Friday, October 4, 2013

Gores Dan Menang


Petang semalam saya sapu depan rumah, sapu daun mangga yang tak berapa lebat buahnya musim ni.

Tiba-tiba berhenti kereta warna hitam tepi saya.

Keluar seorang perempuan dalam lingkungan 40an.

Bagi salam, saya jawab.

Hulur tangan, saya sambut.

Dan, tidak semena-mena dia jerit, kuat jugaklah.

"Cantiknyaaaaaaa, cantikkknyaaaaaaaa".

Saya dah senyum, orang puji kita cantik mesti kita suka.

Dia tepuk bahu saya, "bukan kereta akak kan?".

Cis, rupanya kereta yang dia cakap cantik.

Terpedaya di situ.

"Dalam rumah saya mestilah kereta saya".

Dia tepuk bahu saya lagi, kali ni agak kuat.

"Akak tak cukup ranggi lah nak bawak kereta ni".

Dan dia gelak kuat-kuat.

Kecik hati. 

Tiba-tiba baru saya teringat nak tanya dia tu sapa sebab saya tak kenal.

"Awak nak apa eh?", saya tanya dengan perasaan marah dan kecewa.

"Lupa pulak, saya datang nak jual alat urut kaki,bagus kak".

Saya terus cakap tak berminat, sapa suruh kutuk tadi kan, dahlah panggil saya "kakak". :D


14 comments:

  1. Replies
    1. fren, lama tak umpa :D

      untuk awak, 3 tahun pun buleh :D

      Delete
  2. dia bahasakan diri dia la kot as 'akak'.. hahahahahhaaaaa
    over sentap betul la ko ni, wahai KAKAK!!

    ReplyDelete
  3. apa stendet bawak kereta cam tu urut kaki kat rumah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, kurang2 pegi "kaki kaki' kans

      Delete
  4. dia bukan kutuk tu Juliet. dia bergurau je tu.. nak beramah mesra. tapi ter kasar la pulak gurauan dia. sorry eh KAK.. hik hik hik

    ReplyDelete
  5. Juliet, apa kata kau gores kereta dia, pastu kau minta urut kaki tu as the menang. boleh?

    ReplyDelete
  6. kecit hati ai jugak.

    manga tak lebat eh tahun nih? ritu merimbun.


    ritu tuh.. tahun nih jugak rasanya.. hurm..
    kena cepat tanam pokok lain nih, sebagai ganti.


    tanam tebu pulak. depan rumah tau.

    bukan tepi bibir.


    bhahahaha~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak belajar tanam tebu tepi bibir la, kot rasa nak mkn ambik je kat tepi bibir.

      Delete