Monday, September 8, 2008

Bertukar,yeahhhh.

BERTUKAR!!! Anak buah aku kalo sebut "bertukar" ni maknanya dorang tengah main perang ultraman.Dan selalunya aku di paksa jadi raksasa,maklumlah,raksasa kan selalu kena buli ngan ultraman.Kuat betul pengaruh cerita dari luar kat anak-anak kita ye.Kalo dorang tengok cerita Doraemon plak dorang suka sebut,"belon ajaib",baju terbang",macam-macam dan yang pastinya mak aku akan menjerit bila cucu-cucunya nak terbangkan pasu bunga dia.


Dua tiga hari ni aku tengok ayah bukan main syok lagi dok mengecat pagar rumah,pagar raya la nih kononnya.Tetiba datang satu idea,aku nak cat bilik aku walaupun masih cantik dan menarik.Aku suruh ayah beli cat mengikut kaler yang aku suka,dan semalam bermulalah operasi aku menukar kaler bilik aku yang muat untuk 20 orang tido (org kerdil bleh la 20 org,hehe).







Aku berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan skil aku kat semua orang dalam rumah.Kalo tokey kontrak tengok aku punya skil mengecat maunya dia suruh aku ajar mat-mat Indon & Bangla dia.Kang nanti ada pulak jadi kes Cinta Antara Benua,tak sanggup beb.


Aku tengok ayah relax je mengecat satu kawasan rumah, tak nampak penat langsung walau bulan puasa,tu yang aku pun nak try tuh.Mula-mula rasa macam buleh siapkan dalam masa beberapa minit je,tapi baru habis separuh dinding aku dah terbayangkan teh ais.Panas woo,di tambah lagi dengan bau cat yang masam-masam manis tu aku rasa berpusing kepala jap.Aku dah jeling-jeling kat adik nak pas baton kat dia plak,tapi adik aku buat tak tau je.


Ayah masuk tengok aku dok terkial-kial celup berus dalam bekas cat tuh dan dengan penuh kasih sayang (sebenarnya ayah geram dah 1/2 hari satu dinding tak siap lagi) dia capai berus cat dari tangan aku dan dalam beberapa minit dia berjaya mengecat separuh bilik aku.


"Separuh dinding lagi cat sendiri,kalo malas biarlah bilik ko jadi kaler campur-campur lagu tu Juliet".Isk,isk,sampainya hati seorang ayah berkata begitu pada anak perempuannya yang baru akil baligh nih.Aku kuatkan semangat,dan akhirnya aku berjaya mengecat separuh lagi dan akhirnya bilik aku bertukar kaler dalam masa 1 hari.Casa Impian pun takleh lawan aku.Dan kerana bekerja keras mengecat semalam,hari ni aku tak sedar bangun sahur,letih beb,rasa nak tercabut tangan aku,kaki ni rasa bengkak semacam sebab mencangkung lama.Lepas ni kalo nak tukar kaler bilik lagi aku kena pastikan bukan dalam bulan puasa.

10 comments:

  1. heheh penangan nak raya kot.. semua nak tukar baru.. lepas nie leh ler tukar langsir baru.. cadar baru.. kapet baru matching ngan color cat tu hehehe.. saje je bagi idea suh ko penat2 lagik muhahaha ;) .. psstt dah alang2 cat bilik, baik ko buat apa aku cakap tu.. baru meriah raya.. sapa masuk bilik ko sure terpegun punyalah..

    ReplyDelete
  2. alaaaa..kaler tompok2 pun apa salahnye. cantik per...pasni ko bleh bukak tmn bimbingan kanak2. huhuhu

    ReplyDelete
  3. ambil lah gambar bilik yang dah disiap cat yang oii...

    ReplyDelete
  4. Hmmm - boleh buat bisnes cat-mengecat ni ;)

    Nak tengoklah wajah baru bilik Juliet yang dah bertukar warna tu

    Salam :)

    ReplyDelete
  5. ek eleh... aku cat satu rumah bulan pose rilek je... minumlah tongkat ali power root :P

    ReplyDelete
  6. aku kagum dengan kegigihan ko tu! tahniah la yerr

    ReplyDelete
  7. ala, okeya tuh..anggap je cam main kaler2 gitu..cam dulu2 time kecik2 tuh...isk, kalu time pose mmg semput woooo....hehe..sib baik ko tak p umah gue, kalu idak....nanti ko mengalir air liur budak tak baligh ah..kah!kah!kah!nanti aku juga yang akan tanggung dosa, beb!!

    ReplyDelete
  8. waaa.. sgt tekun dan berhati wajaaaa..... amek ar gambo bilik ko yg baru dicasa impiankan tuh..

    ReplyDelete
  9. iina,
    kalo dpt bunus bleh la nak tkr suma

    Kj,
    Ko buat dl pastu aku ikt

    mummy,bungarampai,theconfused
    lampu bilik tetibe padam :C kn berus cat agknya ;D

    kutaksempurna,
    kalo ko mengecat harusnya jd taksempurna ya.

    Ik,
    tenkiu

    whitetulip
    bkn slh aku lmbt baligh :D

    ReplyDelete
  10. ko kalau nak pahala banyak , datanglah umah aku tolong cat skali.tapi aku nk FOC

    ReplyDelete