Tuesday, June 14, 2011

Daging Istimewa




Dia ajak makan malam rumah dia.

Dia keluarkan daging.

Dia nak masak daging dengan sos lada hitam.


Dia suruh aku duduk2 saja.

Sambil masak dia cerita.

Daging ini dibeli dari seorang kawan yang jadi pengimport daging halal luar negara.

Daging ini digunakan dihotel2 terkemuka seluruh dunia.

Lembu yang diternak untuk dapatkan daging ini diberi penjagaan rapi.

Makanannya hanya rumput2 berkhasiat yang ditanam dengan teknologi terkini.

Pung Pang Pung Pang dia cerita dan aku angguk saja.

 (Kualiti gambar tak memuaskan, salahkan kamera :D)

Siap, daging bersos lada hitam.

Kami makan, tak payah nak panjang cerita.



Selesai makan baru aku nampak harganya, RM526.90.

Aku syak dalam 1-2kg saja.

Aku gigit jari, kalau tau mahal gitu gaya aku makan banyak sikit tadi.




22 apa2 aje:

kakngah said...

mak ai.. 2 bulan punyer duit lauk tu.. huhuhu!!!

tasekM said...

sedap sgtkah..?


.

iina said...

biar benar mahal camtu?? ke banyak lagi kot takkan takat 1-2 kg jek

AI said...

- baik nye kawan juliet tu...

Cikgooden said...

mahalnya...daging apa tu?....makan sehari secubit ja...kalau aku...tahan sebulan.

Ms.Lilies said...

erkkk...mahal beno weih...
bape banyak daging aku bleh beli huhuhu

Hamizah said...

dgg buaya kemahal sgt tuh?hehe

Yunus Badawi said...

Selera makan awak bergantung kpd harga makanan tu ke?

Yunus Badawi said...

Mahal mcm ikan kelah kat Kuala Lipis aje

ngeeee

DrSinga said...

mahal tinja kau esok nok!!!

Mr PenyuBiru said...

aku syak diorang silap timbang tu.hehe

julietchun said...

kakngah,
bkn senang nak dpt :P

tasek,
sgt lain, dagingnya lembut.

julietchun said...

iina,
dia beli 2kg saja, memang mahal,sekali sekala katanya :P

julietchun said...

Al,
sebab saya pun baik :P

cikguoden,
daging lembu je tapi memang mendapat penjagaan rapi, dok dalam kandang emas kot :P

julietchun said...

lilies,
baik beli baju raya kan :P

hamizah,
bukan gajah buaya kan :P

julietchun said...

yb,
saya buleh makan apa2 saja, tambah lagi kalo org belanja :P

yb,
nasiblah saya tak makan ikan sungai :P

julietchun said...

dr.singa,
takdelah :P

penyu,
dan kawan aku tu silap bayar :P

Rozita said...

hahaha
peluang datang sekali..tkde dua kali, tiga kali..or berkali kali..

aNiS tHe BumbleBee said...

wuh,mahal betul.

boley beli breastpump letrik tuh.kih3x!

Ku Tak Sempurna said...

daging apa weiyhh?? landak? unta? kuda?

sila lebih spesifik.

terima kasih. :P

julietchun said...

rozita,
lenkali sebelum makan tanya harga dulu kan :P

julietchun said...

anis,
beli tv pun boleh kot :P

kts,
daging lembu yg eksotik :P