Monday, December 9, 2013

Berenang di tepian

Semalam, 8 Disember, hari lahir anak buah yang ke 14 tahun.

Kami panggil dia bang long, sebab dia anak sulung dan juga cucu sulung.

Sms dia, ucap selamat hari lahir dan tanya apa yang dia nak.

"Belikan bang long uniform dengan kasut sekolah je", dia balas.

Dalam hati kata, "bagusnya dia mintak pakaian sekolah, senang dan berguna".

Dan bang long sms lagi, "seluar jenama dot dot dot, baju jenama dot dot dot, kasut jenama dot dot dot".

Dan bila saya gugel jenama pakaian sekolah yang dia mintak tu, saya rasa lebih baik tak tanya apa yang dia nak.

Acik pun beli kain ela kat Kamdar saja ok, masa ada sales pulak tu.


10 comments:

  1. heehehe..... dah ditanya,....
    dia sebut je la apa yang diidamkan sejak sekian lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, saat ku idamkan sudah mari katanya. :D

      Delete
  2. kesimpulannya.. lainkali wish jek.. hadiah ko tak yah tanya.. ckp nnti acik bg suprise ahaks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wish pun taknak, buat-buat lupa sudah :D

      Delete
    2. aku pun selalu macam tu. birthday nephew aku buat-buat lupa. tapi dia dok ingat kan aku, "Acik, esok berapa hb?" "Esok hari jadi siapa ya?" Aku buat tak tahu aje. "Esok hari jadi abanggg!!"

      Lagi la no respon dari aku. Dia tengok aku no respon dia terus diam. Hahaha.

      Balik-balik kalau ada hari jadi sesiapa aku belanja makan aje. Tapau bawak balik.

      Delete
  3. abang long! salam ulang tahun. semoga sentiasa menjadi anak soleh yg disenangi semua. aminnn...!

    mujur x tnya si kecik. beli kek bawak dia x? hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia cakap masa beli hadiah wajib bawak dia :C

      Delete
  4. sebaya dengan nephew aku jugak.

    abang long, acik beli kain ela kat Kamdar tu pun semeter RM20 tau abang long. kan acik kan?

    ReplyDelete