Dia hulurkan ini pada saya.
Saya pegang dan tanya "apa ni?".
Dia malu-malu dan jawab "pendrive kakak".
"Hah!", dan saya ketawa melihat pendrive bogel itu.
Dia tunduk.
Oh! Maaf. Saya telah mengecilkan hatinya.
"Kenapa bagi kakak?", saya pandang dia.
Dia masih tunduk. "Rumah saya takde komputer. Kalau kakak boleh tolong print benda kat dalam pendrive tu saya sangat gembira".
Balik ke rumah saya buka dan tengok isi pendrive tu.
Rupanya dia download banyak Soalan Percubaan PMR di Cyber Cafe kerana tahun ini dia bakal menduduki PMR.
Saya cetak semuanya dan beri pada dia.
Dan katanya " terima kasih kakak, terima kasih kakak,terima kasih kakak,terima kasih kakak".
"Sama-sama adik dan selamat berjaya".

18 apa2 aje:
- baik hati kakak...
biar bururk paras rupa, isinya yang penting. pesal ko x kasik jer y baru, transfer semua data ke situ.
mana tahu lebih beri motivasi untuk dia berjaya
ohhh..terharu..sobsss..sobsss..
moga dengan kegigihan itu, dia mendapat kejayaan besar kemudian hari
pasti dia menghargai pertolonganmu itu..
Selamat berjaya untuk dia ya!
Pendrive Tie, pun dah 2 biji jadi gitu... anak2 punya kerja...
Tapi dah kong, langsung tak boleh guna. MUdah2an adik tu berjaya kerana dia ada usaha.
baik hati kau. bila dia dapat keputusan cemerlang, mesti dia akan ingat pertolongan kau ni.
Aku pun ada banyak soalan pmr percubaan untuk english & sains.. hari tuh kawan aku ada minta aku carikan untuk anak dia.. kalau nak aku leh bagi ;) Tapi ko kena tolong printkan untuk dia..
Syabas sebab ko sudi printkan.. Semoga dia berjaya..
al,
sekadar membantu yg termampu
zonaku,
tak teringat pulak,haih
asleenda,
patut bersyukur apa yg kita ada hari ni kan
mrs.azmi,
dan dapat mengubah nasib keluarga
kakngah,
bangga dpt bantu dia.
cklah,
sama2 kita doakan kejayaan mereka
kaktie,
ganas sungguh anak2 yer :D
kakpah,
dia tak ingat pun takpe :D
iina,
email la soklan tu buleh aku pass kat dia
kakpah,
dia tak ingat pun takpe :D
iina,
email la soklan tu buleh aku pass kat dia
Besar pahala tu Kak Juliet. Semoga dia dan rakan2 yg akan mengambil PMR tahun ni (termasuk Haizam) berjaya dgn cemerlang.
terharu baca citer ni...btul2 bersemnagat budak ni kan...
SEDEH WEHHHHHHHH .......
ala.. caps lock lak
Post a Comment