Monday, October 21, 2013

Nyawa

Jiran depan rumah bela kucing, banyak, dekat 7-8 ekor.

Ada yang besar, ada yang baru lepas pantang 4 ekor.

Yang lepas pantang tu semuanya warna hitam, nampak agak lemah.

Sejak 4ekor kucing kecik tu di lepaskan oleh tuannya, suka sangat dorang lepak depan pagar rumah saya.

Dan, kami ada tugas baru, nak keluar kereta kena alihkan dulu 4ekor.

Hon pun dorang buat tak tau, buat selamba je.

Nak masuk pagar, kena alihkan lagi.

Kanak-kanak pun asyik nak terlanggar dengan basikal.

Semalam seekor dah mati di langgar motor.

Yang herannya tuan dia boleh buat taktau, tetap tak kurung.

Pagi tadi pun saya hampir tersepak sekor, nasib baik sempat brek.

Kesian kucing-kucing ni dapat tuan yang macam takde perasaan.


9 comments:

  1. alahai kesiannya...

    ko g hantar ke tangan tuan dia dgn pesanan penaja sikit. X baik buat binatang camtu, kalau x rajin nk menjaga n mengasuh, jgn bela langsung.

    ReplyDelete
  2. Jiran mcm nilah yg boleh buat kita ulcer. Ini kecik lagi awak nak kena alihkan setiap kali nak keluar dan masukkan kereta ke rumah sendiri. Nanti kucing tu dah besar sikit, mulalah berak kat rumah awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berak kencing muntah tu dah biasa yb.

      Delete
  3. mestidia pun dah malas nak jaga banyak-banyak gitu tu!!

    ReplyDelete
  4. kat area tu tak de animal shelter ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada, setiap kucing yang datang tu kau pi letak kat shelter. kalau jiran tu sibuk cari kau cakap suruh dia cari kat shelter.

      Delete