Saturday, November 29, 2008

Sembang anak dara

Member kol,"weii,gaji dah masuk, ape lagi, jom arr". Aku pun terus pecut.Kaum adam suke lepak kat kedai mamak sambil tengok bola, anak dara cam kiteorang ni suke lepak kat tempat2 yang tertutup skit, maklumlah kiteorang ni berduit skit dari kaum adam, ampunnnnnn. :D

Sembang punya sembang tak sedar dah tengah malam, bile anak dara jumpe macam2 gossip keluar, hahaha, korang pun tau kan ape topik hangat kalau bukan pasal kaum adam,hahaha.

Tangan sapa nih?



Tijah lawa, ko ngan badak ni agak2 idung sapa lagik lawa? Larikssss.


KTS,gigi ko sama besar ngan gigi kuda ni ker?



Kompius, aku cute cam penguin ni,hahaha,aku ske,aku ske.





Friday, November 28, 2008

Thursday, November 27, 2008

Berkorban apa saja

Aku melihat kereta "dia" di depan rumah, megah dan gagah. "Ah!, untuk apa lagi "dia" kemari, adakah untuk menambah luka yang masih belum sembuh". Aku melangkah perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah. "Dup!Dup!Dup!", hatiku berdenyut kencang. Mungkin Datuk Lee Chong Wei merasakan denyutan yang sama saat bertarung dengan Lin Dan yang akhirnya selalu membawa kekalahan kepada beliau.

Aku mengatur tapak satu-satu, penuh santun, sehinggakan kalau terpijak semut pun tak mati semut itu. Aku dapat menangkap suara gelak tawanya dengan ibuku, sayup-sayup, dan namaku di sebut berulang kali. Hatiku jadi tak keruan. Aku mengangkat tangan dan membaca sepotong dua ayat Al-Quran yang aku tahu untuk menenangkan hati yang sedang bercelaru lalu ku raup ke muka. Aku perlu tabah menghadapi kenyataan biarpun pahit,perit dan pedih.

"Assalamuaalaikum"! Aku memberi salam dengan suara yang sedikit ketar. "Waalaikumsalam"!,terdengar suara ibu dan "dia" menjawab salamku yang aku rasa kurang ikhlas. "Haa,panjang umur,tepat pada masanya ko balik Juliet", ibu bersuara riang. Dan gambar-gambar di bawah ini sebagai bukti pengorbanan aku untuk "dia".















"Isk!Isk!, kakak aku datang semalam dan dia mintak aku tolong dia buat kuih CARA. Adoiiila, ko ni kan kak, tak tau aku balik keje nak rehat2 dulu. Kot aku nak gi dating ke, ape ke. Beli je la kat kedai tu, 3 biji singgit, puas hati. Agaknya kakak aku ni mengandung anak pompuan kot, sebab rajin sangat dia nak buat sendiri, kalau tidak jangan haraplah dia nak masak.
1 pesan aku kepada Haji Samuri Sate Kajang, pasni Tuan Aji bleh tutup kedai sebab aku dah terror buat sate dan kepada Kak Yah tokey kuih, pasni boleh tido puas2 kat umah sebab aku dah terror buat kuih cara.



Wednesday, November 26, 2008

Hebatnya mereka

Wanita 1

Seorang isteri yang cukup tabah membesarkan 3 orang anak tanpa suami di sisi. Suaminya bekerja dengan syarikat perkapalan, hanya naik ke darat setahun 2-3 kali untuk berjumpa dengan anak isteri. Memang hidup mereka mewah kerana aku dengar citer gaji suaminya berbelas ribu sebulan tapi adakah wanita ini gembira meniti hari-hari dengan hanya di temani anak2 kecil di sisi.

Wanita 2.

Seorang ibu muda yang baru 4 bulan melahirkan cahaya mata pertama. Semasa bertunang bakal suaminya bekerja di Vietnam dan selepas beberapa bulan berkahwin suaminya di tukarkan bertugas di London sehingga sekarang. Saat dia mengandung sehingga melahirkan suami tiada di sisi menemani. Dan ketika anak mereka berusia 2 bulan barulah suaminya dapat pulang beberapa hari menjenguk mereka. Berat juga ujian yang sedang wanita ini lalui.

Wanita 3

Juga seorang ibu muda yang baru melahirkan cahaya mata pertama 3 bulan lalu. Selepas beberapa bulan berkahwin suaminya di tugaskan ke Sarawak, dan hanya balik menjenguknya 2-3 kali dalam sebulan. Aku pernah tengok dia mengesat airmata saat sedang memujuk anak kecil yang menangis kerana demam dan dia memanggil nama suaminya supaya datang membantu. Tabahnya dia mengharungi dugaan perkahwinan yang baru setahun jagung.

Saat aku melihat wajah mereka, aku terfikir sendiri, mampukah aku lalui hidup seperti mereka, mewah wang ringgit tapi kurang mendapat perhatian dari orang yang aku sayang apatah lagi saat terlantar demam. Hebat sungguh mereka menempuh ranjau hidup yang mungkin sesekali bergelora bila musim tengkujuh tiba.

Monday, November 24, 2008

Tabahlah

Mama nak! Mama nak! Budak berusia 4thn tu menangis tersedu-sedu dalam kedai runcit. Aku pandang, kesiannya. Ibunya buat taktau jek. "Balik!" si ibu menengking sambil mengheret tangan anak kecil tadi. "Nak! Nak!", anak kecil meraung kuat. "Ingat mama ni banyak duit? Ingat mama keje? Balik! kalau tidak mama rotan". Dan anak kecil tu pun balik bersama linangan airmata. Abang kedai tu perasan agaknya aku dok tengok adegan yang menyayat hati tadi.

"Anak dia nak aiskrim", abang tu bersuara perlahan. "Dia tak bawak duit lebih agaknya?", aku tanya abang tu balik. "Dia orang susah, umur muda lagi tu, abang rasa dalam 30an,suami meninggal lepas raya aritu tapi abang taktau sakit ape, bulan lepas plak mak dia meninggal. Anak dia 4orang, ade yang paling kecik umur setahun. Dia dok umah mak dia, tolong abang dia jual nasi lemak, anak 4 camner nak keje, nak keje kilang pun susah, upah jaga anak pun dah berapa kan".

"Kesiannya", hati aku tersentuh, begitu sekali dugaan hidup dia. Kalau aku bawak duit lebih aku belikan sesuatu untuk anak dia tadi. Moga dia tabah terima dugaan.

Saturday, November 22, 2008

Dia buat hal

Semalam Angah (kakak aku) datang umah sambil jinjit beg plastik. Aku tanya dia ape benda yang dia bawak. Angah ni rajin masak, kalo dia datang umah ade2 je benda yang dia bawak. "Surprise tuk ko ni". Aku rasa hidung dah kembang cam jambu air masak ranum. aku ikut Angah ke dapur dan aku rasa nak meroyan bila Angah bukak bekas tu dan ajak aku buat sate,huhu. "Apsal tak beli je?". "Entahlah,teringin nak makan yang sendiri buat". Angah mengandung, dah masuk 5 bulan, mengidam agaknya dan kami yang jadik mangsa. Mak mesti sokong Angah, ye lah, dia kan suka dapat cucu lagik. Muka aku ngan adik dah cemberut bangat. "Ko taktau orang mengandung ni rasa camner Juliet, mintak tolong skit pun korang dah tarik muka 14", mak dah start bukak citer. Ape2 je lah.

Dengan gigihnya aku dan adik dok cucuk sate dan Angah dengan gigihnya dok tengok tv sambil makan mihun goreng dan milo panas,argggggggghhhhhhhh.




Tangan aku tuh, sapa cakap aku tak letak gamba kat blog? Ade tuh.


Tetibe rasa seronok plak bile dah bakar. Pasni kalo aku kene buang keje bulehla aku bukak restoran jual sate, Julietchun Sate Station, wah!wah! berangannya aku. Satu pesanan untuk kakak aku nih," kalo ko mengidam tolong jangan datang umah, buat kat umah ko sendirik wokeh". Ganaznyer aku.



Friday, November 21, 2008

Tag VVIP

Jawab tag CikKompius, sabar je lah. Aku tanya betul nih, sapa yang reka tag sumer ni? Buat sendiri ke atau korang gugel kat mana2? Tolong puas ati ngan jawapan aku yer.

What were you doing 5 years ago?
Makan, tido, keje, mandi, buang air.

What were the 5 things on your to do list today?
1.Bangun tido
2.Mandi
3.Breakfast
4.Pegi keje
5.Kejelah

What are 5 things that you do if you were bilionaire?
1.Tido sesuka ati
2.Berenti keje
3.Makan
4.Jalan2
5.Shopping

What 5 jobs you've had?
1.Tolong buat susu untuk anak buah
2.Tolong ayah buang sampah
3.Tolong jaga anak buah
4.Tolong mak goreng ikan
5.Tolong ayah siram bunga

Who are 5 person you want to tag?
1.Barrack Obama
2.George Bush
3.David Beckham
4.Sarah Palin
5.Michael Schumacher

Thursday, November 20, 2008

Malu Ah!

Mak suruh aku pegi kedai beli ikan sadin, bukan yang dalam tin ye, yang fresh tuh. Aku kan anak yang baik, dengan sekejapan aku dah sampai depan kedai.

Kat kedai.

Aku Yang Cun : Bang, ikan sadin berapa sekilo?
Abang ensem tokey kedai : RM 7.00.
Aku Yang Cun : Mahalnya. Ikan kembung?
Abang ensem tokey kedai : RM 8.50.
Aku Yang Cun : Mahalnya ikan arini bang.
Abang ensem tokey kedai : Ari2 mahal dik, bukan arini je.

Aku dengan bangganya menunjukkan skil pilih ikan sadin mengikut petua orang tua2.

Depan kaunter.

Aku Yang Cun : Sekilo ye bang.
Abang ensem tokey kedai : Wah! pandainya, tepat sekilo, lebih sikit abang tak kira.
Aku Yang Cun : Tenkiu, nah 7.00.
Abang ensem tokey kedai : 8.50 la dik. Abang bagi murah dah tu.
Aku Yang Cun : Tadi cakap sekilo 7.00?
Abang ensem tokey kedai : 7.00 ikan sadin, adik amik ikan kembung.
Aku Yang Cun : (argghhh malunya, aku silap amik ikan) Sori bang

Kat umah

Mak : Juliet, mana ko letak ikan sadin tadi?
Aku Yang Cun : Dalam peti ais la.
Mak : Ikan kembung je.
Aku Yang Cun : (wat muka terkejut) Laaa, mesti orang kedai tu salah amik.
Mak : Ko tak amik sendiri ke?
Aku Yang Cun : Tak, tapi Juliet dah cakap nak ikan sadin.
Mak : Ko nih......

Wednesday, November 19, 2008

Duniaku penuh bunga

Aku balik semalam tetibe ayah panggil. "Juliet, tengok sana". Aku pun tengok arah tangan ayah. Yuhuuu! Aku sangat bangga kerana aku dah berjaya membungakan okid aku yang dah macam nak mati jek aku tengok. Lihatlah dunia! Okidku berbunga sulung, yuhuuuu! Lihatlah!


Okid jenis ape korang jangan tanya aku. Hati aku sedang berbunga, senyumku berbunga- bunga.

Dan wajahku juga berbunga-bunga. KJ, ko jangan tak puas ati ye, nak wat camner, aku nak tunjuk muka aku tapi sebab aku tengah hepi jadiknya keluar bunga-bunga. Aku boleh terima anugerah "belia jaya" sebab sepasu okidku telah berbunga. Yang 20 puloh pasu lagi tuh entah taktau apa jadik, kering kontang aku tengok. Ah! pedulikan yang itu, yang pasti ada satu telah berbunga.

Tuesday, November 18, 2008

TC- aku kenyang

TC, bukan THE CONFUSED dan bukan jugak TELUK CEMPEDAK, tapi TERIMA KASIH CIKGU. Kenapa aku berkata begitu? Kerana semalam aku turut di ajak untuk meriahkan majlis persaraan dan juga pertukaran cikgu-cikgu di sebuah sekolah. Dan aku rasa berbangga sungguh kerana cikgu2 ni melayan aku bagaikan seorang VVIP. Majlis diadakan di Sabak Restoran & Steamboat pada pukul 8.00 malam.


Tunggu tetamu datang. Aku ada tuh, tengok bebetul.


Dipaksa beratur untuk amik makanan.




Amik banyak mana yang suka, tak kena bayar, aku kan tetamu.





Acara rebus merebus dan bakar membakar pun bermula.


Cikgu2 dok makan, dan aku, Julietchun dok snap gamba.
Aku dengan bergayanya menghabiskan aiskrim 3 mangkuk dan udang galah sepinggan, I like :D










Monday, November 17, 2008

TC-aku datang!

TC, bukan THE CONFUSED, tapi Teluk Cempedak. Ikut famili melawat sedara mara kat Kuantan, dan menginap di Teluk Cempedak.

Menginap di Kuantan Tembeling Resort, tak jauh dari Bandar Kuantan.
Reception ofis

Pool yang besar lagi cantik, pasni buleh aku tunjuk skil berenang ala2 penyu.


Apartment tempat tido aku. Hati2 skit kat sini ade kera,mungkin sebab dekat ngan hutan.




Hadiran ombak membelah pantai, tiada putusnya percintaan itu,kih,kih. Pantai belakang apartment. Bleh layan bules sambil tengok matahari terbenam.


Kalau nak makan seafood dan ikan bakar datanglah ke Tanjung Lumpur.


Ni menu yang mesti di rasa, ikan bakar petai.


Keadaan yang gamat di kedai makan. Kalau nak tau kat sinilah Tengku Abdullah suka lepak, Warung makan Ana Ikan Bakar Petai.



Gelas stainless steel, macam dalam filem Tamil plak.



Ikan yang sedang menguap.



Lihatlah keindahan sawahku yang hijau terbentang. Singgah tengok sawah, aku tak penah tengok la.


Pertama kali aku tengok padi dari jarak 0 cm. Oh, gini rupanya pokok padi yang aku dok makan berasnya tu.

Kambing ni mintak nak mencapap sama kat blog aku, kasihanilah dia.


Friday, November 14, 2008

Tak bahagiakah dia

Seorang lelaki yang sudah bergelar suami mengeluarkan kata-kata ini, "Saya akan lepaskan isteri saya kalau awak sudi terima saya seadanya".

Wednesday, November 12, 2008

Kaulah Permata

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahwa hidup ini
Tak semudah yang
Kita janjikan
Kerana kau isteriku

Aku dedikasikan lagu di atas buat semua teman blogger yang sudah berumahtangga, IK,CK,KJ,KakJie,Whitetulip,Kitepunye,Along,Mummycool,Akak,Nrina, dan juga kepada yang bakal mendirikan rumahtangga, Cik Kompius, Kutaksempurna,Julietchun,Zonaku, dan seluruh isteri di dunia ni yang selalu berkorban masa dan tenaga untuk seorang suami tak kira siang atau malam, tak kira hujan atau panas. Kalian memang isteri yang hebat.


Aku buat entry ni bila tengok mak bersusah payah 2-3minggu melayan kerenah ayah yang tak berapa sihat. Kami anak2 ni pun tak sabar ngan perangai ayah, baru baik sikit dah taknak makan ubat, dah sibuk nak keluar jumpa kawan2, nak bergossiplah tu ayah aku tu,hik,hik,tak baik tuduh2.


Sebab ayah tak sihat, mak masak macam-macam untuk bukak selera makan ayah. Tak pasal2 aku plak yang jadi terlebih sihat, dah mak masak sedap, aku pun makan banyaklah. Mak yang selalu ingatkan ayah waktu makan ubat, waktu untuk berehat. Memang aku tabik spring ngan mak sebab boleh tahan ngan kerenah ayah yang bukan2.


Syukur alhamdulilah, ayah dah pulih 90% dan boleh buat aktiviti dia macam biasa. Kepada Penyubiru dan Cikguoden, kalo sakit janganlah buat perangai bukan2 ye, kesian kat isteri nak melayan.


Bawak ayah ke hospital untuk check up.
Kena X-ray.

Mesin X-ray



Doktor tengah tengok X-ray.
























Tuesday, November 11, 2008

Meroyan dah ni


Ade sesape yang sanggup buat macam ni kat keta korang?

Friday, November 7, 2008

Juliet! Juliet!

"Juliet! Juliet! Sapalah yang panggil aku ni. Aku keluar. Jiran sebelah hulur beg plastik. Wah! Jambu air, sedap nih kalo cicah ngan kuah rojak makbee. Kj, jom makan sama nak :D Pokok jambu ni tinggi 3 kaki je, tapi buahnyer banyak sesangat. Aku tak penah mintak ngan kakak ni, cuma aku selalu cakap "buah jambu ni manis berseri-seri cam tuannyer gak".

"Juliet! Juliet! Adess, sapa lagi ni. Aku keluar. Wah! Abang aku dengan bergayanyer tunjuk moto baru dia. Bleh pinjam gi merempit ni. Tahniah la bang, akhirnya terbukak jugak hati ko nak beli moto baru.


Pose maut



Mummy tag aku, dan aku pun sahut seruannya kerana aku "Blogger Tegar", ampunnnn Mummy, peace.


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
Okeh, terus snap.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
Mana ade tukar baju.

3) Post that picture with NO editing
Takde edit ape2.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this

Thursday, November 6, 2008

Lambat skit jer...

Kawan aku penah citer pasal patung Bang Nuar yang jadi kontroversi. Dia tanya aku penah tengok ke patung tu? Aku cakap tengok kat tv ngan suratkhabar jek. Dan dengan tak di sangka2 semalam berdiri dengan gagahnya disebelah aku ialah patung Bang Nuar yang di sebut2 tuh. Terkejut betul aku. Patung ni kat tepi lampu isyarat,kebetulan masa tu lampu merah, sempatlah aku snap gambar tapi dah nak maghrib, jadi gambarnya ala2 kelabu asaplah, ditambah plak ngan kepakaran aku mengsnap gambar, rupa ni lah jadinya.





Bang Nuar angkat tangan kat aku.



Esoknya aku pun berkejar balik kat tempat semalam bersama kamera digital yang berjaya ku pinjam. Tapi, alangkah hampanya, bila sampai je Bang Nuar telah tiada. Yang ada Muthusamy,Maniam dan Samy Vellu kot sorang lagi tu sedang menurunkan perancah2 besi.