Thursday, June 23, 2011

Buat Bulat


Dah seminggu tengok daging kisar dok terlentang dalam peti ais.
Takde sapa yang usik.

Balik keje semalam tengok askar-askar macam kelaparan sangat.
Padahal mak kata baru je dorang makan roti dengan ais krim.

Acik keluarkan daging kisar letak dalam sinki.
Acik pegi mandi dan selesaikan apa yang patut dulu.

 Daging kisar dibiarkan sejam dalam sinki.
Acik masukkan daging kisar dalam periuk dan rebus lebih kurang 30minit.

Rendam roti gardenia 2 keping dalam susu cair.
Potong bawang besar bentuk dadu sesuka hati acik nak banyak mana.

Toskan daging, gaul hingga sebati bersama roti yg telah direndam tadi dan juga bawang.
Kalau nak pedas boleh masukkan cili,ikut suka hati nak bubuh berapa biji.
Masukkan sebiji telur grade A. Kalau yg grade C sila masukkan 2-3biji.
Acik guna telur omega pasal acik dapat harga murah, kawan acik jadi pembekal :D

Bentukkan bulat dan goreng dalam minyak panas.

Askar 1 lalu, "Wangiiiiiiiiiii".

Askar 2 ambik kerusi dok sebelah acik yang sedang kalut menggoreng.
"Sedappppnyaaaaaaa".

Askar 3 terus mintak acik dukung.



Nak bubuh nama apa pun tak reti.

 Tak sempat acik nak angkat dari kuali askar2 dah sibuk cop.

Sebenarnya acik tengok Chef Wan masak aritu.

Dahsyat gak acik ni :D








24 apa2 aje:

AI said...

- mmg dasyat la acik...

Ms.Lilies said...

aku pun nak gak beb

tasekM said...

dasyattttttttttt...


.

Mr PenyuBiru said...

dah macam meatball ikea la. dasyat acik ni. tapi naper takde dialog askar² tu selepas makan.mesti diorang cakap tak sedap ni.hehe

zonaku said...

huhhuu.....

nyesal baca.... walau rupanya kurang menggoda... aku y puasa ni tetap berkenan

ckLah said...

Terlentang?

Hihihi...mesti seksi daging kisar tu!

:D

intan.maisarah said...

(salin recipe...)


hihih

kakngah said...

dah buleh kawen dah tu..
:P

ibundo said...

kita pun setuju...
dasat ekau...

~mrs azmi~ said...

wah.. betapa acik menjadi kesayangan sebab tolong mengenyangkan askar2..^_^

jajazuzu said...

dah lama x mkn daging sbb kena pantang. rindu! hahahhaha

Yunus Badawi said...

alaaaa saya tak sempat nak cop lah ni huhuhu

acik buatkan lagi utk saya pulak boleh kann?

PnConfused said...

hari nih aku impress gilaaaaaaaaa... hahahah...



tahniah2... *sambil salin resepi

Yunus Badawi said...

Berapa ringgit telur omega grade A kawan awak jual tu? Kalau murah saya pun nak beli. Ada delivery servis tak?

Ku Tak Sempurna said...

acik yang mana satu ni??

tak mungkin acik juliet, kaaaan??


*geleng-geleng kepala tak berhenti*


:P

pB said...

sedapnyerrrrrrrrrr

iina said...

memang dahsyat.. nie aku berazam nak p raya umah ko tahun depan.. jgn lupa siapkan begedil roti daging nie ;)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Hebat ni Juliet !


nanti aku buat untuk askar2 aku pulak.





kredit kat ko eh ?

DrSinga said...

nangis Chep Wan tengok ni!!!

Rozita said...

begedil je haper?
jadik ler, jnji sedap

Mak Su said...

cekodok betelo... :D

||alis|| said...

ai moskel nih,
yu asek masak jer..

Mr PenyuBiru said...

lama tak update...aku syak ko kena keracunan makanan ni...hehe

Whitetulip Tales said...

As'kum kawan. hehe pa kabar?seriously anda telah ditag. sile2 la ke blog I ye..yippeee!