Friday, September 26, 2008

Renungan di akhir Ramadhan

Monday, September 15, 2008 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian TudungHaramkan tudung??

Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia.

Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia. Ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini yang dulu begitu marah terhadap Singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.Apa sudah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja dan sekarang apa sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung. Pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah dia juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja. Mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia.

Isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah... .pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
1)TUDUNG SAJI2)TUDUNG PERIUK3)TUDUNG TERMOS4)TUDUNG CATdan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batinnnnnnnnnn.

9 comments:

  1. seb baik aku dah pernah baca bende nihhhh.. kalo tak aku mesti tertipu punyalaaa dgn dakyah2 palsu ko nehhhhh.... :P tak berjaya..tak berjayaaaa...ngeh3

    ReplyDelete
  2. Salam Julietchun...

    Hehe kalau tudung2 tu mmg elok diharamkan pun...

    ReplyDelete
  3. Tudung balang kuih tersenarai ke tak

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Buat JulietChun, Dikesempatan ini aku ucapkan Slmt Hr Ry Mf Zhr & Btn, Semoga ceria di Aildilfitri. Peace ya!


    ps : so ko dah decide nak cat kaler ape bilik ko tu? hehe..

    ReplyDelete
  6. aku tadi pun nak tulis gak pasal tudung tuh...tapi termalas pulak.

    ReplyDelete
  7. mula baca aku dah agak.. ada yang tak kena je.. ko ye tulisan kadang mana leh caye.. intro bukan main gik baikkk punya. last2 mesti ngenakan orang.. uihh mentang2 pose takpe kira ko selamatlah hehehe idak aku akan buat ko lak yang pengsan.. aku tunggu ko nnti kat airport glasgow.. sampai call aku tau.. leh raya umah aku ;)

    ReplyDelete
  8. hampir tertipu....
    seb baik baca part atas jer dah rasa lain.... terus baca ending....
    seb baik la.....

    selamat hari raya

    ReplyDelete