Monday, September 30, 2013

Kasih sayang


Bawak kanak-kanak ke Kuala Selangor.

Dari Selayang kami lalu ikut LATAR, pegi balik tol RM12.00.

Senang je nak gembirakan kanak-kanak, rendam dorang dalam kolam lama-lama :D



Riuh kanak-kanak berebut nak patung harimau.

Mulanya kami tertanya-tanya jugak apa guna patung harimau banyak kat sini.

Rupanya untuk takutkan monyet yang banyak berkeliaran dan tak takut langsung dengan orang.



Menginap di De Palma, berdekatan Bukit Malawati.

Mulanya saya bayangkan hotel sebab namanya De Palma Hotel.

Tapi rupanya macam chalet.

Waktu pagi dan petang banyak monyet berkeliaran.

Monyet tak berani nak turun dari pokok sebab kanak-kanak saya langsung tak takut dengan monyet, monyet pulak yang takut dengan mereka :D



Malam bawak kanak-kanak tengok kelip-kelip kat Kg.Kuantan.

Satu sampan kena naik 4 orang dan bayarannya RM50.00.

Jim tanya, "uncle, takde boyer ke? Jim takut boyer".

Dan yang dewasa pun mula mengucap panjang :D

Suasana gelap dan kita tak dibenarkan ambik gambar guna flash sebab kelip-kelip takut kan cahaya, kata pengayuh sampan.

Dan kelip-kelip hanya duduk di pokok berembang.

Ingat nak naik ke Bukit Malawati, nak mengimbas kenangan lama, tapi tak sempat.

Masa begitu pantas berlalu, sekejap je dah kena berkemas untuk balik.

Takpe, dengan adanya LATAR ni perjalanan lebih dekat, boleh datang lagi lain kali.




18 comments:

  1. Lain kali tinggallah kat sana 3H/2M. Baru puas nak ronda area Kuala Selangor tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dgn org keramat mungkin sanggup berlama2 di sana :D

      Delete
  2. Kongsilah kenangan lalu juliet di Kuala Selangor tu ..... hikksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong YB! Juliet, kongsi la.

      Delete
    2. tata,
      jgn percaya 100% cakap YB :D

      Delete
  3. Jim, boyer zaman skang semuanya di darat. kat sungai dah pupus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa..... boyer sungai dah lama angkat bendera putih kat geng darat..

      Delete
    2. boyer darat lagi susah nak cam :D

      Delete
  4. hahahahaa... jujur sorang kanak2....
    y dewasa nk tanya, tapi takut kang kene tolak trn sampan je kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, memang pun, naik sampan je yg dewasa dok baca mcm2 ayat :D

      Delete
  5. ha ah..
    penjual2 kat atas Bukit Malawati tu pun depa letak patung singa/rimau untuk takutkan lotong2 tu
    amat berkesan

    tapi tak tau kenapa rimau/singa..
    gorilla.. koala .. unta.. depa takut tak rasa-rasanya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi patung rimau tu pun monyet tu panjat2 je, takde perasaan takut langsung.

      Delete
  6. last saya ke melawati.. masa tuh berat masih bawah 60kg.


    dah lama rupanya saya tak tengok api-api..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alis, apa kena mengena berat dengan lawatan melawati? hahaha

      Delete
    2. ini pertama kali saya naik sampan dan tgk dari dekat, agak menakutkan sebab gelap dan dlm sungai pulak tu.

      Delete
    3. tata,
      saya pun tak nampak kaitan berat dgn bukit malawati :D

      Delete