
Kawan sms jemput aku pegi kenduri kawin pakcik dia kat Cheras hari Isnin, bersamaan ngan raya haji. Berpuluh kali aku baca sms dia, aku pelik, betul ke dia jemput aku pegi kenduri kawin pakcik dia sebab setahu aku pakcik dia ni dah ada cucu. Pakcik ke anak pakcik, ye lah kan, takut salah taip. Untuk meleraikan segala yg kusut aku pun kol dia pagi tadi.
Aku : Semekom, baru bangun ke?
Kawan : Taklah, pepagi kol aku ni nak ajak makan roti canai ke?
Aku : Aku keje lah. Tanya sikit, aku tak paham la sms ko semalam.
Kawan : Apa yg tak pahamnyer? Bkn aku anta dlm bahasa cina ke, tamil ke, nepal ke,hahaha.
Aku : Ko cakap pakcik ko kawin, yang mana? Bukan pakcik ko sorang je yang dok kat Cheras tu?
Kawan : Haah, yang tu lah.
Aku : Eh! Bukan dia dah ade bini, bukan dia dah ade cucu ke?
Kawan : Betul la tu, dia baru bercerai 4 bulan, bini dia lari ikut lelaki lain, bujang ko lelaki tu, muda lagi, dalam 30an gitu.
Aku : Hah! biar betul? Bukan pakcik ko dah umur dalam 47-48 gitu?
Kawan : Yaaaaaa, exbini dia pun samalah umur, nak buat macam mana kalo dia dah jatuh cinta ngan orang bujang trang tang tang.Pakcik aku cerai bini dia ngan talak 3 bile jumpa bini dia dok berasmaradana ngan lelaki tu kat rumah dorang.
Aku : Abih tu pakcik ko ni kawin ngan sapa plak?
Kawan : Bakal bini baru ni aku tengok baik,tapi baru umur 24 tahun, aku nak panggil ape? Sama umur,hahhaa.
Aku : Ko panggil la nama jek,hahaha.
Macam-macam hal yang pelik2 boleh berlaku dalam dunia sekarang yer. Pakcik kawan aku nih sorang kontraktor, kaya raya, ade 4-5 biji lori,ade jentera2 berat yang aku sendiri taktau nak sebut ape, rumah sewa kat sini 5-6 pintu, dah pegi Mekah 2-3kali,dan orangnye sangat baik. Aku taktau apa yang isteri dia nak lagi, dorang dah ade 2 orang cucu, menantu 2 orang, anak2 sumer berjaya. Mengikut citer kawan aku ni dah banyak kali makcik dia buat hal dan mintak di lepaskan tapi pakcik ni sayangkan keluarga, ye lah, dah ade cucu tak kan nak bercerai beraikan, tapi agaknyer memang jodoh mereka sampai situ saja. Ape pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada Pakcik yang akan melangsungkan perkahwinan pada 8/12/08 ni, semoga perkahwinan kali kedua ni akan kekal hingga ke akhir hayat. Salam aidiladha juge untuk semua.