Tuesday, June 7, 2011

Tunggu Hujan Berhenti


Semalam kat rumah takde letrik. 

Rumah aku sebuah je, jiran lain ada.

Mak dah bising ingatkan ayah lambat bayar bil.

Repot kat TNB, dalam 15 minit pekerja TNB sampai.

Periksa suis utama, periksa meter, dan kata mereka ada gangguan di ibu sawat.

Tapi mereka tidak boleh baiki masa tu kerana hujan renyai-renyai.

Mereka suruh kami telefon balik bila hujan sudah berhenti.

Sampai pukul 10 malam, hujan masih tak berhenti.

Kata ayah esok sajalah telefon mereka, kesian malam-malam ni.

Mak suruh bentang toto kat ruang tamu sebab dalam bilik rasa panas.

Tengah guling-guling, tetiba bunyi orang beri salam di luar.

Pekerja TNB datang untuk baiki kerosakan walaupun dah pukul 10 malam.

Dan kami tak telefon pun suruh mereka datang.

Tak sampai 15 minit kerja selesai.

Terima kasih abang api.

15 apa2 aje:

zonaku said...

bagus la pulak servisnya............

iina said...

wahhh Alhamdullilah... niat yang baik dibalas baik.. :)

kakngah said...

ada amik no. tipon abang api tak?

AI said...

- wahhh bagus la abg api...

- byk la claim OT...hehe (jgn marahhh)

Hamizah said...

mati akal bila xletrik,kan?

SHIMI said...

Bestnya kalau semua service kat Malaysia ni proaktif mcm tu kan...
bravo, bravo abg api

kakpah said...

tnb punyaa servis boleh dikira okay. kalau kitorang ada masalah letrik, bedesup gak dorang datang..

jajazuzu said...

feveret ai tido tanpa kipas dan ekon. bgun pg terus mandi sure rasa super segar...

Mr PenyuBiru said...

mesti abang api tu angau sama ko. tu yg kul 10 malam pun sanggup dtg tu.hehe

Ku Tak Sempurna said...

tak sediakan kopi o ngan bikut kering ke kat abang api tu?

julietchun said...

zonaku,
sangat bagus.

iina,
niat abang api ke niat aku? ehehehe

julietchun said...

kakngah,
tak ambik sebab yg dtg sebenarnya pakcik2 api :P

Al,
taktaulah kot ada agenda tersembunyi :P

julietchun said...

Hamizah,
walaupun hujan tapi panas dan nyamuk.

shimi,
mungkin sebab tarif letrik :P

julietchun said...

kakpah,
bagus kan kak :P

jaja,
camner nak tido tak pasang kipas sebab nyamuk dok bernyanyi di telinga :P

julietchun said...

penyu,
aku tak buat apa pun :P

kts,
tak sempat sbb abg api nak pegi byk tempat lagi :P