Aku terus ke bilik, mengambil tuala dan cepat-cepat ke bilik mandi. Aku trauma kalau ibu tiba-tiba senyum begitu, sudah pasti ada arahan berani mati yang akan ibu keluarkan. Agak lama aku berada di dalam bilik mandi, saja membuang masa,lagipun kata mummy,salah seorang teman blogger,mandi selepas asar tidak salah. Betul kah? Entahlah,aku sudah ingat-ingat lupa,kalau salah aku perlu mintak maaf dengan mummy, tapi aku tidak merasa risau untuk mintak maaf kerana Syawal akan muncul tak lama lagi.
Aku masih beriadah dalam bilik mandi apabila tiba-tiba terdengar ketukan maut dari luar.” Lama mandi? Kita ni di bumi KL, bukan di bumi Selangor yang dapat air percuma tu”, ibuku bersuara dan suaranya aku dengar mirip suara Ady Putra ketika sedang memarahi Fauziah Nawi dalam cerita AKUKAH TANGGANG.
Di dapur, riuh rendah terdengar bunyi periuk belanga berlaga dengan senduk. Aktiviti biasa di bulan puasa, memasak untuk berbuka. Keluargaku jarang membeli lauk pauk di luar kerana ayah sangat cerewet bab makanan. Bagi ayah, hanya ibu sahaja yang faham kehendak tekaknya dan aku bersyukur sangat sebab kalau ibu tidak ada di rumah kami tak perlu memasak, pandai-pandailah ayah cari makan.
“Tugasan untuk kamu ada di luar. Siapkan sebelum azan maghrib berbunyi,bukan azan isyak ye”, aku sudah mendapat arahan dari ibu. Kakak dan adikku mengangkat ibu jari kepadaku sambil tersenyum, dan aku dengan bangganya mengangkat hanya jari telunjukku kepada mereka berdua. Aku harap anda semua faham apa maksudnya. Pertanyaan untuk Ibukumbang dan KJ, “tu bukan mencarutkan?”.
Inilah yang menantiku di luar. Anda semua lihat dan fahami sendiri apakah asiggnment yang di berikan padaku di waktu petang yang panas terik. Saat ini aku hanya mampu mengenangkan air bandung cincau magenta KJ. Nasib baik aku teringat yang “syurga di bawah tapak kaki ibu,” kalau tidak aku pasti akan lakukan sesuatu yang lebih munasabah, iaitu pergi ke pasar ramadhan.
Sambil membakar ikan aku berjalan di atas batu-batu yang aku dah lupa namanya. Batu refleksologi ke? Aku benar-benar sudah lupa. Adakah ini bermakna umurku sudah meningkat atau pun kerana perutku sedang berrock kapak. Aku berjaya menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat kerana aku sudah menghabiskan setengah botol minyak tanah ayah untuk di jirus ke atas arang. Tiada sesiapa yang memerhatikan aku,jadi tonggang je lah. Kalau ayah tanya kemana hilangnya minyak tanah dia,aku dah sediakan jawapan yang bombastik iaitu “Juliet guna minyak tu untuk cuci cat yang menitik yahhhhh”. Dan ayah akan berasa terharu kerana aku suka tolong dia buat kerja.
Aku mengadap ibuku bersama dengan 3 ekor ikan percik di tangan, dia ingat aku tidak mampu melaksanakan arahannya yang berbau perkauman itu. "Terima kasih”. Janganlah berkata begitu wahai bonda, anakanda berasa seperti ingin mengalirkan airmata kepedihan sebab terkena asap tadi. Ringkas sahaja menu kami semalam, jadi pukul 6 lebih semuanya sudah teratur di atas meja.
Sementara menanti waktu berbuka, ibu menuju ke arah batu refleksologi. Ibu memang suka berjalan diatas batu refleksologi itu jika ada kelapangan dan ibulah yang beriya-iya benar memaksa ayah untuk menyediakan satu tempat khas. Belum sempat aku bersuara, ibu bersuara terlebih dulu. “Arghhh”, dan dengan secepat kilat ibu turun dari batu itu. “Kenapa”, ayah berlari mendapatkan isterinya yang sedang menggosok kaki. “Batu ni rasa panas macam api”. Aku masuk dalam bilik dan gelak terguling-guling atas katil. Aku kan bakar ikan kat atas batu tu tadi, nape lah mak pegi pijak pulak,adoiiii lar, aku mana tau”.
Sekianlah untuk kali ini, pesan aku pada ibu-ibu semua, JANGAN COBAK BERMAIN API NANTI MEMBAKAR DIRI.
Sekianlah untuk kali ini, pesan aku pada ibu-ibu semua, JANGAN COBAK BERMAIN API NANTI MEMBAKAR DIRI.
adehhhh...kelakar!!! wey, mak ko tak bingit ke batu dia jadi itam??
ReplyDeletengeh3.. ada kao membalas dendam terhadap bondamu juliet?? ngeh3.. kejamlaa ko...ampess skali
ReplyDeletetunjuk jari telunjuk tu mencarut tau...
ReplyDeleteko baru cakap surga tu dibawah tapak kaki ibu, pastu ko pegi bakar tapak kaki org tua tu, bertuah punye anak.
ReplyDeletenanti aku report dengan ayah ko hehehe.. ;)
ReplyDeleteAduuuh Juliet, nanti akan kucarikan Romeo untukmu!!!Hehehe...oh, terima kasih entri ini yang buat saya gelak sepanjang membacanya - bertambahlah girang saya. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSalam :)
Salam,
ReplyDeleteNasib baik ibu tak tahu .. kalau tahu agaknya mahu ribut sekejap kan
heheheheh
hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks
ReplyDeleteikan bakor....sedapnye!
ReplyDeleteKJ,
ReplyDeleteItam itu menawan,hehe.
theconfused,
tak di sengajakan :D
IK,
aku dah pandai mencarutlah,ngeh3.
CK,
Anakku bukan anakku.
iina,
jgnlah camtu,ko nak duit ry tak?
bungarampai,
Carikan Romeo? Mcm best jek :D
kitepunye,
sstttt,diam,diam.
cikguoden,
ikan dibkr secara tradisional mmg bes.
adussss!!!kelakor tul!!ya ampun..anak sapa la nih...???sikit punya nakal!!!bertuahnyer...
ReplyDelete