Monday, December 29, 2008

Permulaan yang baik


"Saya akan mulakan hidup baru . Saya akan bersama dia untuk membina keluarga bahagia, berkongsi suka duka. Terima kasih kerana tidak pernah mengambil kesempatan di atas kelemahan saya. Kalau rindukan haruman ros atau barangkali ingin berbulan madu dalam dingin udara, carilah saya". Salam Maalhijrah.

Sms ringkas dari dia, buat aku rasa sayu tapi juga rasa bangga kerana aku punya seorang kawan yang hebat sepertinya. Hijrahlah teman kerana itu yang terbaik untuk kalian.

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Salam Maalhijrah.

Saturday, December 27, 2008

Ramalanmu salah belaka

Semalam balik keje jiran belakang umah tegur aku sambil senyum meleret. Haih, nape kakak ni senyum sampai ke telinga. "Tak keje ari ni kak?", aku. "Tak, nak kemas baju,sok nak pegi Kuantan tengok cucu",jiran. "Akak dah dapat cucu ke",aku. "Dah Juliet",tengah hari tadi menantu akak bersalin",jiran. Ni cucu sulung jiran aku ni sebab tu dia gembira sangat. "Lelaki ke pompuan",aku. "Pompuan dan cun macam Juliet gak.Masa scan aritu pompuan gak, tengok perut menantu akak pun dah tau baby pompuan",jiran.

Pagi tadi aku nampak jiran ni dok kelam kabut masukkan beg baju dalam kereta bersama suami dan anak bongsunya. "Pagi lagi dah nak bertolak kak",aku. "Takut jalan sesak,kang cuti lama nih",jiran. "Kirim salam ngan menantu dan anak akak ye",aku. "Ok Juliet, keje bebaik,jangan bila bos takde ko dok berblog plak",jiran. Hehehe.

Tengah hari tadi jiran aku telefon,"Juliet,pembetulan sikit ni, cucu akak lelaki ler,hahaha". Boleh plak camtu, aku pun rasa nak senyum sensorang.

Friday, December 26, 2008

Jangan cemburu abang2,kakak2!



Mak ajak aku ke sini, jalan-jalan cuci mata katanya. cuci mata takpe, jangan nak soh cuci beg duit aku yang memang takde RM, syiling ada ler sekupang dua.






Tetibe aku terpandang sesuatu, korang nampak tuh? Yaaaa, tilam itu di beri nama Goodnite JULIET. Aku suka,aku suka. Jangan ada yang buat-buat tak nampak wokeh. Dan tetibe jugak mak cakap, pilih satu tilam Juliet, mak bayarkan. Aku lagilah suka. Tapi mak tak bagi aku amik tilam yang ada nama JULIET tuh sebab dia cakap tak sesuai, takut aku jatuh,tinggi sangat katanya. (padahal tilam tu mahal)huhuhu




Tapi takpelah, mak belikan yang ini, untuk penjagaan background,(tulang belakang), 15tahun gerenti, buleh wat harta pusaka nih,sampai ke cucu cicit pun ada gerenti lagik.





Wednesday, December 24, 2008

Ayat-ayat power

Aku tengah goreng telur,datang anak buah umur 9 tahun mintak di gorengkan sebiji telur untuk dia gak. Aku pun amik telur dalam peti ais, tuang minyak skit je sebab aku guna kuali Maxim,hahaha,kuali mak aku ler.



Tetibe anak buah aku cakap, "biar abang goreng sendiri ya". "Mana boleh kang kena minyak panas ke, kena kuali ke acik plak yang kena marah nanti". "Abis nanti kalo abang kawin pastu tak pandai masak,sapa yang susah? Acik ni pun mesti tak pandai masak, abang tengok acik asyik makan telur goreng je ari2",dan dengan muka yang selamba dia keluar.

Sungguh aku terkesima ngan kata2nya tadi,bersunat pun belum ko dah pandai sebut pasal kawin, acik ko nih pun tak plan apa2 lagi,nampak gaya cam ko nak langkah bendul je.





Tuesday, December 23, 2008

Penuh Sejarah.



"Satu untuk awak, satu untuk dia", dan dia terus berlalu. Aku pandang kawan, dan kawan pandang aku balik. Kami belek, tengok depannya cantik, siap pantun bagai, buka di dalamnya ada peta, dan juga aturcara majlis. Dan lepas itu kami ternganga.

Tulisan dalam kad tu, "Di jemput Cik JulietChun kemajlis perkahwinan anak perempuan kami...bla,bla,bla........pada 25 Disember 2008 bersamaan KHAMIS..bla,bla....

Betul ke tarikh yang tercatat di kad jemputan ni, aku bingung sebab selalunya kenduri kahwin orang buat hari Sabtu atau Ahad. Kalau majlis nikah hari biasa pun tak kisah kan. Rasanya kat Pantai Timur majlis kawin hari Jumaat sebab kat sana Jumaat adalah hari cuti. Tapi ini kat Kolumpo tu yang buat aku kompius sikit.

Aku pun telefon rakan-rakan lain untuk dapatkan kepastian, mana tau kot kad jemputan kami berdua je yang salah di cetak. Dan jawapannya adalah "Betullah Juliet, hari Khamis bersamaan hari krismas". Aku sungguh teruja nak pegi majlis kawin ini.

Monday, December 22, 2008

Satu hari seribu cerita

Tanah runtuh? Ribut? Tanah mendap? Salah tekaan kamu semua. Ini adalah hasil kerastangan Bung Solihan, Bung Wagiman dan Bung Bokhari. Ini adalah tempat kesukaan ibu, DAPUR. Ibu mintak di tukar kaler tiles di dapurnya, dan semalam bermulalah kerja-kerja pengubahsuaian oleh tiga orang pemuda dari tanah seberang.
Ini adalah Superman kenit yang dok kacau orang buat keje. "Akulah pengacau dunia".

Tetibe mak cakap kat tiga orang pemuda seberang itu, "kat bilik Juliet anak saya yang paling cun tu pun nak buat renovation gak ye". "Oh! tidakk!!!! Dan aku pun dipaksa keluarkan semua baju2 dalam almari sebab dorang nak angkat katil dan almariku keluar. Adehhh! sakit pinggang.


Tengah hari mak buat stetment berani mati lagik,"Semua orang pegi cari makan sendiri okeh,dapur di tutup untuk beberapa hari". Aku dan adik pun menghayunkan kaki ke sini. Malam ni ada family gathering, buleh la makan puas-puas.





Inilah famili besar aku. Di mana restoran ni? Sedap ke? Murah ke? Korang mesti tertanya-tanya. Inilah Restoran Al-Azmi Garden, dalam n3 sebelum ni kan ada aku pegi sini. Restoran ni ada 3 cawangan, yang pertama dan yang jadi pilihan kami malam tadi terletak di Jalan 1/48B, Bandar Baru Sentul. Kalo nak senang korang cari LRT Sentul Timur, jalan terus bleh jumpa deretan kedai makan, restoran ni yang paling cantik dan terletak di hujung sekali. Cawangan kedua dinamakan Restoran Sri Niara Seafood, No.14,Jalan 5/4C, Desa Melawati dan cawangan ketiga juga dinamakan Restoran Sri Niara Seafood,Lot 4698 Kg Mahkota, Jalan Sungai tua,Selayang. Aku dah pegi di Sentul dan Selayang, tapi kat Melawati tu tak pernah pegi lagi, takpe, pasni kita pegi ramai-ramai okeh. Jangan pasni korang cakap aku takde bagi alamat plak.





Aku tak sempat nak snap gambar sebab dorang serbu makanan tu cepat sangat. Sedap,murah,aku puas hati. Terima kasih pada sedara mara yang sudi datang, korang memang vogue.







Saturday, December 20, 2008

Lari lari, kita lari.



Sehari dua ni aku terlari-lari pegi sana sini. Cari tempat makan, cari menu yang sesuai, cari door gift, cari hadiah untuk lucky draw, dan macam-macam lagi yang aku kena cari, tapi aku suka mencari sebab aku belum ketemu lagi apa yang aku cari,hahaha, ayat merapu, ckLah, mintak maaf, salah penggunaan tatabahasa.

Malam esok ada family gathering, dan aku di tugaskan oleh pihak penaja untuk mencari lokasi dan menu yang sesuai untuk semua peringkat usia, dari kanak2 sampailah orang tua. Dengan perasaan bercampur baur, sedih dan gembira, aku pun bersama dua tiga orang pembantu meredah segenap ceruk, mencuba masakan yang disediakan, dan akhirnya kami menemukan juga tempatnya.

Hari ni aku dah ajak sepupu aku cari popia basah yang paling sedap di dunia, tapi kami pun taktau di mana tempatnya, haruslah ada aktiviti sesat dan tawaf dua tiga kali roundabout. Malu bertanya sesat jalan, ada mulut berentilah tanya orang kan, jangan tanya mat nepal atau Vietnam sudah. Korang tak sabar la tuh nak tengok aksi-aksi aku masa family gathering tunguuuuuuuuuuu,chau chin chau.

Friday, December 19, 2008

Indahnya alunan itu


Semalam aku makan di sini, Al Azmi Garden. Cantik dan menarik,diperkenalkan oleh sorang kawan.

Sesapa yang nak bersila boleh pilih wakaf yang di sediakan di buat daripada buluh perindu, bukan buluh lemang okeh. Aku tak pilih wakaf bersila sebab aku akan rasa semput masa nak makan, aku kan gadis melayu. :D Kalo tetibe lantai buluh tu patah atau roboh kena tanggung sendiri akibatnya kerana tiada insuran di sediakan. Jadi kepada sesapa yang rasa kilonya banyak cam aku ni janganlah berani cuba-cuba menguji ketahanan fizikal dan mental wakaf ni,meh kita duduk kat kerusi je.







Tak sampai 10minit makanan yang di pesan sampai. Masa tengah makan ni, telinga aku terdengar seperti orang sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Semalam kan malam Jumaat,jadi syak wasangka tu mulalah datang dengan cepat. Aku cuit kawan,"ko dengar tak apa yang aku dengar". Kawan pandang aku,"dengar apa". "Macam orang mengaji,merdu sungguh". Kawan tunjuk satu bangunan terletak bersebelahan dengan tempat makan tu. "Surau dan juga tempat kegiatan keagamaan, tuan punya restoran ni yang buat, malam Jumaat selalunya ada budak-budak datang belajar agama kat sini, kekadang budak-budak tahfiz pun ada".
Makan malam kami diiringi dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,sungguh asyik sekali. Betapa banyaknya pahala yang di kumpul oleh pemilik restoran ni, dunia dan akhirat sama-sama di kejar.




Yang ini pencuci mulut yang jarang bleh jumpa kat mana-mana, aiskrim goreng. Aiskrim ni di balut dengan sesuatu, sekali tengok cam kulit popia, entahlah,aku pun tak pasti, yang penting halal dan sedap, dan yang lagi best sebab orang belanja. Jom jalan-jalan.Zoom Mesia.:D





Thursday, December 18, 2008

Tanpa cahaya

Semalam Uncle Rashid kawan ayah datang rumah. Agak lama Uncle Rashid tak bertandang ke rumah kami sebab dia telah di hantar bertugas di Dubai oleh syarikatnya. Uncle Rashid bagi kami 2 biji kristal yang di dalamnya ada gambar bangunan Dubai. Bila di tekan butang kristal ni akan berkelip2 keluarkan banyak kaler, cantik sungguh,macam lampu liplap raya.


"Jangan tekan banyak kali Juliet nanti bateri abis",Uncle Rashid. "Kalo abis bateri beli baru",aku jawab. Uncle Rashid sengih-sengih kat aku. "Bateri dia ade kat Dubai jek. Kat rumah uncle ade satu camni dah abis bateri, bila pegi kedai orang kedai tu cakap bateri takde jual sini, , kat luar negara jek". Ada pulak camtu,tak bercahaya la pasni lampu Dubai aku.

Wednesday, December 17, 2008

Kembang kempis

2-3 bulan ni aku rasa semacam je bila pakai baju pegi keje. Rasa sendat, sesak, sempit, semput dan suma yang sewaktu dengannyer. Aku tenung tilik baju-baju tu, mana tau kot dia mengecut sebab perubahan cuaca sekarang ni, panas dan lembap yang tak menentu,hehehe.

Untuk menjawab segala teka teki itu, maka balik dari opis semalam aku melilau cari timbang. Dengan kadar segera aku pun betulkan jarumnyer, baca doa penenang hati sikit, dan aku mengatur tapak satu demi satu. "Argggghhhhhhhh"! Aku tak percaya, sungguh tak percaya, aku tak percaya dengan kedudukan jarum itu. Berat aku naik 2kg dalam masa 2-3 bulan ni rupanyer,patutlah aku dapat rasakan kesemputan di mana-mana.

Dan, dengan gigihnyer semalam aku mulakan bunga-bunga exercise, warm up sesikit, wat sit up, gayut sana sini, lompat sana sini, berpeluh jugak la. Malam sedang asyik aku menonton tv mak panggil. "Juliet,nape tak makan lagi?". Mak taktau aku sedang tahan nafsu makan nih. "Taknaklah,aku jawab ringkas. "Mak masak kurma daging yang Juliet suka,makanlah sikit". Untuk tidak menghampakan hati mak tersayang aku pun makanlah sebanyak 2 pinggan. Sedapnyer mak masak. Sedang aku dok gosok baju abang pulak datang bawak char kuew tiaw. "Juliet,abang tinggal sikit kuew tiaw atas meja,pegi makan",kata-kata dari abangku. Dan sekali lagi untuk tidak menghampakan abang aku, maka dengan penuh berselera aku habiskan kuew tiaw sepinggan dan lepas tu aku terus masuk tido. Takpelah,esok exercise balik :D.

Tuesday, December 16, 2008

Salah kategori

Aku tak boleh guna berus gigi lebih dari 2 bulan, mulalah rasa tak puas hati. Masa jenjalan kat pasar malam tetibe baru aku teringat yang aku dah buang berus gigi pagi tadi kat dalam tong sampah. Alamak, malam ni haruslah aku tak berus gigi kalo tak beli baru.Hujan yang mulai turun rintik-rintik buatkan aku rasa malas nak singgah beli berus gigi di pasaraya berdekatan.

"Lelong!Lelong! Satu batang satu hinggit! Ini sudah bagus, jenama sama yang aku guna. Tak banyak pikir aku pun ambik sebatang,baru rasa lega dalam hati, malam ni aku akan gosok gigi pakai berus baru,lalalalala.

Dan semalam dekat nak tido aku pun masuk bilik air, capai berus gigi dan mulai menggosok. "Adeh!Adeh! Aku menjerit kesakitan. "Juliet,are you wokeh", mak aku ler tu. "Aku kumur dan aku rasa gusi pedih, banyak gak darah keluar. Aku tenung berus gigi baru tu dan aku rasa bulunyer, keras giler. Aku rasa dorang dah tetukar sebenarnyer nak buat berus periuk tapi saiznyer terkecik jadi dorang buat berus gigi. Dan dengan geramnyer aku terus campak masuk tong sampah.

Hari ni gusiku masih terasa bisa-bisa bagaikan di tusuk sembilu tajam pedihnyer taktau bila akan terhenti. :D Belilah barangan buatan tempatan.

Monday, December 15, 2008

Jgn berkelip lagi

Kakak ajak aku teman dia pegi rumah kawan yang agak jauh dari rumah kami. Malam dan hujan pulak tu buat aku malas tapi terpaksa jugak, aku kan adik mithali. Jalan agak sesak, mungkin wargakota dah pulang dari kampung setelah beberapa hari cuti raya.

Berhenti di lampu isyarat. Tetibe kakak tanya aku nape ade lampu merah kat dashboard dia berkelip-kelip dengan meriahnyer. "Tu signal minyak nak abis la", aku jerit ala2 gadis melayu je. Kakak dah gelabah. "Abis camner",dia bagi soalan bodoh. "Apa nak takut, depan tu kan berderet pam minyak",aku masih jawab ala2 gadis melayu,sopan santun.

Kakak pun belok masuk ke pam minyak. Tetibe aku tengok dia dok pusing sana sini,bukak tutup beg duit,pastu pandang aku ngan muka seposen. "Tak bawak duit rupanyer",selamba dia cakap. "Biar betul sebab aku pun tak bawak duit, beg je aku bawak,tu pun sebab IC semua dalam tu, kalau tidak maunyer aku tinggal beg ni tadi",aku dah gabra. Hujan turun mencurah-curah,kat stesen ni plak takde mesin ATM.

Kami selongkar segala tempat dan akhirnye setelah di kumpul dan di hitung dapatlah RM4 untuk isi minyak kereta. Dengan muka yang tebal 14inci kakak aku pegi beratur dan aku tengok banyak kali gak budak kashier tu pandang kat kami,macam isi minyak motor. Kami cuba cari jalan shotcut takut tak sempat sampai ke rumah yang di tuju. Fuhhh,nasib baik sungguh sempat sampai, kalau tidak boleh la aku tunjukkan skill menolak kereta yang takde minyak ketika hujan turun mencurah2 kepada orang kolumpo ni.

Saturday, December 13, 2008

Alim Kucing,miau! miau!

Kisah benar, sorang pakcik ni, umur dalam 50an. Tiap2 hari pagi petang siang malam di tangannyer ade tasbih panjang sampai ke lutut. Saiz buah tasbih dia sebesar ibu jari. Dan aku selalu tengok bibir dia dok bergerak-gerak, taktau sama ada berzikir atau pun menyanyi. Sambil berjalan dia akan bawak tasbih, makan bawak tasbih, dok berborak ngan kawan-kawan pun di tangannyer ada tasbih. Aku kata alimnyer pakcik nih.

Tapi aku mula rasa was-was dengan dia sebab bila pompuan lalu dia pandang tak berkelip, dari atas sampai ke bawah, sampailah pompuan tu hilang dari pandangan. Dan aku pernah tengok dia tak pegi sembahyang Jumaat beberapa kali, mulanyer aku fikir dia uzur, tapi kalau dah tiap2 minggu tak pegi Jumaat uzur ke apenye. Semalam hari Jumaat juge dia tak pegi sembahyang, dan lagi sadis orang baru keluar masjid dia dengan selambanyer dok makan nasi.

Tak heranlah kalau bebudak muda tak pegi Jumaat sebab ade contoh dari orang tua. Hai pakcik, kalau tak pegi Jumaat tu nyorok-nyoroklah sikit, malu kalau ditengok oleh orang yang lagi muda. Rumah kata pegi kubur kata mari.

Friday, December 12, 2008

Van Hantu

Aku dengan kawan dalam perjalanan ke pasar malam. Di satu simpang tetibe kawan aku ni brek mengejut. Aku tanya kenapa, dan dia tunjuk ke arah sebijik van putih buruk yang melintasi kami. "Eh! Van tu gerak sendiri?", aku cuba jenguk keluar tingkap. Rupanye van tu di pandu oleh seorang budak yang baru berusia 9-10tahun dan di sebelah pemandu cilik tu abang dia yang baru berusia 15 tahun, agak-agak aku lah. Van tu dipandu agak laju menuju ke arah kami dan nasib baik ada ruang kosong untuk kami mengelak, dan aku sangat ngeri bile tengok van tu bengkang bengkok menuju kearah padang bola yang terdapat ramai kanak-kanak sedang bermain di situ.

Aku taktau sama ada budak tu curi kunci van dari makbapak dia atau pun makbapak dia yang dengan sukarela bagi kunci tu kat dorang untuk tunjukkan kat orang ramai bahawa anak dia yang baru setahun jagung dah pandai pandu van buruk. Kalau ade kemalangan terjadi petang tu aku taktau sapa yang harus dipersalahkan nanti sebab mengikut kata budak2 yang kenal dengan keluarga budak yang pandu van, dorang dah selalu tengok makbapak budak tu yang bagi dorang pandu van buruk yang entah ade roadtax atau pun tidak.

Aku tak paham dengan makbapak yang berperangai camni,kalo dah terjadi sesuatu yang tak diingini baru nak menyesal agaknyer. Kalo anak dia je kena takpe, di buatnyer dia langgar anak orang, tak ke jadi kes lain, sungguh aku tak paham.

Thursday, December 11, 2008

Bijak,bijak.

Adik ajak aku pegi Giant, nak beli sesuatu katanyer. Sampai kat Giant dia terus tuju kat tempat jual pinggan mangkuk. "Nak cari ape?",aku tanya dia. Aku rasa dia nak cari hadiah untuk orang kawin. "Nak cari berus yang orang guna untuk sapu2 kek",dia jawab. "Hah! Berus sapu kek?",peliknye. "Camner rupanyer", aku tanya balik. "Ni dia, dah lama aku cari ko berus", adik aku amik berus tu terus gi kaunter bayar. (berus tu sama ngan gambar di atas)



"Nak buat ape berus nih?",aku tanya lagi. "Malam2 kan aku pakai krim body shaping kat perut, aku nak sapu pakai berus ni lah. Kalo pakai tangan rasa pijar sangat, nanti masa nak bukak/pakai contact lens rasa pedih sangat kat mata bekas body shaping ni. Untuk keselamatan mata dan tangan maka aku dengan bijaknye akan gunakan berus ni masa nak pakai krim tuh, ade pahaaaaammmm". Dan aku terus terlopong,hehehe.

Wednesday, December 10, 2008

Sepi

KL sunyi sepi bile raya tambah lagi bebudak cuti sekolah. Aku macam kucing jatuh anak, ke hulu hilir dok dalam rumah tak tau nak pegi mana. Takkan nak tido je sehari suntuk. Tapi kalo tido best gak sebab hujan tak berenti dari pagi. Member kol ajak pegi rumah dia kat Bangi, bagus gak, ade ler aktiviti yang buleh di buat.


Member ajak pegi ke Nilai 3, saje jalan2 cuci mata dalam hujan. Ikut je lah. Orang sibuk sembelih lembu aku sibuk merayau tak tentu hala, anak sapa lah ni.

Sunyi sepi kat Nilai 3 nih, ade gak 2-3 biji kedai yang bukak. Kalo aku nak guling2 tengah jalan ni pun buleh, lengang betul. Agaknyer semua orang balik kampung ye.






Aku masuk kat kedai barangan kaca, nampak dorang gantung benda ni kat semua rak. Aku nak tergelak bila baca "Cantik dipandang, pantang di sentuh". Korang jangan sesuka hati nak sentuh, ade pantangnyer tuh.
Kepada kawan2 semua aku cuma nak cakap "baliklah cepat,sunyi sepinye hidup aku nih".
























Saturday, December 6, 2008

Dunia Sekarang


Kawan sms jemput aku pegi kenduri kawin pakcik dia kat Cheras hari Isnin, bersamaan ngan raya haji. Berpuluh kali aku baca sms dia, aku pelik, betul ke dia jemput aku pegi kenduri kawin pakcik dia sebab setahu aku pakcik dia ni dah ada cucu. Pakcik ke anak pakcik, ye lah kan, takut salah taip. Untuk meleraikan segala yg kusut aku pun kol dia pagi tadi.


Aku : Semekom, baru bangun ke?
Kawan : Taklah, pepagi kol aku ni nak ajak makan roti canai ke?
Aku : Aku keje lah. Tanya sikit, aku tak paham la sms ko semalam.
Kawan : Apa yg tak pahamnyer? Bkn aku anta dlm bahasa cina ke, tamil ke, nepal ke,hahaha.
Aku : Ko cakap pakcik ko kawin, yang mana? Bukan pakcik ko sorang je yang dok kat Cheras tu?
Kawan : Haah, yang tu lah.
Aku : Eh! Bukan dia dah ade bini, bukan dia dah ade cucu ke?
Kawan : Betul la tu, dia baru bercerai 4 bulan, bini dia lari ikut lelaki lain, bujang ko lelaki tu, muda lagi, dalam 30an gitu.
Aku : Hah! biar betul? Bukan pakcik ko dah umur dalam 47-48 gitu?
Kawan : Yaaaaaa, exbini dia pun samalah umur, nak buat macam mana kalo dia dah jatuh cinta ngan orang bujang trang tang tang.Pakcik aku cerai bini dia ngan talak 3 bile jumpa bini dia dok berasmaradana ngan lelaki tu kat rumah dorang.
Aku : Abih tu pakcik ko ni kawin ngan sapa plak?
Kawan : Bakal bini baru ni aku tengok baik,tapi baru umur 24 tahun, aku nak panggil ape? Sama umur,hahhaa.
Aku : Ko panggil la nama jek,hahaha.


Macam-macam hal yang pelik2 boleh berlaku dalam dunia sekarang yer. Pakcik kawan aku nih sorang kontraktor, kaya raya, ade 4-5 biji lori,ade jentera2 berat yang aku sendiri taktau nak sebut ape, rumah sewa kat sini 5-6 pintu, dah pegi Mekah 2-3kali,dan orangnye sangat baik. Aku taktau apa yang isteri dia nak lagi, dorang dah ade 2 orang cucu, menantu 2 orang, anak2 sumer berjaya. Mengikut citer kawan aku ni dah banyak kali makcik dia buat hal dan mintak di lepaskan tapi pakcik ni sayangkan keluarga, ye lah, dah ade cucu tak kan nak bercerai beraikan, tapi agaknyer memang jodoh mereka sampai situ saja. Ape pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada Pakcik yang akan melangsungkan perkahwinan pada 8/12/08 ni, semoga perkahwinan kali kedua ni akan kekal hingga ke akhir hayat. Salam aidiladha juge untuk semua.

Friday, December 5, 2008

Buang kulit

Aku tengah basuh pinggan kat dapur, tetibe anak buah aku datang sambil hulur sebiji epal kat aku. "Buang kulit", tu je dia cakap. Korang pun tau kan aku ni mak sedare yang baik lagi rajin, aku amik epal tu dan kupas kulit. Potong kecik2 masuk dlm bekas bagi balik kat dia. Tak lama kemudian dia muncul lagi bersama dengan sebiji buah pear. "Cik,buang kulit". Aku pun kupas kulit buah tu, potong kecik2 bagi kat dia balik.

Tak lama kemudian dia muncul lagi bersama segugus anggur (betul ke penjodoh bilangan tu) di tangan. "Cik,buang kulit". Kalo banyak ni punyer anggur ko nak soh kupas kulit, sampai raya haji tahun depan pun tak siap. Aku amik anggur tuh, aku pusing2 kiri kanan, pastu aku cakap, "adik, buah ni ade ulat, takyah makan, nanti ulat tu masuk dalam perut kena belah perut adik, pastu adik kena dok hospital, doktor injek sakit tau, pastu adik takleh main basikal,pastu adik kena makan ubat pahit,eeiiiii,takutnye". Dan dia pun terus lari lintang pukang meninggalkan anggur nan segugus itu,hahaha,aku berjaya. Kupas kulit anggur tu ajaran sesat abah dia la tuh, tak larat aku nak layan hal remeh temeh camtu. Aku ni kidal, camner nak guna peeler yer? Ade sesape penah jumpe peeler utk org kidal?

Thursday, December 4, 2008

Aku yg menyesal

Sehari dua ni anak buah aku berubah skit, maklum ler luka di pipi akibat terjunan longkang aritu tak baik lagi. Dan dia takut bile mak dia sound taknak bawak datang umah aku lagik kalo dia main lasak2. Kesian pulak aku tengok dia dok termenung pastu main kereta kontrol yang dah tak buleh nak kontrol lagi dah tuh. Aku pegi pasar malam, tetibe aku nampak satu benda yang aku rasa buleh menceriakan anak buah aku. Dengan penuh semangat kesukanan aku beli sekali 3,amik ko, barang murah. Dan masa beli tuh aku tak fikir 10kali kot, maka sampai ke hari nih aku terima akibatnye.

Inilah mereka yang telah buat aku sengsara tak buleh tengok tv dengan hati yang senang sebab anak buah aku dah konker tv nih.













Aku beli cd upin ipin untuk anak buah aku, ingatnye dia tengok sekejap-sekejap jek, rupanya dari pagi sampai malam dia dok ulang tengok cd tuh. Adoii, tensen betul, takleh nak tengok cerita lain. Nasib baik ade tv buruk kat dapur bulehlah aku tengok berita. Dan anak buah aku nih dah berubah cakap cam upin ipin gak, dia suka cakap "betul,betul,betul", dia panggil mak dia Kak Ros,nama dia dah tukar kejap jadi upin, kejap jadi ipin. Balik nih aku nak sorok cd tu, kalo tidak haruslah aku jadi penunggu dapur malam2 hari.






Tuesday, December 2, 2008

Panggilan kecemasan

Tolong! Tolong! Sakit! Sakit! Dengan sepantas kilat kami berlari mencari suara yang mintak tolong. Intai-intai tak nampak pulak orangnya. Tetibe aku nampak sepasang tangan kecik tengah pegang tebing longkang. Dan inilah mangsanye, anak buah aku yang umur 5tahun buat terjunan dari aras 5meter ke dalam longkang depan rumah bersama basikalnye. Kalo ikut hati aku cubit2 je, tak reti main elok2, kalo Josiah Ng tengok dia kayuh basikal mesti terkejut beruk, 100km sejam (aku kelentong sikit2)








Buleh dia cakap tak sakit, aku tengok pun ngeri, kalo tercucuk bijik mata camner. Kalo si kenit ni datang rumah semua orang tak senang hati, ade je benda tak berfaedah yang dia buat, buleh meroyan ngan perangai dia nih. Hari ni dia dok diam sikit sebab trauma jatuh longkang semalam ade lagi tuh.

Monday, December 1, 2008

Pelik

Latar tempat : Rumah aku bukan rumah korang
Masa : Lebih kurang kol 8.30 malam.

Henponku bunyik meraung2, "Ku mahu kesetian dan kejujuran......,lagu Siti, Ku Mahu. Aku angkat dan tetibe orang yang belah sana lagi cekap dari aku. Mungkin dia minum Super Power.

Dia : Woii, ko katner?
Aku : Kat umah la.(aku anak dara yang baik okeh,takleh kuar mlm,kuar tgh mlm takpe)
Dia : Aku kol balik weiii, kredit nak abis, okeh,okeh,bye.

Sebenarnya aku taktau sapa yang kol tu sebab nombor dia memang aku tak kenal langsung, dan suara dia pun aku memang tak penah dengar. Aku tunggu gak dia kol balik tapi senyap je sampai ari ni. Pelik betullah, salah nombor agaknya tu dan mesti dia guling2 lepas kol aku semalam, fruz beb tak dapat dengar suara aku yang lemak merdu ni lama2 sikit.