bawah katil, mujur juga hari ahad aritu baru saja mop. Dalam hati berdoa moga henpon aku tak apa2, kalau rosak jawabnya aku kena pinjam henpon anak buah yang jauh lebih canggih dari henpon aku.

Kuat jugak henpon aku ni langsung tak mengalami sebarang kecederaan. Pesanan aku kepada kawan-kawan, kalau tidur lasak janganlah nak letak henpon bawah bantal, buruk akibatnya. :D

Tuesday, November 3, 2009

Ini saja yg ada

Pukul 5.30pm semalam aku bergegas ambik pakngah kat stesen bas, dia baru datang dari kampung. Ada 2 beg besar disisi pakngah.

"Apa bawak banyak-banyak ni Ngah? Kamu tu naik bas, bukan datang dengan kereta",mak membebel.

"Kalau ikutkan hati semua yang ada dikebun tu nak dibawak", kata pakngah.

Rempah ratus buatan orang kampung, handmade :D

Limau besar kebun pakngah. Dah siap dikopek kulit.


Kacang botol dan cili api dari kebun pakngah


Petai hutan yang ditempah khas dari orang kampung. Pakngah kata isi petai ni keras berbanding petai biasa.




Salak madu dari kebun pakngah.
2biji beg digunakan untuk mengisi semua barang ini. Kalau datang kemari walau sehari, ada saja barang yang dibawa. Mulia sungguh hati mereka. Aku nak cari sedikit barang untuk pakngah bawak balik, sebagai balasan untuk saudara mara di sana.






Thursday, October 29, 2009

Cahaya kegelapan

Ada kawan berkata jika pergi ke kedai makan pada waktu malam dan nampak pasangan yang duduk di meja yang agak tersorok pasti mereka itu pasangan kekasih atau pun pasangan yang baru berkahwin.

Aku taktau fakta atau auta kerana kalau pergi ke kedai makan bersama kawan-kawan pada waktu malam, kami suka duduk di meja yang agak tersorok. Jika kami bersembang dengan suara yang agak kuat pun pasti tidak akan mengganggu pelanggan lain yang ingin menikmati makanan.

Dan lagi satu, kalau duduk di tempat yang agak tersorok, di atas mejanya ada lilin, atau pun pelita. Terasa suasana yang romantik dan tenang walaupun sesekali tangan kena bekerja keras menghalau nyamuk yang nak menggigit kaki yang bunting padi :D


"Dik,nak oder".

Tuesday, October 27, 2009

Senang sekali

Apa perasaan anda bila benda yang sudah lama anda cari tapi tak jumpa tetibe seorang kawan memberikannya pada anda. Seperti suatu magis.

Aku rasa nak melompat,bukan setakat lompat katak, tapi melompat setinggi mungkin. Tapi dengan ketinggian 5kaki 2inci dan berat 80kg ini setinggi manalah sangat yang mampu aku lompat. Takut bergegar bumi Kuala Lumpur pada bacaan 7skala richter. Boleh masuk dalam kategori tsunami kecil.


Sudah lama aku mencari novel ini, puas aku jelajahi kedai buku besar dan kecil. Payah sungguh untuk dapatkan novel karya Faisal Tehrani, aku pun taktau kenapa. Sepatutnya karya penulis hebat seperti beliau boleh didapati dimana2 seperti karya penulis lain yang berlambak di pasaran.

Terima kasih daun keladi kepada kawan itu yang bersusah payah mencarikannya untuk aku dan memberikannya secara percuma pulak tu. Kawan, budimu ku kenang. Aku ingin berpesan pada kawan itu, novel ini ada musim kedua, tolong belikan ye jika berjumpa, dan berikan secara percuma juga,hahahhahaha.


Hari ini aku membaca novel "Ketupat Cinta" dan ditemani oleh "Ketupat Palas" yang dibuat oleh seseorang yang juga baik hati seperti kawan itu.

"Ermmmm...menarik sekali novel ini,ermmmm.......sedap sekali ketupat ini".

Friday, October 23, 2009

Huapp! Huapp!

Aku temankan akak tido sebab abang ipar outstation semalam dan hari minggu baru balik. Tido dengan bayi sangat mengujakan. Aku lasak tapi anak buah aku ni lagi lasak, tak padan baru umur 6 bulan. Mujur aku tak tertindih dia. Pukul 12 malam mata dia masih terkelip-kelip, sedangkan aku dah rasa mamai dan melayang di udara.


Sebelum tido aku dah sediakan semua keperluan dia kat tepi. 2 botol susu dan tin susunya. Anak buah aku minum susu Novalac AC kerana dia mengalami kembung perut yang agak kronik tak macam bayi biasa. Setelah dirujuk kepada doktor, dia dinasihatkan diberi minum susu ini dan ternyata susu ini sangat sesuai dan dia sudah jarang mengalami kembung perut.



Lampai pakai buangnya juga aku letak dekat tepi, senang nak capai.
4-5kali juga aku terbangun semalam bila dengar dia menangis, dan aku tolong kakak buatkan susu dan tukar lampin. Akibatnya hari ni di ofis aku asyik menguap tak berenti,rasa macam ada batu bergayut kat kelopak mata, nak bukak besar2 pun dah tak buleh. Ada 2 malam lagi sebelum abang ipar balik, ohhh....mujur esok tak keje.

Thursday, October 22, 2009

Tak Nak! Tak Nak!


"Abang meh bersenam ngan Acik".
"Ikut CD tu ke?"
"Ah'ahhhhh"
"Taknak".
"Meh la, biar badan tu sihat sikit".
"Ustazah cakap tak baik tengok orang seksi-seksi,berdosa".
"Errrr..........."

Wednesday, October 21, 2009

Mood

"Treet,treet,treet", bunyi sms masuk pukul 12 tengah hari.

Sms dari kakak berbunyi "balik makan kat rumah tengah hari ni, akak masak spesel".

"Ok", pendek aku balas.

Dari luar rumah aku dah bau masakan yang sedap. Mau 2 pinggan aku makan ni. Masuk dalam semua dah terhidang atas meja. Kakak buat nasi ayam, sempat lagi tu dalam sibuk2 nak pegi mengajar dia masak.

"Apsal gelap benar kaler ayam goreng ni? Baru lepas berjemur tengah panas apa?".

"Akak dalam mood deepavali lagi nih".

"Errr...buleh pulak gitu".




Tuesday, October 20, 2009

Jangan! Jangan! Agrhhhh....

Ambik jeans kaler biru, cuba sarung, tak muat. Ambik jeans kaler hitam, cuba sarung, tak muat. Ambik jeans kaler putih, cuba sarung, tak muat jugak. Padahal jeans kaler putih ni masa beli dulu tak buleh pakai sebab besar.



2-3 hari lepas pakai baju kebaya pun rasa lain macam,arghhhh....penangan rumah terbuka kah? Balik keje semalam sibuk cari CD ini, harus lakukan sesuatu sebelum terlambat.





Perlu gigih berusaha ni, dapat turun 100gram sebulan pun jadilah. Tengah aku sibuk bersenam tetiba akak balik.




"Juliet, akak beli mekciken sorang satu, mehlah makan masa panas lagi ni".

"Tadi kawan akak belanja kek sebab hari ni besday dia, cuba ko rasa Juliet, sedap tak?

Aku serba salah, ditelan mati emak, diluah mati bapak, aku ambik keputusan untuk telan saja, esok2 sambung senaman,hahahahahhaha.






















































































































































Wednesday, October 14, 2009

Berkesan juga

Anak buah berusia 6 bulan kena demam campak. Habis satu badan naik biji2 merah dan dia akan tenyeh mukanya ke bantal, gatal agaknya.

Petua orang tua, kalau kena demam campak jangan di mandikan budak tu. Cukup hanya dengan lap sahaja badannya dengan air suam. Kalau dimandikan bimbang campak tu tak keluar habis dan ini boleh menyebabkan budak demam berlanjutan sehingga kekadang makan masa berminggu-minggu untuk sihat semula. Tapi kenalah jumpa doktor dulu untuk pastikan sama ada budak tu kena campak atau penyakit lain.

Dalam masa 2-3hari campak tu akan keluar sampai ke tapak kaki. Bila dah pasti campak tu dah keluar semua, kena mandikan budak dengan air kelapa muda. Cukup sebiji sahaja. Semalam aku beli kelapa muda ditepi jalan harganya RM2.50 sebiji. Balik rumah ayah belah kelapa tu dan ambik airnya, dapatlah setengah jag. Bagi minum kat baby 2-3sudu, dan yang lebih tu digunakan untuk mandikan baby.

Lepas mandikan dengan air kelapa, badan baby tak perlu dilap dengan tuala, biarkan air kelapa tu kering sendiri dibadannya. Setelah air kelapa tu kering, barulah badan baby di bilas dengan air biasa.

Esoknya baby hendaklah dimandikan dengan air yang telah dicampurkan dengan daun bambu. Adik2 tak kenal daun bambu? Tanyalah kat sesapa ye, kat KL ni banyak daun bambu. Ramas daun bambu dalam sebaldi air dan mandikanlah baby tu.

Menjadi petua ni, kepada adik2 semua, Selamat Mencuba Kak Juliet ucapkan.