Friday, September 27, 2013

Bayang-bayang

Saya pegi pasaraya.

Jumpa dengan makcik yang duduk setaman.

Makcik tu cuit saya dan bisik " hensem, boleh tahan manis".

Saya pandang makcik tu dengan muka yang sedikit blur.

Makcik tu bisik lagi, "tuuuuuuuuu, pakwe awakkan yang berdiri kat belakang awak".

Cepat-cepat saya pusing belakang.

Seorang lelaki yang tampan sedang berdiri di belakang saya dan jarak kami agak rapat.

Dan saya rasa nak ketawa kuat-kuat.

Kusssss semangat.

Saya bisik pada makcik, "suami orang tengah tunggu isteri dia kot".

Dan makcik pun tutup mulut tahan gelak.

8 comments:

  1. insya Allah tak lama lagi jadi kenyataan. Masa tu awak boleh ucapkan terima kasih kpd makcik tu sebab puji bakal suami awak hensem ...... hehehe

    ReplyDelete
  2. kau tak usha lebih lanjut ke? alaaaa makkk...

    ReplyDelete
  3. lelaki yang tampan tu dengar tak..?

    ReplyDelete
  4. saya nih ni kali kedua dah situasi berlaku.

    dejavu kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa salahnya berlaku betul2 kans, hik,hik.

      Delete