Monday, December 2, 2013

Malam Yang Sepi

Malam, saya pergi rumah dia dan dia baru balik dari tahlil rumah jiran.

Dia cerita suami jirannya baru meninggal.

Kemalangan konvoi motor besar ke Genting, motor terbalik dan arwah meninggal di tempat kejadian.

Masuk berita TV3, tapi saya tak perasan barangkali.

Saya tanya dimana arwah di kebumikan.

"Kubur depan tu, yang tepi jalan nak masuk ke sini", kata dia.

Oh! Mata saya dah bulat.

Memang jalan nak masuk ke rumah dia ada kawasan perkuburan baru, tapi taktau pulak dah beroperasi.

"Sejak bila kubur tu beroperasi?", perlahan je saya tanya.

"Dah dekat 2bulan dah, senanglah kami nanti, tak payah nak ke kubur jauh tu. Sebelah kubur Islam pulak ada jirat cina", bersemangat dia jawab.

Oh! Baiklah saya mintak diri balik awal-awal masa orang masih ramai lalu lalang.

Lepas ni kalau nak pergi rumah dia waktu malam saya kena pikir beribu kali.

Keselamatan di utamakan :D


10 comments:

  1. bagi sajalah salam. untung2 dijawab terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alis,
      idea bernas tuh :D

      tata,
      tengok filem penanggal macam best je :D

      Delete
  2. aku pun cam ko, tapi kawan aku pernah kata... 'apa nak takut, kang kita mati ke situ jugak!'
    JEM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. cuma beza nya masa kita ke sana kita dah tak sedar masa tu, kan?

      Delete
    2. zonaku,
      hahahahaha, kita bukan takut cuma tak berapa berani je kan :D

      tata,
      seram pulak beb :D

      Delete
  3. Bagus juga tuh juliet.. kematian itu menginsafkan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iina,
      tapi aku ni masih tak berapa nak insaf jugak :D

      Delete
  4. Bagus tu kubur di laluan ke rumah...Hari2 igt mati

    ReplyDelete