Tuesday, December 31, 2013

Tanda Tanya


Semalam Jim berdiri depan cermin agak lama, 5 minit rasanya sambil pegang pipi kiri kanan.

Saya tanya apa yang dia tengok.

"Jim tengok jerawat ", selamba dia jawab.

Itu bukan jerawat anak, itu ruam :D

Esok kena pegi tengok jalan untuk ke sekolah Jim sebab saya yang akan ambik Jim waktu balik.

Van sekolah belum dapat, acik kenalah berkorban buat sementara.

Esok juga nak cari diari baru, tahun ni lambat pulak beli diari.

Selalunya seminggu sebelum tahun baru datang saya dah beli.

Bila tengok senarai rupanya banyak kerja yang perlu saya buat esok.

Kalau dapat main ombak esok alangkah seronoknya.


12 comments:

  1. selamat sekolah jugak ye jim.

    jangan buli kawan2. buli acik xpe. dia jenis redha itu pasrah; pasrah itu menyerah.

    main ombak takyah tggu hari. tp skrg ombak tgk kuat. hati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini ombak masih boleh kompromi

      Delete
  2. buli acik memang dibenarkan. digalakkan pun. supaya nanti bila acik ada jim dia sendiri, dia dah boleh kawal diri dia. dia dah ada pengalaman.

    kan acik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik dah banyak pengalaman jaga kekanak :D

      Delete
  3. Assalamualaikum!

    Selamat Tahun Baru 2014,
    Semuga tahun ini lebih cemerlang dari tahun lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru.
      Lebih cemerlang, gemilang dan terbilang :D

      Delete
  4. Selamat tahun baru juliet.. kim salam rindu ngan kts.. dia takde azam baru ke nak update blog..

    Azam baru acik.. Berkorban untuk jim :)

    ReplyDelete
  5. dah sunat lom Dak Jim ni?
    [ lupa..]

    selamat tahun baru Acik Jim!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jim belum sunat, baru 5tahun :D

      Selamat hari tahun baru.

      Delete