Friday, September 19, 2008

Suci Dalam Debu

Kejadian ini berlaku pada seorang jiran aku. Semalam,sedang Makcik L membelek-belek bunganya di hadapan rumah pada waktu lebih kurang 1 tengah hari, dia di hampiri oleh seorang gadis Melayu bertudung dan berbaju kurung.


Makcik L tidak mengenali gadis tersebut tetapi dia terasa kasihan bila melihat seorang gadis berjalan di tengah panas di bulan puasa lagi. Makcik L menegur gadis tersebut dan gadis itu mengatakan dia ingin pulang ke Kajang tapi tidak dapat menghubungi adiknya kerana bateri henponnya sudah "kong".(ada ke perkataan "kong"? belasah je lah, janji rock,hehe) Untuk pengetahuan korang,jarak perjalanan dari rumah aku ke Kajang lebih kurang 1 jam kalau tak jem. Gadis tersebut meminta belas ihsan Makcik L untuk cas bateri henponnya dan mengatakan dia akan datang mengambil henponnya pada pukul 7 malam nanti. Setelah memberikan henponnya kepada Makcik L, gadis tersebut berlalu.


Makcik L masuk ke dalam rumah dan menceritakan kejadian tadi kepada suaminya yang kebetulan ada di dalam rumah. Suami Makcik L menghidupkan henpon gadis tersebut dan alangkah terkejutnya dia kerana mendapati bateri henpon tu masih penuh dan boleh di gunakan untuk membuat beribu-ribu panggilan.


Suami Makcik L mengesyaki sesuatu dan terus berlari keluar mengejar gadis tersebut. Gadis tersebut di bawa ke rumahnya dan suami Makcik L memanggil jiran2 untuk sesi perbicaraan. Gadis tersebut di asak dengan pelbagai soalan dan ternyata dia gagal menjawab dengan baik. Gadis tersebut di lepaskan tapi dengan amaran jika dia di jumpai di kawasan perumahan kami maka dia akan di serahkan kepada pihak berkuasa tanpa soal selidik lagi. Bila dengar cerita Makcik L, aku pun terfikir jugak, ada ke orang nak bagi henpon mahal2 kat orang yang kita tak kenal dan datang malam untuk ambik. Kalau di buatnya orang tu tak mengaku, tak ke naya tuh.


Untuk semua kawan2, berhati-hatilah. Kes2 penipuan yang kita tak jangka macam ni selalu berlaku sekarang. Jangan cepat percaya bila tengok seseorang yang tak kita kenali walaupun orang tu nampak baik dan sopan.

12 comments:

  1. Salam Julietchun...

    Orang nak menipu sekarang nie mcam2 dia buat, very kreatif sampai sanggup tinggal hp kat umah org..

    ReplyDelete
  2. ishh macam macam kan...
    apa motif dia nak tinggalkan hp tu yang.. mummy blur lah yang..

    ReplyDelete
  3. kena panggil CSI siasat ni..mmg kompius gilerni....
    nk dtg lagi mlm..siang dtg wat servey dulu kot..

    ReplyDelete
  4. bila ko cite camtu aku pun cam pelik pesal lak dia tggl hp kat makcik tu.. yg best siap kul 7 nk dtg balik.. kalau kot ye pun nak charge pesal dia tak tggu kat situ je xpun guna telefon umah ke kalau yepun urgent nak tepon.. aku takut satu je.. ntah2 krg kul 7 dia bawak geng rompak rumah.. hiss ngeri je... kadang buat baik dgn org skrg nie pun bahaya gak.. macam2 btul

    ReplyDelete
  5. susah mcm ni, nak tolong pun takut...

    ReplyDelete
  6. apsal arr?? kompius aku!!nape kene kasik enpon mahal2 gitu kat orang?? dia tuh orangke?? adeii..

    ReplyDelete
  7. Kawan2,
    berhati-hatilah.Aku pun taktau apa motif gadis tu buat camtu tapi menurut pendapat srg polis sllnya dia nak tgk keadaan umah dl,mlm dtg buat2 nak amik henpon pastu dia akan serang hendap.

    ReplyDelete
  8. Salam Juliet,

    Beru pertama kali tahu ada kes macam ni. Terima kasih entri ini.

    :)

    ReplyDelete
  9. menakutkan betullah.ni yang buat aku scary kalau tinggal sesorang tuh...

    ReplyDelete
  10. nak intai dalam rumah....nanti malam senang sikit nak buat ropakan...sangkaan buruk aku leeee.hheeee

    ReplyDelete
  11. Salam Julietchun..

    Nanti singgah blog akak ambil kad raya yea..

    ReplyDelete