Thursday, August 18, 2011
Tips Ramadhan
Petang semalam bawak anak buah umur 8 tahun pegi beli kuih.
Nak beli karipap untuk dia, katanya sebagai upah kemas mainan yang berselerak.
Dan sempat juga beli sedikit kuih untuk berbuka.
Sedang sibuk memilih kuih tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Berteduh di tepi gerai kosong sementara tunggu hujan reda.
Datang sorang makcik dan berdiri berhampiran kami.
"Hujan lebat ye", kata makcik.
"A'ah", kata aku.
"Tinggal di sini?", kata makcik.
"Tak, taman sebelah", kata aku.
"Tu, anak ke", kata makcik sambil menuding jari pada anak buah.
"Bukan, anak buah saya", kata aku.
"Adik dah kawin?", kata makcik.
"Belum", kata aku
Makcik cuit bahu aku dan bagi satu tips," kalau belum kawin jangan selalu bawak anak buah keluar dengan awak, nanti orang ingat anak awak, tak jadi orang nak tekel awak,haaa,rugi kan".
Oh! Begitu rupanya. Anak-anak buah, lepas ni terpaksalah acik tinggalkan kamu dirumah ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 apa2 aje:
sian anak buah kene tggl lepas ni....
:(
- haha...tips ramadhan...makcik tu ckp dr pengalaman kot...
ada betul jugak kata makcik tu.. ;)
mesti ko pakai baju ala-ala makcik ni,tu pasal makcik tu ingat ko dah kahwin anak satu.hehe
Aku bwk anak pun org igt tu adik aku ;)
Ehem!
yelah...bukan semua org ada skill PR mcm makcik tersebut!
kak mimi, amboi...bkn main. adik ye? hahhaha
makcik bg tips yg betol!
ju
aku dulu masa bujang,,aku hangkut segala anak biah sepupu, sdara,,klau sekali sekala turun berlayar,,cukup jodoh maka berkahwinlah kami,,,,yskin boleh ju,,,
Busybody sungguh makcik tuh.. ko p param nak beli juadah berbuka bukan nak p ngorat.. hahaha
Weihh tak yah tunggu xbwk anak buah.. kalau kena si bujang tuh berkenan ngan ko walaupun bwk anak buah.. kalau berkenan jadi jek hahaha..
Kirim salam kat makcik tu lain kali ya...hehe
sukati je tau makcik tu...
nk bantah camana yer.. aku jalan pun suka jer nk bawak rakyat2 tu
hahahha..lepas ni bawak buah sahaja kalau pergi mana mana..anak tinggalkan kat rumah..
makcik tu tak bawak anak kan? adakah makcik tu mintak ditekel?haha
klako..
tp makcik tu mmg jujur la..
kakngah,
ni konsep syg anak buah tinggal-tinggalkan :D
Al,
berckp dari pengalaman ye :D
fisz,
byk pengalaman kot :D
penyu,
makcik tu main serkap jarang je.
lilies,
stetmen yg sangat menyakitkn hati.
hide,
hahaha, kat tepi jalan je
jaja,
kalo betul haruslah aku mengikut nasihatnya tu :D
azani,
ikan di laut asam di darat dlm periuk bertemu juga yer :D
iina,
lamanya nak tunggu bujang berkenan,kkekekekeke
cklah,
harap2 tak jumpa :D
zonaku,
hapening je jln ngan kekanak kan :D
cikguoden,
hahahaha, buleh gitu kan :D
jeb,
tak baik ckp lagu tu,hahhahaha
mizah,
makcik berkenan kat saya kot,hehehehe
Post a Comment